Friday, May 10, 2024

Road to 12th years of service

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah. Masih diberikan ruang untuk menulis di sini. 

2024. Tahun ke-12 perkhidmatan sebagai PPP ( Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ). Walaupun angkanya sudah melepasi angka 10, namun realitinya usia perkhidmatan itu cukup mentah. Guys..jangan pernah rasa 'tua' dalam service. 

Aku bermula dengan dunia pendidikan dengan rasa yang penuh tidak ikhlas. Terpaksa. Kena paksa. Macam-macmlah masalah aku waktu itu. Berkait dengan karakter. Impian. Dan Impian orang tua. Demi melihat 'anak kedua' ini kelihatan seperti seorang 'perempuan', my mom memang cakap :

'...susahnya nak suruh kau ni pakai kain ke baju kurung. biarlah kerja nanti .. kerja yang kena pakai baju kurung setiap hari ...'
' ...abah teringin sangat nak tengok kau jadi cikgu ...'

Maka, aku lah sememangnya satu satunya memilih pendidikan dalam list degree. Sebab masa tu tak ada pilihan dah. Aku study satu satu subjek untuk belajar dalam setiap pilihan. So, education adalah satu satunya pilihan yang menawarkan subjek yang aku nak belajar. 
Yelah. Kau nak belajar bahagian psikologi .. impian nak jadi peguam tu dah berkubur dah lantaran tawaran ke Matrikulasi Melaka ( Sains Fizikal ). 

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya posting dengan keadaan okaylah. Tak la cemerlang mana kan. Namun hati masih tak nak jadi cikgu ni. Beberapa bulan sebagai Guru Interim, masih tak ada 'hati' dalam dunia sekolah. Posting. Juga masih sama. Sudah susun plan untuk balik ke kampung untuk sambung 'Pusat Tusyen' aku.  Pernah apply smbung belajar. Dah dapat. Tapi perlu buat pilihan. Kahwin atau sambung belajar. Pengetua pun belum izin sebab belum sah jawatan. Akhirnya memilih untuk kahwin dan dapat balik ke Parit Raja. 

Kahwin dan balik ke Parit Raja tidak semudah kisah yang aku jangkakan. Semuanya di luar jangkaan akal manusia aku. Maka, hilanglah fokus 'Pusat Tusyen' itu. Terus kekal di sekolah hingga ke hari ini tanpa sebarang side income. 

Sistem Dalam Pendidikan

Sejak mula posting aku tak banyak isu dengan sistem pendidikan yang berubah. Aku bermula dengan sistem PBS dan aku pernah tulis dalam blog tentang susun atur sistem PBS. Sebanyak mana komen dan complain, alhamdulillah aku boleh absorb dengan mudah.

Bertukar dengan PT3 .. hinggalah hari ini di datangi dengan sistem PBD dan UASA. Alhamdulillah ia masih mudah bagi aku. Begitulah Allah memudahkan. Bertukar silibus. Bertambah sistem dalam dunia pendidikan, itu juga masih aku rasakan bukan satu bentuk bebanan yang memurungkan. 

Beralih ke sistem fail .. begitu dan begini, itu juga alhamdulillah Allah mudahkan. Mungkin sebab sejak dulu malah sejak sekolah aku memang bekerja dengan fail dan kertas. Dan sistem. Jadi, aku imune. 

Jadi, apa sebenarnya cabaran dalam dunia kerja selama 12 tahun ini ...?

Cabaran Memanusiakan Manusia

Aku jumpa ayat ini sewaktu majlis penyampaian hadiah pertandingan Sayembara Cerpen anjuran DBP Wilayah Selatan. Waktu itu aku belum posting pun lagi. Masa tu aku rasa ayat tu biasa saja. Semakin jauh dalam dunia pendidikan ini, cabaran itu cukup cukup ketara. 

Teman

Insan yang paling dekat dengan kita di tempat kerja. Aku pernah hilang tempat menangis dan ketawa di tempat kerja. Tidak sekali malah berkali kali dan kali. Akibat fitnah, terus tak bertegur hingga hujung individu tersebut bersara. 

Sebab inginkan sandaran, kerja bersama dikesampingkan hingga aku perlu cover semua dalam keadaan yang terlalu sangat struggle. Itulah pertama kali aku menangis depan pentadbir. Akhirnya : see.. u dah tinggalkan i. Aku sekadar senyum. I never leave u. But once u choose others, means u will never 'get' me. I am not the last choice, babe ! Akhirnya aku diam dan pergi. 

Pernah juga kawan yang aku fikir cukup dekat .. faham .. ohhh..rupanya ini jugalah insan yang ke meja pentadbir dan banyak 'berkata-kata'. Tapi dia tak sedar, kebanyakan daripada mereka itu adalah guru dan sahabat aku. ' ...hati-hati ya nazura. bukan semua kawan kita tu senang dengan kita ..' 

Alhamdulillah, Allah uji aku berkali kali kali dengan yang namanya teman. Mungkin untuk buat aku imune. Mungkin nak bagi aku sedar, sahabat terbaik kita adalah keluarga kita. Keluarga adalah hal pinjaman daripada Allah yang paling utama. 

Pengurusan

Aku terjebak dengan dunia pengurusan dalam pendidikan seawal tahun 2015. Aku posting 2012. Masa tu aku tak sah jawatan pun lagi. Aku sah jawatan tu agak lambat sebab dah tertransfer ke Batu Pahat dalam usia perkhidmatan yang sangat2 tak logik. Orang sekeliling begitu sinis kata aku guna cable. Tapi sebenarnya pada masa itu aku di tarik atas kuota guru Sejarah. 

Bahagian pengurusan adalah satu bahagian yang entah dengan bahasa apa aku nak gambarkan. Dengan usia yang keterlaluan mudanya. Usia muda. Usia perkhidmatan muda. Hidup bergelumang dengan sistem, fail dan menguruskan cikgu2 dan akp. Cikgu-cikgu dan akp yang terlalu banyak kerenah. Masa itu aku rasa kerja menguruskan murid itu jauhhhhhhhh lebih mudah dan tenang berbanding cikgu. Pada masa itu, masuk kelas, mengajar .. buat PBS. Tanda buku budak. Itu semua adalah susunan kerja yang paling tidak sakit otak.

Kenapa..? 

Cikgu itu sudah punya pelbagai level gred. Salah cara cakap, lain kejadiannya. Aku pernah kena jerit dalam taklimat yang wajib di sampaikan dari PPD. Aku pernah kena 'boooo...'. Aku pernah kena fitnah. Aku pernah kena pulau. Aku pernah dapat mesej kena maki .. pernah belaka. Tapi itulah dunia. Tak kisah di arena mana jua kita duduk, kita akan jumpa semua itu. 

2017 masuk seorang pentadbir. Maka pada tahun itu pusingan dunia aku berubah.
' ... nazura, apa pun yang kita buat. niat kan dalam hati lillahitaala. ini yang Allah pilih untuk kita. nazura bukan bekerja untuk Hj.Sabda. Bukan untuk Sahrul. Bukan untuk Madani. Kerja untuk Allah..'

Pada masa itu dan hingga hari ini, baru aku sedar. Bagaimana aku bekerja hari ini .. adalah aku dan Allah. Waima menjadi pandangan sinis siapa pun, cara aku bekerja memang begitu. 

Pernah juga dinobatkan sebagai kaki kipas pentadbir. Selalu berada di Bilik Pentadbir. Hakikatnya aku sangat terus terang atas apa yang aku tak boleh nak buat atas permintaan pentadbir :

'...permintaan tu akan buat saya menganiaya orang lain yang diam. Saya akan pastikan itu tak berlaku atas tangan saya..carilah orang lain ..' 

Hinggalah hari ini, pendirian itu masih begitu. Selagi mana aku punya autority untuk memastikan keadaan itu memberi keseimbangan antara tugas dan kebajikan, aku memilih untuk tegas dengan pendirian. 

U know what guys. Selama hampir 10 tahun dalam dunia pengurusan. Membawa seberapa banyk jumlah tugas daripada PPD, JPN dan KPM ... semua itu tidak sampai tahap 'menganiaya'. Bukan nak kipas kementerian. Tapi itu lah hakikat. Bahagian tugas yang datang daripada kementerian lebih bersifat 'beban kerja'. Ia jadi satu beban berat jika individu especially guru gagal untuk speed sebagaimana arahan. Ada guru okay. Ada guru sangat terbeban. Apa lagi berkait dengan sistem dan teknikal. 

Hampir 10 tahun bermain dan menguruskan sistem. Honestly, aku belum sempat murung dengan sistem yang berubah. Benda teknikal adalah benda praktikal. Aku belum lagi pernah kena 'bambooo' dengn pegawai atas kerja yang tak boleh complete asbab kegagalan sistem. Pernah juga merungut .. tapi itu biasa. Senang kata : itu benda biasa. Takkannnnnnn lah nak senang saja kan. 

Tapi antara benda yang buat aku jadi hilang sedikit positif moral adalah bila hal-hal yang melibatkan nafsu-nafsu 'gila' manusia ni. 

Dan aku pernah di lucutkan semua jawatan yang ada. Hanya tinggal mengajar sahaja. Alhamdulillah. Aku terima dengan terpaling senang hati. Ehhh..tapi rupanya bertahan 2 bulan je. hmmm..

12th years of service

Bukan senior. Di sebabkan aku rasa cukup lama dalam bidang pengurusan. Aku tak sedar, aku banyak melihat dan mengambil nasihat-nasihat insan hebat untuk terus bertahan. 

'Almarhum Hj. Nasuha, Tn.Hj. Taat, Tn.Haji Sabda, Hjh. Jam'iyah, Tn. Zakila Abdul Rahman, Cikgu Musa,Cikgu Azhar, Cikgu Sahrul, Almarhum Cikgu Musa Kasim, Pn. Chin, Ustazah Norizah ... dan entah ramai lagi yang tidak tersenarai..'

Mereka inilah guide DUNIA PENGURUSAN aku. Dan tak tahu lah mereka sedar atau tidak sedar. Insya Allah nasihat-nasihat mereka masih berulang ulang dalam dunia aku hingga hari ini. 

Hari ini aku masih kekal dalam dunia pengurusan. Bersama masa mengajar yang tinggal 12 waktu. Selebihnya waktu di sekolah adalah sistem. Mengurus cikgu dan akp agar memenuhi keperluan-keperluan kerja daripada PPD, JPN dan KPM. 

'... alamak. aku kalau terpandang nazura ni jadi serammmmm ...' 
' ... aku kalau nampak muka nazura ni .. terus teringat ....'

Pernah juga dulu dapt satu respon paling negatif. Itu pun aku terima dengn senyum je. 

' ... akak tak tahu lah apa yang nazura minta tu. malas akak nak ambik tahu ...'

Aku memegang satu prinsip :
' ... kalau kita tak tahu kandungan yang kita arah kan, JANGAN BERI ARAHAN ..'

Sebab kegagalan kita untuk tahu siapa sasaran kita kepada arahan tersebut. Apa tugasan terhadap arahan tersebut .. kita akan lebih memberi arahan tanpa IHSAN dan AKAL. 

Menghormati dan bersetuju dengan ketua itu penting. Hal itu wajar. Tapi menjadi berakal itu lebih penting. 

Pengalaman mengurus dan bersama cikgu-cikgu dan akp banyak mengajar dan memberi sudut pandangan berbeza terhadap mereka. 

Adakah semua mereka tu bagusssssss je..? 

Jawapannya TIDAK.  
Sama saja dengan budak. 
Tetap berbalik pada kita bagaimana untuk mengendalikan mereka. 

Ketua itu, adakalanya saat menerima arahan daripada luar mereka berada dalam ruang lingkup yang terlalu sempit untuk melepaskan diri. Lalu mereka akan lakukan apa saja asal saja mereka selamat untuk keluar. Yang menjadi mangsa adalah 'marhean'. 

Menjadi ketua itu bukan saja memberi ARAHAN semata-mata. Tetapi mereka itu adalah orang pertama yang perlu mengutamakan KEBAJIKAN insan di bawah mereka. 

Ketua itu bukan saja tentang ARAHAN .. tetapi tentang ILMU. Ketua itu bukan KPI individu, tetapi KPI bersama. Bila mana KPI kita itu hanya memberi keuntungan kepada individu, percayalah ada insan-insan lain yang bakal teraniaya. 

Agressive itu perlu. Tapi ISLAM kata : Bersederhanalah dalam mengejar dunia. 

Hidup setiap manusia ini ibarat memberi service kepada setiap orang disekeliling kita. Bantulah sesiapa yang kita mampu bantu, tandanya ada hikmahnya kita di situ. Saat kita mula menyusahkan .. menjengkelkan .. HIJRAH lah ke tempat di mana kepakaran anda di perlukan.

Aku jarang bertahan lama di suatu tempat. Paling lama 6 tahun selepas 6 tahun apply egtukar. Lantikan hari ini ada kontrak 3 tahun. Maknanya aku mungkin akan melangkah sekitar 3 - 4 tahun lagi. Selagi Allah izin. Alhamdulillah .. terlalu baaaaaaaaaanyak benda benda baru yang aku dapat belajar. Setiap hari, setiap masa ... ready to learn something. Aku keluar daripada 'dunia' lama .. sebab aku nak explore benda lain. Alhamdulillah, Allah izinkan. Dan kalau tak keluar, tak tahu lah aku selama hari ini ramai dalam kalangan 'mereka' yang ingat aku ANAK DARA. hahahaa.
 
Guys. Dalam bidang apa pun kita hari ini .. cabaran kekal ada. Di posisi mana pun kita, ia tetap menguji fizikal dan mental. Bersederhanalah, tapi jangan sampai mengambil mudah. Memudahkanlah, tapi jangan sampai dimudahkan. Jangan pernah memperlekeh dan memperleceh kerja orang lain seakan kerja kita paling perlu di pentingkan. Masing-masing punya hal yang menjadi priority. Bersangka baiklah. 

Setelah menaip dengan begitu panjang. Persoalannya, adakah aku PPP yang begitu taat dan patuh menjalankan kerja ..? Jawapannya tetap TIDAK.

Sekian, nukilan tahun ke 12 perkhidmatan. 
Yang setiap hari berzikir nak pencen awal. Semoga menjadi doa yang Allah makbulkan.
Aamiinn. insyaAllah.

Selamat Hari Guru Tahun 2024
Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI