“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.” ~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Tuesday, January 1, 2019
~ ku lepaskan luka itu pergi ~
Assalamualaikum
Selamat Pagi Tahun Baru 2019.
Alhamdulillah masih diberi nyawa dan kesempatan atas semua hal atas dunia ini.
Tajuk nak novel jugak kan. bhaaahahahaha.
Sesungguhnya memang rindu sangat nak menulis kembali. Tapi masa sangat terhad. Bila hero kecik dah 2 orang, apa lagi dah mula naik sekolah .. lagi lah masa terlalu suntuk.
Fine, baru lepas cuti sekolah kan. Kenapa nak mengeluh ??
Jiwa tak pulih lagi laaaa sisthurrr. Tibaa tiba tambah lagi benda sama laaaa adoiiii ...
Dalam sepanjang cuti sekolah, 2 minggu guna untuk jaga exam dan selesaikan buku pengurusan sekolah. OMG sory sangat untuk warga sekolah kalau banyk sangat kekurangan dan kesilapan kat situ. In sha Allah, untuk tahun 2020 pasti ada yang lebih berkaliber untuk laksanakan tugas yang tersebut memandangkan aku dapat rasa kan nama aku akan naik lagi as a TKP. aiiisehhhman ..
Kurang lebih 2 minggu je aku sempat cuti. Itu pun jadual pack dengan aktiviti dengan dua dua keluarga. Jadi, masa rehat untuk berhibermasi dan monolog diri sangat berkurangan. Tapi happy sebab dapat spent masa yang panjang untuk adik beradik ipar duai yang super awesome baqqqq hangggg ... seriously berbaloi. hahahaa
2018 memberi 1001 cerita, pelajaran dan pengajaran untuk aku sendiri cakna demi kemaslahatan jiwa sendiri. Supaya akhirnya nanti aku tidak mengorbankan insan insan di sisi aku. Terima kasih kepada insan yang tak pernah jemu untuk sayang walaupun dunia terasa gelap beberaopa bulan di hujung 2018. Terima kasih kepada sahabat yang faham walaupun bicara tak terluah. Terima kasih sahabat yang membuatkan aku masih kuat melangkah masuk ke dunia duka aku. OMG nak nangis laaa .. sob3x
Oke tak boleh nak taip panjang sangat. Kan nangis manjang, dah macm mana nak pergi sekolah arini.
By da way .. banyak mana pun hati kita bertahan untuk sebuah cerita semua itu jelas sementara. Betul aku sakit .. aku down dengan apa yang jadi. Tapi, aku kenal setiap orang di sisi aku. Aku jumpa sahabat. Paling penting memang extra sayang la kat laki aku. Paling kesian anak-anak jadi korban kebengongan aku :
' sudahlahh..awk macm ni anak-anak awk jadi kan mangsa ..'
bapaklaaaa touching siottt. 2 bulan lebih diorg tidur tanpa aku. Di hujung tu baru aku tersedar :
' ehhh .. fahim dah besar. eh.. fahim dah 8 bulan ke. Lamanya aku tak tidur kan dia ... huhuhu '
Ohhh..mama mama bekerja di luar sana.
Sekali pun busy, sekali pun hidup anda huru hara .. tolong jangan lepaskan masa bersama anak-anak. Allah pinjamkan kita masa sekejap sangat untuk anak-anak. Sebaik saja mereka sudah berjalan tanpa 'memegang tangan' kita, kita akan hilang separuh daripada kehidupan kita. Percayalah, kalau aku yang hilang 2 bulan tu rasa bersalah sangat, kalau beberapa tahun apa tah lagi.
2018 : Allah ajarkan aku bahawa semuanya atas percaturan Allah.
Kita mungkin lakukan baik, terbaik .. tapi Allah ketuk sedikit dunia kita. Kita tak mampu tentang apa pun tanpa izin Allah. Kita bukan siapa-siapa apa lagi untuk menunjukkan bahawa kita adalah sesiapa. HAMBA. Itu adalah sebaik baik darjat kita di sisi Allah. Ya, kadang kita rasa benda tu mudah. Benda itu sebahagian daripada kepakaran kita, jika Allah tak kata tidak, maka tetap TIDAK. Yakin ia bukan kifarah. Yakin ia bukan sesuatu yang negatif. Allah hanya mahu kita mampu melihat :
- Siapa ikhlas menerima kita ?
- Siapa ikhlas menghargai dan mengenali kita ?
- Kita bukan siapa-siapa itu dah tentunya.
2018 : Dalam Amanah ada Tanggungjawab yang besar
Jika kita tahu setiap kesanggupan kita atas sesuatu, ada tanggungjawab yang besar. Saat kita berdoa inginkan zuriat, Allah bagi kita zuriat. Saat zuriat lahir, waktu kita marah .. kita lupa kita yang minta mereka hadir. Saat kita dipengaruhi negativiti luar, kita anggap mereka menyusahkan seakan bukan kita yang minta mereka datang dalam hidup kita.
Parents. Tak perlu kita ungkit ' kau ingat sikit. aku yang mengandung beranak kan kau. Aku yang bagi makan minum kau sampai kau boleh berjalan berlari ' tapi sebelum kita hamburkan perkataan yang begitu pernah tak kita ingat kembali ' Ya Allah, kurniakan kami zuriat atas rumahtangga ini .. Izinkan kami untuk memiliki zuriat daripada perkahwinan ini ...'
Jangan pernah kita lupa, bersama doa itu ada tanggungjawab yang sedang kita galas.
Sama juga saat kita terima tugas. Dari awal sebelum posting, kita doa siap solat hajat supaya kita diterima untuk posting. Allah bagi kita posting. Tapi kita tak sedar, bersama doa kita itu ada tanggungjawab yang sangatttttt besar. Kerja itu adalah amanah. Melaksanakan kerja itu adalah tanggungjawab. Dalam melaksanakan tanggungjawab itu ada 1001 ujian untuk melihat sejauh mana kita ambil berat dengan segala tanggungjawab kita. Sebaik saja kita katakan 'ya' , buatlah sehabis baik. Takut nanti, demi untuk memudah dan menghabiskan kisah tekanan kita, mangsanya adalah orang lain.
Ceritanya : kita minta. Tapi kenapa dalamnya kita mengeluh seakan bukan kita yang minta ..???
2018 : Sesiapa saja boleh khianati kita
Aku lalui tragedi ini beberapa masa yang lalu. Kali ini adalah kali ke-3. Orang kata nazura tak pernah serik.
Sekali lagi Allah bagi aku terduduk. Menangis. Habis hilang separuh semangat. Tapi Allah nak bagitahu, aku ada suami yang terima baik buruk lebih dan kurangnya aku. Allah nak bagitahu aku, aku ada suami yang tak pernah lupa untuk support aku. Mungkin masa dan ketika itu aku lupa. Jadi, Allah tarik aku semula. 'Nazura, orang yang ada di sisi kau itu adalah yang paling ikhlas menerima kau ..'
Betul orang kata : bila bila masa nanti suami boleh je cari lain.
Aku cakna dengan statement itu. Suami beralih arah, hati dia pergi pada orang lain itu semua adalah UJIAN Allah bagi sebuah perkahwinan. Hampir setiap perkahwinan berhadapan dengan ujian hati ini. Aku dah rasa ke ..??? Aku menimba pengalaman perkahwinan insan-insan jauh lebih senior. Selebihnya hanya bergantung kepada rasional pasangan dan JODOH. Kita tak pernah sekali akan lepas daripada ujian perkahwinan, hanya bagaimana kita menghadapinya. Allah atau emosi mendahului kita..?
OMG pandainya nazura nasihat kan orang kan. Tak kena kat diri, boleh la ceramah. Sudahlah. Kalau nak terima, terima saja. Tak nak terima pun bukan aku kisah. Harap aku ingat patah perkataan aku dalam entri ini, agar nanti jika apa saja ujian yang datang, aku akan ingat nasihat aku untuk diri aku sendiri.
Kadang kita terlalu percayakan orang untuk bersama kita. Kadang kita terlalu harap orang lain untuk kita mengadu dan bercerita. Kita lupa dan tak sedar, sesungguhnya Allah yang menggenggam hati manusia. Kita sombonggggg sangat dengan Allah. Kita bercerita dan menangis dengan perasaan inilah orang yang memahami kita. Tapi, di luar keperluan mereka kita bukan sesiapa jua.
Alhamdulillah. Dalam yang ramai, Allah tinggalkan juga yang sedikit untuk aku mampu tersenyum.
Terima kasih sahabat 2018. Allah tak pernah kejam. Allah tahu hati kita. Allah tahu siapa sebenarnya paling layak untuk kita beri hati.
' Sahabat .. dia tidak perlu ditemui setiap hari. Tak perlu bersembang setiap masa. Cukuplah dia setia dalam doa, Cukuplah kita tersenyum saat kita tahu dia ada. Cukuplah kita rasa terubat saat terluka. Cukuplah kita rasa masih ada tempat berpaut, saat hati dan jiwa jatuh tersungkur. Cukuplah dengan adanya dia, membuat kita semakin dekat kepada Pencipta ..'
2018 : Jelas ia adalah kenangan, pelajaran dan pengajaran. Langkah aku belum cukup kuat untuk melalui 2019. Terima kasih kepada insan-insan kiriman Tuhan yang sentiasa setia menyokong aku. Aku masih cuba mendapatkan kekuatan untuk teruskan langkah yang terlihat suram. Hingga satu masa aku berhenti .. dan aku kata : Semua ini dah berakhir. Dunia juga sudah semakin tua. Zaman juga sudah tiba di hujungnya. Dunia ini jelas akan musnah sebentar lagi. Lalu aku lepaskan luka itu pergi untuk aku melangkah sendiri tanpa sesiapa.
Selamat Jalan 2018.
Selamat Datang 2019
Wallahualam ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment