Tuesday, August 3, 2010

~ jangan biarkan ujian menjatuhkan diri ~

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah aku masih berpeluang bercerita lagi di dalam blog ini. hmm..malam ni tiba - tiba dapat idea untuk story tentang tajuk ni. kenapa ?

hm...tengah hari tadi aku buat satu perkara yang aku tak pernah buat. apa yer ? hm...drive sorang - sorang ke bandar , window shopping sendiri , makan sendiri ....n everything sendiri. Bukan tak ada kawan untuk teman. Aku sengaja nak mencuba perkara yang aku takut nak buat sebelum ni...dn aku teringin sangat nak buat. Dan ...aku dapat buat dengan perasaan yang sangat berbaloi.

Dan masuk waktu tengah hari , aku pun terbuka radio channel IKIM.fm. Siapa pun tahu channel ni kan. Bila buka radio , dua channel je yang menjadi pilihan aku. Fly.fm dengan IKIM.fm. Bila buka IKIM tu , keluarlah segmen La Tahzan. Topik waktu itu adalah kesengsaraan.

Bila cakap tentang kesengsaraan , aku cepat je teringat waktu dulu. Di mana aku rasa hidup aku lah paling malang sebab selalu ditinggal teman - teman yang aku sayang tanpa sebab dan alasan sehingga menjadikan aku seorang yang sendiri , kurang bercakap dan mengalami tekanan yang aku rasa agak dahsyat.

Then , bila dengar segmen tu ... aku banyak berfikir ...dan aku mula rasa , semua yang berlaku ada hikmahnya buat aku pada hari ini. Aku masih ingat lagi siapa aku waktu dulu. Kebergantungan aku pada seorang kawan itu sangat tinggi. Sampaikan untuk berjumpa cikgu bertanya tentang matapelajaran pun perlukan teman. Kalau tidak , tak jadi. Waktu dulu , kawan adalah tempat aku luahkan semua rasa sedih or gembira aku. Tapi hari ni , tanpa mereka aku sudah buktikan aku berjaya menggengam rasa sedih , rasa sakit dan rasa kecewa hingga jadi abu. Dan akhirnya , rasa itu terbang di bawa angin.

Walaupun aku akui , sepanjang kesakitan dan kesedihan yang aku lalui aku ada family , ada insan yang sangt aku sayang , juga punya seorang sahabat di sisi yang setia mendengar keluh kesah aku.

Tapi , aku nak sangat ucapkan thanks a lot pada bf aku sebb dia selalu marah aku bila aku mengeluh dengn semua masalah aku ... kesal dengn nasib aku. Sesetengh berpendapt , aku punya seorang bf yang sangt tak caring , kan. Tapi ... dari situ , aku belajar untuk hadapi masalh sendiri dan belajar menghindr rasa yang tidak2... sekali gus membuatkan aku bangkit dari rasa yang tidak harus aku rasa. Kalau sejak dulu , dia selalu melayan perasaan aku yang tah pape ni , pasti hari ni aku takkan rasa aku punya kekuatn sendiri untuk bangun dari sebuah kejatuhan. Tapi , itu tidaklah bermkna dia tinggal aku sndiri macm tu. Tetap ada support yang berjaya mengubah aku dari posisi yang mengatakan ' aku insan malang ' tapi berubah mnjadi ' aku boleh move on'. Dan terima kasih juga buat sahabt aku ( dia akn tahu diri dia sedg di maksudkn jika dia mmbaca post ini ) yang sentiasa di sisi waktu aku jatuh , bangun , jatuh dan bangun semula. Tak pernah jemu memberi nasiht yang bagus dan baik.

Dari kisah aku ni , sebenarnya aku mahu semua yang sedang bersedih sedar dan nampak bahawa setiap kesengsaraan yang kita lalui hari ini adalah sumber kekuatan dan ketabahn jiwa untuk memicu kita ke arah yang lebih hbat. Jangan terlalu mengeluh dengan rasa lemah ...kecewa dan yang sewaktu dengannya. Jadikan kesedihan dan kesengsaraan kita itu sebagai buster untuk kita menjadi manusia hebat.

Contohnya. Jika hari ini kita tidak pernah dibenci orang , dan katakan satu waktu nanti kita di benci .... kita akan rasa berkali kali ganda sakitnya dari orang yang sudah pernah di benci orang.

Jika hari ini kita tak pernah hidup sendiri...bergantung pada diri sendiri dalam susah atau senang .... bila tiba waktu kita perlu sendiri , kita mungkin sangat sukar untuk survive.

Sesungguhnya setiap apa yang di tentukan buat kita hari ini adalah persediaan untuk hari akan datang. Jangan takut untuk rasa sedih ...jangan takut untuk sendiri .... jangan takut dengn rasa tidak di hargai , kerana satu waktu nanti kita akan nampk 1001 hikmah dari semua itu.

Aku bukanlah kuat sangat menghadapi pelbagai mehnah dunia. Kadang kala perasaan tu tetap mengganggu kehidupan. Kadang kala perasaan yang tidak - tidak itu memburu ketenangan jiwa. Tapi segeralah ...cubalah untuk bangkit semula. Bila amukan perasaan itu semakin membara , jeritlah di dalam hati .... ' aku kuat. aku mampu hadapi semua ini. Mereka tidak penting pada aku. Aku mampu hadapi apa saja!! ....'

Akhir sekali , dari Ali bin Abi Talib :

semoga jalan keluar terbuka
semoga kita bisa mengubati jiwa kita dengan doa
janganlah engkau berputus asa manakala
kecemasan yang menggenggam jiwa menimpa
Saat paling dekat dengan jalan keluar adalah
ketika telah terbentur pada putus asa


No comments:

Post a Comment