Thursday, October 29, 2009

~ i love u ~




Semua orang tahu apa makna perkataan ini. Dan semua orang juga tahu sejauh mana perkataan ini berharga dalam diri seseorang. Sama ada ia diucap dgn satu rasa yang penuh dgn perasaan sayang atau diucap sekadar saja – saja. Tapi , apa yang perlu kita sedar , perkataan itu saja mampu membuahkan rasa cinta walaupun pada mulanya ia hanya diucapkan sekadar saja – saja.


Bergantung kepada individu untuk mentafsirkan perkataan itu. Jika anda punya teman dan kekasih ( berlainan jantina dengan anda ) adakah perkataan itu releven untuk kedua – duanya ??? Jadi apa bezanya teman dengan kekasih anda. Ya...mungkin ada sesetengah pendapat mengatakan semuanya bergantung pada hati. Tapi...adakah anda pernah terfikir apa di hati yang menerima??? Apakah penerimaan kekasih anda...? dan apa pula yang diterima oleh teman anda...? kerana itu , senjata yang paling tajam adalah lidah. Kerana lidah...ia boleh meruntuhkan hati seseorang , dan kerana lidah juga ia boleh membina hati seseorang.

Tidak salah untuk menyayangi...tetapi biarlah kena dengan caranya. Kita kadang – kadang terlalu simple dalam menilai sesuatu...adakalanya terlupa bahana yang mungkin tiba. Adakalanya sayang perlu dilafazkan...dan ada waktunya ia hanya perlu dipendam. Cukplah dengan tindakan menunjukkan anda sayang padanya. Jika semua org yang anda sayang....anda katakan ` i love u ’ , maka apa rasanya yang akan berlaku. .?? Perhubungan antara manusia memerlukan pertimbangan akal dan hati. Jika dengan mengatakan `i love u’ pada anda sekadar mainan untuk seorang teman, adakah itu juga yang akan diterima oleh teman anda ??? Dan bagaimana jika persepsi anda itu adakah dipegang oleh kekasih anda ? Tak ke haru jadinya...


Hubungan dengan manusia bukan suatu yang mudah sebenarnya. Penilaian anda terhadap hati manusia disekeliling anda terutamanya keluarga , teman dan kekasih amat penting. Kerana mereka ini akan cukup sensitif dengan setiap tindakan anda. Hidup memang sukar jika perlu menjaga hati manusia banyak , tetapi adakah hidup akan bertambah tenang jika ada hati - hati insan yang anda sayang terluka...? Terlalu mudah hidup ini jika tindakan kita hanya bergantung dengan apa yang kita rasa , apa yang kita mahu....dan apa yang kita fikir. Adakah hidup semudah itu...? Jika hidup semudah itu...fikirkan kembali , untuk apa Allah meniupkan roh ke jasad kita sebagai manusia...? Anugerah akal yang Allah berikan kepada kita , itulah antara kegunaannya.

Jelasnya dan yang pasti aku tidak pernah percaya dengan ungkapan ` i love u ’. Pada aku , ia hanya sekadar ucapan...boleh dituturkan bila – bila masa yang terdesak...boleh diungkapkan bila rasa mahu..` i love u ’ sebenarnya perlu diterjemahkan dalam bentuk perbuatan. Bagaimana anda menterjemahkan perkataan itu ke bentuk perbuatan..? Bagaimana anda mahu memberitahu teman anda bahawa anda sayang padanya..? Mungkin dengan sentiasa menghubunginya...mendengar keluhannya..atau dengan kata lain memberi sedikit kedamaian dalam hatinya. Tetapi bagaimana pula anda menterjemahkan rasa sayang anda pada kekasih anda ?? Adakah dengan sentuhan dan belaian..? Ya..jika kekasih itu sudah menjadi milik anda yang sah di sisi Islam. Jika tidak...???

Banyak cara yang digunakan untuk menterjemahkan rasa sayang. Setiap individu berbeza kerana manusia diciptakan di atas muka bumi ini berpasang – pasangan untuk saling melengkapi. Teman dan kekasih adalah 2 insan yang cukup penting dalam hidup kita selain keluarga. Tidak dinafikan kita memerlukan keduanya. Tapi...fikirlah apa yang paling adil buat mereka. Adakah membiarkan kekasih anda berasa sendiri dengan apa yang dilalui itu adil buatnya sedangkan anda sentiasa berada di sisi teman anda yang dalam kesedihan mahu pun kesusahan...? Walau dengan apa jua alasan...itu tetap tidak adil buatnya.

Jadi...fikirlah. Jika anda rasa anda benar – benar sayang pada kedua – duanya , berlaku adillah pada mereka. Jangan beri alasan yang boleh digunakan untuk anda rasa kehilangan. Kerana kehilangan adalah sesuatu yang amat menyakitkan...buat kekasih , ungkapan `i love u ’ bukan jaminan untuk anda meyakinkan kekasih anda bahawa anda sayang padanya.

No comments:

Post a Comment