Wednesday, October 17, 2018

~ mungkin kau lupa akhirat itu hanya Allah yang punya ~

Assalamualaikum
Hmm.. lama betul tak update blog. Lama betul tak diberi masa dan kesempatan nak bercerita sesuatu di sini.
Saat Allah sibuk kan kita dengan dunia, saat itulah hilangnya manis yang namanya iman.
Alhamdulillah. Ada masa dan ketika di uji, yakin dan yakin bahawa Allah sentiasa di sisi.

Demikian sebuah realiti yang namanya kehidupan. Hidup mana saja yang hilang daripada ujian. Segalanya dan semuanya. Maka Allah sediakan dunia ini untuk kita mengutip seberapa banyak amal sebagai bekalan untuk hidup yang lebih abadi. Dikurniakan amanah berupa anak anak adalah untuk kita sempurnakan mereka sebagai khalifah Allah. Di kurniakan kita dengan amanah kerja, untuk kita lengkapkan ia sebagai ibadah yang tiada hujung dan ganti.

satu ketika suami kata :
'... sama ada awak menjadi mereka atau awak pergi ..'

kebobrokan berupakah apakah yang sedang dilakon layarkan di hadapan mata aku ? Generasi apakah yang bakal kau lahirkan sedang terang kau pamer sikap paling jijik mampu aku istilahkan. Aku pasti malah yakin pasti .. bukan salah didikan awal daripada rumah semata, bukan salah perkembangan sebuah penjajahan, bukan jua masalah didikan agama yang sibuk kau canangkan, tapi  daripada kau jua.

Mungkin kau kelihatan menang di kalangan mereka yang tidak kurang kadar durjananya. Mungkin kau hebat mempamerkan keberanian dalam kata-kata. Ya...itu mungkin. Mungkin dalam kalangan jiwa dan hati yang mati dan membusuk seperti kau. Bagi aku ikhlasnya, kau dayus. Wahai hati yang mati, bukan kau seorang saja mampu belagak gengster. Aku jua mampu. Aku juga bisa. Malah aku berkata atas apa yang telah pun aku lakukan. Aku sedia mempertahankan hak aku walaupun aku sedang berhadapan dngan ketua pusher. Kalau kau hanya mampu tunjuk berani di belakang, tapi aku sudah berani di hadapan. Sebab itu aku katakan kau dayus. Kau mencaci maki atas alasan dan sebab yang belum tentu kau benar, juga di belakang. Dan dalam sejarah aku marahkan yang namanya manusia, ya aku akan datang padanya. Kalau aku mahu maki sekalipun, biar di depan dia aku maki.

Biadap bukan ...??? Lalu, mohon kau hadam sebaiknya apa itu adab.
Mungkin kau kurang atau mungkin belum lagi bertemu buku dan ruas. Kau mungkin selesa kerana belum ada lagi yang berani melakukan sebagaimana jijik kau lakukan. Ya, kau jijik. Sungguh kata itu datang daripada hati.

Oh ya .. aku lah insan tidak serupa bikin. Mengatakan kau dayus, namun aku juga dayus kerana hanya terhasil dalam sebuah entri bobrok melalui sebuah blog cabuk.Kenapa tidak aku berhadapan dengan kau semata-mata ?

Duhai sahabat berhati benci,
Sedarlah kau bahawa dunia ini milik Allah dan kita. Ada ketikanya Allah membenarkan saja salah kita dengan menunda rasa sedar. Hakikat yang salah kita rasakan itu paling benar. Hakikat yang benar, itulah sebusuk dan seburuk hal. Lalu Allah tambahkan lagi pengaruh mu wahai sahabat. Ohhh .. kali ini kau yakin kau benar. Ya, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Semakin kau hilang hati untuk muhasabah diri yang panjang. Semakin kau galak mencanangkan betapa benarnya kau .. semakin bertebaran fitnah yang melata. Semakin punah dan musnah setiap amal dan pahala yang kau kutip setiap ketika.  Duhai sahabat, kali ini kau miskin bersama kehinaan.

Mengapa aku rela bercakap tidak serupa bikin ? Kerana aku yakin .. dunia ini milik Allah semata mata.  Malah akhirat nanti tiada sdikit jua daya aku. Manusia itu perlu berubah, sayang. Tapi aku suka jika kau menghakimi aku sebagaimana berlalunya masa aku. Silakan .. Aku tidak pernah kesal walau sedikit siapa jua aku.  Ya, aku terhasil dan terbentuk di atas tangan insan yang kau maki dan tempat yang kau caci. Namun, aku hari ini cukup bangga kerana aku mampu gembira dalam setiap langkah aku ... in sha Allah, doa setiap sujud aku .. bukan ke neraka.

Sayang, siapa jua kau .. siapa juga dia, bukan kau insan yang layak untuk mencemuh, memaki dan menghamun dia di belakangnya hari ini. Demi Allah, kawan .. aku kenal kau .. aku kenal dia .. maaf, kau jauh lebih bangsat daripada dia, sayang. Ya, kau hebat dalam kalangan insan insan durjana sebagaimana kau. Namun kau kalah. Kau benar-benar kalah saat kau membuka aib kau sebanyak mungkin. Kau membuka aib keluarga kau. Sebaik saja kau cuba membuka aib insan lain. Gud job, kawan !

Siapa kau. Siapa dia dan siapa aku ? Kau adalah kau yang merasakan insan 'kau' adalah kau. Aku tetap aku. Masih menaip di atas papan kekunci sebuah komputer riba. Dan dia ... adalah insan yang kau fikir paling salah, paling hina .. paling buruk namun hakikatnya kau sedang memberi segunung pahala untuk dia bawa pulang bertemu Maha Esa. Kawan, mati itu pasti. Dosa pahala itu realiti. Akhirat nanti kekal abadi. Mungkin kau, mungkin aku dan paling penting mungkin dia. Antara kita entah siapa bakal pergi dahulu. Hantarkan kepada aku sebuah kata, apa bisa kau meraung dan meratap di atas sebuah tubuh yang tidak lagi punya nyawa ...??? Ingatlah kawan jika kau lupa. Akhirat itu hanya Allah yang punya. Aku mengingat saat mungkin kau lupa. Namun, bila masa kau sengaja, itu cukup urusan Allah, kau dan dia.

Entri ini tidak untuk kau semata mata sayang.
Pesanan dan kata ini untuk semua. Jelas kau, mungkin nanti aku .. malah mungkin dia, mungkin akan menjadi kau. Inilah ingatan untuk kita bersama.

Salam sayang
- Nazura -

No comments:

Post a Comment