Wednesday, December 22, 2010

- warkah buat kamu -



Assalamualaikum ..

buat kamu yang pernah aku panggil sahabat.
mungkin kamu tak tahu kalau semua ini untuk kamu. Dan aku pun tak perlu state nama kamu di sini. sebab aku rasa semua tu tak penting.

Dalam mana waktu - waktu ini aku rasa aku bahagia tanpa kamu, tiba-tiba rasanya aku masih merindui kamu. Walaupun terlalu banyak sakit yang aku rasa kerana kamu .. tapi aku merindui saat aku ketawa bersama kamu. aku masih rindu saat aku menangis bersama kamu. Ketawa dan menangis bersama. Bagi aku, itulah saat terindah buat aku. Berkongsi tentang segalanya dengan kamu. Walaupun aku tidak pernah beritahu kamu betapa aku sayang kamu, tapi aku yakin ... kamu sedar tentang itu sejak dulu lagi.

Di antara kamu dan teman lain, kamu ada tempat istimewa dalam hati aku. Kamu ibarat seorang kakak bagi aku. Mungkin kamu lahir sebagai seorang kakak kepada adik-adik, lantas kamu juga begitu care dengan aku. Walaupun ada waktunya kamu buat aku begitu kecil hati, tapi masih belum mampu melunturkan rasa sayang aku pada kamu. Aku ingat lagi waktu aku bagitahu kamu nama boyfriend aku. " Jalil? Naz ... klasiknya nama? Carilah nama sedap sikit ..." aku rasa macam kena hempuk dengan batu besar time tu. Aku bagitahu sebab aku rasa kamu memang kawan baik aku. Tapi .. sangat mengecewakan. Mula-mula .. yes. Aku rasa cam malu je bila ramai orang pandang macam tu pada boyfriend aku. Tapi hari bila orang tanya aku awek siapa ... senang je aku jawab... " awek jalil..." tapi hari ni, aku tak lah rasa apa-apa sangat dengan sikap kamu yang begitu. Aku mungkin tak secantik kamu .. untuk dapat lelaki -lelaki handsome kononnya di mata kamu. Tapi ... rasanya bf kamu pun bukanlah handsome n hebat sangat kalau suka sangat nak membanding-bandingkan. Nama pun biasa je.

Baru-baru ni aku terserempak kamu. Tapi aku tak berhajat untuk bertegur sapa dengan kamu. Apa lagi nak bertanya khabar. Bukan berdendam ... tapi rasanya ganjil sekali untuk aku bermesra seperti dulu. Baru-baru ni jugak, aku lalu di hadapan rumah kamu. Aku nampak kereta kamu. Boleh saja aku datang beri salam kalau aku mahu berjumpa dengan kamu. Tapi ... hakikatnya aku tak buat begitu. Aku hanya lalu tidak jauh dari rumah kamu. Dari jauh aku nampak itu kamu. Ya .. kamu angkat kain di ampaian dengan tudung hitam. Aku kenal bentuk muka kamu walau dari jauh. Tapi cepat saja aku pergi dari situ. Untuk apa aku datang pada kamu ...?



Kamu datang pada aku waktu kamu jatuh. Waktu semua orang memberi satu pandangan negatif pada kamu. Aku cuba membetulkan pandangan itu meskipun keadaannya seperti menegakkan benang yang basah. Tapi aku cuba juga untuk kamu. Tapi ... bila mana kamu senang hari ni. Mungkin kamu sudah berada di posisi cukup selesa, aku kamu lupa macam tu je ? Wahh .. that's my bestfren, rite?

Kamu kenallah. Hati aku di mana waktu aku dengar semua bahagia kamu selepas kamu berair mata ..? Jangan pernah salahkan aku kerana aku membuang kamu dari menjadi seorang teman buat aku. Rasanya tidak ada apa yang ruginya untuk kamu hilang seorang kawan yang tidak punya apa-apa. Sekali aku kata kamu pergi, maknanya aku tidak akan pernah kembali. Tapi ... di kala kamu kembali, aku yakin tidak akan pernah terucap perkataan pergi tu.

Maafkan aku kerana mungkin pernah kasar pada kamu. Jika hari ini kamu begitu bahagia dengan hidup kamu ... maka berbahagialah. Dan aku tidak akan pernah wujud dalam hidup kamu .... selagi kamu tidak datang sendiri. Aku bukan ego. Tapi ... sebanyak mana aku membuang ego aku pergi ... sebanyak itulah hati aku hancur. Kamu pijak-pijak seperti semuanya tiada makna. Jadi, aku sudah selesa tanpa kamu. Jika kamu berhajat untuk tidak lagi menjadi teman aku ... maka aku relakan kamu lenyap dari hidup aku selamanya.





Terima kasih, teman. Kerana telah memberikan warna-warna indah dalam rentetan hidup aku.
thanks a lot ..

wassalam ..

No comments:

Post a Comment