Friday, November 9, 2012

~ haiyoooooo .. kahwin cerai .. kahwin cerai ~


Assalamualaikum ..
hye readers 
wats up ??!!!


Apa yang korang buat tak tido lagi nih ???
Upsss .. aku je kot yang tak tido lagi. hahahaha .. baru lepas key in prestasi pbs pelajar, then tak boley tido .. jadi, update blog la kan. Tengah busy macam ni, nak sambung untuk manuskrip novel pun tak de mud ! kui3x. Fine !!

Okeh, hari u all takkan diceritakan oleh aku tentang aku. hahaha
Buhsan kan asyik pasal aku je. Tak berkembang betul aku nih kan, kan kan ...??

Semalam pagi, aku dengar news pasal chef riz n ana dahlia disahkan bercerai. Errr ??? Bercerai ? kurang lebih .. dalam 12 bulan kowt. Dan aku terdengar juga .. ana dahlia menyesal berkahwin dengan chef riz hanya lepas 8 bulan berkenalan. kui3x.

Benda ni dah lama aku terfikir .. tapi cuma tak ada masa yang sesuai nak meluahkan. Pendapat masing-masing kan. lalalalaa ..

Lately ni .. perasan tak, kat mana-mana orang sibuk sangat pasal kahwin awal. Ish, memang banyaklah.Dah macam jadi promosi and provokasi. hahahaha .. ye ke provokasi ?! Say no to couple, say yes to nikah !!

Salah ke? Tak salah !!! Sumpah tak salah tapi itulah yang terbaik. Kenapa? Sebab Islam mana ada suruh couple, ngek ! ( bagi yang Islam ) even aku sendiri pun couple.

Di sini aku ada perbandingan. Aku ada kawan .. yang dah pun nikah .. selamat melahirkan baby .. life dengan suami pun bagus. Senang kata .. insyaAllah .. dunia dia dapat, akhirat pun dia dapat. Bahagia dan berjaya dunia akhirat. Pasangan ni muda. Kawan aku kahwin masa umur dia 22 tahun .. dan husband dia 26 tahun. 

Mereka bukan pasangan yang bercinta macm orang duk sibuk dating msg kat phone tak ingat dunia.! Aku ke ?? Eh .. bukan kot. hahahaa .. 

Apa yang aku tahu .. husband dia kenal dia waktu nampak dia di satu program, merisik .. kemudian bertunang dalam 6 bulan .. and mereka bernikah. Aku ingat lagi entri dalam blog husband dia .. ' di jalan dakwah aku bernikah ..'

Usia perkenalan tak panjang ... tapi, alhamdulillah .. insyaAllah .. kehidupan rumah tangga mereka di sulami rasa cinta yang semakin hari semakin mekar .. bukan semakin layu. ( wahhhh .. bak bunga bungaan gitu ! ) hahahaa ..


Itu satu contoh. Then .. aku nak bawa satu lagi contoh ...

Pasangan ni berkenalan di satu majlis .. berkenalan .. bercinta tak lama .. sekitar 7-8 bulan .. bertunang dan berkahwin .. kemudian ...... cerai. Alasan :  Tiada antara mereka yang curang tetapi tak serasi ! ( do u think that u main couple couple ..?? )

“Saya akui kami kahwin terlalu cepat, hanya selepas 8 bulan berkenalan dan selepas berkahwin tidak sampai setahun, kami berdua nampaknya tidak lagi mempunyai persefahaman”

“Dan perceraian adalah jalan terbaik buat kami,” ujar Chef Riz yang berkahwin dengan Ana Dahlia sekitar Disember tahun lalu.




Okeh .. aku bagi 2 gambar majlis resepsi pengantin yang berbeza. Bawah tuh saja je letak gambar diorang. Sekadar gambar hiasan. Tak mention pada mereka sahaja, tapi pada semua !

Dekat atas sana tuh .. majlis resepsi cukup sederhana, tak de pelamin .. tak de majlis puluh ribu. Pengantin perempuan sangat munutup aurat. Hantaran dan mas kahwin pun biasa saja .. 

Pasangan di bawah pula .. majlis resepsi grand .. pelamin memang best .. pengantin perempuan seksi 
( senang cite la ). Hantaran dan mas kahwin .. confirm 10k ke atas. kan ..?

Kronologi kisah 2 pasangan di atas tak banyak beza kan ..??? Tapi apa yang berbeza ???

Sabda Rasulullah saw lagi:
“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang paling
sediki mas kahwinnya.”

Sabda Rasulullah saw:
“Bermula yang terbaik perempuan itu iaitu yang
terlebih murah mas kahwinnya.”


Sederhana itu menghasilkan kebahagiaan. 
Apa yang sangat perlu ada dalam sebuah majlis perkahwinan itu adalah berkat. Jadi, jangan hairanlah .. 
' ehhh .. baru kahwin kan minggu lepas ? '
' ehhh .. dah cerai ? '

kenapa aku kata jangan pelik ? tengok majlis perkahwinan dia pula. 
Isu persefahaman .. serasi .. itu adalah alasan. Sesuatu takkan terjadi tanpa sebab, kan? Berkahwin kerana Allah. Untuk mendapatkan redha Allah dunia akhirat.

Itu je lah komen aku pasal kahwin. Nak komen panjang-panjang i mana kahwin lagi. Couple pun dah lebih 5 tahun ... bila nak kahwi ??? 

Aku pernah bincang dengan kahwin aku yang dah kahwin tuh. Masa tu dia tak kahwin lagi. Memang betul perkahwinan dapat elakkan maksiat bagi yang dah bercouple bertahun-tahun. Tapi, kalau  duit tak de .. simpanan lagi tak de .. macam mana tu ?? kui3x. Yakin dengan rezeki lepas kahwin, tapi persediaan tu sedikit sebanyak mesti kena ada. Hidup zaman sekarang, semua nak pakai duit kan? 

Macam aku n my bf sendiri .. baru 5 bulan kerja .. sibuk dengan kerja, fikir kahwin pun tak sempat. Atas dasar ketidakmampuan itu .. ketidaksediaan itu juga .. mungkin sebab tu Allah menjauhkan kami dngan jarak yang begini tapi masih dekatkan hati kami. Semoga dengan jarak itu .. membuat kami terhindar dengan maksiat yang sentiasa membelenggu hati manusia-manusia lemah macam kami nih .. kui3x.

Fine ! Jadi .. bagi yang nak kahwin .. baru kahwin .. boley la fikir-fikirkan.
Dalam perkahwinan tu yang paling penting bukan serasi .. bukan persefahaman. Tapi redha Allah. Serasi ke .. faham tak faham ke ... tu semua Allah boleh tolong atur. Macam mana nak dapat redha Allah ??? Hang fikirlah sendiri !! hahahaa




Ok ... selamat berkahwin semua ;)  !

Wassalam ..
 

No comments:

Post a Comment