Tuesday, March 29, 2011

~ adoiiiila camping 'cikgu ... cikgu'~


Assalamualaikum ...


Seperti biasa perkataan pertama sebelum memulakan pengembaraan di sebuah entry yang serba tak best ini. Pastinya ada sesuatu yang ingin di kongsikan di sini. Dan pastinya ... untuk mereka yang bergelar bakal guru ... mungkin juga guru ... dan mungkin juga pendidik or wat ever yang seangkatan dengan nya. sekian, terima kasih.

Hahaha ... beberapa hari lepas aku telah di tugaskan untuk menjadi guru pembimbing untuk satu kem badan unit beruniform pelajar sekolah aku. Opssss .. bukan aku sorang. semua guru pelatih kat sekolah tuh. Aku, Dayah, Fakhrul n Hilmi. Waaa .. nampaknya itu memang pengalaman yang baru. For da first time ... there is no problem there sebab pihak yang menganjurkan kem tersebut adalah junior - junior aku walaupun nampaknya mereka jauh lebih tua dari aku. ( ex-student poli ... sebb tuh lebey tua dari aku ). Aktiviti malam tuh sikit menghairankan aku apabila pelajar perempuan di asingkan dari pelajar lelaki. Bukan aktiviti kot ... tapi, macam ... time diorang makan, time solat ... time berkumpul untuk pegi makan n solat tuh diasingkan. Sebab banyak2 kem yang aku dah penah pegi sejak sekolah rendah pun, tak pernah jumpa kem macam tuh. So ... keadaannya, pelajar lelaki di rangging untuk cepat ... sedangkan pelajar perempuan boley berlenggang and bersembang lagi untuk ke suatu aktiviti. Aku tak perlu komen ... mungkin bagi sesetangah mereka boley menilai. Bagi mereka yang mungkin akan mengadakan apa-apa program, sila lah ambil pengajaran agar ia tidak di ulang lagi.




Bila start aktiviti pertama. Satu benda yang aku susah sangat nak terima adalah para fasilitator pakai baju kurung bukan men anggunn ... n lelaki pakai kemeja siap bertie ... that's camping okeh. Tu satu lagi benda yang aku tak pernah jumpa sepanjang ikut camping baik kat sekolah atau dekat U. Cukup aku kata, tak sesuai. Ada juga fasi perempuan yang menggunakan high hill 2 inci setengah .. ada yang pkai wedges jalan atas batu krikil. Serius ... tu first time aku nampak. hohoho ... sumpah mencapap.
Okey ... masuk aktiviti seterusnya. Lampu ayam. Berjalan di waktu malam. Okey .. bagi aku aktiviti nih biasa. Cuma mungkin komen aku tak perlulah berjalan sampai 2-3 jam di waktu malam. Sebab itu akan membuatkan student bosan dan tak ada adventure sebab jalan beramai-ramai. Mungkin boleh dilakukan aktiviti pergi ke jarak yang lebih jauh ... then stop ... lepas tuh minta diorang berjalan seorang diri untuk pulang ke kem site. Atau tinggalkan mereka sendiri dengan mata tertutup ... pada jarak yang agak jauh antara satu sama lain . Itu mungkin ada motifnya untuk sebuah kem XPDC Insan Juara.



Dan waktu perjalanan malam itu, seorang student aku digigit lipan yang besar. Lipan kat kebun katakan. Dua kali sengat plak tuh. Then, student tu tak boleh berjalan. Sebelum kami teruskan perjalanan, pihak penganjur dah yakinkan kami (guru pelatih) untuk mengambil pelajar tersebut sebentar lagi. So .. aku pun dengan berat hati juga, tinggalkan student tersebut dengan 2 orang pihak pengajur dan seorang lelaki pihak resort. Hakikatnya, memang aku tak boley tinggal. Tapi, bila mereka kata 'sekejap lagi ada yang datang ambil' sooooo ... aku pun jalanlah. Lepas tu aku call kawan di kem site supaya stand by. Bila setengah jalan ... aku tanya mereka ... rupanya tak ada sesiapa yang ambil student aku tu. Mereka kata tunggu kami semua tiba di kem site, baru mereka akan pergi ambil. Masa tu ... memang aku dah bengangla kan. Anything will be happen kot kat student aku. Meninggalkan mereka hampir 2 jam dengan pihak luar sedangkan dia di bawah tanggungjawab kami. Pastu bila aku cakap2 dengan diorang ... diorang still buat bodo. Bingung kot sebab aku kata mereka patut ambil student aku segera. Sekali lagi aku tanya ....' so, macam mana ? Siapa yang pergi ambil student tu ?' .. hmmm ... jawapan yang aku tak duga dan aku rasa cukup biadap kot ... ' tak tahu lah siapa yang ambik. kalau ada yang cal adalah yang ambik ...'





Aku rasa macam nak penampar je time tuh. Sepanjang jalan 2 jam tuh .. aku tahan je hati nih. Memang panas gila. Sampai kem site ... aku terus pegi dewan makan jumpa urusetia di sana. Budk tuh cakap ...' ha, baru ada yang ambik ..' pastu aku cakap ...' dah berapa jam budk tuh kat sana baru nak ambik ? Sepatutnya, awak ambil dia dulu. Macam mana dekat kem site seorang pun tak boleh nak bergerak. Patutnya adalah sorang yang tinggal. Ini, semua ikut. Kalau memang tadi tak boley nak ambik awal, kenapa tak cakap. Saya sepatutnya tak boleh tinggal budak tu kat sana ' hohoho .. sumpah aku tak ley cover marah. Dengan sorang budak laki aku hentam sekali. Waaa .. time tuh aku tak ley blaaa tengok muka diorang. Salah ke aku marah ek ...???



adakah cikgu yang pkai shawl grey itu kelihatan garang apabila marah ...??? hmmm ..


Yang pasti memang diorang tak ley terima kena marah. Tahu kenapa ...??? Tuh la, nak mengumpat tak nak cover. Sebelum tidur ... waaa ... bukan men diorang mengumpat aku. Macam lah aku tak dengar. Len kali nak mengumpat ... mengumpat dalam kolam. Ikan je yang dengar. Hhahahaha ... Tapi memang panas kot kena marah dengan aku. Siapa yang pernah kena marah dengan aku ... mesti tahu macam mana. hohooo .. bukan bangga marah orang ... tapi memg aku rasa da melampau kot. Aku memg jarang-jarang nak marah ... tapi, once aku marah .. orang yang kena tuh mesti jadi hot gile dengan aku.


Dan lepas waktu tu ... sumpah diorang tarik muka. Nak makan makanan diorang prepare pun tak de selera then aku keluar makan kat kuar. Masa waktu aku keluar plak ... sorang student lelaki sakit perut. Yang aku tak boley terima, diorang cuma bagi makanan ... then tinggal budk tuh dalam khemah. Kalau mati kejang budk tuh tahan sakit perut sorang-sorang dalam khemah sape nak jawab ...???? At last, bila suh bawak pegi klinik .. barulah budk tu di hantar ke klinik.

Malam kebudayaaan plak. Apa diorang anggap kami nih sebagai guru pengiring ...??? Diorang suruh join malam kebudayaan diorang ... tapi langsung tak sediakan space tuk kami. Aku malas nak ketara sangat menyampah ... berdiri je kat penjuru audience. Bila penat .. hajat di hati, nak balik chalet la. Ye lahh ... berdiri je dekat 2 jam. Mana tahan. Bila kami balik ... dah nak sampai chalet ... ketua diorang tegur aku ... 'awak tak tengok student awak buat persembahan ke ? Tengokla sampai habis ... kesian diorang ...' dengan muka yang sangat tak ley blaaaa ... rasa nak campak terjun kolam je budak tuh. Bukan budk ... mak orang. ( supaya anak ko rasa pe ko buat kat anak orang ) ambik ko.



malam kebudayaan .. oleh kerana tak tau nak duk mana ... so mak nenek tuh duduk atas batu je la .. nasib tak masuk kolam belakang tuh sebb mengantuk .. hahhaha ..

Malam tuh pulak ... diorang tak sediakan minum malam untuk budk2. Tu pun satu benda aku tak penah jumpa. Makan malam sekadar mee hoon ... n bbq. Lepas habis malam kebudayaan ... ingtkan mereka terus tidur. Rupanya ... perlu buat latihan kawad kaki ..Hmm .. adoiiiiyaiii ..

Then .. esok pagi. Hari last. Sorang plak student perempuan kaki terseliuh dah lama tapi bila tak pernah urut ... n main lanyak je kaki tuh ... jadi bengkak. Terkejut aku tengok kaki budak tuh da bengkak n biru sikit kat urat yang berkak tuh. Budk tu kata dia dah tak boleh nak menapak. Berdenyut-denyut. Aku tanya ... pe diorang buat. Budak tu kata ... diorang suh duduk je diam-diam. Adoiiiiii ... kaki budk tuh da bengkak cam tu buat la smthing. Aku cuma ley tolong urutkan sendi kaki dengan losyen mustajab. Mungkin agak lega untuk sementara. Then aku kata ... g minta diorang panadol kalau makin sakit.



da chalettt ... agak best di sana .. tapi tak sesuai untuk honeymun sebagaimana cadangan dayah .. hahahaha

And lassssttttttt ... sekali. Majlis protokol. Dua orang cikgu datang untuk majlis perasmian penutup. Penyelaras Unit Beruniform n GPK KO-Kurikulum. Dalam majlis penyampaian hadiah ... ada banyak bahagian. Mengikut pandangan aku ... diorang seharusnya membahagikan bahagian yang perlu disampaikan oleh dua-dua cikgu. Bukan sorang je cikgu yang dipanggil untuk bagi hadiah. Kesannya ... cikgu yang seorang tuh dah macam tunggul kat depan duduk sorang-sorang pandang kiri kanan. Muka cikgu tu pun da merah padam n tak senang duduk. Aku rasa agak teruk di situ. hohoho ...



hargai sikit cikgu tu penat2 datang time cuti sebb prog awak ... klau dia tak nak layn prog awak .. mana awak nak cari markah ...?? boleh fail pengurusn koko tawuuuuu ...


Jadi ... bagi mereka yang mungkin akan ada kaitan dengan semua ini ... sila lah care ... n ambil perhatian tentang semua tuh. Semua itu masih proses belajar buat mereka. Tapi .. bila dah keluar dari proses belajar jangan sampai kita kena hentam dengan sesetengah pihak. Bila kita bawak student ... jagalah mereka dengan ikhlas. Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga. Aku pernah rasa diabaikan oleh guru pengiring semasa sakit ... jadi aku tak nak sampai student aku rasa pe yang aku rasa. Sebab rasanya sakit sangat. Dan aku tak nafikan ... aku memang masih berdendam dengan cikgu tuh. siapa ...??? Wallahualam. Lagi satu ... hormatla guru yang mengiring. Ingat sdap ke jadi guru pengiring. Baik2 boley cuti duduk rumah siapkan kerja ... kena jaga student kat kem ... gara-gara program awak. Gara-gara nak tolong awak dalam subject. Oiii ... kira baik hati tau. Tapi dengan layanan yang macam tuh ... kalau aku diberi kuasa untuk bagi markah ... B- tuh paling baik aku boley bagi tau. Jadi .. hati-hatilah.



nice rite ..??? hahahaha



alsoooo nice .. hehehe .. like it



perlu juga untuk melihat masa depan yang lebeyyyy baik ... hahaha



yang niiii .... aku tak pasti pe masalah dia. pe masalah ko fakhrul ...??? hahahaha

hmmm ... mana hilmi ? dia tak pernah ada waktu aku nak snap pic. hilang je keje dia. Hilmi, meh 1 gmbar. gmbar pasport pun ok laaaa ... hehehehe ( jgn maraaa )


Adoooiiiii ... habis dah kot kisah aku ... harap ada pengajarannya. ;) ...

Wassalammm



No comments:

Post a Comment