Wednesday, July 19, 2023

The Chicken Pox

 Assalamualaikum. 

Salam menjelang Subuh. Salam Tahun Baharu ( bulan Islam )

Masih exhausted menghadap ujian sakit berlarutan dalam 2 bulan ni. Alhamdulillah, Allah masih bagi kuat walaupun sakit bergilir-gilir.

Ini antara bulan-bulan tidak sihat yang begitu panjang. Bermula dengan suami sakit 2 minggu. Berganti dengan aku 2 minggu. Patah balik suami 2 minggu. Sambung dengan Fateh seminggu. Aku semula seminggu. Sambung Umar + Fahim seminggu. Cukup lah tu 2 bulan. Sesungguhnya Allah uji sebab Allah sayang.

Seminggu sebelum aidiladha, Fateh batuk dan selesema yang teruk. Tapi tak demam. Timbul satu rash bawah dagu. Mula macam pelik. Tapi hati kata, mungkin allergic macam Fahim dulu. Sebab dia dah mula main macam-macm di luar rumah. Pergi KK jumpa doktor semua, tak nampak benda yang pelik pun pada dia. So, oke je lah.

ini pun si tompok namanya.

Jadi, aidiladha tu balik la kampung macam biasa. Hari yang balik kampung, timbul lagi rashes di badan. Merah merah je. Masih makan dan main macam biasa. Makan banyk pulak tu masa tu. 

Raya pertama dah muncul di muka. Dah mula risau sebab sepupu dia dah mula ada. Jadi, nak elak diorg bnyk bermain bersama, kami keluar. Tengok bentuk rashes tu macm chicken pox. Macm biasalah. Guna perkhidmatan doktor google, maka bertambah yakin lah itu chicken pox. 

Balik rumah, berkurung sekejap. Mujur sepupu dia yang tak kena lagi tu lewat malam baru balik. Jadi, pergerakan terkawal. Tinggal abang2 sepupu yang dah kena tu, relaks je la diorg berguling2 main. 

Balik rumah, terus ke klinik. Sah chicken pox dan mama pun bercuti kuarantin lahhhh.

Habis seminggu mama cuti kuarantin, Fateh pun sekolah macam biasa. Lepas seminggu, nampak pulak ada yang tak kena pada umar. Dia demam. Bersama ulser besar dalam mulut. Cutikn sehari. Esoknya pergi sekolah lagi. Balik sekolah, tengok ada satu rashes kat dahi.

Haaa....macm nak kena dah ni. Tengok pula Fahim. Ada juga. Dan lebih ketara. Bila tengok Fahim, ykin dan pasti dia chicken pox. Jadi, Khamis pun bercuti 2 orang budk tu. Apa lagi masing-masing dah mula demam.

Hari Jumaat, bagi mereka berdua minum air kelapa. Untuk Fahim, habis keluar satu badan. Besar-besar pulak. Bersama demam yang agak panas. Jadi, memang sentiasa pantau suhu dia terutama waktu malam. Nak elak dia gatal, aircond memang on 24 jam. Nampaklah sakitnya. Nak mandi sakit. Baring je lah memanjang. Makan pun cuma nk makan bubur saja. 

Umar pula, even dah minum air kelapa, maka keluar lah lagi 3,4 rashes di muka. Nampak la sikit di bahagian badan. Itu sajalah bukti yang ada untuk di bawa ke klinik. 

Terpaling tak nampak kena chicken pox

Kerana papa dah terlebih masa hari Ahad tu, maka dia bawa lah budak budak ni ke Klinik Kesihatan. 1st time okeh. Saja lah nak rasa pengalaman. Banyklah procedure yang tak tahu. Alhamdulillah. Ubat-ubat pun sama je macam pergi ke swasta. Tak ada lah isu, pergi swasta ubat mahal. Pergi kerajaan ubat murah. Since dapat ubat yang sama. Kami tahu lah ubat yang diterima tu mahal ke murah. hahh. Gitu lah. Isu pada kami biasanya adalah masa. Begitu lah.

Balik klinik, dapatlah mereka cuti kuarantin 5 hari. Kali ni, papa pulak yang jaga. Masing-masing pun dah besar. Banyak benda dah boleh urus diri. Tak perlu papa terlalu renyah mengurus mereka. Cuma sediakan makan je. Alhamdulillah, bila cuti begitu. Makanan mama ke sekolah pun papa sediakan sekali. Anyway, i love u husband. 

dah oke, baru boleh senyum
Dah 3 hari cuti kuarantin, alhamdulillah. Fahim pun 
semakin pulih. Umar pula, entah pakai antibodi apa dia tu. Macm sia-sia pulak di kuarantin 5 hari. Macam sihat walafiat je duduk bercuti di rumah. huhu. Marah betul Fahim bila mama panggil dia Fahim si tompok sebab pakaikan losyen celamine tu. Ini pun dah semakin pulih. Cuma kesan yang agak mengerikanlah untuk Fahim. 

Tiap hari tengok cermin. Belek muka dan badan dia. Awal-awal tu dia sedih lah. Tapi mama kata : no worry. Nanti akan okey semula. Awak jaga elok-elok. Kan mama dah beli losyen dan minyak untuk kulit tu, dah okey nanti, guna je lah. 

Tiap hari dia tanya bila nak mandi. Dia dah boleh guna sabun dan pencuci muka ke belum. Dah boleh guna deodorant ke belum. 

Jadi, siapa kata anak lelaki tak high maintenance? Barang mandi dan lepas mndi je memng akan topup tiap bulan. Orang akan argue, siapa yang ajar..? Memang la mama dia yang ajar. Islam pun ajar kan bersih dan kemas. Berwangi wangian. Jadi, memang perlu diajar sejak kecil. Kulit itu, Allah bagi elok. Jadi, perlulah di jaga dengan baik. Ikhtiar untuk ia sihat. 

Alhamdulillah. Musim chicken pox hampir berakhir. 3 hero dah kena. Jadi, entri ini menjadi ingatan masa hadapan. Kalau diorg lupa dah kena ke belum, maknanya entri ni sebagai bukti. U guys dah kena dah chicken pox

Wallahualam. Wassalam.