Saturday, July 7, 2012

~ ujian .. kifarah .. atau peringatan ..?? ~



Assalamualaikum ..
~ sila jawab wahai yang bergelar Muslim ~
hari ni .. okeh .. malam ni
barulah aku berkesempatan untuk update blog
ayat nampak macam tak bermaya je kan ..??
huhuhu
nama pun manusia ..
ada masanya memang akan dilanda mud atau jiwa yang lemah
selepas dilanda musibah
yang begituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
dush ! dush ! dushhhh !!!

Okeylah. Jom baca apa yang aku nak share dengan u all nih.
Insya Allah .. ada iktibar untuk difikirkan bersama .. kui3x

Tak pasti nak start di mana. Tapi ... everything is about KERETA.
Minggu  ni adalah minggu yang tersangat tertekan bagi aku. Bukan sikit-sikit punya tertekan .. tapi sangat tertekan bersama penat yang teramat sangat. huhuhu

Hari Isnin ( 2 Julai 2012 ) .. aku balik ke Gelang Patah dengan kereta kakak aku. Sebabnya kereta ayah aku yang aku bawa selalu tu .. relay signal dia short. Jadi, terpaksalah anta bengkel ari isnin memandangkan kakak aku baru balik dari mersing ahad petang.

Fine, jadi .. disebabkan kereta kakak aku pun ada masalah kat bahagian tayar ( senang kata tayar tak stabil ) aku pun rasa aku kena bawa balik kereta kakak aku tuh. Biarlah dia anta sendiri kereta dia tu kan. Takkan aku je yang kena tunggu kereta kat bengkel kan ..?? mana aci kan ..?? kui3x.

Jadi, balik sekolah dalam pukul 3.15 macam tu aku pun terus nak balik ke parit raja. Ala .. biasa je pun kan. Nak di jadikan cerita yang tak terduga .. aku langgar orang. Ya ! AKU LANGGAR ORANG .. !!!

Gilos ! macam nak gugur jantung aku time tuh. Mungkin aku salah .. aku laju ke .. tapi tak lah laju sangat. 70-80 km/j pada jalan lurus .. ok je kan. tapi mungkin disebabkan oleh aku perasan dia dah dekat .. jadi .. BUMMMMMMM !!! erkkk !

Salah .. memang salah aku. Dia dah signal duk kat tengah untuk belok kanan kan. Ya Allah !! kesiannya aku kat dia time tuh. Aku da break 2 kali kot .. tapi memang tak boleh nak stop. Sangat meluncur. Aku tak pasti .. mungkin aku tertekan clutch dengan break. So, bila tekan clutch .. kereta akan lebih meluncur. Atau .. mungkin juga keadaan tayar tu sendiri dah tak berapa elok. Semua tu berkaitan dan mempengaruhi keadaan. huhuhuhu ..
Ada juga lah yang marah aku cakap aku laju. Fine lah aku mengaku je. Tapi aku cakap lah .. aku tak laju sangat pun mungkin sebab dah dekat baru aku perasan dia kat tengah2. Aku pun tak dapat mengelak ke mana mana kecuali tadah sajaaaaaaa. hhuhuhuhu.


Tengok motor dia ... adoiii. duit lagi nak ganti. Bila pusing belakang ... jeng jeng jeng !!!!
Kereta kakak aku pun kopak gak. Lagi duit !!!! adoiii
Aku tak tahulah kan kenapa .. bila langgar tuh aku tak ada pun panik. Tapi buat lah muka panik minta maaf. Buat muka kesian kata orang. I kan pompuan .. nampak kanak2 lagi kan ..?? haaahaha .. even tua kot.
Jadi, aku pun hantar lah pergi klinik. Even dalam hati .. adoiiiii. aku nak cepat, ada je hal. Lambat2. 
Dia nak pergi klinik kerajaan je punnnn. ok laaa kan.

Kereta kakak aku anta bengkel .. minta CRK 1 hari kat pengetua .. senang plak dapat. Mungkin sebab aku yang accident kot. Then .. settle semua even malam tuh tak boley tido .. stress aku sangat tinggi hingga tegang kat dua kelopak mata, sakit bahagian tengkuk dan belakang. Adoiiiiii ..

Bila kereta siap ketuk kat kedai, pergi plak kedai tayar. Errkk !!! lower arm pecah .. and bus ekxober plak habis. Siap dengan alighment ... huk3x. RM 2++. Then .. pagi nak pergi sekolah plak .. aku rasa memang tak laju la kan. Memang tak laju. Serius. 80-90km/j je pun kan. Tiba-tiba ... buk!!!!! Apa benda ??? Langgar lubang. Macaaaaaammmmmmmm ..tak tahu nak kata. Selama aku lalu sini tak ada apa pun. 3 kali lalu tempat yang sama aku tak nampak pape pun yang boleh membahayakan tayar. Hairan aku. Aku memang hairan !!!

Bila langgar apa jadi ..??? hurm .. okeh. Stereng berat ke kanan n bergegar !
Apa terjadi ..?? alighment lari dengan rim bengkok ! Woiiiiiiii .. aku tak de duit laaaaaa.
Tapi .. cuba la control jugak. Control kena control. So, demi menyedapkan hati sendiri aku kata dapat gaji nanti benda pertama yang aku nak buat adalah ... tukar rim and tayar !!!!!
Nak cari yang baik sikit memandangkan aku lalu jalan kampung macam tu kan. Ketahanan dan penjagaan bahagian dalam bahagian tayar itu penting okeh. Jadi, kena cari yang baik sikit. huuhhuhuhu ..


Okeh .. itu kisah dan musibah yang melanda aku dalam keadaan berturut turut. Kata orang sudah jatuh ditimpa tangga. Ni bukan tangga lagi tapi bangunan runtuh atas aku.!!!

Ujian, kifarah atau peringatan ..??? back to da main topic !
Ujian, di mana hamba yang taat Allah uji. Kifarah .. macam biasa untuk menghapuskan dosa kecil. Peringatan pulak .. bila hambaNya melakukan dosa maka Allah datangkan satu musibah agar hamba itu ingat kembali akan dosa-dosanya lalu bertaubat. Setiap apa yang datang dan pergi itu semuanya dari Allah dan kepada Allah.

Balik dari langgar orang ... lepas solat. Sumpah aku menangis. Sungguh sungguh punya menangis ni ..ya, dalam solat. Waktu tu hati ni rasa terrrrrrrrrrrsangatlah beratnya. Masa solat .. terbayang semua dosa yang dah buat. Ya Allah .. aku adalah selayaknya menerima hukuman seperti ini. Aku tak tahu .. dengan 3 perkara tu yang mana satu untuk aku. Tapi aku menganggap itu sebagai peringatan. Yup. PERINGATAN !

Dalam setiap masa hidup kita, semua perkara perlu diperbaiki. Semua perkara perlu dibetulkan. Sama ada berjaya atau tak .. itu bukan benda yang perlu dipersoalkan tapi itu adalah perkara yang perlu diusahakan.

Untuk semua readers. Pernah tak kita terfikir .. pernah tak kita renung masa kita .. sudah berapa jauh kita meletakkan hati dan diri kita di sisi Allah. Mulut kita kata .. i need Allah. Tapi kenapa kita sangat banyak mementingkan orang lain berbanding Allah. Demi Allah ..keluarga, sahabat .. malah sesiapa pun termasuk boyfren or girlfren .. itu semua perlu dikesampingkan. Kerana dalam masa kita susah .. dalam masa kita jatuh .. tiada jaminan mereka itu semua setia di sisi kita kecuali ALLAH. Yes ! ALLAH.

Waktu aku down .. rasa habis semangat aku. Bagi aku .. harapkan my bf ada untuk support. Bagi semangat or wat everlah. Nak harap dia ada kat sebelah .. memang berangan lah kan. Tapi .. kata semangat pun tak de. Tiba-tiba rasa dunia ni gelap seketika. Bukanlah aku salahkan my bf. Kebetulan waktu yang sama dia pun tak sihat. Orang tak sihat ... faham je lah kan. Budak tu plak klau tak sihat .. dia kata nak rehat .. kena reti bahasa lah kan. Buat la apa .. tak de dia kesahhhhh. hahahaha ..

Family ..??? ok no !!
Aku tak tahu sama ada aku belagak or aku ego .. tapi, aku takkan tunjuk depan sesiapa yang aku lemah. Takkan tunjuk aku down. Takkan tunjuk aku .. tertekan. Susah nak nampak air mata aku. Apa lagi depan family. KECUALI .. ada benda yang aku tak boleh nak tahan. Biasanya bukan sedih tapi MARAH. Fine ..!!

Mula mula fikir aku memang sendiri. Allah tarik sekejap je semua orang yang aku harap di sisi aku waktu aku sangat perlukan diorang untuk aku sedar bahawa aku cuma ada Allah. Always. Allah sentiasa ada di sisi kita tanpa sebarang alasan. Tapi manusia .. waima aku sendiri .. kita akan berhadapan dengan pelbagai alasan untuk berada di sisi orang yang kita sayang waktu mereka perlu kan kita. Itulah manusia. Kenapa manusia perlu lebih mencintai Allah dari manusia ..?? Ya, sebab Allah sentiasa setia di sisi kita tanpa sebarang alasan. Tanpa ALASAN !

Dan .. kembalilah pada Allah.
Bercakap soal duit .. aku tak tahu dah berapa ribu duit habis bulan nih. Sudahlah tak gaji.
Tapi percayalah .. rezeki itu milik Allah. Rezeki itu milik Allah. Entah berapa banyak duit yang keluar tapi Allah tetap juga mencukupkan keperluan aku. Bukan untuk aku saja .. tapi orang disekeliling aku.
' Ya Allah ... aku mencari rezeki bukan untuk keperluan aku saja .. tapi izinkanlah aku membantu yang lain. Rezeki ini adalah rezeki bersama ..'


Jadi, Allah membukakan rezeki itu bukan untuk aku saja, tapi untuk mereka yang lain .. cuma mungkin melalui aku. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Waima seekor kucing pun ada rezeki mereka. Jadi, gunakanlah duit untuk perkara yang baik. Gunalah selagi itu perkara yang baik. Tak perlu simpan riban-riban tapi orang disekeliling susah.

Orang kata .. tak perlu fikirkan orang sangat. Tapi sedarlah .. membahagiakan orang itu adalah kunci kebahagiaan diri sendiri.

Waaaaaaa !!!!! Panjang teramat sudah.
Baik aku lari dulu
jumpa lagi nanti
babai ...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment