selamat senyum semua
snap !!!!
haaaa ... kan suweet klau snap pic macam tuh
hehehe
Assalamualaikum
hapy morning day .. hapy monday all ..
Today is a gud day
So .. kita akan story mory kisah yang gud gud saja okeh !
bahekkkkkklah ! heee
Siapa penggemar kucing kat sini ..??
fine. angkat jari saja. hahaha
Penggemar kucing pun ada macam-macam jenis. Kan ..? Ada yang memang sayangkan tak kira jumpa kucing dari mana .. ada yang suka yang comel comel je .. ada yang sekadar suka pandang tapi tak berniat untuk memiliki .. dan ada juga yang tak boleh hidup tanpa kucing. Macam aku. heh heh heh heh ..
Allah menciptakan aku sebagai manusia yang memang sayang kucing.
Entah lahhhhh .. aku pun tak faham dengan perasaan yang datang time pandang kucing
comel ke .. tak comel ke ...
nampak kucing je .. wow ! they are look like a baby la dear
kih3x
Kisah 1
Fine, kali pertama aku kutip kucing kat jalan masa tahun 2011. September 2011. Aku ambik dia sebab dia buasir. Huhu .. kisah jaga dia, memang menyayat hati. Setiap kali teringat dia mesti menangis. By da way .. dia dah mati dah. Mati tuh .. dia tak sihat lagi. Mungkin dah ada masalah pada sistem cerna dia. huhu .. nama dia .. Si Mon a.k.a Simon.
~ ni gambar si momon masa aku baru ambik dia. kesian dia nak makan tapi tak boleh nak makan nasi. kolon dia akan sentiasa keluar setiap kali nak membuang dan .. aku lah yang masuk kan semula kolon dia tu. huhu .. tabah tak aku .. huhuhu ~
~ ini gambar si momon setelah sebulan ke dua bulan dalam jagaan. macam hero zaman agogo tak ..??? hahahaa .. time nih dia dah jadi tersangatlah temuk and bulat. kerja dia adalah makan makan dan makan .. ~
rindu kamulah si momon. !!!
~ saat kematian si momon. huhuhu .. temukkkk !!! ~
Kisah 2
Kisah yang ni pun aku ambik kucing ni dari komplek niaga parit raja. huhu .. kucing ni tak sakit. okey je. tapi aku kesian sebab dia sangat kecik and tak ada ibu.
nama dia ... Snowy !!
~ ini gambar Snowy lepas dah siap di mandikan .. dan tidur. Time tu dia baru bangun tido .. ~
Kisah Snowy nih sedikit tragis. Since aku dah ada baaaaaaaaaanyak kucing kat umah, jadi agak masalah bila bertambah dan bertambah. Jadi, aku pun bagi pada kawan aku yang memang sedang mencari kitten. Tapi sayangnya, seminggu je dia duduk dengan kawan aku tuh .. but then dia mati sebab di langgar.
hmm .. mungkin dia duduk dalam tayar dan orang tak perasan.
ohhhh .. tragisnya kematian dia !!!! huhuhu
Kisah 3
Lepas Snowy .. adalah kucing aku kutip di Institut Pertanian Ayer Hitam. Ini pun kitten lebih kurang sebulan lebih umur dia. Dia lagi kesian. Mata dia ada masalah. Mengikut pengamatan aku, mata dia rosak sebelah. keadaan dia memang sangat kasihan. huhuhuhu ..
gambar ..?? huhu .. yang ini tak de gambar sebab tak sampai sehari pun dengan aku. Lepas aku mandikan dan letakkan ubat pada mata dia .. aku letak dia dekat sebuah rumah yang tuan rumah dia saaaaaaaaaangat care dengan kucing. Aku tunggu kucing tu datang kat rumah tu dan tengok tuan rumah tu ambik dia.
Jadi, aku pun senang hati dan balik.
kui3x.
Nasib dia sekarang, wallahualam ..
Kisah 4
Okeh .. setelah beberapa lama duduk dekat JB.
Aku ada jumpa kucing kat satu mini market kat Taman Nusantara, Nusajaya, Gelang Patah.
Tapi aku tak ambik atas dasar kemampuan.
Kucing tu kecik lagi. Kaki belakang dia ada masalah dan dia banyak duduk je. Aku nk ambik .. tapi aku tak ambik-ambik. Lagi masa tuh aku dah ribut dengan masalah aku kat sekolah baru. huhuhu .. Jadi, aku biar je lah. Serahkan keselamatan dia pada Allah. Lagi pun kat mini market tuh ada jual bahan basah. Aku nampak juga orang yang jaga kedai tuh bagi dia ikan mentah kadang-kadang.
Harap dia ok ! huhuhuhu ..
Kisah 5
Okey, yang ni setelah aku pindah ke Taman Perling, JB
Masa aku balik dari sekolah dekat maghrib, aku ada nampak satu kucing tua la jugak .. then, ada kitten kecik jugak baring dekat dia. Jadi aku assume tu anak dia since warna dia sama je.
Malam tuh hujan.
Then .. esok tengah hari aku tengok kitten tuh terbaring lagi kat tangga belakang rumah jiran. Aku dari dalam keta, tak sedap hati then aku stop and panggil dia. Ingat dia da mati kan. But then .. dia bangun ! Huhuhu .. bangun nak jalan tapi dia seret kaki belakang dia. huhu .. kaki belakang dia mungkin di langgar
Yang tu, aku kata aku tak boleh biar ... aku terus ambik dia bawak pergi vet kat BBU. Tak apalah pergi sekolah lambat sikit
Dekat vet, after buat check virus semua .. aku tinggal. Dalam pukul 8 malam, aku terus ambik kat vet, bayar ubat ... dan bawak balik kampung kat BP.
Disebabkan kucing kucing kat rumah ni semua penyamun, jadi aku terpaksa sembunyikan dia dalam bilik aku ... dalam kotak. Tapi yang paling sedih bila dia nak manja dengan kucing besar. Yang betina semua garang .. jadi, terpaksalah aku pujuk si Hensem nih manjakan dia sekejap.
~ kitten tuh dengan si Hensem ~
~ bila Hensem ubah tempat, dia pun datang jugak dan peluk Hensem ~
~ tapi nak buat macam mana kalau sudah ajal .. akhirnya dia pergi juga .. pagi Isnin ~
huhuhu ..
Tapi yang paling sedey .. si Hensem hilang sejak malam tuh.
Dia tak balik balik sampailah sekarang
huhuhu
Assume Hensem pun dah pergi
ohhhh my Hensem. Kalau dah pergi, mesti Hensem tengah berbahagia kat syurga, kan ..???
~ the latest of my hensem. huhu .. hensem in memory ~
Kisah 6
Kisah ni lucu sikit. Aku jumpa dia kat lubang tepi jalan. Besanya, tepi jalan yang ada tempat pejalan kaki akan ada lubang yang terus hubung ke longkang. Tujuan lubang tu adalah untuk mudahkan aliran air terus ke longkang bila hari hujan.
Dijadikan cerita, masa aku drive .. aku dengar bunyi anak kucing menjerit. Aiii .. aku tak tahu macam mana telinga aku nih boleh peka sangat. Masa tu aku di line ke 3 nak buat U-turn. Aku pandang punya pandang, aku nampak kepala kucing tuh kat lubang tuh. Dia nak keluar tapi takut sebab kereta semua laju laju kat situ. huhuhu
Jadi, aku pusing balik .. ingat nak ambik. Bila lalu kat tempat pejalan kaki tuh, aku boleh tak nampak lubang tuh. Kitten tu pun tak bunyi langsung. Jadi, aku assume tu cuma perasaan aku je. Jadi, aku pun terus nak pergi BP ambik adik aku. Time tuh dah dekat kul 12 malam.
Tapi, masa lalu balik kat tempat tu nak pergi BP .. aku nampk lubang tuh. Adoiiiiii .. tapi aku terus je pergi. Dekat BP hati aku tak sedap. Balik ambik adik aku .. teringin nak makan KFC. Pergi KFC dulu .. then lalu lagi tempat tuh. Aku stop jauh sikit and jalan dengan adik aku kat situ. Aku panggil-panggil kitten tuh and .... taraaaa !!! dia pun menjerit.
Aku pun terus ambik dia. Tapi .. malu sikit ada dua org laki dalam kete tegur
'ehhh .. dia ambik anak kucing !'
aku pun pandang diaorang yang stop kat traffic light tuh then aku cakap
'apsal ? nak bela ke ?!'
hahahaa .. then aku blah
Aku panggil dia Tonet
Dia tak lama pun kat umah sebab kawan kakak aku ambik dia.
Dia saaaaaaaaaaaaaaaaangat becok. Bising sangat
Kata kawan kakak aku .. si Tonet tu kuat buli sebab dia ada satu lagi kitten yang lagi kecik dari Tonet tuh.
So .. jaga diri Tonet. hehehehe
Kisah 7
Okeh. Ni kisah last dalam tahun 2012
hahahaha
Kitten ni plak adik aku yang laki jumpa. Dia lepak kat umah kawan dia then .. kitten nih duk merayap kat tepi tayar. Sudahlah malam .. gelap gulita lagi dia .. ada jugak yang leper nanti.
Kata adik aku .. adik dia dah mati kena langgar.
Dan kawan adik aku kata .. kitten ni pun dah pernah kena langgar sebab tu dia tempang
huhuhuhu
~ haiiii .. my name is Namo !! ~
Malam masa tengah tido, tiba-tiba adik aku pegi letak kitten tuh atas aku
terkejut aku !
Sebab tak ada siapa nak dia .. jadi, aku pun decide biarlah bela je.
Lagi pun .. aku sungguh hairan kenapa si Minnie ( kucing paling tua kat umah ) jadi saaaaaaaaaaayang sangat kat dia. Nama dia ... Tamo a.k.a Namo !!!
~ tengok ... Namo kesayangan Minnie. agaknya Minnie teringat kat anak dia yang mati dulu kot .. huhu ~
~ Ini anak-anak Minnie time kecik lagi. Baru lahir gak la. Si kecik yang kat depan tuh la yang mati sebab tak sihat. Memang lahir tak sihat. Yang kat belakang tuh nama dia Lala .. a.k.a Cik Sombong. Errrkkk .. ~
Minnie tuh tak pernah suka dengan mana-mana Kitten. Dulu masa aku bawa balik Si Momon tuh .. 3 bulan dia tak mau duduk dekat dengan aku. Bila aku ambik dia marah aku. Pergggghhhh .. mogok ! Bila si Momon dekat je habis kena pukul. Tak cukup sebelah kaki dia bedal, dua dua kaki naik ke muka ! Tapi bila datang si Namo ni .. sombong jugak dengan aku. Tapi asyik berkepit dengan Namo.
~ hai .. nama saya Minnie yang comel. Saya sedang ugut Mummy .. kalau Mummy tak nak bangun dari kerusi, Minnie tak mau bangun dari laptop mummy .. yeeaaaahaaaa ~
Dengan aku pun nak berebutlah mak cik ni. Kalau aku dah duduk kat kerusi tuh, tak kira macam mana dia mesti tolak tolak aku suh aku bangun ! Yerkkkk .. dengan Mummy pun nak berebut !
But, lately .. Namo murung je. Demam dan tadi ... alami kekejangan
Alhamdulillah ni dah okeh sikit even nampak weak sangat.
huuhuhuhu .. harap dia akan bertambah elok.
Cuma takut dia ada kesan sampingan sebab pernah kena langgar kan. ;(
Yuhhhhuuu ..
Itulah kisah aku dan kucing jalanan. Sikit tentang kucing yang memang dah lahir kat rumah nih.
Actually, sayang kucing .. bela kucing ada indahnya even kau kena handle najis dia kan.
Alhamdulillah .. even kucing kat rumah ni ada 9 ekor
dalam rumah tak ada bau bauan yang menyayat hati. hahahaha
Ada juga diorang kencing sana sini .. si pemalas keluar membuang pun ada. Tapi kena terus bersihkan. Cari bau sampai jumpa. Jadi, ia mmang memerlukan kesabaran yang sungguh tinggi.
Nasihat aku ..
sayangilah kucing di alam semesta .. !!!!
Waaaachhhaaawww
Wassalam
siyes tak igt dh rupa lala ms tecik...and siyes namo sejibik rupa anak minny yg dh arwah tu...
ReplyDeleteaduyai...comel betullah cik sombong tu...nomey..nommey
ReplyDeleteseronok baca kisah kucing... smoga di murahkan rezeki
ReplyDelete