Friday, April 28, 2017

~ merotan atau didikan ~


Assalamualaikum
Selamat pagi semua !!! HAaaa .. macam masuk dalam kelas pulak laaa eh. hahahaha

Hari ni bila scroll facebook, masuk ada lagi tentang Almarhum Adik Thaqif. So far, semua terkesan dengan kisah. Jangan kata orang lain, aku sendiri bergenang air mata baca kisah dia. Tapi, begitulah Allah menetapkan percaturan hidup dan matinya seseorang. Jalan pergi itu jua susunan Allah Yang Maha Tahu.

Isu rotan, prosedur hospital .. kaedah rawatan yang orang duk sibuk pung pang pung pang semua itu adalah asbab dan ikhtiar saja. Jika kita faham tentang itu, di situlah akidah. In sha Allah kita redha. ( pandai kau bagi tazkirah jumaat yerrr )

Isu yang utama di sini adalah isu rotan. Sama ada nak atau tak nak, aku antara orang yang akan memegang rotan setiap hari. Biasanya sebat orang lain punya rotan la. Sebab aku tak menjadikan rotan itu BBM penting untuk masuk ke kelas. Sejarah aku menjadi pelajar, ya .. aku juga pernah dirotan sebab ponteng kelas HIKMAH ( kelas tambahan SPM ). Sorang je pulak pengawas kena rotan. Hmmm ... sorang je pulak budak kelas sains kena rotan. Dia punya sakit tak la sangat tapi dia punya terganggu emosi tu makan dalamm wooo. hahhahaha ..

Zaman dulu, merotan dan dirotan tak pernah jadi isu even balik tangan berbilai. Zaman sekarang .. tak dak bekas hape pun, memng mati la cikgu kena seranah ( certain student n parents ). Rasulullah juga menekankan tentang didikan dengan cara merotan. Jadi, itu sangat dilihat didikan secara merotan itu tidak cukup untuk memudharatkan.

Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan banyak kes hingga melibatkan kesihatan anggota tubuh mereka yang dirotan? Ya, rotan tu tak salah pun. Cara merotan pun kalau macam mana cara pun, in sha Allah .. tak de effect sangat pun. Yang salah di situ adalah NAFSU ketika merotan. Adakah nafsu ketika itu adalah amarah ... nafsu untuk mendidik .. atau bagaimana ?

Aku biasa jugak bawak rotan dan merotan. Tapi, benda yang aku cuba ingat kan untuk diri sendiri adalah .. aku takkan hayun rotan itu ketika sangat marah. U know wat, saat kita sangat marah .. segala rasional kita boleh menjadi keadaan separa sedar. Kita merotan tanpa sedar tahap kekuatan hayunan tu. Kalau yang merotan tu besar takat macam aku, memang celah gigi je la budak budak tu rasa.  Habis kalau yang merotan tu orang lelaki besar 2 kali ganda besar aku. Ko tak seriau ke ??? huhuhuhu

Aku tak pasti apa yang membawa kepada pukulan dengan menggunakan bahan lain selain rotan. Bagi aku .. pukulan selain rotan itu bukan untuk mendidik tetapi lebih kepada nak menjahanamkan orang. Apa lagi kes yang tersebut .. kanak-kanak berusia 11 tahun .. apalah sangat yang mampu dia buat ..? Apalah sangat benda buruk yang terlintas di fikiran dia. Tapi itulah. Jika merotan itu diselubungi nafsu amarah ... rasa ego seakan berkuasa ( tapi lupa kuasa Allah itu Maha lagi ) .. sebab tu jadi begitu.

Tragedi itu satu pengajaran besar buat kita. Bukan cikgu saja. Parents juga. Aku yakin, masih ramai parents yang masih menghayun rotan, tali pinggang or wat so ever kepada anak-anak. Tapi .. sebelum melibas benda benda itu kepada anak-anak, tanya diri kita. Kita sedang marah atau tidak ? Kita melibas untuk mendidik atau marah oleh kebisingan mereka .. marah oleh tercabarnya ego kita ... atau marah oleh sebab kenakalan mereka merosak harta kita ...?? Tanya kembali dalam diri kita. Bagi hal hal yang begitu, ya .. anak itu wajar untuk di marah .. di tegur ... mungkin di rotan .. tapi berjagalah dengan tahap rasional kita ketika itu.

As a parents, aku pun terkedu juga dengan kes tersebut. Sampai aku terfikir bila si ketot tu nanti sekolah .. aku bagi cikgu rotan dia, tapi tolong panggil aku time nak rotan boley tak? hahahhaa .. ( mawu kena tempeleng dengan papa umar ). Tapi, ini berdasarkan pemerhatian aku. Aku tak pulak buat research ke hape . Biasanya, cikgu yang benar-benar cikgu wlaupun dia bengis tahap singa lapar tak makan setahun pun ... hati dia pasti ada sedikit rasa 'kasih' pada student tu. Mesti ada terlintas rasa 'kasihan' saat student itu melompat kena libasan pertama.  Mungkinlah itu hati manusia-manusia yang diciptakan jadi cikgu. Sebab seingat aku duk keluar masuk keluar masuk sekolah .. yang namanya cikgu disiplin, mesti jadi kesayangan pelajar. hahahahahahaaa ..

Tu lah. Bagi aku .. tak salah merotan pelajar atau anak-anak. Tapi kenalilah cara yang betul dan terbaik. Bagi aku, merotan di depan perhimpunan memang akan membabitkan emosi mereka. Tapi bagaimana Islam menganjurkan hukuman dalam jenayah, mungkin di situ kita boleh ambil untuk apply. Rotan itu untuk mendidik. Runtunan dan sentakan emosi itu juga penting dalam usaha mendidik. Bukan fizikal semata-mata.

Even keterujaan dalam dunia PAK 21, bagi aku .. kaedah kaedah silam yang jelas memberi impak yang baik kepada anak-anak hari ini, perlu diteruskan selain daripada memperbanyak kaedah kaedah pemulihan disiplin melalui PAK21. ( ko hingat PAK21 tu pdpc dalam kelas je ke ..??? hahahaa ). Hmmm ... alangkan pdpc PAK21 pun ramai lari konsep .. ni nak apply kat disiplin. Kan nanti aku pulak kena kecamm. hahahhaa ... kbye !!!

Wallahualam
Wassalammm ...



Sunday, April 23, 2017

~ alahai .. ni la namanya kerja ~


Assalamualaikum ..
februari, mac, april ... baru nak melangkah ke may.
Gila lama baq hanggg  tak update blog. hahhahha .. ( rasa ada org kisah ke update ke tak update ). Sape je la nazura. Bukan best seller skincare or make up tools ke, bukan public figure pun, sekadar manusia picisan di lama blog yang dah bersarang sarang dah. hahahhaa .. Hmm .. may be ada certain tu kisah kot. Mana la nazura ni. Hidup lagi ke ... hahaha. Alhamdulillah, Allah masih bagi hidup dan sihat nak mengejar umar anaqi tuh. huk3x.

Sebenarnya nak bagi tau. Since pindah umah xdak wireless ni, mud nak update tu jadi lemau sikit. Bila keje hotspot dengan phone even memg laju, still jadi tak best. Bila nak kuar lappy tu, phone habis bateri la .. n wat so ever yang menyebabkan .. hmmm .. bosan bosan bosan. Lipat kain lagi best. hahahaha. mak mak kan ..? lipat kain. basuh kain, jemur kain .. kain kain segala bagai je la keje dia. Ha .. masak ?! hahahaha .. ai masak ada turn dgn suami. tapi giliran banyak kat suami. ! Oke la kan .. bagi bagi keje kat umah. Apa salah nya. hahahaha

Oh cite pasal wifi kan. hahaha .. then, tiba tiba plak si YES tu duk pacak promo dia pasal unlimited wifi, oke laaaa .. even kelajuan dia so so so ... ( mn berminat boley la buat survey yer ). Since range area dia sangat terhad ... kena la buat check up coverage dulu kan. Alhamdulillah, sejak terduduk kat tepi jalan besar ni, tak la masalah sangat nak dapat coverage. huhu. Ye laaaa .. dah mintak tiang tak dapat dapat. huhu .. mungkin kena tambah 3 tiang kot. Haiiiii la ... monyet monyet yang berjiran dengan aku ni tak mau apply pasang tiang ke..?? huhuuhu .. ( kalau la monyet tahu keperluan internet dalam kehidupan, kan ..) Setakat jiran 2,3 orang yang ada ni, nak apply tiang pun confirm la tak dapat. hahaha. Tu la guna YES. Yes pun Yes laaaa.

Hmm .. tajuk kerja nak merapu benda lain la eh. kan ..?? hahhaha
Semua orang kerja kan. Even fulltime housewife yang diorang kata tak kerja pun, diorang tetap bekerja. Bagi aku, dalam nak menguruskan kepelbagaian kerja yang kita nak face hari hari, politik dan menguruskan kerja tu sangat penting.

Ikhlaskan hati.

This one of the thing yang paling kita perlu hadam sebaik mungkin. Macam kita belajar Rukun Iman, percaya kepada Allah. Ia bukan sekadar sebutan manis di bibir seperti menanam tebu di hujung bibir ( haaaa .. peribahasa kau ! hahaha ). Tapi bagaimana kita tahu, faham dan hadam tentang percaya kepada Allah.

Soal kerja dan ikhlas mungkin jadi sesuatu yang sangat sensitif pada sesetengah orang . Especially bagi certain kes yang ada saja tidak kena. Mungkin aku pernah dilabel sebagai pekerja yang begitu kot. Since aku pernah bertindak diluar jangka orang seseorang, aku pernah dapat warn " Nazura, jangan tolak tugas ". Aku pernah juga dipanggil ke pejabat pentadbiran berkaitan beberapa isu .. tapi ... in other side, kita perlu faham .. Kita tidak ikhlas dengn kerja atau kita cuba membetulkan sistem ..??? !! Thats the question. By da way .. aku tak buat sesuatu secara membuta tuli. Aku ada orang orang tertentu yang membuatkan aku confident dengan langkah aku. I have my own fact. Thats y today .. aku lebih suka diam dan settlekan semua kerja tanpa sebarang bunyi. Sebab aku sangat mula kenal apa tu kerja ( tanggungjawab ) dan apa tu pengurusan sistem. Waima dekat institusi pend mana pun dulu aku bekerja, apa yang aku sebut adalah pengurusan sistem. Sebab pengurusan sistem itu yang akan memastikan kerja akan berjalan dengan lebih mudah.

Fine. Back tu ikhlaskan hati. Sebaik saja kita terjebak ke dalam dunia sekolah, nak atau tidak kita memang kena terima akan ada begitu banyak perbelanjaan untuk student. Ko cikgu kaya ke ko cikgu miskin ke .. memang ada. Bagi aku, memilih untuk kuatkan perkataan 'sedekah' dalam hati itu adalah terbaik. U know why ..???  Cikgu .. bukan saja kita banyak hutang duit kat bank, tapi kita terlalu banyak hutang 'masa' dengan pelajar. Bagaimana pun kita kejar masuk kelas awal, bagaimana pun kita kejar nak habiskan silibus ... kita adalah hampir tidak terkejar semua tu. Kita dah siapkan awal awal plan pdpc .. tapi sampai hujung tahun, kenapa masih ada silibus yang kita tak mampu nak ajar secara detail. Semua itu kita dibayar GAJI. Jadi, nak bagi barakah gaji kita .. nak bagi bersih gaji tu .. itu antara cara yang kita. Tapi, buatlah ikut kemampuan. KAlau macam aku cikgu yang tak bape berduit ni, sekadar mampu saja lah kan. Apa yang paling penting, diam kan saja bila dah keluar duit. Baik baik, tertulis sebagai sedekah, bila disebut sebut .. diungkit ungkit jadinya benda lain. Kalau rasa perlu claim, pergilah pada orang yang berwajib .. mintak claim. ( dalam gaji kita ada rezeki orang lain. bukan semua gaji kita tu adalah kita punya )
Benda ni pun aku belajar daripada cikgu cikgu lama aku. Yang mengajar di sekolah yang lower standard orang kata, tapi pada aku, mereka ada jiwa yang sangat bersih. ( Mungkin sebab tu alhamdulillah, diorang berjaya 'hasilkan' pelajar lonjakan even diorang tidak memilih pelajar cemerlang saja )

Mengurus Kerja

Sebut tentang mengurus kerja, kerja adalah sesuatu perkara yang tidak akan pernah habis sampai bila pun. Apa lagi kalau kita berada dalam bidang perkhidmatan. Baik, di sini pentingnya kebijaksanaan dalam mengurus setiap satu kerja. Bagi kita sebagai manusia biasa, mustahil untuk kita boleh memastikan setiap kerja tiptop. Kita manusia, bukan robot. Tapi, di sini .. mana kerja yang sangat penting untuk kita siapkan terlebih dahulu. Tak nak bagi contoh orang lain. Contoh untuk diri sendiri. Belum sah lagi jawatan letak aku bahagian pengurusan. Tak nafikan ia hal yang menarik untuk dipelajari ( mungkin memang pasion aku sejak sekolah lagi ). Guru kelas dan semua subjek kelas exam. Terkebil kebil time tu. Bila pindah sekolah ( aku ada banyak kali perpindahan tau ) huhu .. pun letak bahagian pengurusan jugak cuma bukan kelas exam ( pun masa ni belum sah jawatan ) Unutk beberapa bulan pertama memang kalut gila dunia nak adjust kelas, pdpc dan pengurusan. Masing masing ada kpi masing masing. Ada kehendak dan due date masing-masing. Aku rasa cikgu cikgu yang terlibat macm aku, dah rasa dia punya kelam kabutnya. Lepas setahun .. baru boleh nampak kerja mana yang penting. Kerja mana nak siap dulu. Kerja mana yang boleh dikemudiankan. Siapa yang boleh kita harapkan.

Benda yang berkaitan dengan pentadbir biasanya aku kena jalankan dulu. Means macam aku kena settlekan kursus cikgu cikgu .. perjalanan kursus, tarikh, tempat .. jenis kursus semua tu kena mengadap pentadbir dulu. Bila ada kursus mengejut, memang kena mengadap pentadbir dulu. Jadi nak tak nak, mmg kena telan bila orang kata bestfren pentadbir. Alhamdulillah, buat masa ni aku belum lagi menghadapi masalah dengan mana-mana pentadbir yang 'betul'.
Lepas tu baru tengok pdpc ( heatcount .. saps .. buku rekod ) kelas ( apdm, register ) dan segala bagai bnda yang malas nak taip dah. Benda macam ni bukan aku buat betul semua, complete semua .. tapi siap even memang lari due date. Tu memang biasa. Certain thing yang ada banyak arahan, banyak format .. aku akan pilih yang paling ringkas tapi memenuhi objektif.  Biasalah .. mana lah nak ada manusia perfect. Nak siap semua benda on time dalam masa yang sama. As long as benda tu siap .. tak sampai tahap menyusahkan orang lain punya kerja. ( huuu .. sory yer kalau ada certain kerja yang memang hampir menyusahkan orang ? huk3x. Tapi, cuba lah buat sebaik mungkin. Yang penting tak abaikan kesihatan, masa tidur, masa dengan family expecially yang anak halus halus lagi tu. huhu. Sesekali bawa balik kerja ke rumah, tu biasa. Kalau hari hari bawak balik kerja ke rumah .. tu memang LUAR BIASA. huhu

Majikan

Haaa ... yang ni memang satu isu besar dalam satu organisasi. Ada tu dapat majikan chill lexxxxxxxx je. Tapi semua kerja complete. Ada pulak, dapat majikan muka ketat macam period sepanjang tahun, dan kerja memang superb ! Ada yang oke je .. cool je. Tapi semua kerja ada yang tukang buat. Ada pulak yang bengis baqqqqqq hang, tapi kerja .. hmmmm ... thumb down ! Alhamdulillah, aku pernah berada di bawah pemerintahan mereka mereka yang begitu. By day way .. pengalaman kerja kat mana mana yang dah dekat 7 taun ni ( bukan mengajar je yer ) .. buat aku rasa tahu which one is better untuk aku collect all of their experience. Bukan pengalaman kerja je .. tapi pengalaman hidup mereka jugak.

Dalam usia kerja yang sangat baru untuk aku, aku rasa memang banyak benda aku perlu belajar. Adakah majikan yang terlalu suka mencari kesalahan pekerja, berdendam dan mengenakan tindakan sesuka hati itu hal yang perlu dicontohi ? Aku prefer majikan yang  mengajar dan memberi ilmu yang baru untuk kita menjadi lebih baik. Dan pendapat peribadi aku, majikan yang tahu apa yang sedang dia lakukan .. majikan yang super independent dengan setiap keputusan yang di ambil adalah TERBAIK. Berbanding dengan majikan yang dependent di mana dia memerlukan sesetengah pihak untuk menjaga reputasinya. Bergantung kepada bentuk fikiran manusia itu sendiri untuk menilai. Bagi aku, selagi mana aku tidak rasa terbeban dan mampu menganggap itu adalah tanggungjawab sebenar, why should i condemn. isnt it ? hahaha

Tu yang kerja ada majikan la. Mana yang keje dia la majikan dia la kuli, tu depend on u la nak jadi majikan yang bagaima untuk diri sendiri. Yang ni pun dah pernah rasa gak. Jadi majikan untuk diri sendiri dalam 6-7 bulan. Hahaaha .. buat kelas tusyen sendiri. Sewa kat satu tempat ni. Alhamdulillah .. masyuk gak. Tapi la ni, bila orang mintak tusyen, awal awal surrender. Tak larat laaa ehhh. huhuhuhu ..


Rakan Sekerja

Tak dinafikan rakan sekerja juga merupakan faktor penting untuk kita melihat suatu kerja dengan pandangan yang positif. Jika dikelilingi dengan aura aura negatif. Malas kerja. Kaki ponteng and wat so ever .. kita sedikit sebanyak pasti akan terjebak sama. Alhamdulillah, aku sering di temukan dengan rakan sekerja yang positif walaupun ada masanya jumpa jugak yang negatif ni.

So far, semua tu sangat bergantung jugak dengan diri sendiri untuk survive. Sebab tu dalam dunia kerja, kebergantungan kepada diri sendiri sangat penting. Kalau kita terlalu mengharap orang sekeliling kita untuk protect kita, untuk kita bina lingkungan komuniti kita .. ada masanya nanti kia sendiri akan terperangkap. Kalau kita as a leader of the grup, mungkin lambat sikit kita nak jatuh. Tapi kalau kita ni sekadar tempelan yang menumpang pengaruh dan kekuatan orang lain, sangat bila bila masa kita akan tersingkir. Ni semua politik kerja. Bukan negara je ada politik.hahahaha

So, bak kata orang, semuanya biarlah berpada. Mana yang kita rasa positif kita go ahead. Mana yang rasa negatif, kita elakkan. Mana yang menikam daripada belakang, gunalah kebijaksanaan dalam menghadapi mereka. Ramai je manusia dalam dunia kerja ni duk jatuh menjatuhkan orang lain. Tak apa ... rezeki kita semua Allah dah tetap kan dah. Apa lah sangat nak risau. As long as kita buat kerja kita. Tak kacau orang. Tak sibuk hal orang. Sebab setiap daripada kita ada masalah dan ada keperluan tertentu. Kita jangan terlalu memikirkan hidup orang lain sehingga hidup kita sendiri gagal untuk kita baiki. Sehingga prestasi kerja kita semakin jatuh dek terlalu memikirkan dunia orang lain. Nak buat apa kan? hahahaa

Suasana Kerja

Dan tak di nafikan, semua di atas itu sangat memperngaruhi suasana kerja kita. Bila gagal satu untuk kita kendalikan dengan baik, maka rosak lah suasana kerja kita. Kita sendiri sebenarnya yang menentukan suasana kerja kita. Baik atau buruk, pun kita yang tentukan. Tak perlu mengharapkan orang lain berubah, kalau kita sendiri belum berubah. Pernah kan dengar cakap bijak pandai, kalau nak berjaya kena berubah. Belum tentu benda yang kita rasakan selama ini betul, sebenarnya adalah betul sepanjang masa. Mungkin berlalunya masa, hal yang kita rasakan betul selama ini, sudah jadi kurang betul pada masa ini. Belajar menerima perubahan. Zaman Nabi dulu pun, baginda nak kembangkan Islam, baginda berhijrah ke Madinah. Kita???? Nak mengembangkan potensi diri .. takkan nak hidup dan duduk di takuk lama je kan. Belajar untuk berubah. Hati kena redha akan perubahan. Mula mula memang payah. Bila dah biasa nanti, oke laaaa tu. hehhheee
Pape pun .. kena chill masa bekerja. Baru lah hari tak penuh dengan stressss. hahahaha

Wallahualam
Wassalam