Friday, October 30, 2009

libra is me..

PERSONALITY LIBRA


Libra ialah lambang dacing yang memberi gambaran seorang yang berhati lembut dan juga penuh dgn sifat pengasih serta mudah bersimpati terhadap kesusahan org lain. Kamu tidak suka melihat adanya insan lain bersedih. Sedaya upaya kamu akan cuba memberi bantuan. Kamu juga cintakan kedamaian serta keindahan. Namun mereka tidak suka hidup bersendirian dan kalau boleh lebih suka dikelilingi kawan – kawan. Libra juga bijak dalam menjalinkan persahabatan. Kamu gemar berada dalam suasana romantic walaupun ketika sibuk menjalankan tugas kamu. Kamu merupakan pekerja yang patuh pada arahan dan sering melahirkan suasana kerja yang menyenangkan dalam menumpukan perhatian pada bidang kerja yang kamu ceburi. Kamu dianggap sebagai golongan yang berkaliber , bijak dan rajin. Hasil dari itu , tidak hairanlah sekiranya kamu berpeluang untuk terus maju ke hadapan. Cinta bagi kamu adalah sederhana. Ini dapat dilihat dari cara kamu mengendalikannya. Kamu bersikap lemah lembut terhadap pasangan untuk memberi kebahagiaan tetapi adakalanya kamu tidak yakin sama ada sudah terjebak dalam cinta atau belum. Ia kerap berakhir tanpa alasan...


KELEMAHAN DAN KELEBIHAN LIBRA

Orang libra berpendirian tegas tapi jarang berpuas hati dengan setiap keputusan yang diambil. Jadi , tidak hairanlah kamu sering bertukar pendirian di saat akhir. Kebijaksanaan serta sifat sabar kamu , memberikan kestabilan dalam hidup. Sifat pendendam kamu tidak begitu menguasai diri. Namun bila timbul perasaan marah , kamu akan tonjolkan secara terbuka. Kamu akan kembali tenang setelah berjaya mengawal perasaan tersebut. Libra biasanya suka berkhayal walaupun berada di khalayak ramai. Orang libra juga mahu dirinya di beri perhatian. Kamu mahu orang lain turut bersimpati di saat kamu ditimpa kesusahan. Kamu senang di jadikan kawan disebabkan oleh sifat semulajadi kamu yang mudah diajak berunding. Sekiranya mempunyai sebarang masalah , kamu boleh dijadikan tempat mengadu.


PERCINTAAN GADIS LIBRA

Gadis Libra bertuah kerana mempunyai wajah yang mempesonakan dan berkeperibadian. Kamu kerap mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari si dia hingga adakalanya hampa begitu saja. Kamu cepat jatuh hati kepada pemuda yang dirasakan menarik hingga menimbulkan masalah baru untuk kamu memilih lelaki manakah mahu dijadikan teman hidup. Walaupun bermata keranjang namun kamu agak jujur dalam percintaan. Sifat keibuan yang bersemadi dalam diri kamu membuatkan gadis libra lain dari yang lain. Lembut , mesra dan manja. Tapi setelah bertemu dengan pasangan yang benar – benar sesuai dengan jiwa kamu , kamu akan bersedia utk buat apa saja untuk membolehkan perkenalan itu , berakhir ke jinjang pelamin. Biarpun sikap mata keranjang terbawa – bawa hingga ke dalam kehidupan berumahtangga , namun kamu dapat menjaga perasaannya demi menjaga dan menyelamatkan kesejahteraan rumahtangga yang dibina.

1 comment: