Monday, March 19, 2018

~ my 2nd pregnancy ~

Assalamualaikum
haiiii .. setelah sekian lama tak menjejakkan diri kat sini. La ni baru ada masa dan ketenangan nak menaip.
Dah cuti .. dah nak terbersalin .. barulah ada masa dan mud nak update blog.

So far, orang kata pengalaman mengandung dan bersalin setiap anak tu berbeza beza. Ya, memang betul. Dah lepas keluar yang 1st .. nak keluarkan yang 2nd plak dah. Oke, 3rd pun sebenarnya. hmm ..

Kalau cerita pregnant masa Umar dulu rasa macam mudahhhhhhhh je segala benda. Sebab tu rasa macam oke je nak preganant lagi. Lagi dan lagi punnn oke. Then, bila pregnant yang ni .. rasa macam lambatnya la 9 bulan 10 hari tu. Bila la nak keluar. Bila laaaaaa nak keluar. bhaaahahahaha

Walaupun pengalaman pregnant dua dua sama je tak de alahan. Masa Umar sekejap je la. Dalam 2 bulan je. Lepas tu sebatla makan hape pun. Semua ON. Pregnant yang ni pun lebih kurang je. Even kadang timbul rasa loya, tapi mind dah set dan dah tahu how to heal. Paling penting minded setting memng kena kuat. Sebab masa preganant dalam dua bulan lebih tu ingat lagi tengah berjalan dengan family kat KL. Biasalah makan kat kedai. Bukan boleh nak memilih sangat.

Jadi, benda paling penting adalah :
1.  Sila makan ikut masa. Once angin mula masuk, mulalah gelap dunia seketika. Apa pun tak boleh buat. Kalau bawa Umar berjalan tapi mama dia meloya 24jam nak jadi hape. Bek duk tido je. Jadi, nak tak nak memang kena cari jalan supaya tak terjadinya adegan muntah muntah nih.

2. Kena standby makanan 24 jam. Biskut ke roti ke nak bagi perut sentiasa terisi. Carila yang sesuai dengan tekak masa tu. Mesti ada. Sebab once dah masuk angin, maka melepek lah sepanjang hari. Sebab tu bagi aku, pentingnya madu di awal pagi. Depends kat individu. Bagi aku, untuk dua  dua kali pregnant, memang tak de masalah dengan madu even awal pregnancy. Selain mengelakkan loya dan alahan, sebenarnya madu sangat memberi dan mengekalkan tenaga sepanjang hari. Sebab tu ai boleh jeritkan budak merentasi bangunan even rasa nak terberanak dahhh. POooooyoooo laaaaa ehhh !!!

Oke lah dua benda tu. Mengandung pun baru 2 kali kan. Tak payah banyak tips. Annoying. !!! hahahahha

Tu awal pregannt. Trimester pertama.
Masuk primester kedua pulak. Lain pulak kisahnya. bhaaaahahaha. Actually, kali ni aku lambat sikit buat buku merah. Masuk 3 bulan baru buat. Dulu masa Umar excited. Sebulan lebih dah buatttt. Gileeee penat ulang alik klinik kesihatan. Oke, kali ni budget  otai la sikit. Tapi monthly, memang buat pemantauan sendiri dekat Klinik Putra Taman Universiti. Walaupun ramai kata dia garang, tapi disebabkan susahnya nak dapatkan klinik doktor perempuan yang boleh scan baby, jadi .. aku redha. Tapi bila dah lama-lama, nice la pun dia tu sebenarnya. Serius !! Tu lah orang kata. Tak kenal mana nak tahu kan. hahahahaa

Oke. 2nd trimester. Masa scan sampai baby 4 bulan, semuanya oke. Semua cantik. Masuk 5 bulan. Baikkkk.
Ni aku tak pernah cite kat sape pun. Cite sini je. hahahhaaaaa. Harap laki ai tak baca entri nih. Tak pun tak baca part nih. hahaha. Oke, bila scan 5 bulan tiba-tiba doktor kata : mama, uri mama kat bawah. Kepala baby kat atas.  doktor tak nak macam ni. ini tak normal. Tapi tak apa. Jangan risau dulu. Kandungan kecil lagi. Kita tengok lagi bulan depan ya. Sebab tu mama rasa sakit sentiasa, cramp .. semua tu tak ada ubat. So, mama kena banyak rehat. Bila banyak gerak, mudah bleeding. Kalau ada bleeding kena cepat-cepat ke hospital.

Adooiiyaiii. Lepas tu terusla meng'google' segala benda artikel tentang uri kat bawah. U all yang nak tawu boleh laaaa google jugak. hahahaa. Makin google makinlah seram ehhh. hahahaha. Walaupun sebenarnya tak ada bukti klinikal punca terjadinya uri di bawah, namun sesungguhnya .. tuan empunya badan mampu mengagak. hahaha.

Pertama : Mungkin sebab aku pernah buat DNC masa gugur dulu. Tapi sampai 4 bulan, uri tu elok je pun tak de masalah masa scan semua.

Kedua : Dan sesungguhnya aku tahu, kejadian bermula masa aku angkat Umar time tido turun kereta nak masuk rumah. Memang boleh rasa ada something wrong kat dalam. Dan malam tu jugak sakit dia sampai mematikan mud aku dengan nak mengamuk kan semua orang. Lalu nangis !!! hahahahaha. Jadi, jawapannya adalah, uri tu mungkin turun dan tergelincir di sebabkan aku mengangkat si ketot dengan berat 12.5kg time tuh waktu tido. bhaaaaahahhahahaa. Padan muka aku. Degil lagi !!!

~ lepas operation makan mengalahkan orang tua. patutla gemuk ! hahaa ~

Since that day ... bermula la cerita cramp dan sakit setiap hari. Mud pregnant tu hilang terus wooo. Nak bersalin cara mana pun tak lalu nak fikir. Sebab potensi czer tu sangat tinggi. Punya laaa aku tanya semua orang yang pernah bersalin czer. Cuba untuk positifkan diri. Dlam masa ni jugak laaaa Umar kena operation kat IJN. Masa ni dah malas fikir dukung dia ke tak dukung dia. Dari wad ke makmal x-ray tu aku buat relaks aku je dukung dia. Sebab dia langsung tak mau kat papa dia. Masa ni jugak seminggu tak tido, tak baring. Energy dan emosi time tu Allah je yang tahu. Last kritikal, sehari sebelum check out IJN, suami pulak collaps. Tapi dua dua berjaya jugak kuatkan diri dan tersadai di Tanjung Malim. hahahahaha

Masa tu dah tak fikir apa dah. Fikir nak kes Umar settle je. Then, balik Parit Raja buat lagi scan .. 6 bulan, 7 bulan .. baby membesar dalam keadaan songsang. Kepala kat atas kaki kat bawah dengan keadaan uri kat bawah. Dia punya tegang kat kulit tu Allah je yang tahu. Kadang rasa : koyak jugak perut aku nih kan. Tapi mana ada orang pregnant kulit koyak kan ..??? hahaha. Jadi, tabah je lah. Tak boleh nak banyak berjalan. Tak boleh jugak berdiri lama. Dia punya rasa macam nak beranak time tuh jugak kalau over limit. Apa lagi sepanjang tu keadaan baby dalam perut terbalik. Punggung dia hala keluar. Jadinya, perut akan sentiasa mengeras dan menegang je bahagian luar.

Maka, terjadilah keadaan aku dah tak mampu nak manage dah kerja rumah. Dengan sekolah lagi. Rasa nak beranak time tuh jugak ! Start baby makin besar .. memang suami je yang masak. Oke, ni beza masa pregnant kan Umar. Suami kat Sabah. Tapi time tu pun mcam chill lex je even sedihlah jugak kadang-kadang. Ni suami depan mata, ada la jugak kawan gaduh selain Umar kan. Selalu sangat nak nice pun tak best jugak. hahahahaha

Jadi, aku cuma masak untuk Umar je la pagi pagi. Biasa baby diulit mimpi lagi mungkin. Once dia bangun dan mengeliat, gelap sekejap dunia aku. huhuuhuhu. Dan banyak lagi la kerja rumah yang terpaksa dapatkan bantuan 'pihak ketiga' untuk selesaikan.  Kalau orang datang umah aku, boleh la label aku mak mak pemalas. Tapi .. ada aku kisah. Bagi mempositifkan diri, aku kata aku kan wanita berkerjaya. hahahahaaaa .. kenalah bijak membahagi masa. kah3x. Yang penting bukan aku mintak duit laki aku. Aku rasa aku mampu, aku beli la sendiri walaupun pakai bersama untuk kegunaan keluarga. kannnnn .. hahaha. Yang penting, mudah kerja aku. Selesai kerja aku. Daripada aku duk bebel bebel kerja tak siap pastu bebel n marah semua orang kat rumah, baik lah aku cari solution lain. kannnnnn ... hahahaha.

Alhamdulillah, masa ni jugak sikit sikit Umar pun dah  mula pandai itu ini walaupun tak nak jugak cakp. Peduli la keluar jepun ke cina ke yang penting boleh la sikit di harap. Jadi, tak payahlah mama dia duk bangun duduk bangun duduk je kerja walaupun kadang dia nak buat pape memang ikut mud. Bila nak hantar dia kat umah mak, pandai dah kemas sendiri barang dia nak bawa then tarik pergi kereta. Pandai ambik n buang pampers sendiri. Tumpahkan air dah pandai cari kain untuk hapus kan bukti. Jadi, betul jugak orang kata bila pregnant sekali lagi, bila anak sebelum itu dah mula pandai sikit sikit buat kerja, ada la mudahnya. Ada hikmahlah Allah ambik yang 2nd tu dulu. hohoho.

Oke .. Masuk Trimester Ketiga.
Dalam 8 bulan scan, sehari sebelum tu pergi Klinik Desa, nurse kata kepala baby masih kat bawah. Baby semakin besar. Aku pun dah semakin kecewa. hahahaha. Then, esok scan .. seriously macam keajaiban tiba-tiba doktor kata : oke mama. Uri dah ada di atas. Kepala baby di bawah. Tanya lagi sekali .. oke, memg betul. Alhamdulillah. Maknanya malam tadi tu baby pusing kaki dia bawak naik terus uri ke atas.

So, lepas tu .. bermula la episod consume makanan untuk membersalinkan diri secara normal. Baru semangat sikit nak bersalin kan. hahahahahaaa. Minyak kelapa dara yang dah lama tersadai, mula la di minum. Sebab masa Umar dulu sebulan relaksnya aku minum 4 botol cam tu je. Tiba-tiba !!!!! Pregnant kali ni sumpah dua kali aku minum, 2 kali aku mc. Sekali tu aku ingat poisoning sebab limau tahun baru cina. Memang tak boleh bangun. Siap pergi klinik. Rupanya bila ingat balik, pagi tu aku minum minyak kelapa dara. Then, minum lagi. Kejadian yang sama jugak. Jadi, aku assume memang pregnant kali ini aku memng tak boleh telan langsung minyak ni. Maka berhentilah aku menelan benda alah nih. Ada lagi 2 botol tak sentuh tuh. Sape nak ek ..??? Nampak x aku punya tamak. hahahahaa

~ bukan selalu mama umar nak murah hati bagi umar nek benda alah ni ~
So, di akhir akhir ni .. aku cuma boleh makan madu. Madu pun cuma makan madu tualang tu. Dengan air kelapa hampir tiap hari. Kalau masa Umar dulu, sampai habis buah kelapa kat pokok umah mak aku, yang ni terpaksala mencari kat tepi jalan. Macam masa umar dulu, masa akhir ni laaa macm macam nak makan. Pregnant ni, banyak benda tak selera. Makan nasi pun memang sikit gile. Sebab space usus tu nak membesar memang sangt terhad. Bila overkenyang, mula la jadi ular sawa tak boleh bergerak. Jadi, memg portion sikit gile. Makan pun tak menggila macam masa pregnant kan Umar.

Then, masuk 36 Minggu. Waktu ni memang dah tak boleh tidur malam. Ya, hampir semua orang pregnant akan rasa. Masalah aku, dengan semua baju tak muat nak pergi sekolah. Stressssss. !! Then tiap malam perut akan mengeras tak boleh bergerak. Time ni jugakla Umar Anaqi buat perangai tido pukul 3 ke atas ajak aku main bola. Kau rasa ??!!! Nak marah ke nak mengamuk ??!!! Dia tak mau papa dia. Dia nak mama dia je. Sampai ni pun masih cuba tido kan dia sebelum pukul 3 pagi. Bukan dia tak mengantuk tapi dia memang tak nak tidur. Makanya, bermula la pulak episod aku tak tidur malam. lalalalala.

Satu hari, beberapa kali rasa something wrong. Perut makin lama makin sakit. Masa tu kat sekolah. Habis 2 kelas, terus drive pergi hospital. Kebetulan masa tu suami kat JB. Suami tanya nak balik tak, aku kata relaks la dulu. Aku belum nak beranak pun lagi. Semua ingat aku nak beranak dah. Aku pun ingat aku nak beranak dah masa kat hospital tu. Then, malam tu doktor kata aku kena warded. Baru lah suh laki aku balik. Nasib la dah siap dia punya presentation projek SKM 4 &5.


Masa kena warded tu, nurse dah mula pening sebab katil tak cukup. Biasanya gov hospital kan. Malam tu pulak macam ramai je orang bersalin dan warded nak bersalin. huhu .. Jadi, katil tinggal ngam ngam. Aku pun kesian gak tengok diorang. Perlu jugak memahami kesulitan kerja mereka kan ..? Tiba-tiba akak nurse tu tanya. : Eh, dik. Awak 1st class B kan ..?? Aku terpinga pinga sekejap. Apakah itu..?!  Jom, jom tukar katil. Aku pun mengekor lah akak nurse tu. Ohhh .. masuk wad 1st class. Oke la. Dapat la tido lena malm tu setelah sekian lama tak tidur lena waktu malam. hahahahahaaaa.

Nak check in hospital swasta tak mampu kan. Nak buat cam mana. hahahhahaahaaa
Then, malam tu baru tahu kena infection sebab tu sakit macam nak bersalin. huhuhu .. sampai esok petang, check and scan semua alhamdulillah oke, maka boleh la ai pulang.

Then, 37 minggu .. ni masuk 38 minggu.  Tiap kali pergi KD, nurse dah remind. Baby dah ke bawah sangat ni zura. Bila bila masa je ni. hahahaha .. memang pun rasa. Tapi tu lah. Dia memang tak mau jugak keluar lagi, aku nak buat macam mna.  hoho .. Jadi, masa ni bawaklah Umar jalan dulu sebelum mama dia berpantang. Waaaaaa ... pantang sangat. !!!

       
Oke. Habis dahhhh cerita pregnant kali ni. Mana la tawu baby tunggu mama dia update blog baru nak keluar. Mana tawuuu kan. Masa umar dulu, tnggu mama dia mandi petrol dengan diesel baru nak keluar. Wattttt the laaahhhhhh ..

Oke lah. Wallahualam
Wassalam