Thursday, January 21, 2010

sungguh menyakitkn..hmm..that life

'jangan harap orang lain respect kita , kalau kita sendiri tak pandai nak respect diri sendiri'

itulah bahasa yang aku guna untuk diri sendiri. sesungguhnya setiap hari yang kita lalui pasti akan bertemu dengan pelbagai laluan yang berbeza. Hari ini mungkin sangat menyenangkan. Hari esok belum tentu lagi kita akan sesenang hari ini. Mungkin juga hari esok bisa menjadi titik permulaan perubahan sebuah kehidupan. Sama ada perubahan itu masih kekal di atas dunia yang amat fana ini atau memulakan satu perubahan di alam yang lain. Alam Baqa'. Itulah hakikat kehidupan ni.

Hukum hidup ini , u give...u get back. Tapi kadg2 bila aku renung semula...knp byk sangt benda yang aku dapat bukn bnda yang aku prnah bagi. Dan kebanyakan masalah aku adalah berpunca daripada sikap - sikap manusia. Aku ingat lagi waktu form 5 yang begitu hampir dengan SPM aku terpaksa berjumpa kaunselor sebb aku betul2 tak blh fokus disebbkan oleh seorang manusia ni. Aku pegang kata - kata kaunselor tu ( Cikgu Jaafar ) sampai hari ni. ' Nazura , saya tengok awak selalu sangat bermasalah dengan sikap orang disekeliling awak. Mungkin akan datang , kerja awak akan berhadapan dengan kerenah sikap manusia. So...ini adalah permulaan bagaimana awak nak berhadapan dengan sikap manusia yang pelbagai kerenah '


Aku tak tahu kalau aku ni selalu respect org atau tidak. Tapi seingat aku...dan mngikut naluri aku , aku sgt ingin menghormati org lain. Tapi kalau ada sesiapa yang aku jadi kurg ajar , mungkin ada yang kurg normal pada aku waktu itu. Dan banyak juga , aku jmpa org yang sgt2 tidk pandai menghormati hati org lain. Bila kena pd aku...satu je bnda yg aku boleh pujk hati aku utk tidk mrh iaitu ...' knp aku nak mrh org tak hormati aku , sdgkan aku sendiri pun tak hormat diri aku..' sebagai manusia biasa , aku dah terlalu byk bt perkara - perkara yang sgt biadap terhdp diri aku sendiri. membawa diri sndiri kpda keburukn , sudh cukp aku katakan aku tidk mnghrmati diri aku sndiri.


Satu hari , aku terima satu penghinaan yang mungkin tidak di maksudkan tetapi cukup dalm msuk ke dalam hati aku. Macam anak panh beracun tertusuk ke jantung. Pedih memang pedih. Nak menangis tp tak tahu mcm mn. Tak tau mcm mn , tiba2 ego yang aku tak tahu tinggi mn datg dlm hati aku. Dah la aku ni memg jenis ego tinggi tp nasb baik hati lembt. So , bolehla balance. Aku tak prnah rsa terhina mcm tu. Mgkin kat U aku memg kurg bergaul dgn org , so pengalaman aku byk di sekolah untuk jd prbandingan. Masa sekolah dulu , aku bukn student yang pasif. Aku bukan student yang silent. Bukan juga student yang cuma berada di dalam kepompong. Bukan student yang cuma duduk menanti arahan...atau student yg cuma tahu belajar 24 jam. Aku ingt lagi gelaran yang kwn aku penh bagi pada aku iaitu Ahli Fikir. But why...tiba - tiba aku jadi pasif seperti hari ini..???? Aku jadi sungguh terhina dan cukp memberontk dengan kata - kata 'dia' apabila ia menyentuh soal kemampuan dan kelebihan yang memg ada dalm diri aku tapi aku simpan cukp dalam. Not even once ia terjelma dalm diri aku.


tapi , kata - kata 'dia' buat aku benar - benar ingin bangun bukan sebagai seorang guru. Bukan aku memandang rendah pada guru. Aku amat2 menghormati mereka yang mampu menjadi guru kepada seseorang sepanjang hayat. That the real teacher. Aku cuma melihat , aku tidak mampu untuk menjadi guru yang baik. Apa lagi sebagai guru engeneering. Itu benar - benar bukan jiwa aku. Kata org , kerja dulu baru ada minat. Tapi sekarang , 3 tahun aku dalm bahagian pendidikan berasaskan engeneering...but i still cannot match with that. so how...? i can talk...but cannot teach. Tapi , kalau aku masih ditakdirkan menjdi guru , aku tetp akan cuba mnjadi guru yg terbaik walaupun aku student sgt pasif n tak berapa berguna di universiti. That my promise.

No comments:

Post a Comment