Wednesday, November 4, 2009

~ facebook oh facebook ~

Baru – baru ni aku baru je men’delete’ aku punya akaun facebook. Sebelum ni aku ada juga dgr facebook adalah satu agenda yahudi untuk menjatuhkan umat Islam. Tapi , sbb mcm best aku buat tak tau je la. Kalau nak ikutkan , bape byk bnda dalm dunia yg yahudi dah gunakan untuk menjatuhkan moral dan mentaliti umat Islam. Tetapi....baru – baru ni jugak seorg kawn ku yang bernama Ahmad Hisyamudin bin Salleh , telah berkata keuntungan yang diperoleh pihak yahudi dari facebook telah dijadikan dana yang besar untuk menyerang umat Islam di Gaza , Palestin. Ehem...masa tu hati aku da mula rasa tak best. Ye la..nak buang , sayang tu. Kawn2 aku sume dah ada kat sana...tak nak buang...aku akn rs bersalah sepanjng masa. Dgn itu , aku pun mencari seberapa banyak maklumat berkaitn facebook dan israel. Justeru , ini hasil dapatan kajian aku...:

Fakta di bawah aku peroleh dari sebuah laman blog yang bernama Mozek Remaja OK dan sedikit kajian dari laman web yang lain :


Tentang Zuckerberg :




Mark Elliot Zuckerberg
Born : May 14, 1984 (age 25)
White Plains, New York, USA
Occupation : Co-founder, CEO & President of Facebook
Net worth : $2 billion [1]
Religious beliefs : Atheist[2]

Zuckerberg ialah keturunan yahudi,genius komputer yang berjaya mencipta pelbagai perisisan komputer, pelajar universiti harvard dan antara jutawan termuda.Sepanjang di universiti harvard, Zuckerberg sangat aktif menjadi anggota Alpha Epsilon Pi(AEPi) yang merupakan pertubuhan persaudaraan Mahasiswa Yahudi yang kuat di Amerika Syarikat dan Kanada. Kaitannya dengan Israel ialah apabila ia dikatakan satu satunya pertubuhan persaudaraan di israel.Asas pertubuhannya ialah membina semangat kepimpinan dalam kalangan mahasiswa Yahudi sekali gus menjadi pemimpin bangsa mereka di masa akan datang yang benar-benar memahami idea,nilai dan etika yahudi.

Kebanyakan ahli facebook yang beragama ISLAM dan bersemangat memperjuangkan islam menggunakan facebook seperti Kumpulan Cyber Jihad yang diketuai oleh Muhammad Jibriel atau lebih dikenali sebagai Prince of Jihad telah diband dan akaun mereka ditutup.

Facebook memperoleh untung dengan setiap klik yang di buat ke atas iklan di dalam facebook menyumbang sebanyak $0.50..andai kata 1000 umat ISLAM yang klik pada iklan di facebook dalam masa sejam, keuntungannya ialah $500.. dan bayangkan berapa banyak wang yang anda sumbangkan kepada Zuckerberg dan pertubuhan AEPi nya yang seterusnya disalurkan kepada negara yahudi itu untuk membiayai peperangan di ghaza..Sungguh malang kalau yang menyumbang itu adalah kita..umat ISLAM yang sedang menjadi cercaan negara yahudi itu..

Setelah mengetahui fakta ini , apakah tindakan anda ? Kata orang , tepuk dada tanya iman. Semua ini bergantung kepada pertimbangan iman masing – masing. Adakah mahu terus leka dengan keseronokan atau membiarkan maruah Islam tergadai. Jika bangsa Yahudi mampu membina satu rangkaian yang cukp besar untuk pengaruhi kita sebagai umat Islam , tapi pernah kah kita berfikir untuk melakukan itu untuk Islam. Jika mereka begitu dedicate dengan agama mereka hingga membina satu ruang yang besar untuk menjahanamkan umat Islam , adakah kita hanya melihat dan tersenyum ? Kita adalah sasaran mereka. Jangan sampai peluru di depan mata baru mahu memegang senapang...too late , bebeh.

Wassalam..

No comments:

Post a Comment