Sunday, January 27, 2013

~ broken angel ~



Assalamualaikum
huhuhu 
today is not a gud day to update this blog.
why ..??? why ...?? ohhh why ..??!!

sakit lagi
ok! jangan mengeluh yer
banyak dah dosa buat, bila lagi nak kurang dosa dosa kecil tuh kalau tak dengan sakit ..?? sakit sikit je kowwwttttt !!!

by da way
tengah hari tadi mengadapkan diri ke HPA kat Batu Pahat
ohhh .. macam biasalah kan 
pelanggan tetap Kopi Radix
Bak kata housemate aku dulu .. Kopi Radix tuh dah macam dadah aku.
lalalalala

Dah alang-alang jumpa tuh .. aku pun tanya pasal satu ubat nih
ok laaaaa .. dia check punya check tapak tangan aku 
mula tuh dia cakap laaaaa ... bla bla bla bla
then
dia tengok jari
' dulu pernah jatuh terduduk ea? ada masalah tulang belakang ni .. '
ohhh .. terkebil kebil sekejap
'masa kecik dulu .. banyak kali'

masa kecik duluuuuuuuu
tu laaaa .. ko buas sangat kan 
orang panjat pokok gayut gayut macam monyet kau pun nak ikut buat
main kejar-kejar .. kena tolak jatuh dari lima anak tangga sekolah
orang terjun bangunan sekolah .. ikut terjun
orang panjat tangga .. pun ikut panjat, then jatuh 
waaaa !!!!!!!

 padanlah muka .. kecik dulu degil sangat
yeaaahhhh .. kan dah effect sekarang!

tak apa .. kadang hidup nih kena sakit
kalau tak sakit pun tak best
kan ALLAH hadirkan setiap perkara ada nikmatnya
jadi, nikmatilah setiap apa yang Allah berikan pada kita

Yang baik itu .. disyukuri
Yang kurang baik itu .. disempadani
Kerana setiap sesuatu itu perlu iktibari ..
( tah imbuhan mana lah aku pakai )
hahahahaa .. suka aku laahhhhh 

okeh ..
pening kepala nak muntah sudaaaahhh
layan lagu ni sekejap 

ohhhh .. broken angel
yes, i am
thanks to my dear, bf 

' sy tak perlu cari yang lebih perfect untuk melengkapi saya sebab apabila kamu sudah menerima semua kekurangan saya ... bersama saya dalam air mata dan ketawa .. kamu begitu melengkapi saya. kita tidak tahu masa kita di akan datang. Allah tahu bagaimana saya menghargai kamu .. dan Allah juga sangat tahu hingga mana jodoh kita. berdoa dan terus berdoa .. '


' one and lonely broken angel '
u know wat ..??
kita tak pernah sendiri
ingatlah ... Allah bersama kita.
selalu dan sentiasa

Wassalam 

Thursday, January 24, 2013

~ Yakinlah Allah Sudah Sediakan Yang Lebih Baik ~



Assalamualaikum 
hye readers yang bercuti
okeh ! kat Johor hari ni adalah public holiday
Salam Maulidul Rasul

semoga dalam diri setiap kita yang bergelar Muslim masih kuat rasa cintakan Rasul kita masih kuat memegang amanah terakhir Rasul kita, ya ..

' dan setiap kekecewaan yang Allah beri pada kita, Allah akan gantikan dengan kegembiraan yang tidak pernah kita bayangkan ..'

Itu adalah pegangan aku untuk terus redha dengan setiap apa yang telah Allah aturkan buat aku. Yakinlah setiap yang datang itu adalah yang terbaik buat aku.

Tawaran master UTM in Psikology Education
Itulah impian .. itulah permulaan langkah sebelum aku mencapai impian aku sendiri. 

Ada yang kata aku boleh daftar secara sulit. Illegal la maksudnya kan. Sambung tanpa pengetahuan pengetua. Dua hari lepas aku pergi jumpa pengetua dan berbincang. 

Jawapan yang sudah sedia maklum ! 
' tunggulah sah jawatan. saya akan sokong bila masanya tiba ..'

Alhamdulillah aku menerima jawapan dan alasan dia dengan senang hati dan terbuka. Ada sedikit rasa kecewa. Tapi bila aku fikir semula, yakin itu adalah yang terbaik.! ( nampak tak ayat tu sedang menenangkan hati yang sedikit tegang ..??? ) hahahahaa

Aku tak salahkan dia untuk tidak mengizinkan sebab di bahu dia pun tergalas tanggungjawab dia terhadap aku and staf yang lain. Dan di bahu aku, tergalas tanggungjawab terhadap semua student aku yang mana aku tak boleh meninggalkan student aku yang begitu ramai untuk kepentingan aku.

' Allah akan sentiasa menjaga kepentingan kita bila mana kita sentiasa menjaga kebajikan insan di bawah tanggungjawab kita '

Jangan kecewa. Jangan putus asa !
Allah sudah sedang sediakan sesuatu yang lebih baik dari itu. Maka, aku pun punya plan B yang tersendiri. Melalui jalan pintas untuk sampai ke tempat tujuan tanpa memikirkan orang sekeliling itu adalah amat tidak sopan. Adalah lebih baik kita mengambil beberapa kesempatan yang ada untuk tiba di destinasi tanpa mengorbankan orang di sekeliling kita, kan ...???

So, wat my plan after this ..??
Relaks dulu. Yakinlah jalannya tetap ada dengan adanya usaha. yeahhhh !! usaha

kredit to my bf :
thanks for supporting me ! U are my fren , my best fren & my soul ever 

Kerja yang perlu diselesaikan sekarang adalah ...
Yeah ! Siapkan manuskrip novel. Adakah kali ini akan di tolak lagi ...? Rezeki itu milik Allah. Tunggu dan lihat ! 

Orite dear. Have a lot of work to do !
babai
Wassalam ..   
 

Sunday, January 20, 2013

~ ini yang perlu aku pilih ~




ohhhhh wat ..??!!!

Assalamualaikum
yuhuuuu ..!!
huhu


Dalam hidup nih apa benda yang paling pening nak buat ..??? yeahhh ! memilih. di pilih tak pening. tapi memilih.

Bila terdapat 2 pilihan yang mana kedua duanya sangat diimpikan malah itulah impian .. perlu difikirkan pula untuk memilih di mana yang lebih penting. ya ! mana yang lebih penting.

Jangan mengeluh dulu. Tapi syukurlah !
Ya, alhamdulillah ... dan syukur Ya Allah sebab memberikan dan menunaikan doa di setiap sujud aku. Tapi, saat kedua dua tiba, ada satu yang perlu aku tangguhkan mungkin. 



Aku tahu, aku gatal apply ke UTM sebab frust dan sebab aku memang nak sangat sambung belajar dalam psikologi. Alhamdulillah Allah tunaikan. 

Cuma, dalam masa sekarang aku rasa keadaan sangat tidak mengizinkan. Tolong doakan supaya aku dapat tangguhkan pendaftaran tuh sehingga aku sah jawatan dan sehingga selesai hal-hal yang lebih penting.

Sumpah aku akan tersangatlah kecewa kalau aku tak dapat sambung master in psiko. That's my dream .. that's my aim .. and that's my focus. Aku hanya ada selangkah saja lagi untuk penuhi impian aku. 

Semoga Allah beri aku kemudahan untuk aku melangkah lagi. Belajar dan bekerja bukan satu tugas yang mudah. Aku sedar tu. Menggalas 2 tanggungjawab dalam satu masa yang sama. Itu risiko yang aku perlu lalui.

Ohhhh Cikgu Zaharah. Saya sangat perlukan anda waktu ini. Perlukan advice anda sekarang ini. 
Aku yakin, Allah sudah aturkan yang terbaik untuk aku. Ya, aku perlukan sokongan semua. Family and my bf. Aku harap semuanya akan berjalan sebagaimana seharusnya.

Aku hanya berharap, dengan pilihan yang aku lakukan, Allah permudahkan jalan bagi aku. Allah redhai setiap yang bakal dilalui. 

' Ya Allah, hamba Mu terlalu banyak meminta dan terus meminta meski terlalu banyak dengan dosa. Tapi, demi sesungguhnya hanya pada Mu aku menyembah, hanya pada Mu aku mohon pertolongan, mohon kemurahan rezeki .. mohon kekuatan di atas setiap yang datang .. Aamiin '

Thursday, January 17, 2013

~ oh my 2013 ~



wat ???!!!!
2013 !!

oh Assalamualaikum, readers !
just shock in 2013
aksi bangun tidur terus dah masuk 2013
hahhahaa




wat the .. la kan !
2013, means naik sekolah yer. Ya, naik sekolah. Bila naik sekolah maknanya sangat banyak kerja. Bila sangat banyak kerja maknanya sangat tak cukup masa. Bila tak cukup masa maknanya .. ok, pitam ! hahahhaha

U know wat, masa naik sekolah .. oh, tak mau pk bila kena mengajar peralihan lagi. Peralihan tuh umpama mimpi ngeri tahuuuuuu .. ;(

Last year aku guru kelas peralihan .. u know wat the very nice of them for this year ..??
yeahhhh .. tak kira perempuan ke lelaki datang kat aku .. jumpa kat aku, say hello .. hai cikgu. kadang tu aku tak tahu kenapa diorang naik bilik guru, jumpa aku sebab diorang cuma meluahkan perasaan masuk kelas baru.

Then, sorang pelajar lelaki n perempuan .. datang jumpa aku minta tolong aku tukar kelas diorg ke kelas yang lain. Tapi aku kata aku bukan guru kelas diorang lagi. 

Bagi aku .. satu kejayaan juga bagi aku sebagai cikgu baru, tapi .. pelajar lepas tetap datang jumpa aku walau cuma nak meluah perasaan dia. Bukan sebangsa dan seagama dengan aku. Kadang tu nak translate bahasa cina ke bahasa melayu pun terpaksa tanya kawan dia. 

Kawan -kawan aku ada jugak menganjing cakap ..
'sayang betul diorang tu dengan cikgu dia ..'

Dan peralihan tahun ni pulak ... waaa!!! aku ada masa yang banyak untuk berhadapan dengan diorang. Apa yang aku boleh kata adalah .. Alhamdulillah. ! Sama juga macam yang lepas. Sangat suka haiii .. dan hellooo dengan aku bila keluar dari kelas. Dalam kelas, even nakal .. nak juga buat kerja yang aku bagi. Masih behave lepas di pujuk-pujuk. 

Ohh .. pujuk-pujuk ya ..??? Ya, memang pujuk !
Ada juga kakak yang dulu mengajar BM peralihan tanya kat aku ..

'ok tak diorang, zura ? Tengok diorang behave je .. baca bila suruh baca, buat kerja ..'
'buta masa ni ok lagi. baru bulan 1. tunggu nak akhir tahun nanti ..'  ( aku jawab )

Cuma aku berharap mereka akan ok sampai akhir tahun. 
Must be a guuuuuuuudddddddd boys and girls ya dear !!!

Dan usaha aku sekarang adalah nak tackle sorang girl ex-peralihan tapi kelas peralihan yang aku tak mengajar dulu. This girl memang belagak. Muka dia kerja nak menjeling je. Aku pun sebenarnya meluat gak. Rasa nak gaduh je dengan dia. Tapi ... bila pk balik, kalau aku tak ubah hati aku untuk berbaik dengan dia, aura aku tak suka dia tu akan selamanya sampai pada dia. Jadi, aku sedang cuba untuk 'suka' pada dia. 


 ~ dalam diri kita ni ada aura yang dapat dirasakan oleh orang sekeliling .. sama ada kita suka dia ke kita tak suka dia ke ... yeaaahhh, dia boleh rasa ~


So far, aritu aku terserempak dengan dia n kawan dia. Tiba-tiba kawan dia datng kat aku tanya tempat sorang cikgu nih. Then, dia pun ikut datang kat aku. Aku pun tanya-tanya sikit kat kawan dia n dia. Ok, nampak dia tak rasa nak bermusuh dengan aku. Then, masa kelas PJPK aritu, dia main kejar-kejar sampai keluar dewan, jadi aku suruh masuk. Ok, dengar kata ! Aku try lagi .. bila balik, aku suruh beratur elok-elok. Dia ikut juga. !!! selalunya, dia akan jeling aku then akan protes! that's she, okeh !! Bila dia dah beratur elok tu, aku pun cakap ...

' Bagus. Gud girl ! '

Adakah eksperimen aku akan berjaya nanti ...??? okeh .. try untuk kelas esok ..
yeahhh yeahhhh ..
hahahaha

okeylah
nak pergi tido laaaa
babai
wassalamm
apa aku nak buat kat budak tu esok ya ...???
Zzzzzz ..
;)