Friday, May 21, 2010

Bercinta & Privacy

Lama jugak aku tak post kat blog ni. Kali ni aku nak cite sikit pasal orang yang gile bercinta. Kenapa balik – balik pasal cinta ? Tak de bnda lain ke nak story ? Sebab....manusia kebanyakannya bodh dan gile kerana cinta yang bodoh dan gila. Jika manusia sudah di pengaruhi cinta yang begitu , bagaimana akal dan jiwanya boleh waras untuk mengurs perkara yang lebih penting ..???


Dulu , masa sekolah aku teringin sangt nak bercinta. Masa kecik – kecik dalam drjah 6 macm tu , terlibat juga dgn cinta monyet yang kelakar. Walaupun couple sebb kesian je , tapi bertahn la jugak smpai tingkatn 2. Tapi , hakikatnya hubngn yang bukn atas hati yang ikhlas takkan ke mana pun. Okey , tak penting pun.


Masa sekolah menengh n matrik plak , aku selalu fikir satu hubungn kasih sayang tapi cukp simple dan privacy. Dan masuk universiti , aku mula terlibat dgn hbgn itu...dan aku syukur sgt , aku dn pasangn dapt mengndalikn hbgn kami dgn cukp simple. Waktu sekolah dulu kawan – kawan baik aku satu – satu bercouple. Fenomena yang paling aku menyampah dan tak boleh bla adalah mengamuk bila gf mesej dgn laki lain , risau tak tentu hala bila bf gurau dengn kawn pmpuan lain. Baru couple , tu tak boleh , ni tak boleh...cukp tak suka terkongkong macam tu. Geli pun ada , sebb macm poyo gile. Tapi , kalau gurau tu dah lebih – lebih sangt , msg dgn laki lain dah lain mcm gatalnya , logikla utk mengamuk ke apa. Tapi relaks sudaaah. Tak payh mengamuk , tinggal je. Sbb , pmpuan atau lelaki yang baik , dia akan tahu membataskan pergauln dia dgn teman jantina berbeza jika dia sudah ada komitmen yang lain. Kalau dah ada komitmen lain , tapi masih menggatal...bersayang2 dgn laki or pmpuan lain , sah individu tu tak leh pakai. Bagi la apa pun alasan , hakiktnya memang teruk. Sebb tak sedar diri tu siapa ... secara tak langsung tak menghargai hubungn kasih sayg yang dah di bina


Ada sorang kawn aku ni lelaki , dia bleh bergaduh dgn sorg kawn aku yang laki ni sbb kawn laki aku ni bercakp dgn pmpuan yang dia suka. Apala poyo sgt , kan. Bercinta adalah untuk anda rasa bahagia , anda rasa tenang dgnnya....tapi kalau tu tak boleh , ni tak boleh...smbunyi sana , smbunyi sini...pe guna brcinta. Bek single. Lagi free. Semua tu Cuma akan bakal menyusahkan kepala otak je. Lagi tak boleh bla , ada pasangn yang nak tahu semua password ym , gtalk , email , fb and tah pape akaun la sbb nak tahu aktiviti pasangn di belakngnya. Itu sebenarnya , cukup menggambarkan anda tidk percayakan pasngn anda. Kalau anda sudah tidak percayakan pasngn anda , untuk apa ada memasng niat utk berkhwin dgnnya ? Hubungn kasih syg atau ikatan perkhwinn perlulah bersandrkan kpd kprcayaan dan penghormatan. Kalau anda tak percayakan pasangn , bagaimana hbgn itu hndak berjalan dgn tenang..? Hari – hari ade je perkara yang menyesakkn kepala otak ? Entah – entah dia tngh msg dgn laki lain...entah – entah dia kuar dgn laki lain...cuba bayangkan kalau satu hari hbgn cinta itu perlu berjauhn...? Tak ke gile jadinya nnt...?


Itu keprcayaan. Tapi bagaimana dgn penghormatan ? Penghormatn bila kita menghormati pasangn tidak kira dia di depn mata atau tidak. Jika tidak depan mata , yang laki jgnla gatal mengorat pmpuan yang lain. Yang pmpuan plak , jangnla melayn lebih2 bila ada lelaki yang usya. Hakikatnya hari ini , bertepuk sebelah tngn takkan berbunyi. Pada aku , lelaki takkan pergi lebih klau pmpuan tak bagi green light. Kalau duduk berjauhn dgn bf atau gf , tapi ada kawn laki atau pmpuan yang hbgnnya terlalu rapt , memg tak lama la jadi kawn tu. Tak lama , curang la jadinya. Kenapa jadi macam tu ? Ramai kata lelaki dan permpuan tidak boleh jadi kawn baik kecuali mereka kedua – duanya mampu rasional. Jadi , rasional ke kita ? Bertemnlah seadanya. Alasn berubh hati , sebb berjauhn dengn bf/gf dan lebih baynk brgntg dgn teman yang baru di tempt lain... persoalannya , kalau hbgn dgn teman yang baru itu juga menuntut utk berjauhan...adakah sekali lagi perlu berubah hati ???? fikirlah. Jelas , sebenarnya kita tidk pernh menghormati hubgn kasih syg itu...menghormati pasngn kita sbg org yang kita sayng...dan langsung tidk menghrmati perasaannya.


Aku ada seorang kawn dari matrikulasi mereka bercinta. Kedua – duanya teman aku. Apabila masuk ke universiti , seorang di Johor dan seorang lagi di Terengganu. Alhamdulillah hbgn mereka kekal hngga ke hari ini walaupun berjumpa hanya setahun 2 kali macam tu. Macam mana hbgn mereka mampu kekal ? Sebb mereka ada kepercayaan dan penghormatan. Tapi macam mana kalau dah elak semua bnda dari menyakiti pasangn ,tp tengah2 berkawn dengn teman sekelas tiba – tiba jatuh hati sebb yang tak tahu kenapa...sbb kita tb2 rasa lebh selesa dn tenang dgn teman itu..? Itu mungkin kerana jdoh kita bukn dgn pasangn. Jika berlaku situasi seprti itu , jgnla plak kita dah berhabis segala , dah bersayg2 dgn teman baru tu...baru nak puts dgn pasngn yang lama. Tak patutla tu. Tu dah kes curang n menipu plak. Jika rasa tak leh go on dgn pasangn , ptskanlah...tak kishlah teman yang kita rasa serasi tu sukakan kita or tidk. Biasa yang berlaku , dah bersayang2 dgn pmpuan or laki lain pun masih tak nak puts gak. Melampau la tu.


Penghormatn bukn saja menghormati pasangn di belkang kita , malah menghormati masa dan peribadi pasangn juga penting. Aku bercakp bagi pihak perempuan kerana aku permpuan. Jika anda sedar , lelaki amat memerlukan kawn di sisinya. Tapi , permpuan amat memerlukan keluarga atau orng yang dia syang di sisi. Bagaimana utk mengimbangkan keadaan ini ? Bagi perempuan , bagilah masa utk pasangn bersama dgn temannya. Jngnlah asyik nak berkepit setiap masa. Satu soalan aku....korang tak bosan ke mengadap muka pasangn 24 jam ? Kalau mengadap hari – hari , setiap saat...muka handsome ke cantik , lama-lama pun leh jadi muak sebenarnya. Tapi tak tahulah klau smpai tahap mabuk bercinta. Sebaiknya , bagilah masa kepada pasangn utk dirinya sndiri. Bagi masaa utk dia bersama dgn teman – teman. Bagi masa utk dia menikmati zaman bujangnya dgn baik. Jangn biarkan dia kehilangn teman gara – gara ingin menurut desakan kita.


Dan kita sendiri...apalah nikmatnya hdup jika hanya bersama pasngn saja. Langsung tiada pengalamn baru dalm hidup. Kalau setiap masa bergantung dgn pasngn...ke sana ke mari dgn pasangn , bila masanya untuk kita belajar sndiri...? Dari pembacaan aku , lelaki sebenarnya cukup menympah dgn pmpuan yang semua bnda nak bergantung padanya. Kalau setakat pintu bilik air tercabut paku , bukan payah sgt pun nak betul kan. Beli je engsel yang baru dengn tukul besi n paku batu , paku je la. That’s so simple thing utk di selesaikan. Ni cth utk isteri kat rumah la. Tapi kalau pasngn yang tak kahwin lagi , klau setakt nak pegi makan pun tunggu bf , atau bf kena gak makn dgn dia...aku rasa dah tak best la nak menikmati hidup. Atau kalau gf tu ada knderaan sndiri contohnya kereta , bila masanya nak anta kereta pergi tukar minyk hitam pun tggu bf , dah masalah tu. Bila anda bersedia untuk memiliki sesuatu , maka bersedialah utk tahu pelbagai perkara tentang sesuatu itu. Jika anda bersedia utk bercinta , maka belajarlah cara bercinta , bersedialah menanggung risiko bercinta. Kata Dr.Tuah...bercintalah selagi anda gembira dgn cinta , kalau cinta itu hanya memberi air mata...maka tinggalkanlah. Kerana cinta adalah perasaan yang membahagiakan. Orang kata cinta menuntut pengorbann , jadi walaupun bekorban , anda perlu bahagia. Macam mana nak bekorban dan bahagia ? Jawapannya ikhlas dan rela. Senang je. Bukan payah sgt pun nak cakap. Nak buat tu yang payah.


Dulu masa sekolah , kawan – kawan aku yang bercouple , serius aku kata tah macm apa dah. Sebb bf , tnggal kawn. Sbb org yang kita suka , ke tepikan kawn. That’s we call tak rasional. Mana – mana pun kita perlukan kawan. Aku bukanlah manusia yang terlalu taksub dgn istilah percahabtn macm dulu , tapi sebenrnya jiwa manusia jadi kosong bila tak ada teman. Bf or gf takkan pernah sama dgn kawn. Serius. Tapi , jangnla pulak melampau dalam berkawn. Sampai kawn berkawn rapat dgn orang lain pun jadi isu. Perkara macm tu selalu terjadi pada perempuan. Aku jumpa bnda2 mcm tu ms di sekolah la dulu. Bila keluar dgn kawan A , kawan B pulak masam muka. Kan keluar dangan kawan C , kawan D plak masam muka. Ceh...macam bermadu la plak , kan. Tapi memang itu realitiya. Dan kerana situasi – situasi begitu lah akhirnya aku rasa bersederhanalah dalm semua bnda. Apa yang aku pegang , aku berkawn dgn org yang nak berkawn dgn aku dan tahu menghargai persahabtn. Dan aku takkan kejar semula mereka yang pergi meninggalkan aku.


Kesimpulannya di sini , bersederhanalah dalam semua bnda. Islam juga menuntut umatnya agar bersederhana kerana bersedrhana itu lebih baik. Nak bercinta pun , tak siapa yang halang. Tapi kalau dah terlampau di amuk perasaan yang tah pape , tu yang timbul haru. Tu yang langsung tak endahkan keadaan pasangn , yang penting kita puas. Berfikirlah utk orang lain , sebelm berfikir tntg diri kita utk puas. Bf aku selalu cakp pada aku , aku selalu nak puaskan hati sndiri tapi tak pk macm mana keadaan dia...? Kadng2 aku cuma ketawa...sbb aku tahu aku tak susahkan fizikal dia , tapi aku menyushkan otak dia utk fikir jawapn bagi soalan aku yang kadang2 sgt complicated utk di jawab. Jadi...siapa perlu berubah ? Dua – dua la perlu berubah. Aku perlu kurangkan bertanya soalan yang tak penting...dan dia perlula terima bahawa gf dia ni sgt kuat berfikir bnda2 yang mungkin dan penuh dgn kemungkinan. He..peace!

No comments:

Post a Comment