Tuesday, August 27, 2024

ujian dan ketabahan

 Assalamualaikum

Alhamdulillah. Masih punya ruang dan peluang menaip di sini. Walaupun dah lama tak update, masih seperti selalu struggle dengan kehidupan seharian.

Sudah 2 bulan ni di kejutkan dengan berita berita yang mengejut. Semuanya terkejut.

1. Anak murid accident.

2. Dua orang anak murid accident bersama.

3. Anak murid accident dan meninggal

4. Mak kepada salah seorang anak murid yang accident ( kes 2 ) meninggal sebab accident dan menjadikan mereka 5 beradik yatim piatu.

Allahuakbar! Harusnya hidup ini penuh dengan ujian. Memerlukan ketabahan. Begitu lah zaman ini semakin berjalan ke hujung usia. 

Hilang tempat bergantung dan tersayang sekelip mata. Semoga Allah kurniakan kekuatan. Ketabahan. Keutuhan jiwa buat Mirzarul dan adik beradiknya. 

Hakikatnya kami juga pernah melalui saat hilang itu. Bezanya arwah abah meninggal saat kami adik beradik di usia awal dewasa. Cuma adik yang bongsu saja masih di Adtec. Alhamdulillah, kehilangan itu mengubah dia 180 darjah. Totally different.

Banyak hal menyusul selepas arwah pergi. Tapi mungkin kedewasaan dan kekuatan financial sendiri itu mampu menyelesaikan banyak hal. Arwah abah pergi tidak meninggalkan banyak hutang. Hanya sekadar saja dan mampu kami selesaikan. 

Aku sekadar membayangkan bagaimana waris mahu selesaikan timbunan hutang 5 buah kereta yang besar besar. Hingga roadtax insurance sendiri tidak terbayar. Apa kah ujian untuk anak2 yang baru saja meniti usia dipertengahan remaja. Kadang situasi tu tidak terhadam.

Bagi aku sendiri, aku hadir sebagai anak perempuan kedua. Namun aku dilayan seakan anak lelaki pertama sejak dulu. Mungkin sebab karakter yang kasar membuat pandangan orang pada aku : you can solve everything. Sedang aku tahu betapa lelahnya menghadapi isu isu usai kehilangan, harap anak murid aku kuat semangat untk lalui semua ini. Apa lagi nak menanggung adik2 yang masih kecil. 

Allah uji pada kadar mampu hambaNya. Semoga ujian besar ini tidak membuat jiwa anak anak itu tersasar. Malah bangkit untuk mengatur kehidupan yang lebih baik. 

Yakin dan percayalah. Allah Maha Baik untuk setiap hamba kerdilNya. 

Salam takziah buat hati hati yang remuk.

Innalillahiwainnailaihirajiun