Saturday, December 17, 2011

~ aku suka diri sendiri ... ~



Assalamualaikum ..
selamat malam semua yang belum tidur
kih3x

Orite ... ini bukan entry memuji diri sendiri. Bukan juga entry untuk berbangga dengan diri sendiri. Tapi entry untuk bercakap tentang diri sendiri .. hahahaa. Mana yang rasa meluat nak baca .. sila tinggalkan entry ini seberapa pantas yang boleh ya ..

Bagi yang masih sudi membaca .. bolehlah teruskan aktiviti membuang masa membaca entry ini. Kui3x. sebelum itu .. kesudian anda membuang masa adalah amat di hargai. hehehee .. ( panjang betul intro aku ... )

Okay lah .. perasan tak kadang kadang kan kita rasa .. kita ada satu kelebihan yang mungkin pada kita tak ada pada orang lain ..?? Tak tahu lah apa kan .. kalau macam aku .. mungkin kelebihan aku yang boleh menulisa dengan panjang lebar .. aku pasti ia memang ada pada terlalu ramai orang. Mungkin macam .. kelebihan seperti boleh melihat apa yang berada di sebalik 'hijab' .. or taakulan terhadap sesuatu .. membaca apa yang mungkin tersirat atau tersirat n wat so ever. Kelebihan-kelebihan begitu yang aku maksudkan yer. Sebab kelebihan begitu mungkin tidak berlaku pada ramai orang. Andaikan anda berada di dalam satu kumpulan besar atau kecil .. kemungkin anda seorang yang mempunyai kelebihan tersebut.



~ tengok diorang baik-baik .. boleh tak kenal pasti kelebihan yang mungkin ada pada mereka ..? ~


Orite .. jadi .. apa persoalannya di sini ..?? Persoalannya adalah ... adakah kita tahu kelebihan itu milik kita seorang ..? atau mungkin sebenarnya ada juga pada orang lain. Jadi, silalah jangan sebut tentang apa yang kita rasa itu kelebihan bagi kita. Tak payah sebut kat orang yang kita boleh nampak something .. or boleh baca fikiran orang or wat so ever. Sebab ... salah salah sebut .. ia akan kena pada diri kita sendiri .. dan itu akan meninggalkan emej yang tidak baik buat kita.

Contohnya :
Kita selalu cakap kat orang .. ' ko tak yah tipu aku laaaa .. aku boleh baca .. bla bla bla ...' tapi ... hakikatnya kawan itu memang sedang berjaya menipu kita.



~ macam kucing ni .. dia rasa bila tengok cermin dia adalah singa .. tapi .. bila dia betul-betul berhadapan dengan singa .. dia nak kata ke kat singa tu dia pun singa ...??? mau kena lempang je dengan singa tuh .. hahahaha ~


Nampak tak itu sebenarnya memalukan diri kita sendiri ...?? Hohoho .. jadi .. simpan je lah sendiri. Kalau jelas .. tekaan kita tepat .. atau mungkin tidak meleset .. yakinlah .. mungkin itu kebetulan yang Allah takdirkan. Mungkin keadaan yang kita fikirkan tu benar terjadi .. tapi apa yang ada di dalam hati sipulan yang terlibat dengan kejadian tersebut ... belum tentu dapat kita baca. So .. dont ever make ur own conclusion, ok ..! Tak nice macam tuh. hahahaa ..

Tu yang pertama.
Yang kedua pulak .. lakukanlah sesuatu kerana bertujuan sesuatu. Baik atau buruk tujuan .. tu antara kau dengan Allah n si mangsa okey. ( tapi janganlah buat sampai melampau pulak kan ..)

Okey .. aku diajar ... dilatih .. dan dididik .. buat sesuatu mesti ada tujuan. My dad dulu pernah cakap. " apa pun kita buat kat atas dunia ni kena ada tujuan .."



~ apa pun yang kita buat atas dunia ni .. kena ada tujuan tau .. ~


Yup. Dan aku jarang buat something untuk kepuasan diri aku sendiri. Sama ada untuk mengajar .. sama ada untuk kepentingan orang lain or bersama .. tak kisahlah. Tapi tetap ada tujuan. Apa pentingnya buat sesuatu dengan tujuan yang pasti ...?? Yes. Tujuan itulah yang memastikan kita tidak akan pernah menyesal dengan apa yang pernah kita lakukan walaupun mungkin perkara tersebut berisiko.

Dalam hidup aku .. perkara yang paling meninggalkan kesan adalah soal kawan-kawan. Bergaduh .. berbaik .. ditinggal .. dan juga meninggalkan .. itu adalah benda lumrah dan biasa dalam life aku. Aku tak boleh kata aku tak pernah meninggalkan .. sebab aku sudah beberapa kali meninggalkan. Tapi .. cara aku adalah .. aku meninggalkan dengan adab. Apa maksudnya dengan adab..?



~ kalau rasa nak tinggalkan kawan yang memang kita tak mampu nak serasi .. jangan buat begini .. kan kalau dia terjun sungai tuh then mati .. sampai ke sudah kita menyesal .. hahahaha ~


Contohnya :
Kita berkawan dengan seseorang. Then .. kita rasa kita tak mampu nak adapt dengan sikap dia. So .. nak buat macam mana selain meninggalkan, kan ..?? Nak bertahan ..?? Owhh .. tak baik berkawan tapi hati mengutuk. No no no. Sama ada sesiapa yang kata tindakan aku teruk .. atau di terima itu terpulang. Aku pernah berhadapan dengan situasi ini beberapa kali semasa tahun 2006-2007. Cara aku adalah .. membiarkan dia rapat dengan orang lain. Bukan kita yang menjauhkan diri dari sipulan .. lalu membuat sipulan rasa tersisih. Bagi aku .. itu adalah cara yang paling biadap sebagai seorang manusia.

Analoginya ... kalau ada kucing datang rumah .. then kita tak mampu nak jaga .. jangan letak dia kat tengah kebun. Letaklah dia kat tempat yang dia boleh cari makan dan berkawan. Paling baik .. letak je lah kat tepi rumah orang lain. Siapa tahu orang lain dapat menerima dengan lebih baik dari kita. Betul tak ...?? hahahaa

Aku juga pernah berbaik dengan kawan yang pernah meninggalkan aku .. dan aku decide untuk tinggalkan dia kemudiannya. Why ...??? Okey ... first .. hati susah nak terima. Aku takkan sampai hati melihat senyuman seseorang .. mata seseorang .. sedangkan hati aku tidak sepenuhnya terima dia.



~ aku selalu tanya kat kawan aku ... ape yang teruk kat aku ... tapi aku selalu dapat jawapan .. ok je. tak ada apa yang tak ok .. hmmm .. aku memang ok .. atau sebenarnya semuanya pura-pura ok ...?? errkk .. nak suh jadi sahabat sejati pun payah .. aku offer kot .. hahahaha .. gurau jer .. ~


Mungkin beza aku dengan orang lain mungkin adalah .. aku jujur. Aku bagitahu dia tentang tu. Jadi, taklah aku tinggalkan dengan tanda tanya kan. But da second point .. sebab aku nak dia faham rasa ditinggalkan. Bukan untuk balas dendam or wat .. tapi itu untuk kebaikan dia. Percayakan kawan yang memang ikhlas dengannya. Berfikir panjanglah sebelum berfikir. Aku yakin .. dia bukan kehilangan suatu yang berharga bila aku pergi .. tapi aku tak nak dia kehilangan sesuatu yang lebih berharga satu masa nanti. Tu je. Dan itu adalah keputusan yang kami buat secara damai ... tak bergaduh .. atau apa saja.

Mungkin sesetengah orang ... mengalah itu nampak kalah. But .. sometimes .. kita perlu gunakan perkataan mengalah itu untuk menang. Yup. bergantung pada strategi. So .. hati-hati bila aku mengalah. Aku tak pernah mengalah dengan erti saja saja. Ada sesuatu yang ingin aku selamatkan. Ada sesuatu yang bakal mendatangkan keuntungan mungkin pada aku .. pada pihak satu lagi .. mungkin juga kedua-dua belah pihak.


~ jadilah orang yang sihat ... bila hati lemah .. mengeluh .. bila masa minda nak jadi cergas .. hoho ~


Mungkin kisah aku kali boleh dijadikan iktibar. Aku pernah bergaduh dengan kawan kelas. Dan diringkaskan kisah .. aku mengalah. Kenapa aku mengalah ..?? Aku tak mengalah kerana permintaan sesiapa. Aku tak mengalah .. sebab aku surrender .. tapi aku mengalah adalah atas diri aku sendiri. Aku minta maaf. Mereka yang boleh menerima maaf aku .. terima kasih. Mana yang tak mampu terima maaf aku .. aku takkan paksa. Itu benda yang cukup simple, kan ...??

Persoalannya .. kenapa aku mengalah ..?? Mungkin ada yang kata .. aku lupa dengan apa yang telah mereka lakukan. Owhhhh .. no ! Bukan itu. Adakah berbaloi kita mempertahankan ego kita yang tak salah atau cara kita .. tapi hari kemudiannya kita tetap merintih rasa sakit yang kita lalui ..?? Adakah berbaloi kita mempertahan ego kita .. tapi hari kemudiannya kita sentiasa dibayangi dengan masa lalu dan kenangan ..??? Owhhh .. hidupnya sebagai orang bukan bayang-bayang. Tak nice okey hidup begitu. 1001 kali kita mohon pada Allah beri kita kekuatan .. 1001 kali kita mohon pada Allah .. beri balasan pada yang melakukan .. itu .. aku tak berani katakan sia-sia .. tapi .. selagi mana kita rasa ego kita ... diri kita adalah lebih penting dari segalanya .. maka kita hanya akan dapat ego kita. Kebahagiaan .. kemanisan dalam hidup adalah apabila kita menepis segala ego. Percayalah.



~ tuduh lah macam-macam .. sampai ke sudah tak de jawapan. ambiklah strategi yang lebih bijak .. hahaha ~


Mungkin kita sering di sakiti .. tapi ... tidak pernah kah kita muhasabah yang kita tidak pernah menyakiti ..?? wat u give .. u get back !! Macam mana kita nak tahu kalau orang lain tak pernah berterus terang .. dan kita juga tak pernah berterus terang ..?? Simpan .. simpan .. dan simpan. Assume macam-macam dan akhirnya persengketaan ...?? Kita kata .. aku tahu lah .. aku tahu lah .. dont ever saying that kalau sebenarnya kita memang tak tahu apa-apa. Ingatlah .. orang melakukan sesuatu terhadap kita adalah berpunca dari sikap kita ..?? adakah kita nak menunggu orang yang ikhlas datang pada kita .. atau kita mahu berubah menjadi orang yang diterima oleh ramai orang.



~ kenal sikap buruk kita .. maka berubah lah. Jangan harap orang terima keburukan kita je .. ~


Incident aku di pulaukan oleh girl kelas. Ada buruk dan baiknya. Itu perlu aku akui even sometimes aku agak emosional. Sebab sampai sekarang .. aku cuma tahu aku mangsa keadaan. Aku cuma rasa aku tak salah. Sila betulkan klau aku salah. Aku berkawan dengan sesiapa saja yang aku rasa tak buat jahat dengan aku. Itu saja. Macam mana sesiapa mahu berkrisis .. itu terpulang. Itu prinsip aku .. yang mungkin salah pada ramai orang. Aku tak mahu bergaduh dengan sesiapa yang tak ada masalah dengan aku. Sesiapa boleh meluahkan apa saja pada aku .. tapi aku bukan spesies cepat terpengaruh. Aku melihat .. dan aku menilai. Tapi aku diam. ( itu ajaran my bf yang kononnya sangat psiko .. kuang 3x ). Dan aku yakin .. dengan sikap aku yang macam tu .. buat kawan baik aku dulu pun jadi lari.

Mungkinlah jugak .. ada certain benda yang aku buat .. menyakitkan mereka. Aku manusia biasa yang penuh dengan kelemahan. Akui akui itu. Cuma .. apa yang aku terkilan .. aku bersedia terima sesiapa seadanya mereka .. tapi .. kenapa begitu caranya menerima keburukan aku ..?? Perlu disesali ..?? No .. masing-masing ada pendirian dan prinsip masing-masing.



~ tak mau kata pape .. jom kita fikir je statement kat atas .. heee .. ~


Dari situ kita akan kenal .. mereka yang boleh selesa dengan kita .. merekaa yang boleh kita selesa .. dan mereka yang boleh give n take dengan kita. Itulah perlunya pertelingkahan. Bukan dendam yang membawa persengketaan hingga ke akhirnya.



~ gaduhlah sampai ke sudah .. akhirnya penat sendiri. berdamai sudah .. even hati tak berapa nak terima .. sekurang-kurangnya tak datang rasa menyampah or meluat yang berpanjangan .. ~


My boyfren selalu kata .. ' kadang-kadang saya tak faham dengan awak ..'
Yup .. silakan kata begitu .. sebab memang sangat susah untuk memahami aku. Dan buat masa ni mt best fren ahmad hisyamudin masih di tangga teratas berjaya meramal siapa aku. kah kah kah ..
Kata-kata agresif dari aku .. yang diselubungi rasa marah .. itu sebenarnya hanya untuk menguatkan hati aku yang kadang-kadang lemah menerima perpisahan.

Contohnya :
Saya takkan berbaik dengan mereka dunia akhirat saya ..
maksud tersiratnya adalah ... saya sayangkan mereka dan saya rindukan mereka.
Tapi my bf selalu jawab ..
Tak pe .. tak nak berbaik .. saya tak paksa. Owhhh .. my bf. Tak membina langsung kecuali maksud tersiratnya adalah ... layan je lah minah ni..
hahahahahaaa ..



~ hmm .. saya memang suka menyepi sekarang .. hahahaa ~


Ingatlah .. dalam kita menghadapi manusia.. tak sama macam kita menghadapi kucing okeh. Tak sama langsung ! Manusia ada persepsi mereka yang tersendiri. Kita mungkin nak kata .. aku tak peduli apa orang nak kata .. tapi adakalanya kita perlu peduli sebab kita hidup dengan manusia. Lainlah kita nak hidup dengan jin kan ...?? Jangan jadikan kisah buruk kita yang lalu berulang kembali gara-gara sikap kita yang tak pernah nak berubah tu. Lepas tu kita salah kan orang kenapa tak ikhlas terima kita. Sebelum kita salahkan orang yang tak terima kita ... kita tanya semula .. kenapa orang susah nak terima kita ..?? Tannya cepat .. !!! hahahaha ..





Aku tak nafikan, memang susah kita nak berhadapan dengan orang yang pernah ada masa lalu yang tak berapa bagus dengan kita. Bagi aku .. yup .. aku banyak melalui perkara tersebut. Pertama dulu .. alhamdulillah .. ada kawan aku yang begitu berusaha menyatukan kembali aku dengan seorang kawan yang pernah aku janji aku takkan berkawan dengan dia lagi.



~ hati aku pernah jadi begitu .. serius !! ~

Dan yang latest ni .. masih belum brjaya sepenuhnya. Aku boleh bertegur .. bergurau .. gelak ketawa .. tapi untuk jadi seperti unite as one .. i dont know. I cannot do that. Aku menghormati setiap apa yang mereka laksanakan .. aku tak mempersoalkan .. usaha yang mereka lakukan untuk eratkan ukhwah itu salah .. malah sangat betul. Tapi .. bila aku tak mampu bersama-sama menjayakan .. itu adalah pilihan aku. Aku tak rasa berkecil hati .. aku tak rasa aku tersisih atau menyisih .. dan aku tidak juga seikhlasnya sinis buat mereka. Dan mana yang aku mampu bersama-sama menjayakan .. aku tidak lakukan untuk menjaga mana-mana hati .. tapi aku ikhlas sebab aku menghargai usaha tersebut. It's also nice.



~ dan pernah juga jadi begini semula ... ;) ~


Aku tidak pernah berbaik dengan sesiapa kerana sesiapa .. begitu juga sebaliknya. Sesiapa pun boleh dengan senang hati ketawakan aku tapi ... seriously .. aku masih sayangkan kawan-kawan aku. Sesiapa pun boleh kata apa yang mereka nak kata tentang kawan-kawan aku .. tapi .. aku juga kenal mereka.

Okeylah .. aku mungkin bukan orang yang sesuai untuk bercakap tentang kawan n hubungan ni semua. Belagak suci la plak kan macam .. hoho. Siapa lah aku kan. Macam lah semua orang suka aku kan ...?? Ramai je yang anti dengan aku yang sangat terus terang n banyak bunyi ni. Tapi .. sekurang-kurangnya aku cuba berubah setiap kali aku tahu di mana kesilapaan aku dalam hubungan dengan manusia. Salah cakap ..?? Kuat menyampuk ..?? Apa-apa jelah. Dan mungkin sebab itu .. aku memilih untuk berpijak di atas kaki sendiri. Sebab aku takkan membiarkan diri aku tenggelam berkali-kali.




~ carilah kekuatan dalam hati kita .. hoho .. ~


Sebagai manusia ... kita perlu pilih kekuatan kita yang tersendiri. Allah .. dan diri sendiri. Jangan kerja cakap .. aku dah tak kisah .. aku kuat .. aku bla bla .. tapi dari zaman tok janggut .. sampai zaman Islam bangkit semula mengatasi Yahudi .. cakap benda yang sama. Kenangan .. masa lalu .. sakit .. penat ... aku memang begitu. So .. memang begitu lah nampaknya. Tak ada yang berubah pun. Sampai bila nak maju ..???

Jadi, kenapa aku bercakap tentang masa lalu dalam entry ni ..?? Adalah sebab tertentu. Macam aku kata tadi .. aku buat sesuatu pasti ada sebabnya. Bukan saja nak meluahkan perasaan. Bukan terkenang masa lalu. Bukan semua tu. Tapi ... untuk sesuatu. Mana yang secara tidak langsung dapat jadikan kisah ini sebagai iktibar ... alhamdulillah. Mana yang masih tak faham .. heheheehe .. sory to da club !!!

hahahahahaa ..
orite! da masuk pagi dah ni ..
kena chaw dulu ..

wassalam ..

1 comment:

  1. tahniah.. sya suke cara penyambapaian dlm blog ini... go..go..teruskan gaya sempoi anda... i like it..

    ReplyDelete