Tuesday, November 9, 2010

get well soon my fren .. we love u ..

' naz, aini dah meninggal..'
' angah ... atuk sakib accident. dia masuk icu ..'
' naz, nak bgtau ni .. shuib accident. keadaan dia kritikal..'
' angah .. atuk sakib dah meninggal ..'
' angah ... kak leny dengan anak dia meninggal terbakar. rumah diorang
terbakar teruk malam tadi ..'


itulah berita - berita yang aku terima beberapa minggu kebelakangan ni. Tak boleh tahan sebab berturut - turut. Speechless ...
Mula - mula masih ada air mata nak jatuh. Tapi lepas tu ... sedih dalam hati .... tak tahu macam mana nak bereaksi.


Dan untuk beberapa minggu ni pulak .. emosi aku lagi kurang ok. sedih bila banyk bnda yang aku harap sngt2 tak tertunai. Sedih jugak ... orang yang aku sayng akan tinggalkan tempat ni. Walaupun tak lah nak meninggalkan aku ... tapi still sedih. Entah bila kami akan ada masa untuk jumpa ... untuk macam sllu ... pastinya mustahil.
But it's ok ... kalau kita terima ...
Bila kita redha ...
Insya-Allah ... akan ada solusinya.
hehehehe ..


Yang dah meninggal ... tak perlu difikirkan lagi
Cuma apa yang perlu difikir ...
Bila masa kita ?
Kejap lagi ? Esok ? Minggu depan ? Bulan depan...? atau bila..?
Bila masa untuk meninggalkan dunia ni ... hanya rahsia Allah.
DIA yang menentukan bila kita mula bernafas
Lalu .. dia juga yang menentukan bila kita akan berhenti bernafas.
persoalannya ...?
bila semuanya itu rahsia Allah ...
di mana persediaan kita untuk menghadapi surprise tersebut..?
surprise ke ...?
Surprise la... kita rasa seperti tidur ..
tapi bangun semula di satu tempat asing bernama .... KUBUR.


Mari kita muhasabah diri kita ..
Aku dan kamu wahai pembaca budiman ..
Apa agaknya yang akan kita bawa untuk hidup di dalam kubur ?
Lalu ... apa agaknya tujuan Allah memberikan nyawa kepada kita ...?
Dan ... apa yang telah kita janji pada Allah sebelum kita melihat dunia ni ...?
Apa sebenarnya nasib kita di alam sana ..?


sesungguhnya ... kematian itu adalah suatu yang perlu di ambil iktibar
jika melihat suatu kematian ..
tiada rasa insaf terdetik di hati kita ..
lantas di manakah iman kita ..?
mengingat kematian ... sebenarnya bukan untuk menjatuhkan motivasi diri untuk hidup
tapi ...
itulah motivasi terbaik untuk kita terus hidup ..
dan menjadi yang lebih baik dari semalam
menjadikan semua yang kita lakukan sebagai ibadah ..
persoalannya ...
sejauh mana kita mampu menginsafi sebuah kematian ..?
soalan itu untuk aku ... dan kita semua..


ok ... aku tinggalkan semua dengan persoalan2 itu
harap .. kita sama - sama berfikir untuk masa depan kita ..


ahad ... 7 november 2010
jam 8.30 pagi ..
aku, halim n marcella ..
kami memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur
Niat utama adalah untuk melawat ... melihat keadaan sebenar shuib
siapa ya shuib ..?
Shuib .. tak tahu nak di kategorikan kwn baik aku atau tidak
aku mula rapat dengn dia sejak dia pindah ke sek sains seremban ms form 4
hinggalah tiba - tiba kami jumpa di matrik yang sama
dan kebanyakan waktu aku balik kg ...
kami akan balik ke kmpung n balik ke matrik bersama.


kat matrik .. ramai yang kata dia player
rumet aku sendiri kata dia player ..
tapi ... tak tahu lah kan
aku kawn dengan dia tanpa sebarang perasaan pelik - pelik
jadi pada aku ..
dia sama je mcm kawn2 yang lain
cuma mungkin ramai permpuan yang suka berkawn dengan dia
ye lah ... ada market kot ... hahaha
sebab selama aku berkawan dengan dia ..
tak ada apa yang pelik dan aku selesa berkawan dengan dia.
lagi pulak ..
aku kenal siapa awek dia masa tu
lagi pulak ... aku yang dia minta tolong pilihkan hadiah utk awek dia.


tapi satu bnda yang aku tak boleh lupa
masa kat matrik .. setiap kali jumpa dia ..
' nazura ... ko pakai dah cukup elok dah tu. tapi tolongla tukar kasut tu .. bagila nampak feminin sikit ...'
hahahahaa ... pakai baju kurung tapi pakai sneakers..
tapi satu ari tu sneakers aku rosak teruk ...
bila terjumpa dia ..
' wah .. nazura lain hari ni. baru la nampak feminin ...'
tak leh blah ... aku dengan perasaan tak suka + meluat lagi kena pakai kasut2 perempuan masa tu..
hahahahaha ..


dan baru - baru ni ..
masa pegi reunion kelas kami ..
dia antara yang shock dengan perubahan aku ..
hahahahaha ..

' nazura dah lain lah sekarang ...'

ingat lagi naik kereta berdua nak ambik kawn aku sebab aku terlupa nak ambik ..
dan masa pergi beraya baru - baru ni ..

' nazura, kete ko de kosong tak ...? aku nak naik dengan ko ..'


di sbbkan kereta aku penuh waktu tu ...


' ops ... penuh sudah, ib. ko naik ke kete kosong tu. jadi setan jap ...'


hahahahahaha..

gurauan yang agak kasar .. tp, tu lah kami semua..
hehehehe


tapi ahad yang lepas ..
kami semua jumpa dia dalam keadaan yang cukup berbeza
tak ada ketawa ..
tak ada gurauan ala - ala sengal
tapi ... ada air mata
ada rasa risau .. kasihan ... dan sebagainya..
cuma sangat mngharapkan dia boleh bersama - sama kami seperti dulu
tak sanggup rasanya hati
tengok dia dalam keadaan seperti itu
lemah ... tapi kuat juga
tak boleh untuk bangun .. terlantar ...
bersuara sungguh perlahan ..
dan bereaksi perlahan dengan setiap tindakan kami


tapi ... cukup menggembirakan ..
bila dia buka mata ... dan dia kata dia masih ingat kami
masa kawn aku yang laki berbisik di telinga dia
dia boleh sebut nama kami seorang demi seorang
macam nk jatuh air mata bila dia tanya ..
' nazura .. ko bila ..? ( nak kahwin ) '
aku speechless .. tapi kena cepat cover ..
' aku nak tunggu ko sihat dulu. sbb ko kena datng masa aku kahwin nnti..'
dia mengangguk .. tapi perlahan sangat dia kata ..
' ko tunggu ...'
then .. dia kata dia nampak atikah razali ada kembar ..
then .. dia sakit kepala


bila waktu tu boys pergi solat ..
kami masih tggu dia di situ
dan .. dia mula buka pendakap leher
tak terlawan kudrat mak dia nak melawan tenaga dia even dia tengah sakit
at last ..
aku , liana n mak dia pun tak terlawn tenaga dia untuk bukak bnda tu
dia cuma kata ..
' rimasss ...'


dan bila boys datang ..
kami semua pujuk dia pakai semula
dia tanya zulfadhli ..
' sape lagi yang pakai bnda ni ..?'
mungkin jawapan tu spontan .. dan separuh mmujuk ..
' ko pakai dulu. nanti ko dah sihat .. aku pakai pulak ea ..'
walaupun kedengaran sedikit 'cabul' orang kata
tapi .. hrp takkan ada apa lah
pakai untuk main - main ... mungkin tak de salah, kan zul..
hohohoho ..


sebelum kami balik ...
kawan aku de tanya ..
'ib, ko ingat emi tak ?? ko selalu lepak kedai dia, kan..?
dan dia mengangguk ..
kami sempat pesan
' shuib, janji tau .. jangan buka - buka lagi ... ko nak cepat sihat kan ? nk tgok kami kahwin,
kan ..? kalau tak pakai nnti lambat sihat ...'
dia cuma mengangguk selepas boys pakai kan semula bnda tu kat leher dia


seriously ... air mata aku jatuh
masa halim genggam tangan dia .. n bisik pada dia ..
' ib, ko kena cepat sihat. nanti kita boleh lepak sama - sama. boleh makan2 sama - sama. kita boleh raya sama - sama lagi ...'
dan dia mengangguk ..


waktu untuk meninggalkan dia pun tiba
rasa tak sampai hati nak meninggalkan dia macam tu
tapi ... kami semua perlu pulang
dan kami meninggalkan dia dengan hati yang berat n sedih ..
bagi aku ..
seriuslah kan sedih .


hari ini ...
dia akan menjalani pembedahan
' shuib, kami semua sentiasa doakan kamu semakin sihat. harap pembedahan ni akan baik - baik saja ... kami sangt tggu kamu boleh seperti dulu ...'


at last ..
shuib, get well soon ..
we love u , my fren ...



1 comment: