Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Baru selesai pdpr. Something to update here. Kehadiran murid macam biasa. Tak terlalu woww..dan tidak terlalu hmmm... macam tu lah. Aku tak kecewa mungkin sebab aku tak pernah letak apa-apa expectation pada murid. Anda join dan perform, saya appriciate. Anda sepi dan hilang ... sy tak akan cari. Tahu kenapa ..?
Haa..nak buat apa pun, kita perlu faham konsep paling asas. Apabila kita nak belajar, kita tanya balik hati. Apabila kita nak mengajar, pun kena tanya balik hati.
Kalau kita nak belajar kimia, perkara penting kita perlu hadam adalah jadual berkala, persamaaan kimia sama ada ia ion atau tidak.
Kalau kita nak belajar fizik, perkara penting kita perlu hadam bukan rumus, tapi konsep pergerakan sistem, barulah kita boleh tahu bagaimana rumus itu terbentuk.
Kalau kita nak belajar bio atau nak sebut tentang biologi manusia, perkara penting perlu tahu adalah konsep setiap organ dalam badan bekerja dan bagaimana hormon manusia itu berfungsi. Bukan main ikut logik akal kita tafsirkan apa ada dalam Al-Quran.
Kalau kita nak belajar dan bekerja dengan sistem, kita kena hadam dulu 'bahasa' sistem.
Dan kalau kita nak belajar untuk menjawab soalan dalam peperiksaan, kita kena hadam dulu trick yang ada dalam soalan-soalan.
Dan kalau kita nak bercakap dengan orang, kita kena hadam dulu karakter orang tu. Bukan main redah je nak bercakap. Akibatnya boleh makan diri.
Sebab itu bila nak buat apa-apa, dapatkan dulu nasihat daripada mereka yang ahli. Nak tanya tentang kesihatan, tanya yang belajar tentang kesihatan .. bukan tanya orang yang jual produk kesihatan. Bila kau tanya orang jual produk kesihatan, akhirnya kau akan bermusuh dengan ahli kesihatan.
Aku ada satu kisah yang perlu di kongsi untuk iktibar bersama.
Kisah Dengan Arwah Abah
Satu masa dulu, arwah ayah aku sewaktu dia di diagnos penghidap kencing manis dan darah tinggi, dia tak beritahu sesiapa. Tapi, since aku ada di rumah ( sebab memang belajar semua dekat di rumah ) jadi aku nampak, ada beberapa waktu tu dia memang gila dengan semua makanan alami katanya.
Ada habbatussauda, ada madu, ada halia madu ... dan ada macam macam lagi jus yang di claim boleh hilangkan kencing manis dan darah tinggi. Pada aku, okey lah. Makan je lah. Aku kenal kawan arwah yang claim ubat doktor ni semua akan rosak kan buah pinggang. Tapi tak ada siapa pun bgtau pengambilan herba tanpa kawalan doktor boleh merosak kan hati. Arwah aktif berkebun dan kerja-kerja luar rumah walaupun kerja di pejabat. Tapi arwah sangat pantang pergi klinik jumpa doktor. Arwah kata doktor ni tak ada kerja lain, orang tak sakit pun dia kata sakit sebab nak suruh makan ubat. Itulah benda yang sering di momokkan di kepala-kepala orang. Bagi yang risau, memang sampai ke sudah tak jumpa doktor.
Beberapa tahun, tiba-tiba arwah ada luka di kaki. Jadi hitam seakan mula membusuk. Mati hidup tak nak pergi hospital. Jumpa la bomoh keris mana tah .. aku ikutkan jugak. Rendamkan kaki dalam air apa yang keruh tu .. aku dah risau, dengan kaki yang luka .. potensi untuk jangkitan kuman semakin tinggi. Kami pujuk dan paksa .. akhirnya dia ikut juga kami hantar ke Hospital Pantai. Sampai di Hospital Pantai, bila doktor check di kecemasan .. buat simple check up, doktor terus kata :
' Tolong terus bawa ke HSA. HSNI tak ada pakar. Ayah awak dah teruk ni ... '
Malam tu jugak bawa ke HSA. Sampai HSA, dekat pukul 3 pagi doktor siap semua check up dan masukkan arwah ke wad.
Bacaan kencing manis : 28
Bacaan darah tinggi : 200
Doktor kata alhamdulillah cepat hantar ke sini, kita terus bagi ubat untuk turunkan darah tinggi. Masa tu berderau darah.
Doktor kata lagi : kita dah hantar ujian darah ke makmal. mungkin esok atau lusa kita buat operation buang jari-jari yang busuk.
kakak kata : aku tak nak abah tak ada kaki. tapi aku kata : aku akan belikan kaki palsu. aku mampu bagi. biar doktor buat kerja dia. ( masa tu baru-baru kerja lagi. baru sangat tunnag )
Hasil ujian darah, pembantu makmal yang buat arwah punya ujian darah tu adik ipar dia. Dia bisik kat mak, kata darah dah penuh kuman. Sekarang tengah on antibiotik paling kuat.
9-10 hari di HSA akhirnya arwah abah keluar. Keluar daripada hospital, kami bagi arwah consume vivix je. Untuk bantu turunkan gula dan cepatkan luka operation pulih. Tapi ada lagi manusia yang jual barang claim ubat dia bagus segala mak nenek dan arwah abah pun beli. Mahal. Aku tak dapat nak kawal semua tu sebab dia ada duit. Dia ada pendapat dia. Aku pun di JB masa tu.
Last di umur arwah .. kebanyakan organ dia tak boleh berfungsi dengan baik. Kerosakan buah pinggang yang kritikal. Jantung dah tak function dengan baik. Paru-paru dah penuh dengan air. Demam on off yang seharusnya dia ke hospital .. tapi dia tak ke hospital. Akhirnya jangkitan kuman dah attact ke otak, dia koma sekejap. Bangun sekejap dan terus tak sedar.
Apa berlaku dengan kawan yang provok arwah abah ubat di hospital semuanya merosakkan buah pinggang. Arwah isteri dia ( ibu ex student aku ) tiba-tiba jatuh di rumah. Bila check, darah tinggi up to 200. Pembuluh darah dah pecah.
Itu kisah dengan arwah abah yang aku tak pernah share di mana-mana sebelum ni.
Kisah Dengan Umar Anaqi
Umar Anaqi adalah pengalaman pertama aku sebagai mama. Nak besarkan dia sangat sangat penuh dengan cabaran. Dia sakit dan memerlukan ubat setiap hari, pengawasan doktor 3 bulan sekali. 3 bulan hsni .. 3 bulan kemudian hsa .. kemudian bersambung 3 bulan kemudian di IJN.
Aku banyak belajar daripada pembacaan. Seawal umur 6 bulan, aku vaksinkan dia dengan pneumacoccal. 3 dos RM 950. Ingat lagi. Budak yang ada masalah jantung, sangat sangat mudah nak kena pneumonia. Sebelum orang question aku kenal ke tidak pneumonia, ya .. aku habis kaji dah jurnal-jurnal kesihatan .. tanya beberapa orang doktor. Since kawan aku pun doktor jadi banyak benda aku refer dia. Di sini pun, memang ada 2 buah klinik yang aku akan rujuk untk masalah kesihatan.
Cuma satu ketika tu, ada di momokkan ... kalau anak demam, jangan bagi ubat demam. Nak bagi badan build imunisasi. Jerlum. Kerapkan mandi. Dan satu hari umar anaqi demam, memang itu yang aku buat. Macam biasa, umar bila demam memang tak akan tidur memanjang. Aktif macam biasa. Suhu aku ambil berkala. Agak nak panas je, terus mandi.
Malam tu umar tido macam biasa. Aku pun tidur tidur ayam masa tu. Umur tidur pun bersama kain basah. Tapi apa yang berlaku malam tu adalah demam dia tinggi mendadak hingga dia tertarik. Kejung satu badan. Mata ke atas. Lidah keras. Masa tu suami yang tersedar sebab dia terbangun. Dia jerit kejut aku. Mula tu panik. Tapi cepat cepat cuba set up otak untuk bertenang. Terus dukung umar ke dapur, minta suami sediakan air suam satu mangkul. Siramkan dari kaki, naik ke atas perlahan-lahan. Sapukan air suam ke muka. Berapa saat lepas tu, badan dia mula lembut. Lidah dia mula lembut. Dia mula menangis, terus cepat cepat siap untuk ke hospital. Mata masih ke atas. Dalam perjalanan ke Hospital Pantai, baru lah dia macam tersentak sebab aku lalu kan angin awal pagi. Badan dia terus lembik.
Sampai hospital, positif H1N1. Terus masuk bilik kuarantin. 3 hari 2 malam. X-ray paru-paru alhamdulillah kuman tak aktif walaupun ada sikit.
Sejak hari tu, memang tak pernah aku ikut idea idea orang yang bukan ahlinya. Masa pregnant kat fahim, aku demam dan refuse untuk makan panadol. Tapi doktor kata : risiko panadol pada janin sangat rendah berbanding risiko jangkitan kuman pada janin. Jadi, awak nak pilih yang mana satu..? Baik. I get it !
Hinggalah umar buat major operation, pembedahan jantung .. alhamdulillah dia tak ada langsung masalah di paru-paru. Langsung tak ada demam, batuk dan selesema. Sedangkan itu yang paling menakutkan semua parents di situ. Alhamdulillah, kesan-kesan jangkitan dapat di minimumkan MUNGKIN asbab vaksin pneumacoccal tu dengan izin Allah. So, untuk fahim pun masa umur dia 1 tahun, memang dah complete dose pneumacoccal. Alhamdulillah, tak ada kesan negatif.
Aku bukan nak claim pneumacoccal tu yang buat umar okey ke macm mna. Itu adalah usaha aku. Dapatkan nasihat pakar. Itu usaha aku. Selebihnya serah pada Allah. Nak bagi sihat tu Allah. Nak bagi sakit pun Allah. Dan aku tak pernah sekali pun kata : kenapa dah vaksin pneumacoccal tapi masih batuk selesema..? Itu adalah proses. Kita bagi langkah pencegahan. Memantau. Makan ubat. Selebihnya serah pada Allah.
Ramai orang kata, kenapa tak berubah cara kampung masa umar sakit. Supaya lubang tertutup. Ya, aku dan suami pergi juga. Tapi kalau lubang nak tertutup tiba-tiba tanpa kau tampal, itu cerita jin. Aku pergi tak...? Ya aku pergi. Aku percaya. Tapi berubatlah di tempat yang betul. Aku percaya alam ghaib tu ada. Makhluk ghaib tu ada. Tapi kita ada teknologi. Hargai ilmu sains dan teknologi yang Allah anugerahkan untuk kita. Raikan ilmu dalam semua bidang. Bukan semua benda kita nak claim yahudi. Kita kadang yakin sangat kita bukan pengikut dajjal, claim orang tu ikut dajjal .. orang ni tak ikut Al-Quran. Kita ni mengaji Al-Quran pun tak khatam. Bukan mengaji tu baca. Maknanya, setiap terjemahan tu ada huraiannya. Sebab tu kena rujuk hadis .. apa perbahasan seterusnya daripada para ulama. Ini kau baca Al-Quran, mana yang kau rasa kena, kau ambik terus membuta tuli. Tu namanya belajar tanpa guru. Belajar tanpa guru ni haru-biru. Tanya pada kau punya circle, memang sama la mentaliti. Guru yang sepatutnya di rujuk, bila berbeza pendapat dengan kau .. kau tolak. Katanya ulama sekarang dah membelakangkan Islam. Covid yang di takutkan. Apa kau tidur semasa belajar tentang Maqasid Syariah..? Perkara pertama yang perlu di lindungi adalah nyawa. Islam itu tak akan dapat tersebar tanpa orang yang bernyawaa. Ada ke kereta yang nak pergi sampaikan dakwah Islam ..?? hmmm..
Kalau orang kata aku promo 'ubat yahudi' , actually aku amalkan juga pemakanan tanpa 'dadah' ni. Jamu pun aku makan. Even macam setiap hari pun, aku masih amalkan secawan kopi radix. Itu pun dengan kadar paling minimum. Kenapa aku masih minum kopi radix sampai sekarang ? Pertama, alhamdulillah masalah migrain aku berkurang. Kedua lepas minum, tak ada bau yang keluar pada urin. Berbeza kalau kita ambil kopi 3in1 yang lain. Tapi kopi radix pun ada yg ori dan tiruan. So, memang aku beli kat 1 kedai tu je. Kalau dulu terbeli yang tiruan, memang aku buang terus.
Aku juga masih amalkan madu setiap hari. 1 sudu is enough. Kalau puasa ambil 2 sudu sebagai tenaga. Madu tu selain bagus untuk kesihatan, ia memang bekalkan tenaga. Jadi, kalau bagi pada kanak-kanak yang tenaga dia tak pernah nak habis, kebarangkalian untuk dia lebih bertenaga itu lebih tinggi. Thats why aku pernah tanya doktor, untuk kanak-kanak yang masih dalam fasa perkembangan, susu is enough. Jangan tambah-tambah suppliment. Kanak-kanak perlukan nutrisi dan makanan yang seimbang untuk membesar dengan baik. Kalau remaja, orang dewasa nak ambil its oke. Macam madu pulak, aku cuma akan ambil madu asli. Bukan madu yang dah repack tu. Sebab aku pernah test banyak kali, cuma madu asli je yang boleh selesaikan masalah kembung perut. Macam masa mengandungkan umar, memang madu asli je selesaikan masalah morning sickness. Tapi mengandung kat fahim dan yang ketiga nih, madu pun tak jalan. Sebab ubat alahan aku adalah MAKAN. Dari mula pregnant 6 minggu .. sampai 3 bulan ni, makan je lah. Masa Fahim, smpai ke nak beranak makan. Bila macam tu, aku memang akan kurangkan portion nasi. Sama ada nak kawal peningkatan gula ( pregnant kan kena minum air gula yang sedap tu ) atau .. kawal pengembangan badan. Begitu lah.
Macam suami aku pun, dia memang dah ada gout athritis. Actually, gout athritis tu sangat agresif. Kebergantungan dia setiap hari adalah pada ubat gout daripada klinik dan hospital. Pernah tak cuba herba dan makanan sunnah ? Pernah lah. Apa aje yang tak pernah cuba. Air ECPI, Cuka Apple, Herba Radix, Habbatussauda .. tapi bengkak di bahagian sendi semakin besar. Tu masa dia di Sabah. Bila balik sini, benda pertama yang aku suruh dia buat adalah buat fully check up. Kat situ baru nampak hati dia memang bermasalah. Jadi, benda yang dia perlu buat adalah elakkan semua jenis herba. Dapatkan nasihat doktor. Terus surut ke bengkak dia..? Tak. 2019 dan 2020 dia buat operation di KPJ untuk buang asid yang berkumpul tu. Alhamdulillah, asid tu tidak lagi mengganggu buah pinggang. Masa dia dehidrat, xray dah nampak ada asid mula melekat di buah pinggang. Tapi, alhamdulillah .. masa dah nak keluar, xray kedua its much better. Hingga sekarang apa yang dia amalkan adalah baaaaanyakkkan minum air kosong. Elakkan makanan bergula ( dia memang langsung tak boleh minum air tebu. on da spot jammed ). Ubat doktor ( Febuton ) setiap hari. Ubat ni teknologi baharu. Tapi kesan dia lebih minimum daripada ubat gout biasa. Recommand daripada satu klinik. Tapi di sebabkan ubat ni mahal, jadi stock di klinik stop. Terpaksalah beli daripada klinik lain secara online. Setiap kali nak beli, doktor akan call untuk confirmkan dos yang diambil. Suppliment yang dia ambil sekarang hanya cuka apple dan minyak ikan untuk kawal kolestrol. Itu pun hasil perbincangan dengan doktor. Since muda lagi, doktor kata saya tak suggest kan untk makan ubat kolestrol. Apa hangpa ingat semua doktor suka suki je nak bagi hang telan ubat kawalan macam tu. hmmmm ..
Untuk budak-budak pulak, sejak baby aku memang tak pernah bagi makanan tambahan. Langsung. Actually, anak-anak aku cuma dapat sebulan je untuk bf. Means diorang dapatlah susu pertama ibu tu. Macam Fahim, memang masa lahir .. apa susu pun tak keluar. Langsung tak ada. Apa kau rasa aku nak sumbat air sirap..?? Hmm.. Lepas 4 hari macam tu pergi urut sebab kawan aku yang doktor tu suruh cari orang yang pandai urut, alhamdulillah keluarlah dalam lebih kurang sebulan lepas tu say gud bye. Mungkin pakar laktasi tak jumpa kes kes macam aku kot. Jadi, dont judge la kan. Even aku tak ada masalah dengan diorg punya judgement, mummy yang lain mungkin sangat terkesan. Mungkin diorang sangat struggle. Macam aku, ada benda lagi besar dan banyak aku nak fikir daripada soal susu. Masa umar, aku nak kena fikir sakit dia. nak kena bawa dia sorang-sorang ke batu pahat. lepas tu ke jb dalam masa belum sebulan pantang. Masa fahim pulak, duk risau eczema dia yang makin teruk. Lagi dia alahan banyak benda. Takkan aku yang dalam pantang ni nak tolak semua benda..nak dapat khasiat daripada mana.?
Bila budak-budak ni dah boleh makan. Actually 4-5 bulan diorang dah mula makan. Macm umar, 4 bulan tu cuma bagi tepung beras yang sangat cair. Macm teksture susu cuma pekatkan sikit je. Jangan bagi nestume, sebb kelikatan nestume sangat tinggi. Nak cerna sangat susah. Bagi makan pun dalam 3-4 sudu kecik je. Sulam kan dengan air. Macm umar, lama juga dia makan tepung beras tu. macam sampai umur 7-8 bulan. Tapi macam Fahim, umur 6 bulan dia dah tak nak dah tepung beras tu sebab dia dah ada gigi. Semua orang terkejut sebab gigi dia tumbuh awal gila. Jadi, lepas fasa tepung beras tu .. nasi blander. Nasi blander tu, perlu ada sayur dan ikan. Nak bagi pemakanan dia seimbang. Mula tu buat la cair. Macam fahim, memang cerewet sangat. Tak boleh terletak sikit ikan bilis. Habis naik eczema dia. Bezanya, Umar sangat lama makan nasi blander, Fahim dalam 2-3 bulan je macam tu, lepas tu dia nak bubur nasi pulak. Macam umar, masalah pada jantung dia menyebabkan dia sangat penat nak mengunyah. So, macam umar makan bubur tu sampai dia habis operation masa umur 2 tahun lebih. Macam Fahim, 2 tahun lebih tu dah makan nasi dah. Cuma makin tua, makin pemalas pulak budak tu nak mengunyah.
Dari dulu sampai sekarang, asas makanan diorang memang full of bawang putih. Itu sebagai langkah untuk dia punya antibiotik. Alhamdulillah sangat membantu. Makanan diorang biasanya aku yang akan masak. Makanan aku je laki aku yang masakkan. Cuma bila diorang makin besar .. banyak jugak lah import makanan luar kan. Kalau ada masa untuk masak, memang aku akan masak. Then, bila makin besar .. masalah paling besar mereka berdua adalah tak nak sayur dan buah. Sedangkan masa kecik, buah dengan sayur tak ada masalah. Jadi, terpaksalah tambah dengan vitamin C sahaja.
Dalam soal penggunaan garam ke gula, aku memang tak ada konsep catuan. Sebab memang dalam pemakanan aku dengan suami, benda benda tu dah tercatu secara semula jadi. Gula kat rumah, kadang sampai dekat 2 tahun tak habis. Tak buat air manis. Penggunaan garam pun seminimum mungkin dalam masakan. Bukan takut. Tapi semulajadi lidah tu begitu.
Jadi, anak-anak jadi terikut sama. Air manis cuma akan minum milo. Air kotak lain, candy .. memang reject tanpa aku dengan suami kata NO. Hidup diorang cuma makan nasi dengan air kosong dan susu. Susu pun aku buat guna air sejuk sejak umur 6 bulan tak silap. Tapi semakin diorang besar, diorang perlukan juga gula. Pernah satu fasa tu budak dua orang ni gila makan kek. Jadi stock kek tu memang ada dalam peti. Satu hari tu dua orang tu akan share 1 slice je. Dan sekarang, bagilah kek apa .. semua diorang reject. Macam tu jugak ice cream. Kat freeze tak pernah tak ada ice cream. Ada satu masa tu gila makan ice cream, satu hari satu cawan je. atau sebatang. Sekarang ni, dah sebulan ice cream tu tak terusik. Papa dia tak makan manis. Anak-anak semua dah tak nak. Mama dia tengok pun dah tak lalu. Entah smpai tahun bila agaknya nak habis. Gula-gula memang tak pernah ada. Sebab aku sorang je makan gula-gula. Itu pun mentos. Jajan atau keropok .. setiap bulan memang akan penuhkan bakul tu. Mula dulu beli yang besar-besar .. tapi sebab diorang makan sikit2 je .. yang penting ada. jadi beli yang kecik2. Pening nak keluar bila diorang cari makanan kudap kudapan. Paling suka muruku ikan tu je la. Jajan pun sangat memilih. Bukan semua dia makan.
Fastfood pun makan je macam biasa. Cuma ada yang dia oke ada yang dia tak nak. Kadang diorang akan request, nak McD atau KFC. KFC sebab nak makn ayam dan cheesy wadges je. Kalau McD sebab nak mainan je. Sebb tu kena belikan Happy Meal je.
Bagi aku, apa pun yang kita buat dan kita makan, semuanya dalam kadar sederhana. As a parents, bentuklah pemakanan anak-anak ikut trend pemakanan anak-anak. Kadang kita dah bentuk dia makan macam ni, tapi selera kadang berbeza. Aku bukan kata cara aku paling betul. Tapi, cara itu yang buat kami paling selesa. Kami sejenis keluarga yang kerap berada di luar rumah. PKP ni je lah duk kat rumah. Kalau tak covid, budak-budak sampai mengeluh bila kena ikut keluar. Aku dengan suami jenis, angkut semua. Kata kan aku punya urusan, semua ikut. Suami punya urusan, pun semua keluar. Even nak beli santan sekotak pun kadang semua keluar. Pernah dah plan nak bercuti, tapi budak-budak refuse tak nak keluar pergi mana-mana. Cancel. Since tak booking pape lagi, okey je la kan.
Then, kalau anak tu memang makan jajan sampai tak nak makan nasi, tu memang parents kena stop kan jajan di rumah. Lain anak, lain caranya. Perhatilah anak-anak .. sediakan keperluan mereka di rumah supaya mereka selesa di rumah. Macam aku dan suami memilih, makan apa yang korang nak makan, dalam kadar sederhana. Mana yang tak elok, perlahan-lahan kurang kan. Bukan terus say NO. Kadang dari kecik kita catu itu dan ini, tak bermakna mereka besar nanti gaya itu yang akan mereka bawa. Kalau itu yang mereka ikut, alhamdulillah. Tapi kalau tidak, itu yang sayang. Pape pun usahalah mengikut keperluan anak-anak tu. Sebab banyak kali aku jumpa anak-anak yang mana parents terlalu strict dengan makanan anak-anak, bila mereka ke sekolah atau di luar pemantauan parents, lain macam dia punya makan jajan tuh. Bak kata laki aku 'perokkk' dia lain mcam. Mati-mati dulu aku ingat perokk tu perakkk. adoiiilah pening.
Aku, herba dan ubat
Actually, dalam apa juga perkara aku dan suami amalkan keterbukaan minda. Bagi aku, kami raikan perbezaan ilmu mengikut kepakaran masing-masing. Kita nak kata, ubat di hospital semua yahudi .. apa kau ingat doktor tu semua yahudi nasrani ke macam mna..? Mereka kadang lebih hebat ilmu agama nya berbanding kita yang duk canang sepotong ayat quran untk memenuhi nafsu kita. Jangan terlalu prejudis. Tidak juga terlalu taksub. Kalau memang kita jual barang, jual lah. Tapi jangan overclaim. Jangan tinggalkan satu pengaruh yang negatif kepada orang lain. Contoh golongan antivaksin, claim vaksin itu dan vaksin, tiba anak-anak yang tidak di vaksinkan meninggal semua akibat jangkitan penyakit yang sepatutnya di vaksinkan, kita nak bertanggungjawab ke.?
Ya. Golongan ini akan kata mati itu pasti. Dah kalau macam tu dah sakit kritikal kenapa pergi hospital kalau daripada asal kau dah bermusuh dengan doktor. Doktor cadang tu kau kata salah. Doktor cadang ni kau kata yahudi. Dah terketar-ketar cari doktor. Sebab itu, bersederhana itu lebih baik.
Kita kadang bercakap, pada ruang lingkup yang bukan kepakaran kita. Kita tak tahu pun fungsi ubat. Kenapa bila makan ubat kena kawal makan. Kena diet..? Bila fungsi ubat .. fungsi vaksin itu sendiri kita tak pasti, sebab itu macam-macam dakyah yang keluar.
Cuma masa hari tu bawa check up umar di HSA, MA tu pesan siap-siap. Bila dah masuk umur 30, kena rajin buat full check up. Masuk umur 30, banyak penyakit datang kita tak sedar terutamanya kencing manis, darah tinggi .. kolestrol. Ambil darah .. dapatkan lah nasihat doktor. So far, aku dengan suami memang buat setiap tahun. Mak aku pun memang akan selalu ingatkan untuk check darah. Kesihatan tu Allah yang bagi. Hargai dan jaga dengan baik. Kalau dah sakit, jagalah diri dengan lebih baik.
Wallahualam.
Wassalam.