Friday, May 15, 2015

~ hapy teacher's day ~




Assalamualaikum
ohhhh selamat pagi semuanya !!
oke
belum hapy teacher's day lagi
tapi saja nak wisssshhhhhhhh lebih awal.
16 Mei oke ! nih baru 15 Mei

Speacially to my great teachers ever :
Pn.Hajah Zaharah binti Hj. Hamzah
En.Jaheni bin Hj Sidek
Pn. Masitah
Pn. Roselina binti Musanib
En.Jaafar bin Sami
En.Wahid bin Bahri
Pn. Rohaidah binti Yon
En. Ramlan bin Zainal Abidin ( pensyarah UTHM )

' .. tanpa kalian, saya mungkin bukan saya hari ini. dengan kalian, saya ada senyuman dan tangisan hari ini. saya ada semangat dan motivasi untuk hari esok. saya ada muhasabah jiwa dan hati untuk hari yang lepas. dan dengan kalian semua .. saya tahu bahawa saya tidak mampu menjadi sehebat anda tapi pasti akan tetap meneladani anda sebagai inspirasi ..'

 

~ cikgu jaheni : sangat low profile. dari pk hem sampailah sekarang pengetua .. dia tetap begini ~
' ... ya, saya memang buat praktikal memasak yang sangat teruk di parit kadir ... '

Itulah antara cikgu yang masih kekal terinspirasi dalam kepala otak aku
Masa sekolah dulu, pertemuan dengan mereka ibarat sesuatu yang cukup bermakna. Mereka di atas tidak lama berada di dalam kelas mengajar aku. Apa yang aku ingat, cuma cikgu zaharah, cikgu jaheni dan cikgu roselina saja yang lama mengajar kami. 

 

~ sekali je aku naik kete cikgu jaheni yang sangat smart ni ... huk3x ~
Cikgu lain, hanya aku kenal melalui sesi kaunseling dan kokurikulum
that's y la i got the title of tokoh koko okeh !
( ohhh my ! tolong jangan nak bangga sangat yer. dapat pun sebab Atikah yer )
 hahahaha

 

~ tiap raya yang wajib merajinkan diri ke rumah cikgu cikgu even dan selamat habis sekolah  ~

Zaman sekolah, waktu sekolah
Itulah dunia kedua aku. Cukup pahit dilalui tapi cukup indah dan manis untuk di kenang
Biarpun 10 tahun aku tinggalkan posisi aku sebagai student SMK Tun Ismail
tapi jiwa dan hati seakan masih terlalu muda waktu yang aku tinggalkan

Orang selalu persoalkan
Kenapa nak balik semula ke STI ? Sekolah tu teruk ! Sekolah tu tmpat budak buangan. Sekolah tu ada pelbagai bangsa. Yang penting sekolah tu ramai gengster dan displin yang sangat teruk. 

' .. jika anda kagumi teman-teman saya yang hari ini muncul hebat sebagai doktor dan engineer. jika anda pernah kagumi teman-teman saya yang boleh membuat itu dan ini ... ya, kami semua membesar di sekolah yang teruk dan penuh dengan gengster itu ! ... '

 

~ muka masih fresh .. sekarang semua dah jadi laki and bini orang. lelaki yang tengah tu je masih membujang. hmm ... tapi yang duduk tengah mungkin di takdirkan jadi doktor sebab dua tengah depan belakang alhamdulillah selamat menjalani hidup sebagai doktor sekarang ~

kami mampu menjadi manusia sehebat anda yang anda dan smua sedangkan kami berada dan membesar di sekolah yang sangat teruk.
bukankah anda seharusnya menjadi lebih hebat dari kami ?
sebab anda melalui proses pembelajaran yang lebih baik dan tenang berbanding kami
yang sentiasa di momok dan di labelkan dengan 
' ... oke. kau sekolah STI. mesti teruk budak-budak ni. tak ada masa depan ...'

ohhhhh begitu yer ?!
You know wat, baby !
Sekolah tu tak salah. Cikgu-cikgu juga sama saja
Malah cikgu cikgu kami lebih hebat sebab mampu menjadikan kami manusia dan mendidik kami dalam suasana dan daerah yang sangat mencabar
Mereka benar-benar cikgu. !


~ rindu kat rumah cikgu ni. banyak kenangan kat sini. tapi sekarang, rumah yang tinggi tu tak ada dah ~
Cikgu
ya, aku pun cikgu. 
sentiasa berada di sekolah gred A
itu memang rezeki.
tak banyak cabaran dengan pelajar
bukan tak ada yang nakal. bukan tak ada yang malas. bukan tak ada yang terlibat dengan masalah sosial manusia
itu semua di mana-mana
tapi bak kata adik aku 
siapa tak kenal STI ..? berapa ramai ketua kaki pukul dalam tu ..??
aku pun kenal ramai jugak kawan-kawan aku yang memang kaki pukul
 ohhhh my ! memang aku kelas 1st kat sekolah
tapi alhamdulillah .. kawan aku sampai ke belakang dan ke belakang


 

~ cikgu masitah : cikgu yang bersungguh-sungguh ambik aku jadi mentee even aku tak terpilih masa program mentor mentee sekolah. anak angkat untuk SPM. aku pun sangat tak faham kenapa. sedangkan masa tu aku tak cukup kenal dengan cikgu masitah. hari ini, harap sangat cikgu sihat semula ... ~


 HARI INI
aku telah berjaya melengkapkan separuh dari misi aku
Mungkin ketidakselesaan di semua tempat membuatkan aku menacari yang lain dan lain
Bukan aku sengaja
Tapi ia sememangnya beralasan
hari ini juga
cikgu cikgu itu semua adalah teman-teman aku
aku tak datang rumah mereka hanya pada hari raya
tapi merekalah teman bicara
and the sporting one is
yeaaahhh .. Ustazah Zaharah
' ... rindu n sayang cikgu dunia akhirat ...'


~ gambar kelas tahun akhir di SMK Tun Ismail 5 Sains 1 ~
Untuk semua itu
anda semua terbaik di hati saya !

wassalam 


~ ... dan alhamdulillah .. Allah kurniakan kami jalan yang baik walaupun kami di sekolah yang mungkin gred B atau C. Itu bukan alasan untuk kami jadi manusia B atau C kerana kami dididik untuk menjadi manusia gred A ... terima kasih untk semua cikgu-cikgu SMK Tun Ismail, Parit Raja, Batu Pahat .. ~


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete