Tuesday, December 27, 2011

~ berubah .. berubah dan berubah .. ~`



Assalamualaikum semua ..
yeah .. waktu menulis adalah ..
pagi buta yang tak buta sangat ..
8.37 pagi
sharp! hahahaahaha ..

okeylah. Dengan title kat atas tuh .. macam serius je ek bunyinya. kan .. kan ..?? tapi, jom kita jangan baca dalam situasi dan nada yang serius. bila baca dalam nada yang serius .. bunyikan akan macam nak suruh tido mimpi indah indah. maksudnya adalah .. BOSAN DOUBLE TRIPLE KUASA DUA. See .. betapa buhsannya keadaan tu. hahaha ..




~ buhsan betull .. ~


Kita pergi kat first point dulu ya. Tapi sebelum tu, harus setting dalam mind awal-awal .. semua yang tertulis hanya pendapat n dari kepala aku semata-mata. Hanya datang dari apa yang aku terlintas dan pengalaman. So, sesiapa saja boleh menerima atau menolak atau mengomen pendirian dan pendapat aku ni lah.

Orite. Statement berubah. selalu dah kan kita dengar.
'kalau nak berjaya kena berubah ..'
'kalau tak nak berjaya pun kena berubah ..'
'berubah lah berubah lah ... bla bla bla ...'

Okey. pointnya di situ adalah berubah. Kenapa aku kata berubah perlu ada dalam diri setiap insan? Prnah dengar statement ...

'hari ini lebih baik dari semalam ..'

pernah dengar tak ..?? siapa tak pernah dengar tu .. aku yakin dan sangat pasti orang tu tak pernah faham bahasa melayu, atau baru pertama kali keluar dari hutan sejak lahir yang menggunakan bahasa pertuturan ayam dan itik. kui3x. wat ever kan !

Islam pun menuntut kita berubah. Bila sebut berubah .. mesti berubah kepada yang positiflah kan. Yang begatif jangan cerita sini. huhuhu ..





So, apa pentingnya berubah ni? Menurut aku ... berubah ni tidak lain adalah untuk mencapai apa yang dikatakan sebagai kejayaan. Tak kisahlah kejayaan versi apa pun .. yang penting kejayaan.

Kalau macam perompak tuh .. semalam dia merompak tak bunuh orang. Tapi hari ni .. ni merompak bunuh orang. Kira kejayaanlah bagi dia tu. Kejayaan merompak .. kejayaan membunuh. Itu kejayaan versi penyamun lah kan. Takkan kita nak kejayaan versi penyamun plak kan. hahahaa




~hidup ni tak sia-sia .. jadi, renunglah hidup kita ni baik baik ... ~


Orite. Contoh macam kita. Tak best nak sebut study. Biasa sangat dah. Okey .. contohnya, semalam kita menangis sebab dikecewakan, tapi hari ni kita mampu tersenyum. Kita boleh ketawa. Ha .. simple. Kejayaan lah tu. Maknanya kita sudah mula berubah.

Kalau dari pengalaman aku .. dulu masa sekolah aku selalu kata .. aku tak boleh hidup tanpa kawan-kawan aku. Aku perlukan orang untuk aku jadikan tempat meluah kan perasaan. Mereka kekuatan aku. bla bla bla ..
Alhamdulillah sekarang .. aku rasa aku mampu survive tanpa kawan yang dah lama aku kenal. Dalam erti kata yang lain .. aku cuba sungguh sungguh untuk berubah menjadi seorang yang berdiri di atas kaki sendiri. Kalau dulu, sikit-sikit masalah aku cerita kat orang .. keje cerita je .. tah hape yang sedapnya cerita benda sama pun aku tak faham dengan aku yang dulu. Tapi alhamdulillah, sekarang aku mampu balancekan emosi. Maknanya, just a simple simple things .. simpan je la sendiri. Tapi .. kalau pun nak bercerita, aku akan cari orang yang kontra dari aku. sebab kadang-kadang bila kita cari orang yang pro dengan kita, kita tak nampak mana salah kita.

Beriya kita kata pegangan n kita berada di tempat yang betul .. tapi, orang lain pandang salah. So, salahlah kita. Sebab kita tak mampu menjadi cermin untuk diri kita. Orang lain yang nampak kita. Ada tak kita duduk depan cermin kereta, kita nampak kita? ( kalau ada pun just bayang je kan ..) so, itulah analogi mudahnya.

Soal kekuatan. Ok .. it's very important. Sebelum kita nak kenal orang lain, benda pertama kita kenal adalah diri kita. ( kenal Allah tu dah mesti paling utama ok ..) Cari mana kekuatan dan kelemahan kita. Bila dah jumpa kekuatan .. maintain atau kukuhkan. Tapi bila jumpa kekurangan jangan duk redha je .. berubah. Sebab itu pentingnya dalam hati seseorang ada sikap dan keinginan untuk berubah.

Contoh :
Kita dah tahu kita ni jenis lembut hati .. mudah sayang .. susah nak lupa kenangan .. terlalu bergantung harap dengan orang.. so, nak redha je. Tu memang aku. Aku tak boleh buat apa-apa. Errkk .. tolonglah. Tolonglah jangan cakp macam tu .. sebab sampai sudah .. hidup kita takat tu je lah.




~ aku tak tahu kenapa .. tapi kucing ni comel betul .. hahahaha ~


Kelemahan yang aku sebut tu adalah aku. Yes. Itu memang aku dan aku anggap itu adalah kelemahan. Kenapa kelemahan? Sebab bila datang sesuatu yang bertentangan dengan benda tersebut .. aku down. Emosi terganggu dan sebagainya lah. So .. aku mengambil masa lebih 4 tahun untuk pastikan kekurangan itu bertukar. Sama ada paksaan .. or bla bla .. tu tak kisahlah. Realitinya .. aku menghadapi 4 tahun yang sangat sukar. sangat susah. Bukan satu keadaan .. tapi aku harus menerima 2 keadaan. Maknanya, yang pertama tak cukup heal .. datang lagi satu. Macam tu lah lebih kurang.

Dan bila menghadapi situasi yang begitu .. satu kita perlu setting dalam mind kita. Kita ada Allah .. kita ada diri sendiri. ( jangan fikir sesiapa .. waima famili ). Kenapa ..? Sebab kita nak fokuskan diri kita untuk brgantung dengan diri sendiri.

Kenapa kita perlu percayakan orang lain untuk beri kita kekuatan .. motivasi n wat so ever .. tapi kita tak percayakan diri kita sendiri. Allah jadikan dia dengan kelebihan. Adakah Allah jadikan kita hanya dengan kekurangan ..?? Wah .. buruk betul sangka kita pada Allah .. so, cari sedaya mungkin kekuatan kita. Tengok balik kita dengan orang yang kita fikir kekuatan kita. Ada beza ke ..?? kalau pun kita OKU .. macam aku ni
( rabun ) tapi hati dan semangat kita jangan kita biarkan OKU. Tak menarik betul pendirian yang macam tu.



~ ok .. ini pun spesies OKU okeh .. hahaha ~


Jadi, tak payah nak bebel lagi panjang .. dan rasanya semua boleh fikir. Setiap orang memang dituntut untuk berubah. Sebab setiap orang perlu menjadi lebih baik dari sebelum ni. Orite ..??

Fine. habis satu squiggles! hahahaa
Kita pergi kat point kedua. Yes, pengubah! Pernah tak terlitas dalam otak kita nak mengubah sesuatu? Tak pernah ..?? Kalau tak pernah .. sila selepas satu saat membaca statement ini .. fokus dalam otak .. aku akan menjadi pengubah. aku mahu mengubah sesuatu. i wanna be a transformer. hahahaa .. kan jangan duduk kat pencawang elektrik plak jadi tranformer tukar voltan sana sini. Kan mati kejung plak .. hahahahaa





~ ini transformer .. aku tak suh jadi step up or step down okeh .. hahaha ~


Orite .. untuk menjadi pengubah, syarat pertama adalah kita sudah berubah. Kita sedang berubah. Tu paling penting. Then, barulah kita mengubah orang. Ikut versi kita la. Kalau kita penyamun .. kita mesti nak mengubah orang yang kita rasa boleh percaya jadi penyamun mcm kita lah kan. Tu baru namanya penyamun high class. hahaha ..

So, kalau kita rasa kita nak orang yang sedang dilanda kecewa, berubah seperti kita mungkin yang telah berjaya .. atau hampir berjaya heal kekecewaan tu .. so, itu adalah benda yang baik. Betul tak ..?? Kalau kita kecewa .. kita tersepit .. then, kita nak jugak org jadi macam kita .. rasa macam kita .. dan kita berjaya.. so, kita memang pengubah. Pengubah paling sengal. hahaha .. Sebab kita dah setting dalam hati .. AKU SEORANG YANG KECEWA TEGAR then, tak boley buat apa lah kan. hahahahaa ..




~ adoiiiyaiii ... sampai gini kecewa .. parah dah tu .. huhu .. ~



Jadi, sebagai manusia berazamlah untuk mengubah sesuatu dari baik kepada lebih baik .. dan begitulah seterusnya. Kita mungkin selalu sebut .. 'Jangan Jaga Tepi Kain Orang' Orite. tepi kain orang memang jangan jaga. Kan nanti dia kata kita nak skodeng dia plak .. tak pasal-pasal masuk balai. Hakikatnya jika kita pakai dan pegang statement jangan jaga tepi kain orang tu .. sampai ke sudah orang tak maju. Setiap orang perlu melihat, berfikir, berubah dan mengubah.

Contohnya :
Jiran kita 4 kampung sebelah kampung kita. Dengar satu kes lahir anak luar nikah. Bla bla bla .. apa kita nak buat? Lantaklah. Bukan anak aku. Kalau tiba kat anak kita?!!! Haaa .. kan dah. Anggap masyarakat sekelilig tu sedara mara kita. Why not bila dengar macam tu .. kita tengok macam mana dengan anak kita. Muhasabah. Betul tak cara kita didik anak. Betul tak cara kita. Semua tu penting okey. Seterusnya .. berubah. Untuk jadi pengubah .. buatlah laporan ke jabatan agama supaya kes tersebut di ambil perhatian sewajarnya. Kalau kita memang kenal baik, pujuklah itu budak ke pusat pusat perlindungan .. ye ke ..?? tah la .. tapi macam tempat budak-budak macam tu di beri didikan agama .. dan seterusnya. Like that. Tu contohlah. aku pun belum mampu buat. Cuma trfikir untuk buat. Manalah tahu ada yang baca ni mampu untuk buat begitu .. so far .. it's a very good effort okeh .. hohoho




~ see ... kenapa tidak kita menyusul mereka ..??? ~


Jadikan .. kita pun sebagai manusia .. kenalah fikir bahawa semua benda dalam dunia akan berubah. Seiring dengan masa. Aku pun berubah. Aku dulu bukan aku sekarang. Aku dulu mungkin ada dalam aku sekarang. Aku sekarang takkan ada dalam aku yang dulu.

Kadang tu ada kawan yang confuse .. adakah aku tak pernah menghargai sesiapa yang datang dalam life aku. Tak tak suka sangat bercerita benda personal. Aku tak suka share time aku menangis. Aku malas nak share time aku bingung or kusut. Tu memang aku yang bentuk diri aku jadi begitu. Dan pasti .. my bf adalah orang yang bertanggungjawab paling besar menjadikan aku sebegitu rupa. hahahahaa .. Cuma aku terbuka kalau ada sesiapa ak sharing dengan aku, aku tolong semampu aku .. insyaAllah .. kalau itu personal, aku simpan baik-baik. kui3x.





~ hari kita perlu selalu begini okeh ... he ~


Dari seorang yang tersangat lembut hati .. aku tekad keraskan sedikit hati. Penting juga kadang kdang .. bagi orang nampak .. aku bukan ko boleh buat suka suka. Mungkin ada masanya apa yang aku pegang itu betul .. ada masanya salah jugak. Tak dinafikan lah kan .. hahahah

Macam mana pun .. point terbaik adalah berubahlah. Sampai bila kita nak mengharp orang lain menjadikan kita kuat. Sampai bila kita nak berfikir .. kenapa ditinggalkan ..?? kenapa .. kenapa dan kenapa..? Bila terlalu banyak kenapa .. akan hilang soalan bagaimana ? Faham tak ..?? hahahaha .. contoh : kenapa aku ditinggalkan ? Kenapa ..?? jadi .. akan hilang soalan .. bagaimana aku nak jadi lebih kuat? Bagaimana aku nak go on life aku dengan lebih baik ..?? haaa .. tu dia.!




~ hayati statement tersebut yer .. ~


ok lah .. aku pun dah penat nak menaip dah ni. hahahaa .. di kesempatan ini .. aku nak say sorry kat kawan aku yang baru saja nikah ahad ritu ( 25.12.2011 ) yang aku tak dapat pergi n tak wish directly. So .. aku wish sini je lah. Ko baca ke tak .. tak penting kot kat kamu. You have ur hubby now. Before kahwin pun ko rasa kawan tak penting kan .. apa lagi sekarang. kih3x.

So .. happy wedding day my fren .. happy ever after. Orite. cukuplah tuh .. ( hahahaa ... cam tak ikhlas je ek ) laaa .. ikhlas lah .. haaa.




~ hapy wedding day .. ~


ok lah ..
penat penat ...
jom tidur. kui3x .. hahahahaa
wassalamm ..



Wednesday, December 21, 2011

~ ... lagu untuk kamu ... ~


~ perpisahan ini ~

1st Edition ft Aizat Amdan


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara

Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


p/s : lagu ini aku tujukan khas untuk kawan aku yang akan berkahwin weekend ni. apa yang pernah kita lalui satu masa dulu, cukup sebagai sesuatu kenangan yang perlu pergi bersama masa. harap kamu bahagia hingga ke akhir hayat. Perpisahan ini aku yang pilih. Jadi, salah atau betul semua ini .. terletak di tangan aku. Kerana sekali lagi .. aku yang memilihnya begitu ..


~ ... antara kahwin .. pilihan hati, paksa atau pilihan keluarga..??? .. errkk ... ~



Assalamualaikum semua ..
bagaimana hari anda hari ini ...???
mesti bagus bagus je kan ..
hehehe ..

Jeling balik tajuk kat atas tuh. Yes. Kahwin paksa!! Bunyi saja sudah menggerunkan, kan ..?? Sebutan kahwin tuh macam sedap nak di dengar. Tapi bila ada tang paksa tuh macam ... perghh .. macam bala besar gile nak datang. hahahaha ..



~ semua manusia yang normal akan ada impian untuk berkahwin. tapi .. sejauh mana ia boleh menjadi kenyataan ..?? kui3x .. ~


Actually aku pernah jugak terfikir soal tu. Of course sebab my parents bukan macam parents orang lain. Ada syarat-syarat tertentu. Ada kriteria - kriteria tertentu untuk terima seseorang menantu tu. Seriously ... setiap kali my dad la sebut soal kahwin ... bakal menantu .. aku jadi cam .. owwwhhh .. gelap sekejap dunia aku. Tapi kan .. bila fikir balik .. pe yang diorang state untuk jadi menantu .. or senang sebut bakal suami anak-anak perempuan dia .. semuanya betul. Satu pun aku tak ley nak tolak. Tapi .. mampu ke aku dapat yang macam tu. Then .. aku tengok my bf. Hohoho .. dah ada bf plak tuh. Dah 4 tahun lebih .. tak kan impian terbubar begitu saajaaa .. owhh tidakk !!!!



~ so perempuan .. tak sudikah anda kalau diberi peluang untuk ditemani suami yang begini ..?? ~
( kalau itu pilihan orang tua tapi bukan pilihan kita )


Itu adalah isu yang selalu stuck kat otak aku n kadang-kadang jadi isu dengan my bf.
At last .. my bf kata nak jumpa parents masa konvo.

Then .. alhamdulillah. Everything orite. Parents aku dah pun jumpa budak yang bernama JALIL itu. And sempat sembang dengan family dia .. bla bla bla. Jadi, terkuranglah dalam otak aku ni soal kahwin paksa.Cuma dalam hati .. insya-Allah .. kalau memang dia jodoh aku .. dialah suami aku. Waaahhhh .. ayat nak jiwang bagai. errkkk !!! meluat.

Ok .. itu pengalaman aku yang panjang. Soal kahwin paksa ni ada pro and kontra dia. Bergantung pada parents dan anak tu sendiri. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia.

Bak kata ayah aku ..
' bukan abah nak mennatu yang kaya raya .. hantaran berpuluh ribu .. dulang hantaran sampai ke pintu .. tapi abah cuma nak lelaki yang boleh didik dan bimbing anak-anak abah lebih baik dari apa yang abah dah buat .. dunia dan akhirat ..'



~ dalam dunia ni .. duit memang penting. Tapi tak boleh terlalu dipentingkan. Kalau terlalu dipentingkan .. akan ada banyak benda tergadai .. ~


Tak perlu terangkan apa kriteria dia .. tapi pasti boleh di fahami dengan statement .. didik dan bimbing .. untuk dunia dan akhirat.

Maknanya. Lelaki yang taat pada agamanya .. lelaki yang ada sumber ekonomi yang tetap. Ada nilai seorang lelaki Muslim dalam diri dia. Apabila ada ciri nilai lelaki Muslim .. maka, akan terhimpunlah sikap-sikap yang bagus. Walaupun ada juga yang kurang bagus.

Bila ibu bapa mahu kan perkara tersebut .. dan mereka melihat lelaki pilihan kita langsung tak ada ciri-ciri tu. Bila mereka menghalang .. bagi aku. Itu adalah tindakan yang tepat.



~ orang tua semestinya tidak mahu anak-anak tersalah pilih .. jadi mungkin sebab itu ada masalah kahwin paksa or pilihan keluarga .. kalau pilihan kita memang baik .. insya-Allah, keluarga akan terima .. yakinlah ! ~


Contohnya .. lelaki yang kita pilih itu .. tak solat. Kuat smoking. Kerja sekejap ada kejap berhenti. Rambut panjang. Bila suruh imamkan solat .. terduduk terus. Sakit perut tiba-tiba.

So ... salah ke tindakan ibu bapa menghalang ? Bagi aku .. tu langsung tak salah. Lainlah .. kita pilih yang bagus begitu .. tapi .. parents kita nak yang kaya raya. Anak dato' or datin. Atau pilihan hati dia .. tapi kita tahu kat belakang dia penyamun tahap dewa. Maknanya pilihan ibu bapa yang jelas mengabaikan soal keperluan akhirat. Yang itu .. boleh lah untuk kita tidak terima dengan pilihan mereka. Tapi pun .. perlu lah dirunding secara bijak dan hikmah.

Tak dinafikan .. soal pilihan pasangan hidup adalah soal yang cukup rumit. Itu adalah soal hidup dan mati. Jadi, bermohonlah pada Allah .. temukanlah dengan pasangan yang terbaik. Dunia dan akhirat.




~ kalau kita pilih lelaki yang baik-baik macam ni .. agak-agak mak ayah kita tolak tak ..?? unlesss kalau mak ayah kita tu memang spesies .. di luar fitrah manusia normal.. kui3x ~


Sebaiknya, pasangan yang bercinta tu .. sebelum korang bercinta macam nak rak .. bagitahulah kat parents yang korang memang sedang ber'kawan' dengan seseorang. Cerita serba sikit. Dapat tak diorang terima. Kalau rasa memang parents susah nak terima dengan alasan yang tak munasabah .. contohnya ..

'errkk .. dia ni gelap lah. mesti hati dia gelap gak ..' ( ade ke statement macam tu ..?? ) hahahaa
' tangan dia lembut tak ? mesti tak pernah masak n buat kerja dapur ..' jadi boleh lah jawab ...' mak, kami tak kahwin lagi. Tak boleh test test pegang .. ' jawab dengan muka yang sungguh suci okeh .. hahahaa
'hmm .. dia putih sangat lah ... mandi clorox ke hape ..'



~ kalau yang lelaki .. pilih perempuan yang baik cam ni ada ke mak ayah bising or tak terima ek ..?? unless .. kalau parents tu memang tak mau benda baik. Pada dia yang baik tu teruk .. dan yang teruk tu bagus. So .. conclusionnya .. parents kita dah agak songsang di situ .. ~


hahahaa .. kalau jumpa soalan bangang tuh .. sila lah abaikan je. Minta Allah lembutkanlah hati parents kita.
doalah setiap hari agar kita dan pasangan dapat disatukan dengan redha Allah .. dan redha kedua orang tua kita. ( tiada redha Allah .. jika tiada redha orang tua )

Kalau jumpa soalan yang bagus macam ni plak ...
' dia solat cukup tak ..??'
' family dia macam mana ..?? Yang perempuan tutup aurat tak ..?'
' mak ayah dia macam mana ..?'
Kalau kat parents aku .. ada tambahan sikit :
' mak ayah dia parti apa ..?? ' dush !!!!
kalau ada parents yang baca ni macam parents aku .. jawablah dengan jujur. kah3x.

Bila soal tersebut kita fail untuk meyakinkan orang tua ... tengok kembali pasangan kita. Adakah kita memilih dia sebab handsome ? atau mungkin sebab kaya ..? Atau .. sebab seksi .. and bla bla dan sebagainya .. maka .. ingat semula.

Jika pilihan kita adalah dunia, Allah akan bagi dunia buat kita. Then akhirat ..?? Tak nak ke ..?? Kalau dah masa sebelum kahwin dah elok parents didik .. yang perempuan pakai tudung elok .. baju seluar tak ketat .. then lepas kahwin .. even balik bawak BMW tapi sekali keluar tudung singkat, seluar baju semua ketat .. apa cer babe ??!!!




~ kahwin bukan boleh pilih suka-suka .. kahwin adalah pilihan untuk kita mencari teman sepanjang hidup kita .. cinta or sayang semata-mata tak menjamin kebahagiaan hingga ke syurga babe !! ~


Jadi, bagi aku .. kahwin paksa ada pro n kontra. Kalau pilihan orang tua tu di dasarkan dengan perkara yang baik ..tapi pilihan kita hanya nafsu semata, ikhlaskan lah hati kita. Janganlah terlalu berkeras. Kadang kadang pilihan orang tua tu adalah yang terbaik. Mohonlah kekuatan pada Allah untuk terima. Ada orang kata ..

' parents aku tak kisah aku pilih siapa .. yang penting ada kerja n aku bahagia dengan dia ..'

owhh .. itu statement yang pada aku .. macam tak sedap sikit nak dengar. Main-main dengan soal agama, tak pe ke? Tanya pasal agama .. tu tak tahu .. ni tak pasti .. tak pe ke ..?? bukanlah nak ustaz, tapi macam mana nak jadi pemimpin rumah tangga kalau basic of Islam pun fail ...?? Fiikirkan kembali. Benda tu nampak macam tak pentingkan ... cinta lagi pentingkan nak bahagia rumah tangga ..?? Ehmm berapa banyak orang bercerai berai .. masa sebelum kahwin cakap ... sampai abang tua nak mati abang cinta kat ayang ..seee.!

That's the point kenapa agama itu perlu diletakkan di tangga teratas. Sesuatu perkara yang kita buat tak ada berkatnya kalau Allah tak redha.

Soal kahwin .. soal jodoh .. tu semua dah tertulis untuk kita. Siapa pun tahu. Yang penting .. usahalah cari yang baik. Nak dapat yang baik .. kena jadikan diri baik. Mungkin jauh kot nak dapat title ustaz or ustazah .. tapi .. cubalah sedaya mungkin untuk jadi yang lebih baik dari semalam.





~ yakinlah dengan janji Allah .. sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji-Nya ~


Aku selalu pesan pada diri sendiri .. kalau aku nak suami ( not to state for my bf ) begini dan begitu .. maka aku perlu sediakan diri dengan begini dan begitu. Jadi, sekiranya dia tidak begini dan tidak begitu .. aku sudah begini dan begitu.

So, moral of da story .. bila pilihan kita ditolak .. kajilah apa alasan orang tua kita tuh. Lihat kembali atas dasar apa kita memilih pasangan kita tu. Dan kalau sudah dipertimbangkan buruk dan baik .. masa kini dan masa depan .. istikharahlah. Minta Allah pilihkan yang terbaik buat kita. Jika rasa pilihan kita itu lebih baik .. berbincanglah dengan orang tua. Berdoalah Allah lembutkan hati kedua orang tua kita. hehehee .. ( tapi jangan guna alasan sayang ketika memilih. Ditakuti itu akan menutup segala keburukan dan kebaikan antara dua pilihan .. )

ok lah ..
banyak plak cakap pasal kahwin
macam nak kahwin dah plak ek ...
chaw dulu semua ..
wassalam..




Tuesday, December 20, 2011

~ pesanan dari si hati .. ~



duhai hati ... duhai hidup
kau hanya sementara tatkala singgah di persada dunia ini
lalu mengapa begitu alpa dengan mimpi fantasi
ilusi si puteri .. mimpi si putera
sedang realiti
tidak tergapai jua

owhhh manusia yang berkasih
ada waktunya kau begitu kontang
ketandusan sebuah keindahan bernama iman
dahagakan sebuah cinta suci fitrah seorang manusia beriman

duhai hati yang dilanda amukan cinta dunia
penuh rindu bayangan si cinta hati
penuh rasa cinta senyuman si pemilik hati
namun semakin si pencinta menjejak hati si pemilik hati
lalu kau terhantuk dalam gelap
sungguh rupanya selama ini kau gelita
pandangan mu buta
telinga mu tuli
deria mu seakan hilang fungsinya
lalu kau membiarkan segala yang haram menjadi halal
lalu kau ikhlasnya segala yang salah menjadi benar
dan kau redhakan .. segala yang milik kau menjadi milik berdua
owhhh ..
durjananya yang bernama manusia yang bercinta di atas fantasi dunia

dan bila kau tersedar seketika ..
mungkin juga sebentar lagi kau kembali alpa
di mana pergi iman mu manusia ..?
di mana hilangnya fitrah mu oh pencinta ...?
adakah bisa kau layarkan bahtera mu
di atas lautan penuh gelora
tanpa perlu kau siapkan segala macam perkara
untuk kau menhadapi karam yang tidak terduga nanti
sebelum kau siap tiba di pelabuhan

bila mana kau perlu tiba di pelabuhan
jangan pula kau biarkan diri mu hilang segala apa
jangan biarkan diri mu terpinga dengan segala tanya si penanti yang setia
kelak tiada apa lagi
untuk kau berikan saat tiba di sana

duhai manusia yang berkasih
berkasih lah dengan penuh kasih
tapi jangan pula kau taburi racun fitnah durjana
jangan pula kau hancurkan sebuah kasih sayang dengan serakah
lalu di manalah ertinya sebuah cinta
jika kau khianatinya dengan rayuan dari sang iblis.

aku hanya sekeping hati
yang hidup tatkala manusia hidup
tapi aku bisa mati dengan kedajjalan seorang manusia
bawalah aku
isilah aku
siramilah aku
dengan sesuatu yang dipanggil
taqwa


created by :
nazura mohd nasir 2011


Sunday, December 18, 2011

~ anak luar nikah .. di mana penyelesaiannya ..?? ~



Assalamualaikum ..
apa khabar semua ..???
huhuhu .. khabar tukang taip adalah kurang baik ..
memandangkan mata tak berapa nak baik sekarang ... maka masa yang diperuntukkan di hadapan laptop adalah amat terhad .
kih3x.

orite. Macam tajuk di atas. Anak Luar Nikah. Anak Haram. Anak Tidak Sah Taraf. Anak zina. And wat so ever yang seangkatan dengannya. Maka hari ni .. aku terasa mahu story mory tentang ini. ( sebenarnya tak minat nak story macam entry yang lepas .. macam ulang benda yang sama n membosankan ! hahahaha )

Okey. Kita pandang sekeliling kita. Masyarakat kita. Ada tak kita dengar ..
' budak tu tak ambik SPM lagi dah beranak dah .. kat tangga sekolah ...' astaghfirullahaladzim .. mohon dijauhkan dari saudara mara kita.




Kita yang dengar mungkin akan kata ..
' apa lah budak-budak sekarang ...? tak geli ke ..? tak ada iman ke ..? mana mak bapaknya ...?'
dan banyak lagi lah yang kita boleh dengar bunyi-bunyi tu.

Persoalannya .. sejauh mana kita memandang serius terhadap masalah tersebut ..? Kita dengar .. kita mengata .. then kita buat tak tahu. Itukah tindakan ..? Cuba kita fikir sesuatu. Kalau kita biar .. kita biar .. sesuatu yang dipanggil maksiat .. apa yang akan jadi ..? Allah itu Maha Melihat. Kenapa sebagai ketua kampung contohnya kita tidak mengambil inisiatif dengan memanggil wakil dari Pejabat Agama untuk buat siasatan dan letakkan hukuman buat mereka. ( memandang Hukum Islam tidak dijalankan di Malaaysia ) .. tapi sekurang-kurangnya kenakan lah apa saja tindakan sebagai hukuman dan peringatan buat mereka. Bukan duk sajjjjaaaaaa je .. jadi mat sajjja .. huhu.





Di bawah ni .. statement yang perlu di ambil perhatian :

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:


Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang. sumber:

http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI75



Adakah senarai statistik di atas mahu di naikkan lagi ..??? Jangan tanya kenapa bila Allah turunkan bala yang Maha Dahsyat di Malaysia ni nanti. Aku bukan doakan. Tapi selagi mereka yang mencabuli hak Allah itu tidak dihukum dengan hukuman yang selayaknya .. selagi itu masalah ini tidak akan selesai.





Itu tak cite lagi berapa banyak baby di buang ikut suka hati syaitan gondol diorang. ( tang ni sumpah aku marah ) .. jenayah Zina di mana akhirnya membawa kepada jenayah lain di mana hilang sifat kemanusiaan dalam diri seorang manusia. Tak boleh nak kata bertukar jadi sifat kebinatangan sebab binatang pun tak buang anak yang baru lahir dari rahim dia. So .. sifat yang ada dalam diri mereka adalah SYAITONIRRAJIM. So .. mereka yang buang baby ikut suka tu .. jangan salahkan aku bila aku panggil n gelar mereka dengan dengan gelaran .. syaitan laknatullah. !!



~ aku tak sampai hati nak letak gambar baby betul yang dibuang .. huhuhu .. ~


Itu kisah orang tua yang sungguh dajjal ( jika mereka tidak bertaubat ) .. pernah kita terfikir natijahnya pada si anak tu pulak bila besar ..?? Ada yang tidak ber 'bin' or ber 'binti' .. mungkin ada juga yang ber 'bin' or ber 'binti' dengan Abdullah .. tapi pernah tak kita terbayang satu masa nanti apabila anak-anak kita yang sah taraf hasil perkahwinan yang ingin mencari jodoh .. mungkin akan terpilih seorang anak yang yang berlatar belakangkan tidak sah taraf. Aku bukanlah menghina. Hakikatnya anak yang lahir tu tidak salah. Tapi .. aku cuma mahu semua membayangkan betapa rosaknya keturunan masyarakat yang mungkin wujud akan datang sekiranya perkara ini tidak di pandang serius.



Okeylah .. cakaplah dah buat macam-macam untuk atasi masalah ni .. tapi masih jugak tidak mendatangkan kesan. Dan apabila kamu menghadapi masalah dan perselisihan .. kembalilah kepada Al-Quran.

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman”

(An-Nur:2, al Quranul Karim)


See .. Allah dah bagi jalan untuk kita .. kenapa tak mau terima gak ..?? Belagak sangat .. rasa boleh settle sendiri...? Adooiiyaiii .. kalau nak belagak dengan jiran sebelah ke ... dengan kawan sekampung ke ... tak kisahlah. Tak kisah pun. Tapi nak belagak dengan Allah ... pe cer ..??? Allah yang hidup dan matikan kita. Pun kita nak belagak lagi. Manusia jenis apa ni ...??? huhu. Bertaubatlah kalau rasa hukuman yang Allah tetapkan ni tak berapa nak sesuai. Bertaubatlah !

Kita nak tunggu macam mana baru nak sedar ..?? ke tak mau sedar ...?

Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah termasuk kesalahan zina mengikut peruntukan undang-undang syariah di Malaysia adalah tertakluk dibawah peruntukan undang-undang seperti berikut :

“Hukuman maksimum yang diperuntukan Enakmen tidak melebihi Ringgit Malaysia Tiga Ribu (RM3,000.00) atau penjara bagi tempoh yang tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali”

Berdasarkan kepada keadaan semasa di Malaysia yang tidak menggunapakai peruntukan undang-undang Islam sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Rasulullah saw , maka dalam keadaan sebegini , segalanya terserah kepada Allah swt untuk menentukannya..



Statement kat atas adalah hukuman bagi pesalah zina. Tapi sebanyak mana mereka yang sudah meneriman hukuman yang tersebut sekurang kurangnya ...?? aku kenal beberapa orang yang mempunyai anak perempuan yang telah terlanjur .. hakikatnya anak tersebut tak menerima pun hukuman yang tersebut. So ... di mana kata usaha membanteras zina ni...??? Itu persoalan paling simple. Tak cite lagi .. program-program yang membawa kepada zina .. owwwhhh .. tersangatlah banyak kalau nak muatkan dalam entry ni.



~ kalau begitu gaya hidup dan tak ada siapa yang menyekat .. mampu ke menyekat kelahiran anak zina ...??? banteras punca terlebih dahulu ... ~


Masayarakat sekeliling ...??? Buat sajjjjaaaaa je ke bila tahu ada yang pasangan berzina ?? Owhh .. aku ada satu kisah yang nak shara sikit. Ada seorang girl yang dah berzina .. then mengandung .. then kahwin dengan pasangan zina tu lah. Bila ada masyarakat cakap macm tu macam ni .. tahu apa salah seorang ahli keluarga dia ...??

' kau ada anak perempuan .. kau jaga anak kau sendiri ..' wat da hell !!! disebabkan masyarakat yang beginilah akhirnya generasi muda akan datang semakin berani .. seolah olah tindakan salah mereka ada pembelanya. Jadi .. ambillah sedikit iktibar tentang ini. Ini bukan benda main-main. Ini hal serius yang perlu dipandang serius oleh semua orang. Yup. Setiap orang.




~ andai kan saja baby yang tak bersalah perlu menanggung aib ibu bapa yang ... tak tau nak kata .. fikirlah sendiri .. kenapa perlu rosakkan masa depan manusia lain ..?? ~


Jadi .. marilah kita sama-sama lakukan sesuatu untuk masa depan generasi akan datang. Generasi seterusnya. Siapa generasi seterusnya itu. Yup. Anak cucu kita. Keturunan kita. Adakah kita mahu keturunan kita terlibat dengan jenayah zina ...?? nauzubillah. Minta di jauhkan semua itu.


Terjah sini untuk info yang lebih bermanfaat buat semua.

orite ..
sampai sini je lah
cannot talk to much ... !
wassalam ..


Saturday, December 17, 2011

~ aku suka diri sendiri ... ~



Assalamualaikum ..
selamat malam semua yang belum tidur
kih3x

Orite ... ini bukan entry memuji diri sendiri. Bukan juga entry untuk berbangga dengan diri sendiri. Tapi entry untuk bercakap tentang diri sendiri .. hahahaa. Mana yang rasa meluat nak baca .. sila tinggalkan entry ini seberapa pantas yang boleh ya ..

Bagi yang masih sudi membaca .. bolehlah teruskan aktiviti membuang masa membaca entry ini. Kui3x. sebelum itu .. kesudian anda membuang masa adalah amat di hargai. hehehee .. ( panjang betul intro aku ... )

Okay lah .. perasan tak kadang kadang kan kita rasa .. kita ada satu kelebihan yang mungkin pada kita tak ada pada orang lain ..?? Tak tahu lah apa kan .. kalau macam aku .. mungkin kelebihan aku yang boleh menulisa dengan panjang lebar .. aku pasti ia memang ada pada terlalu ramai orang. Mungkin macam .. kelebihan seperti boleh melihat apa yang berada di sebalik 'hijab' .. or taakulan terhadap sesuatu .. membaca apa yang mungkin tersirat atau tersirat n wat so ever. Kelebihan-kelebihan begitu yang aku maksudkan yer. Sebab kelebihan begitu mungkin tidak berlaku pada ramai orang. Andaikan anda berada di dalam satu kumpulan besar atau kecil .. kemungkin anda seorang yang mempunyai kelebihan tersebut.



~ tengok diorang baik-baik .. boleh tak kenal pasti kelebihan yang mungkin ada pada mereka ..? ~


Orite .. jadi .. apa persoalannya di sini ..?? Persoalannya adalah ... adakah kita tahu kelebihan itu milik kita seorang ..? atau mungkin sebenarnya ada juga pada orang lain. Jadi, silalah jangan sebut tentang apa yang kita rasa itu kelebihan bagi kita. Tak payah sebut kat orang yang kita boleh nampak something .. or boleh baca fikiran orang or wat so ever. Sebab ... salah salah sebut .. ia akan kena pada diri kita sendiri .. dan itu akan meninggalkan emej yang tidak baik buat kita.

Contohnya :
Kita selalu cakap kat orang .. ' ko tak yah tipu aku laaaa .. aku boleh baca .. bla bla bla ...' tapi ... hakikatnya kawan itu memang sedang berjaya menipu kita.



~ macam kucing ni .. dia rasa bila tengok cermin dia adalah singa .. tapi .. bila dia betul-betul berhadapan dengan singa .. dia nak kata ke kat singa tu dia pun singa ...??? mau kena lempang je dengan singa tuh .. hahahaha ~


Nampak tak itu sebenarnya memalukan diri kita sendiri ...?? Hohoho .. jadi .. simpan je lah sendiri. Kalau jelas .. tekaan kita tepat .. atau mungkin tidak meleset .. yakinlah .. mungkin itu kebetulan yang Allah takdirkan. Mungkin keadaan yang kita fikirkan tu benar terjadi .. tapi apa yang ada di dalam hati sipulan yang terlibat dengan kejadian tersebut ... belum tentu dapat kita baca. So .. dont ever make ur own conclusion, ok ..! Tak nice macam tuh. hahahaa ..

Tu yang pertama.
Yang kedua pulak .. lakukanlah sesuatu kerana bertujuan sesuatu. Baik atau buruk tujuan .. tu antara kau dengan Allah n si mangsa okey. ( tapi janganlah buat sampai melampau pulak kan ..)

Okey .. aku diajar ... dilatih .. dan dididik .. buat sesuatu mesti ada tujuan. My dad dulu pernah cakap. " apa pun kita buat kat atas dunia ni kena ada tujuan .."



~ apa pun yang kita buat atas dunia ni .. kena ada tujuan tau .. ~


Yup. Dan aku jarang buat something untuk kepuasan diri aku sendiri. Sama ada untuk mengajar .. sama ada untuk kepentingan orang lain or bersama .. tak kisahlah. Tapi tetap ada tujuan. Apa pentingnya buat sesuatu dengan tujuan yang pasti ...?? Yes. Tujuan itulah yang memastikan kita tidak akan pernah menyesal dengan apa yang pernah kita lakukan walaupun mungkin perkara tersebut berisiko.

Dalam hidup aku .. perkara yang paling meninggalkan kesan adalah soal kawan-kawan. Bergaduh .. berbaik .. ditinggal .. dan juga meninggalkan .. itu adalah benda lumrah dan biasa dalam life aku. Aku tak boleh kata aku tak pernah meninggalkan .. sebab aku sudah beberapa kali meninggalkan. Tapi .. cara aku adalah .. aku meninggalkan dengan adab. Apa maksudnya dengan adab..?



~ kalau rasa nak tinggalkan kawan yang memang kita tak mampu nak serasi .. jangan buat begini .. kan kalau dia terjun sungai tuh then mati .. sampai ke sudah kita menyesal .. hahahaha ~


Contohnya :
Kita berkawan dengan seseorang. Then .. kita rasa kita tak mampu nak adapt dengan sikap dia. So .. nak buat macam mana selain meninggalkan, kan ..?? Nak bertahan ..?? Owhh .. tak baik berkawan tapi hati mengutuk. No no no. Sama ada sesiapa yang kata tindakan aku teruk .. atau di terima itu terpulang. Aku pernah berhadapan dengan situasi ini beberapa kali semasa tahun 2006-2007. Cara aku adalah .. membiarkan dia rapat dengan orang lain. Bukan kita yang menjauhkan diri dari sipulan .. lalu membuat sipulan rasa tersisih. Bagi aku .. itu adalah cara yang paling biadap sebagai seorang manusia.

Analoginya ... kalau ada kucing datang rumah .. then kita tak mampu nak jaga .. jangan letak dia kat tengah kebun. Letaklah dia kat tempat yang dia boleh cari makan dan berkawan. Paling baik .. letak je lah kat tepi rumah orang lain. Siapa tahu orang lain dapat menerima dengan lebih baik dari kita. Betul tak ...?? hahahaa

Aku juga pernah berbaik dengan kawan yang pernah meninggalkan aku .. dan aku decide untuk tinggalkan dia kemudiannya. Why ...??? Okey ... first .. hati susah nak terima. Aku takkan sampai hati melihat senyuman seseorang .. mata seseorang .. sedangkan hati aku tidak sepenuhnya terima dia.



~ aku selalu tanya kat kawan aku ... ape yang teruk kat aku ... tapi aku selalu dapat jawapan .. ok je. tak ada apa yang tak ok .. hmmm .. aku memang ok .. atau sebenarnya semuanya pura-pura ok ...?? errkk .. nak suh jadi sahabat sejati pun payah .. aku offer kot .. hahahaha .. gurau jer .. ~


Mungkin beza aku dengan orang lain mungkin adalah .. aku jujur. Aku bagitahu dia tentang tu. Jadi, taklah aku tinggalkan dengan tanda tanya kan. But da second point .. sebab aku nak dia faham rasa ditinggalkan. Bukan untuk balas dendam or wat .. tapi itu untuk kebaikan dia. Percayakan kawan yang memang ikhlas dengannya. Berfikir panjanglah sebelum berfikir. Aku yakin .. dia bukan kehilangan suatu yang berharga bila aku pergi .. tapi aku tak nak dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga satu masa nanti. Tu je. Dan itu adalah keputusan yang kami buat secara damai ... tak bergaduh .. atau apa saja.

Mungkin sesetengah orang ... mengalah itu nampak kalah. But .. sometimes .. kita perlu gunakan perkataan mengalah itu untuk menang. Yup. bergantung pada strategi. So .. hati-hati bila aku mengalah. Aku tak pernah mengalah dengan erti saja saja. Ada sesuatu yang ingin aku selamatkan. Ada sesuatu yang bakal mendatangkan keuntungan mungkin pada aku .. pada pihak satu lagi .. mungkin juga kedua-dua belah pihak.


~ jadilah orang yang sihat ... bila hati lemah .. mengeluh .. bila masa minda nak jadi cergas .. hoho ~


Mungkin kisah aku kali boleh dijadikan iktibar. Aku pernah bergaduh dengan kawan kelas. Dan diringkaskan kisah .. aku mengalah. Kenapa aku mengalah ..?? Aku tak mengalah kerana permintaan sesiapa. Aku tak mengalah .. sebab aku surrender .. tapi aku mengalah adalah atas diri aku sendiri. Aku minta maaf. Mereka yang boleh menerima maaf aku .. terima kasih. Mana yang tak mampu terima maaf aku .. aku takkan paksa. Itu benda yang cukup simple, kan ...??

Persoalannya .. kenapa aku mengalah ..?? Mungkin ada yang kata .. aku lupa dengan apa yang telah mereka lakukan. Owhhhh .. no ! Bukan itu. Adakah berbaloi kita mempertahankan ego kita yang tak salah atau cara kita .. tapi hari kemudiannya kita tetap merintih rasa sakit yang kita lalui ..?? Adakah berbaloi kita mempertahan ego kita .. tapi hari kemudiannya kita sentiasa dibayangi dengan masa lalu dan kenangan ..??? Owhhh .. hidupnya sebagai orang bukan bayang-bayang. Tak nice okey hidup begitu. 1001 kali kita mohon pada Allah beri kita kekuatan .. 1001 kali kita mohon pada Allah .. beri balasan pada yang melakukan .. itu .. aku tak berani katakan sia-sia .. tapi .. selagi mana kita rasa ego kita ... diri kita adalah lebih penting dari segalanya .. maka kita hanya akan dapat ego kita. Kebahagiaan .. kemanisan dalam hidup adalah apabila kita menepis segala ego. Percayalah.



~ tuduh lah macam-macam .. sampai ke sudah tak de jawapan. ambiklah strategi yang lebih bijak .. hahaha ~


Mungkin kita sering di sakiti .. tapi ... tidak pernah kah kita muhasabah yang kita tidak pernah menyakiti ..?? wat u give .. u get back !! Macam mana kita nak tahu kalau orang lain tak pernah berterus terang .. dan kita juga tak pernah berterus terang ..?? Simpan .. simpan .. dan simpan. Assume macam-macam dan akhirnya persengketaan ...?? Kita kata .. aku tahu lah .. aku tahu lah .. dont ever saying that kalau sebenarnya kita memang tak tahu apa-apa. Ingatlah .. orang melakukan sesuatu terhadap kita adalah berpunca dari sikap kita ..?? adakah kita nak menunggu orang yang ikhlas datang pada kita .. atau kita mahu berubah menjadi orang yang diterima oleh ramai orang.



~ kenal sikap buruk kita .. maka berubah lah. Jangan harap orang terima keburukan kita je .. ~


Incident aku di pulaukan oleh girl kelas. Ada buruk dan baiknya. Itu perlu aku akui even sometimes aku agak emosional. Sebab sampai sekarang .. aku cuma tahu aku mangsa keadaan. Aku cuma rasa aku tak salah. Sila betulkan klau aku salah. Aku berkawan dengan sesiapa saja yang aku rasa tak buat jahat dengan aku. Itu saja. Macam mana sesiapa mahu berkrisis .. itu terpulang. Itu prinsip aku .. yang mungkin salah pada ramai orang. Aku tak mahu bergaduh dengan sesiapa yang tak ada masalah dengan aku. Sesiapa boleh meluahkan apa saja pada aku .. tapi aku bukan spesies cepat terpengaruh. Aku melihat .. dan aku menilai. Tapi aku diam. ( itu ajaran my bf yang kononnya sangat psiko .. kuang 3x ). Dan aku yakin .. dengan sikap aku yang macam tu .. buat kawan baik aku dulu pun jadi lari.

Mungkinlah jugak .. ada certain benda yang aku buat .. menyakitkan mereka. Aku manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Akui akui itu. Cuma .. apa yang aku terkilan .. aku bersedia terima sesiapa seadanya mereka .. tapi .. kenapa begitu caranya menerima keburukan aku ..?? Perlu disesali ..?? No .. masing-masing ada pendirian dan prinsip masing-masing.



~ tak mau kata pape .. jom kita fikir je statement kat atas .. heee .. ~


Dari situ kita akan kenal .. mereka yang boleh selesa dengan kita .. merekaa yang boleh kita selesa .. dan mereka yang boleh give n take dengan kita. Itulah perlunya pertelingkahan. Bukan dendam yang membawa persengketaan hingga ke akhirnya.



~ gaduhlah sampai ke sudah .. akhirnya penat sendiri. berdamai sudah .. even hati tak berapa nak terima .. sekurang-kurangnya tak datang rasa menyampah or meluat yang berpanjangan .. ~


My boyfren selalu kata .. ' kadang-kadang saya tak faham dengan awak ..'
Yup .. silakan kata begitu .. sebab memang sangat susah untuk memahami aku. Dan buat masa ni mt best fren ahmad hisyamudin masih di tangga teratas berjaya meramal siapa aku. kah kah kah ..
Kata-kata agresif dari aku .. yang diselubungi rasa marah .. itu sebenarnya hanya untuk menguatkan hati aku yang kadang-kadang lemah menerima perpisahan.

Contohnya :
Saya takkan berbaik dengan mereka dunia akhirat saya ..
maksud tersiratnya adalah ... saya sayangkan mereka dan saya rindukan mereka.
Tapi my bf selalu jawab ..
Tak pe .. tak nak berbaik .. saya tak paksa. Owhhh .. my bf. Tak membina langsung kecuali maksud tersiratnya adalah ... layan je lah minah ni..
hahahahahaaa ..



~ hmm .. saya memang suka menyepi sekarang .. hahahaa ~


Ingatlah .. dalam kita menghadapi manusia.. tak sama macam kita menghadapi kucing okeh. Tak sama langsung ! Manusia ada persepsi mereka yang tersendiri. Kita mungkin nak kata .. aku tak peduli apa orang nak kata .. tapi adakalanya kita perlu peduli sebab kita hidup dengan manusia. Lainlah kita nak hidup dengan jin kan ...?? Jangan jadikan kisah buruk kita yang lalu berulang kembali gara-gara sikap kita yang tak pernah nak berubah tu. Lepas tu kita salah kan orang kenapa tak ikhlas terima kita. Sebelum kita salahkan orang yang tak terima kita ... kita tanya semula .. kenapa orang susah nak terima kita ..?? Tannya cepat .. !!! hahahaha ..





Aku tak nafikan, memang susah kita nak berhadapan dengan orang yang pernah ada masa lalu yang tak berapa bagus dengan kita. Bagi aku .. yup .. aku banyak melalui perkara tersebut. Pertama dulu .. alhamdulillah .. ada kawan aku yang begitu berusaha menyatukan kembali aku dengan seorang kawan yang pernah aku janji aku takkan berkawan dengan dia lagi.



~ hati aku pernah jadi begitu .. serius !! ~

Dan yang latest ni .. masih belum brjaya sepenuhnya. Aku boleh bertegur .. bergurau .. gelak ketawa .. tapi untuk jadi seperti unite as one .. i dont know. I cannot do that. Aku menghormati setiap apa yang mereka laksanakan .. aku tak mempersoalkan .. usaha yang mereka lakukan untuk eratkan ukhwah itu salah .. malah sangat betul. Tapi .. bila aku tak mampu bersama-sama menjayakan .. itu adalah pilihan aku. Aku tak rasa berkecil hati .. aku tak rasa aku tersisih atau menyisih .. dan aku tidak juga seikhlasnya sinis buat mereka. Dan mana yang aku mampu bersama-sama menjayakan .. aku tidak lakukan untuk menjaga mana-mana hati .. tapi aku ikhlas sebab aku menghargai usaha tersebut. It's also nice.



~ dan pernah juga jadi begini semula ... ;) ~


Aku tidak pernah berbaik dengan sesiapa kerana sesiapa .. begitu juga sebaliknya. Sesiapa pun boleh dengan senang hati ketawakan aku tapi ... seriously .. aku masih sayangkan kawan-kawan aku. Sesiapa pun boleh kata apa yang mereka nak kata tentang kawan-kawan aku .. tapi .. aku juga kenal mereka.

Okeylah .. aku mungkin bukan orang yang sesuai untuk bercakap tentang kawan n hubungan ni semua. Belagak suci la plak kan macam .. hoho. Siapa lah aku kan. Macam lah semua orang suka aku kan ...?? Ramai je yang anti dengan aku yang sangat terus terang n banyak bunyi ni. Tapi .. sekurang-kurangnya aku cuba berubah setiap kali aku tahu di mana kesilapaan aku dalam hubungan dengan manusia. Salah cakap ..?? Kuat menyampuk ..?? Apa-apa jelah. Dan mungkin sebab itu .. aku memilih untuk berpijak di atas kaki sendiri. Sebab aku takkan membiarkan diri aku tenggelam berkali-kali.




~ carilah kekuatan dalam hati kita .. hoho .. ~


Sebagai manusia ... kita perlu pilih kekuatan kita yang tersendiri. Allah .. dan diri sendiri. Jangan kerja cakap .. aku dah tak kisah .. aku kuat .. aku bla bla .. tapi dari zaman tok janggut .. sampai zaman Islam bangkit semula mengatasi Yahudi .. cakap benda yang sama. Kenangan .. masa lalu .. sakit .. penat ... aku memang begitu. So .. memang begitu lah nampaknya. Tak ada yang berubah pun. Sampai bila nak maju ..???

Jadi, kenapa aku bercakap tentang masa lalu dalam entry ni ..?? Adalah sebab tertentu. Macam aku kata tadi .. aku buat sesuatu pasti ada sebabnya. Bukan saja nak meluahkan perasaan. Bukan terkenang masa lalu. Bukan semua tu. Tapi ... untuk sesuatu. Mana yang secara tidak langsung dapat jadikan kisah ini sebagai iktibar ... alhamdulillah. Mana yang masih tak faham .. heheheehe .. sory to da club !!!

hahahahahaa ..
orite! da masuk pagi dah ni ..
kena chaw dulu ..

wassalam ..

Tuesday, December 13, 2011

~ .. aku, lelaki, kereta dan jalan raya .. ~



Assalamualaikum..
huhu .. lama gak kan tak update blog
hmm .. ke'busy'an menjadi editor report adik aku
sampai naik jammed mata aku.
hohoho .. ayat tak ley blahh


Sejak kecik aku memang ditakdirkan berkawan dengan lelaki. Di pulaukan kawan perempuan .. pastu kawan dengan lelaki. Yup .. benda tu sangat biasa dalam life aku. Tu buatkan aku jadi serasi dan dapat memahami sikap lelaki. ( kadang-kadang ). Dan .. tak di nafikan .. ada sesetengah caharacter aku yang seperti lelaki. ( Tapi benda berkaitan dengan halal dan haram tak ley kompromi okeh .. kui3x )

Dengan sikap aku yang begitu, aku tak hairanlah kenapa aku selalu menjadi subjek para lelaki mencabar aku. Haih!! Perempuan selalu dimomokkan dengan sikap yang slow .. lembap .. n lambat dalam benda-benda yang berkaitan dengan motor atau atas jalan. Jadi, mungkin sebab itu .. aku jadi sangat tercabar dan aku tekad dalam hati aku .. i'm not that type of girl.

Kisah pertama. Masa darjah 6. Aku antara murid perempuan yang terawal pergi sekolah bawak motor even tak ada lesen. ( penyamun memang begitu .. harap maklum ). One day, sorang budak lelaki cakap kat aku ..' kalau berani jomlah lumba .. perempuan memang cuma tahu bawak motor je !!! ..' aku tak tahulah kenapa seriously aku tercabar. Then .. aku pun kata ...' ingat aku takut ke .. kalau nak sekarang pun boleh laaa !! ..' waaa .. ganster betul kan .. hahahaha. Jadi, aku memang pelumba motor tegar masa sekolah rendah. Sesuatu yang harus dibanggakan .. aku selalu menang kot even selalu kena dengki setiap kali berlumba.




~ sumpah .. ni aku tak penah buat. Naik motor dengan laki pun buat masa ni dengan adik laki n ayah aku jerk .. kalau style gini .. bek pergi berdoa minta Allah cabut nyawa .. serupa je .. huhuhu .. ~


Lelaki selalu cakap perempuan cuma tahu bawak motor, jadi .. sejak dari tu .. aku belajar gak betulkan motor. Buka plug motor.. tapi kebolehan aku tak de lah sampai macam adik aku yang lelaki sekarang. Dia boleh buat motor dia tu macam-macam rupa. Nasib motor dia tak ubah jadi kereta ke .. motobot ke .. hahahahaa. Cuma sekarang .. bila ada kereta, aku memang banyak belajar dengan pak cik bengkel tentang kereta. At least .. aku tak lah sekadar tahu bawak kereta okey .. !

Bila naik tingkatan 3 .. haa .. aku student perempuan pertama dalam kelas aku yang pergi sekolah bawak motor sendiri. Waaa .. bangga sekejap. Then .. aku ingat lagi .. kawan kelas aku lelaki .. datang kat aku cakap ...' aii .. dah bawak motor .. jom r sekilo ..' errrkkk .. aku diam je. Dalam hati aku kata .. ingat aku bodoh. Motor aku buruk nak lawan dengan motor ko baru. Teranglah aku kalah !! hahahahaa




~ hahahaa .. gambar ni aku cuma nak gelak je .. ~


Itu kisah dengan motor. Zaman sekolah, memang orang kenal aku sebagai perempuan yang macam pelesit bawak motor. Tapi .. nak macam pelesit pun syarat aku adalah .. aku kena pakai sweater tebal n topi kledar yang berat n ada gogle. Tu wajib. Ye lah .. kalau pakai tudung tak pkai sweater bawak motor laju .. aku dah rasa macam superman la pulak. huuuwaaahahahahaa




~ ini memang aku time jadi penyamun atas jalan .. hohoho .. ~


Tinggal zaman motor .. bila dah ada kereta ... dah ada lesen lain plak kisahnya. Tak nafikan, bukan benda baru bagi aku bila mula dapat lesen sebab aku dah boleh bawak kereta sejak darjah 6. Banyak kali juga .. bila atas jalan .. tiba-tiba lelaki bawak kereta .. himpit-himpit .. main-main kat belakang .. adakah kat mind diorang bahawa perempuan memang seronok di main-mainkan macam tu ..??? Hohoho .. silap orang. Not me.

Oleh kerana sudah semakin rasional .. taklah aku nak berlumba macam masa kecik-kecik baru nak besar kan..? Ini kisah aku dimainkan lelaki di atas jalan. One day .. on da way balik dari BP. Macam biasa je lah drive. Then, ada satu kereta motong. Pastu lelaki tu duk sengeh-sengeh pandang aku. ( tolong jangan buat begitu yer para pembaca .. agak tak jauh beza dengan beruk ! )




~ hensem betul beruk ni .. kalau nak hensem macam ni buat la perangai macam tu selalu .. ~


dah tu .. motong aku bukan main .. then . slowkan kete depan aku. then dia pergi lorong sebelah ... himpit-himpit kereta aku .. bila dari dua line nk jadi 1 line .. lagi dia himpit aku. Memang dah rapat giler. Aku cakap lelaki ni memang BIADAP !! Aku terus himpit dia ..sebab jalan tu jalan aku kan. Kalau dia berani memang akan bergesel. Aku heran apa .. kalau bergesel dia yang salah !! Terus lepas tuh dia slow je. Aku bukan nak belagak berani ke hape .. tapi serius aku tak ley tahan nak marah kot lelaki buat macam tu.



~ ini gambar rompak .. ( harap maklum ) .. tolonglah tak payah buat perangai begini yer .. ~


Then .. satu lagi kisah. Ni on da way pergi BP plak. Aku duk line kanan. Tiba-tiba ada pajero tunda aku dekat giler kat belakang. Aku ingat sebab aku slow .. then, aku pergi kiri. Dia ikut kiri. Aku pergi kanan balik, dia ke kanan balik. Pastu adik aku kata .. dia gelak-gelakkan ko ngah !. Time tu aku dah hot laaa kan. Aku pergi kiri .. dia ikut lagi. Terus aku slow kan jadi 30 km/j then line kanan tengah busy. Ambik Kau !!!! Macam tak gerak dah pajero kau. Pastu dia motong aku .. dia tengok aku. Aku tengok balik ! Kisah apa !

Then last .. baru-baru ni. Balik dari BP .. kereta proton iswara nak motong aku. Aku rasa .. memang dia nak laju .. jadi aku tunggu jap la dia motong aku. Kat depan aku tuh ada motor. Suami isteri bawak baby. Bila aku assume kereta tuh nak motong n terus, aku dah get ready nak ke kanan la kan n tekan minyak sikit. Tapi .. tiba-tiba, kereta tu duk slow kan kereta pastu kawan dia boleh duk sengeh-sengeh pandang aku. Aku yang dah tertekan minyak nak ke kanan terpaksa mengelak dia dari terhimpit .. waktu aku elak ke kiri .. sikit lagi aku nak terlanggar motor yang bawak baby tu. Seriously .. kalau aku maki dia boleh dengar, memang aku maki. Sumpah ! Then, dia teruslah bila dah nampak aku break mengejut. Aku apa lagi .. memang aku kejar kereta tuh then aku pandang dia lama-lama. Then, aku terus blah.




~ kalau dah jadi macam ni sape susah ... ?? tak yah r nak main-main atas jalan .. erkk ~


Moral of da story .. tolongla yer lelaki. Jangan jadi biadap cam tu kat atas jalan. Aku menghormati lelaki yang tahu menghormati tapi ... jangan cakap aku biadap kalau diri sendiri sebenarnya biadap.

Ada masanya aku tak nafikan, perempuan memang agak takut takut n tak confident kat atas jalan. Aku pun kadang-kadang hangin gak even aku pun perempuan. Bawak kereta kat jalan besar macam nak bersiar siar kat taman. Yang tu .. nasihat aku kepada pemandu wanita .. tolonglah elakkan. Kalau nak slow .. pergilah line kiri. Kalau dah kiri pun .. janganlah jalan 90km/j korang drive 50-60 km/j. Sakit jantung yang tunda ni. Sila berhati perut sikit yer. Jangan nak pentingkan diri sendiri.




~ tapi tak semua perempuan drive lambat begitu .. aku suka gambar kat atas nih .. tak tawuu lah nape ... ~


Kadang tu .. pernah gak .. kat atas jalan tiba-tiba berlumba dengan satu kereta ni. Tu memang aku n kereta tu sama-sama fight n anggap tu sebagai gurauan. Jalan pun .. tak buat kat jalan busy cam jalan ke BP. Jalan aku buat tu kat jalan baru yang short cut muar tuh kat Parit Bakar. Jalan tu memang versi highway n lengang giler. Time tuh .. bila aku rasa aku dah malas nak berlumba .. aku slow je la. Then, bila kereta tu motong .. aku pandang dia, dia pandang aku .. senyum je lah. Malu pun ada gak. huwaaaahahahahaa .. tapi besanya tak lama nak berlumba macam tuh. Tak senonoh kot orang pandaang. huhu




~ macam ni jalan yang lengang tuh .. kalau busy aku tak lah buat kerja gila tuh .. tapi memang tak selalu buat perangai gitu .. so, sila jangan tiru apa yang aku buat .. ~


Kadang-kadang aku terfikir ... ada masanya aku sangat kasar dan aku tertanya-tanya .. macam mana nak jadi perempuan yang feminin ...??? tapi bila berhadapan dengan situasi yang macam tu .. aku rasa aku perlu bersyukur dengan sikap aku yang macam tu sebab dengan itu aku bukan perempuan yang dipandang untuk di main-mainkan. Tapi, aku tak jugak gila yang akan melawan lelaki gila pada benda yang aku tak mampu nak lawan. Perempuan tetap perempuan. Lelaki tetap lelaki.

Masa umur aku 10 tahun, aku berjaya tampar seorang budak lelaki sampai menagis yang gelakkan aku lepas buat aku tersungkur. Masa umur aku 11 tahun .. aku berjaya gertak lelaki cina yang langgar aku kat atas motor supaya pergi balai polis. So .. perempuan memang bukan lawan lelaki. Tapi tak salah kalau perempuan melawan lelaki yang biadap.. !



~ tolonglah lelaki .. jadilah lelaki yang baik kalau nak perempuan suka .. ~


Wahai lelaki .. jangan terasa dengan entry ini. Entry ini khas untuk lelaki yang terserlah kebiadapan mereka. Bukan mereka yang budiman seperti anda semua. Dan perempuan yang membaca .. berazamlah selepas habis baca entry ini .. anda dan kita bukan perempuan yang senang-senang dipermainkan dengan lelaki. That's it ! Boleh baca kat blog ni kisah yang lebih kurang aku. baca ni

orite ..
kan .. ada plak aku kena hamun
lari dulu sebelum terlambat
Wassalam ..