Monday, August 27, 2012

please come back to me, dear ..


Assalamualaikum
huhuhu
ini adalah entri nak meraung guling guling
huuwaaaaaa !!!!!!!!!



gambar gelang n cincin
entri yang lepas aku penah cakap ..
kita tengok berapa lama gelang n cincin tuh dapat bertahan kat tangan aku kan ..???

okeh !!!
sekarang cincin tuh dah hilang
dah lesap !!!!!

berapa lama dia bertahan ..??
huhu ..
21 Mei 2012 - 26 Ogos 2012
Helllllllooooooo .... 3 bulan 5 hari la gile !!!!!!
siapa yang salah ..??
Fine .. saya memang bersalah

Aku harap dia akan kembali
tak nak yang baruuuuuu
nak yang itu jugak
nak yang itu ..
huuuu .. rindu cincin tuh. Tu la teman aku bila sedey .. 
huhu .. memang pelik !
cincin pun boley jadi teman. 
sedey berkali kali
stresssssss berganda ganda. huwaaaa


I hope
it can back to me
come back to me .. !!!!!!
huhuhu ..

blah dulu
wassalam
;(

Thursday, August 23, 2012

ohhhh .. my raya !



Assalamualaikum ..
selamat hari raya ke .....
ke berapa ek ..???
ok. ke - 5

Raya .. raya .. ohhhh raya. 
Ada apa dengan raya ..?? hahahaha. 
Okey, lama .. dan sangat lama rasanya tak update blog ni kan ..? So far .. memang tersangat busy .. tersangat serabut dengan macam macam benda hingga akhirnya seminggu jugak tak online. kui3x. Jadi, pagi ni baru ada idea nak update blog. huuhuhuhu.

Sebelum aku share apa yang terjadi raya ni, macam mana dengan raya anda semua ..?? kui3x. Pastikan indah ... pastikan bermakna ok ! jangan tiru macam saya. hahahaha

Beberapa hari sebelum raya. Okeh, masih ingat lagi hari Rabu. Masih di sekolah. Sebelum datang sekolah aku hampir minta mc memandangkan aku susah nak bernafas sejak pagi .. dan bila nak ke tengah hari dua dua tangan aku  mula kebas. Mula rasa, tak ada apa lah .. tapi sampai lah aku di sekolah.. n menjelang petang .. rasa kebas n sesak nafas tuh masih tak hilang. Sampai lah termenangis kat sekolah. Habis sekolah, aku kena terus drive balik parit raja. Dalam kepala hotak aku terlintas juga macam-macam benda. Macam mana kalau .. kalau dan kalau. Apa lagi aku balik sendiri. Kalau berteman tuh lain lah jugak ceritanya kan. hahhahaa .. Alhamdulillah .. walaupun masih tak hilang sesak nafas tu sepanjang perjalanan balik .. tapi aku cuba berfikir tentang benda yang aku senang .. cuba positifkan otak aku dengan semua benda yang menekan .. alhamdulillah .. ada kurang sesak nafas tuh. ( this is not da simptom of semput okeh. itu adalah gejala makhluk yang terlalu tinggi tahap tekanannya ) gile !!

Hari khamis, aku tolong hantar seorang makhluk bernama Nurul Mahzahidah ke bus stand dengan kawan2 dia nak balik kampung. Fine .. dah hantar, satu kerja aku perlu buat adalah .... cari klinik doktor perempuan. Pening jugak pusing-pusing satu Batu Pahat dan akhirnya putus asa sebab tak jumpa klinik yang menarik perhatian. hahahahaa .. sampailah kat Pura Kencana, Sri Gading .. terpandanglah Klinik Sinar. Lama aku stay kat depan klinik tuh. Then, aku masuk dan tanya doktor laki ke perempuan. Bila kata doktor perempuan .. barulah aku daftar. Ok fine !

Bila masuk jumpa masuk .. semua simptom yang aku sebut .. sesak nafas, tangan kebas .. dia kata  mungkin kolosterol tinggi. Jadi, aku buat ujian jantung .. ujian darah ... Ujian jantung .. tak ada apa yang tak ok. Elok je. Tinggal tunggu keputusan ujian darah .. Sepatutnya aku boleh ambik time tuh jugak. Cuma tambah RM25 je. Tapi .. disebabkan banyak lagi urusan aku lepas tu, aku tak boleh nak tunggu lama lagi. Jadi .. sampai hari ni aku tak pergi ambik lagi keputusan ujian tu. Bayar berapa ..?? hmm .. melaburlah sekitar RM 200 untuk semua check up dan ubat-ubat yang sangat banyak tuh okeh !! hahahaa


 kiri  :  ubat dari klinik .. tu ada lagi aku cari tak jumpa. mana tah. banyak2 tuh .. satu jenis je yang aku makan. punyalah degil !!!!
kanan  :   tu keputusan test jantung .. okeh ! jantung saya sihat. 


Lepas tuh.. berdesup plak ke Exit tol Pagoh. Buat apa ..?? kui3x. Ambik adik aku balik dari Shah Alam. On da way .. aku rasa ada yang tak kena dengan kereta. Okeh. Memang aku tawuuu apa masalahnya. Aku kena pergi tukar tayar sebab stereng dah tak stabil. Jadi, balik ambik adik aku terus plak ke kedai tayar uncle kat Batu Pahat, tukar tayar. Niat di hati nak tukar Michelin terbatal .. sebab kedai uncle tuh cuma ada Continentel je. Tu pun okeh laaaaa .. sebab tayar baru. Keluar 2012. Dua biji depan .. RM 520. Waaaaa !!!! Alhamdulillah .. kurang satu masalah kat kereta tuh. Tinggal kena anta balik ke bengkel Malek kat Bukit Pasir, check semula driveshalf yang dia tukar ritu n stereng rod. ( lepas nih boley berdesup tak ingat dunia okeh !! gile .. !! )

~ pagi raya : cuba tersenyum even hati menangis. boley tak ..??? hahahaa .. nampak sikit je kesayangan saya kat belakang saya tuhhh ~

Then .. Jumaat Sabtu ..orang nak raya sibuk cari baju raya .. keperluan untuk raya semua .. aku duk pusing pusing .. cari sport shoes kat bundle .. cari track suit .. jersey !! Hampeh !! Pasal apa ...?? Pasalnya ... naik sekolah mengajar PJPK .. dah kena turun kat padang ( padang la sangat kan ..?? ). Tak boley duk lepak kelas lagi dah macam waktu puasa. Adooiiiyaiiii. Tak payah sibuk pk baju kurung dahhh. Memang tak pakai dah tu  semua. huuhuhuhu .. ( tak anggun lagi dahhhhh .. errrkkk ! bila plak jadi anggun ..??? ) hahahaha


~ kasut bundle .. ok je bundle. yang penting pandai pilih. aku tak mau menghabiskan duit beratus untuk pakai kat kaki je. made in us .. RM 35 je .. berbaloiii .. hahahaha ~


~ time dah banyak melabur.. time ni la jam nak rosak. Setelah hampir 5 tahun baru lah jam aku tuh rosak dan tak boley nak betul lagi .. maka, muncullah jam di atas tuh .. kui3x ~
 

Raya .. raya dan raya .. 
Tak de rasa apa. Balik kampung .. beraya sikit sikit .. dan balik. Sampailah raya ke-4 semalam. Aktiviti biasa bersama kawan kawan sekolah dulu .. beraya ke rumah cikgu-cikgu kami. Cukuplah satu hari habiskan masa bersama. Walaupun tak pernah rapat dengan diorang .. tapi .. masih ok. Hurmm .. soalan Shuib " ko perempuan ke ..?? " .. bukan kecik ati. Mak aku pun pernah tanya macam tu. 
Tiba-tiba terpk .. " aku tak nampak macam perempuan ke ..?? hahahaha .." Bak kata Halim .. susah nak jumpa orang macam ko naz. kui3x.

Even .. beraya dengan hati dan kepala hotak yang tak tentu arah .. setiap kali sampai rumah cikgu-cikgu, cikgu akan tanya kerja mana .. ajar apa ..?? sumpah itu makin lama menaikkan kadar stress aku. Dari pagi sampai ke petang .. emosi jadi tak stabil .. kepala jadi sakit .. perasaan tak tentu arah. Sepanjang cuti .. aku tak pernah sebut tentang sekolah. Tak pernah cerita tentang student. Bila balik .. sekali lagi buat test tahap tekanan .. waaaaa !!!!! apa yang boleh kata .. astaghfirullahaladzim .. baik pergi tido ! Sumpah. Kadar stress .. anzieti .. kemurungan .. semua tu berada di tahap SANGAT TERUK. Tengkuk .. belakang bahu dah mula sakit .. jadi, aku perlu memaksa otak dan hati untuk berehat. Lagi tak boley blahhhh .. tido pun mimpi sekolah !!! bengong !!!!


~ dan beraya .. dalam keadaan yang unstable .. kuang3x ~
hahahahaha
 
Oh my dear stresss !! Please .. go away.
Aku tak faham .. aku tak tahu kenapa keadaan jadi begini. Ada masanya aku cuba kuat. Aku cuba positif. Aku cuba .. cuba dan cuba. 
' Jika anda mahu menjadi hebat .. anda perlu berhadapan dengan cabaran seperti orang yang hebat '
' Sebelum anda beritahu dan nasihat orang lain untuk menghadapi tekanan dan selalu tenang .. anda perlu praktikalkan pada diri anda dulu ..( baru boley tawu senang ke susah nak adapt. ngekkk )'

Aku sedang mengumpul kekuatan .. memikirkan segala yang positif untuk aku bernyawa di sekolah. Yup, bernyawa di sekolah. Aku perlu berhadapan dengan pelajar yang ada 1000000000000 kerenah. Aku perlu hadapi cikgu cikgu dan pihak sekolah pun yang ada 1000000000 kerenah. Aku seorang yang perlu berhadapan dengan berjuta juta juta kerenah setiap hari. Aku seorang yang perlu melalui berjuta juta juta situasi setiap hari. Dan aku seorang perlu melalui dan menyesuaikan diri dengan berjuta juta persekitarana setiap hari. Sila bertabah dan semoga berjaya wahai nazura. Sila .. sila .. dan sila .. kui3x.

Sekian entri kali ini
kena paksa keluar beli timun ..
apa laaaaa .. timun pun suh aku beli ke ... ??? adoooiiyaiii
wassalam ..

Sunday, August 5, 2012

there's no title !



Assalamualaikum
macam mana puasa ..??
terawikh buat tak ..?? buat la yer
jangan lah sampai tak buat langsung. huhuhu

So far, aku tak pasti hari ni dah puasa yang ke berapa. Serius, dengan life yang tak tentu arah ni .. serabut .. serabai + kucar kacir aku tak sempat nak kira tu semua. huhuhuhuhu

Ya Allah .. aku tak tahu macam mana aku nak describe macam mana kusutnya aku setiap hari dalam sekitar 2-3 minggu ni. Perasaan yang tak terluah pada sesiapa. Apa yang aku tahu adalah keadaan hampir separuh gila ( waaa .. macam tawuu je kan org gile tu rasa macam mana ..) huhu. Keadaan yang tersepit. Umpama duduk dalam sebuah kotak yang terhimpit. Kau tak boleh nak ke mana-mana, buat apa-apa kecuali redha .. pasrah dan terima. Yup, itu lah situasi aku ketika tu. Walaupun aku adalah seorang manusia yang jarang mengalah dalam setiap situasi .. bila aku kata aku nak, aku akan usaha sehabis mungkin untuk aku dapat. Tapi, bila melalui keadaan yang aku lalui .. semuanya serba tidak. Tidak boleh !!


 ~ gile !!!!! sangat tomey !  ~

Puaslah terpusing kat atas katil .. kepala kat bawah kaki kat atas ( fine, sungguh tak senonoh di situ ) .. berfikir apa yang aku patut buat untuk mengakhiri situasi yang sangat aku tak boleh terima. Hinggalah akhirnya aku jumpa jawapan :

Yup. Banyakkan solat + Mengajilah.

Itulah jalan terakhir yang aku jumpa lepas aku buntu. Sumpah aku buntu. Dan jelas usaha terakhir itu lah yang paling sangat membantu.

Yakinlah Allah Maha Mendengar. Merintihlah pada Allah. Mengadulah pada Allah. Itu adalah sebaik baik cara. Walau ada masanya kita tak tahu macam mana nak mengadu, buatlah apa saja. Walau setiap lintasan hati kita, Allah tahu. Kita tak bercakap pun Allah tahu apa yang kita rasa. Jadi, aku cuma mampu berdoa 

' Ya Allah .. Ya Rahman .. Ya Rahim .. berilah aku kekuatan .. beri aku kesabaran untuk menghadapi ujian Mu ini Ya Allah. Jika di sini adalah terbaik bagi ku .. ikhlaskan hati ku. Jika tidak, bawalah aku pergi ke tempat yang lebih baik bagi ku. Sesungguhnya Kau Maha Tahu setiap keperluan ku ...'

Kita takkan rasa effectnya pada saat itu mahu pun pada masa yang terdekat. Tak kan. Tak mustahil akan .. tapi tidaklah di situasi aku kan ..?? Alhamdulillah .. walaupun bukanlah terlalu serasi .. bukanlah terlalu senang dan mudah untuk berhadapan .. tapi, masih ada senyuman dan rasa senang setiap kali masuk ke kelas. Aku perlu ingat, tanggungjawab aku adalah mengajar mereka. Jadi, setiap kali aku melangkah masuk ke dalam kelas .. apa yang perlu aku bawa untuk mereka adalah ilmu. Sama ada mereka mahu menerima atau tidak, itu jangan pernah dipersoalkan kerana itu tidak lain hanya akan membuatkan jiwa semakin lemah untuk berhadapan dengan pelajar.

Dalam masa dan ketika itu .. aku sedar, emosi aku memang tak stabil. Terutama bila bersama dengan orang yang paling dekat dengan aku. Ok, fine. My bf . Aku perlu hargai kesabaran dia melayan emosi aku yang begitu. Sekejap ok .. dan ada masanya melenting tak tentu pasal. Apa lagi dia pun dalam keadaan yang tak sihat.


~ even gaduhhh .. mereka tetap comey. tapi kalau manusia yang gaduhh ..?? sory .. sangatlah buruknya ~

Tak ada hubungan manusia yang baik setiap masa. Pergolakan itu pasti. Pergolakan itu penting. Di situlah ukuran kita mengenal pasangan. Yup, terpulang pada kita mampu atau tidak untuk menghadapi kelemahan pasangan itu .. lagi dan lagi. Aku tahu .. dan tak perlu diberitahu betapa bangangnya perangai aku saat aku marah. Apabila aku rasa aku tertipu .. aku tertindas aku akan buat apa saja asalkan aku berada di atas semula. Aku tak tahu di atas pada pandangan siapa. Pandangan aku sendiri lah kot. Okey .. dengan kata paling senang adalah ego.


~ siapa kata perempuan tak boleh bersaing dengan lelaki .. tapi ingatlah .. bahawa lelaki a.k.a suami tetap insan yang perlu sentiasa dihormati, ditaati .. sedang apa yang diperintah itu tidak bercampur dengan maksiat dan dosa ( statement bg yang da kahwin okeh !  ) ~

 
Aku yakin, itu sangat sukar untuk seorang lelaki berhadapan dengan ego seorang perempuan. Even org kata, keras keras kerak nasi kan ..?? by da way .. aku bukan keras kepala, bukan keras hati. Tapi, tahulah bagaimana susahnya nak handle perempuan ego cam aku cthnya. huhuhu .. ( mengutuk diri sendiri ke hape ..? ) That why .. hingga hari ni even aku boleh buat pilihan yang lain, tapi aku tak pernah buat. Mungkin takkan pernah buat. Tidak mahu buat. ( saja cakap nak test try memgla .. kalau benda yang aku keje cakap je .. memg aku tak buat laaaa. Tapi benda baik aku buat laaa. hahahahaa )


Dan tadi ..
Aku, my mom n my dad .. keluar ke parit raja. Saja tengok gelagat manusia kat expo raya parit raja. Oh, dear. Memang itulah situasinya expo parit raja setiap kali raya. Tak de pembaharuan ke ..??? hahahaha ..
Aku sekadar lalu dengan kereta. Tak sampai hati nak keluar dan berjalan kat tengah tengah manusia yang berhimpit lelaki dan perempuan.
 
Sumpah. ( kalau la kisah ni my bf baca ). Hati aku sebak teringatkan my bf. Sepanjang hbgn kami di UTHM, Parit Raja .. kami cuma sempat sekali berbuka puasa sama-sama. Dan kami .. memang tak pernah sempat nak ke expo raya parit raja tuh. Bagi aku .. tak de yang menarik pun. Tapi, nak dijadikan satu cerita .. malam tuh kawan aku bersungguh ajak ke expo. Orang kata demi kawan .. aku turutkan. Mengikhlaskan diri .. ok mungkin ada benda yang aku boleh cari. Tudung sekurang-kurangnya. kui3x. Tapi .. rupanya dia ajak bf dia. Perangai aku .. memang aku takkan ada di tengah2 waktu dating org. Tak tahu lah kan. Tapi klau orang lain ada waktu aku dgn my bf aku tak pulak kisah. Jadi, aku decide dengn sungguh berat .. aku kata aku nak balik. Kononnya berani dengan tempat sendiri .. aku pun kononnya nak balik. Tapi tiba-tiba jadi takut sebab aku park kereta jauh gile dan jalan nak ke kereta dah mula gelap sebb dah jadi larut malam. Waktu tu dalam hati kata .. sumpah aku tak pergi lagi expo bengong nih !!!!!

Aku msg my bf bgtau dia aku serba salah nak balik ke kereta dengan suasana kat expo tuh .. lelaki yang macam rupa penyamun pun ada. Masa tu Allah je yang tahu betapa seramnya aku. So, my bf yang nak keluar nak tengok bola .. datang dulu kat expo tuh cari aku n teman aku sampai ke kereta sambil membebel tak berhenti sepanjang jalan. adoiiyaiii. Then, barulah dia pergi tengok bola dgn kawan dia. Masa tu .. aku tahu dia sayang, walaupun aku selalu kata .. ' sy tahu awk memang tak sayang saya ..' bangangkan statement tuh !!!! hahahaha


So .. you all. Sebenarnya, kita jangan sekali mengharapkan pasangan tu perfect dgn menurut semua kehendak kita. Mereka punya hati dan diri mereka. Hormatilah mereka .. tolerate itu penting. Tapi, mengajar mereka dengan tidak tolerate pun ada masanya penting. Aku sama jugak macm perempuan yang lain ada masanya .. mudah sangat sebut perkataan putus. Tapi percayalah .. putus itu sebenarnya tidak menyelesaikan apa-apa.
Tapi mungkin juga menyelesaikan kalau pasangan tuh macam .. errkkk ! Damn !

Saat hubungan bergolak .. sedang waktu itu anda yakin dia adalah jodoh terbaik anda .. datanglah kepada Allah. Allah Maha Tahu siapa sebenarnya jodoh terbaik anda. Tak perlu kowt menangis sampai seminggu tak makan .. Pertemuan, perpisahan, pergolakan .. baik semula .. bukankah itu aturan Allah. Bukankah Allah saja yang boleh mengubah hati setiap yang ada kat muka bumi ni ..??? Jadi, percayalah. Allah bersama anda selagi mana anda tidak pernah melupakan Allah. Jika memang dia ditakdirkan untuk kita, tak kira besar pun salah, tak kira berapa lama pun break up .. insyaAllah .. pasti ada saja jalannya untuk bersama kembali.
~ lalalalala ~

So, dear readers
Kalau anda rasa hari ini masa-masa anda sukar .. mohonlah kekuatan dari Allah
Jika hari ini anda rasa tidak pasti .. mohonlah pada Allah untuk sebuah kepastian
Kita bukan sesiapa tanpa Allah. Kita tak mungkin dapat mengangkat jari sekali pun tanpa izin dari Allah. Demi sesungguhnya, semua tertakluk di bawah kuasa dan kehendak Allah


Marilah kita muhasabah diri kembali
kui3x.

Wassalam