Tuesday, December 1, 2009

budak sains bercinta..just for fun

aku dapt ni dari forum dr.Hm.Tuah Iskandar. That's nice. sebab tu aku letk dlm blog ni. aku copy dari saudari aira.

Di ambang sore nan hening.

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??


Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.


Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.


Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.


Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!


Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.


Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.


Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.




Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.


Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?


Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.


Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?


Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.


Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.


Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.


Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?


Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.


Kau: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.


Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.


Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!


Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.


Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.


Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.


Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian........



p/s: hbs kalo bdk aliran teknikal mcmane ye? Grin Grin

kan kwn2 ku ramai aliran teknikal...i aliran sains dulu. skrg ni half-teknikal. yg fully teknikal , sure leh buat ayt power kan...haha..