Wednesday, June 1, 2011

~ aku & masa lalu .. ( volume 3 ) ~

Assalamualaikum ...
wakakakaa ...
wat up ... bebeh ???

Okehlah .. hari ni mau sambung lagi tentang kisah-kisah di masa lampau. Kuang3x. Hal ehwal dan perjalanan hidup aku ... dalam mengenali sebuah erti PERSAHABATAN di sekolah. Entah dah berapa banyak kali aku story ek ..??? Tapi .. aku story je lah lagi. Saja nak syok sendiri. hahahahaaa..

Okey .. aku dah story kisah menyayat hati persahabatan aku dengan kawan aku masa form 3. Lepas kami bergaduh tu ... perghhh ... aku memang tak boleh pandang muka dia. Asal aku pandang ... aku sedih ... aku sedih ... aku menangis. Bila aku menangis ... aku migrain ... dah tu telah ubat berbiji-biji. Aku rasa dah berjuta-juta lemon pil masuk dalam badan aku nih. hahahahaa



~ ingat lagi kawasan dewan terbuka nih ... kenangan... kenangan ... ~


Bila masuk Form 4 ... aku cuba terima hakikat ... kawan aku tu ... memang dah buang aku. Susah babe ... kita sayang sangat kot masa tu. Bayangkan lah ... pak we yang memang korang sayang ... ada je kat depan mata ... lagi-lagi dia couple dengan girl lain ... sumpah sakit giler perasaan tuh. Setahun tu ... sepanjang tahun aku memang tak tegur dia. Waa ... dosa besar tuh. 3 hari tak bercakap dgn saudara seIslam. Masa tu mana ada aku kira. Yang penting ... aku memang tak boleh nak bercakap dengan dia. Sumpah, tak tipu. Bukan main-main punya sakit perasaan tu ... tiap malam aku menangis ... aku tak boleh nak buang sayang aku kat dia even aku dah ada kawan yang lain. Siapa ?

Yeahhh ... ni dia kawan-kawan baru aku. Nur Atikah Razali, Liana Azua, Ruzila Md Khamin .... n Raden Farah Alwani ( aku masih mengaku kawan utk masa itu yer ). One day ... tah macam mana .... bla bla bla .... someone yang cakap dengan kawan aku yang Atikah tu... even Nazura baik dengan kau Ika, tapi dia akan lebihkan Liana dengan Farah. Wat the hell ... nak cakap macam tu ...???? Dia tahu ke hati aku...? Gila!.

Sudahnya ... kawan aku yang Atikah tu kata ....' even kita baik dengan Kak Nazura, tapi kita tak boleh nak jadi kawan baik dengan Kak Nazura ...' dia memang panggil aku Kak Nazura sebab dia muda setahun dari aku. hahaha ... aku pun ... lantaklah ... semua orang nak rampas kawan-kawan aku ... aku bukan mati pun tak ada kawan. Berkecamuk gila perasaan aku time tu. Serabut..!!!! Pada aku diorang semua kawan-kawan baik aku ... dan aku sayang Atikah tuh sama macam adik-adik aku. Bila dengar dia cakap macam tu ... gila ... memang kecewa.



~ raden farah alwani & liana azua ~


Ye lah ... aku mungkin pembawa anasir buruk kowt. Mana leh kawan dengan aku. Kan rosak plak perangai kan ... tapi ... yang menjadi kehairanan aku .. beberapa hari Atikah tuh jauhkan diri dari aku. Tapi lepas tuh ... dia okey semula. Aku pun tak nak banyak tanya. Aku kawan dengan siapa yang nak kawan dengan aku. Tak mau kawan ... mana boleh paksa kan. Soo ... everything ok lah.

One day ... kawan lama aku yang bergaduh dengan aku nih ... buat bfday party kat kelas. Bagi akuuu .... sorry and sumpah aku tak boleh attend. Aku cakap dengan kawan-kawan aku ... korang sambutlah. Aku tak boleh. Aku kena keluar. Dahhh ... masing-masing berderet ikut aku. Adoiiii ... last-last .... budak-budak lain dalam kelas semua blame aku .. sebab hasut yang lain. Nangis-nangis kawan yang bergaduh dgn aku tu. Then, datanglah sorang budak ni kata nak sound aku. Silakan ... aku kata, jom jumpa. Kita face to face. Waaa ... nak back up nampak. No halll derr ...



~ aku, atikah n zila ... time anugerah kualiti 2005 ~


Alamak ... bila jumpa, tak buat pe plak. Buang masa aku je datang kalau sekadar nak beramah mesra. Aku tak minat laaaa ... bila balik umah aku nangis sampai tak tawuuu nak cakap pe. Migrain aku satu malam bila ingatkan kawan yang bergaduh dengan aku tu. Even gaduh ... tu zahir je. Tapi hati aku ni ... full of love kowt. Bak kata adik aku ... muka ganster tapi dalam hati ada taman ... kah4x

By da way .. lama-lama tu aku cuba terima kenyataan. Aku patut bersyukur ... even aku hilang kawan yang sangat aku sayang, Allah gantikan dengan 4 orang kawan yang sangat baik. Yang sentiasa ada dan support aku .. all da time. Aku tak tipu or pura-pura bila aku kata aku sayang diorang. Wakakaka ... ingat senang ke nak dengar aku cakap sayang kat orang. Payah derr ..!!

Then, masa form 5 ... everything jadi cool semula. Dengan kawan aku yang bergaduh dulu pun ... aku dah terima kenyataan even ada masanya bila teringat .. menangis lagi. Sampai kawan aku, Liana Azua kata aku ... lesbian. Perghhh ... tak agak-agak tuduhan ko tu Liana oiii.



~ miss u all .. miss our memories together ... ~

Hinggalah satu waktu tu ... aku minat kat sorang senior. Abang form 6. Babe ... aku betul cakap memang aku minat giler kat abang tuh. Tak tahulah pasal apa. Mungkin dia nampak much hensem than other kowt. Pada hal taklah handsome mana. erkkk ...!!! Geng aku semua tahu ... yes, memang tahu. So, one day ... kawan aku yang bernama A ( bukan nm sebenar ) ni tiba-tiba bagitahu aku ....' Naz, aku dah couple dengan Abang Ipul ...' perghhhh ... berderau darah aku dengar. Tapi cool je lah. Aku gelak je lah. Takkan aku nak kata ... kawan tak guna ... ko tikam aku dari belakang ... ala ... pasal lelaki je kowt ... small da matter lah. No hal ... tapi yang aku menyirap sangat ... dia pergi cakap kat Abang Saiful tu yang aku suka kat Abg Saiful tu ... Maluuuuuuuuu gilerrrr. Kau nak couple ko couple je laa ... ada aku kisah ..??? Tapi janganlah nak sebut-sebut nama aku. Tawuuuu la aku memang dah famous satu sekolah. Retilah sikit jaga air muka kawan derrr ...!! Sumpah lepas tu, aku tengok pun tidak muka Abang Saiful tuh sebab mamat tu dah perasan. Bila nampak aku ... buat muka budget2 ... senyum2 ... aku memang tak leh pandang. Ingat dia handddddddsome sangat ke. Errkkkk!!!!!



Lepas tuh ... si A tu kena tinggal dengan Abng Saiful tu. Dalam hati aku ... huwaaaaaahahahaha .. padan muka kau!! erkk ... jahat betul aku. hahahhaa ... Dan sorang lagi kawan aku, si B ( bukan nama sebenar ). Dia pegi cakap kat kawan aku satu kelas yang aku suka dia, Mr X. Macam bangang! Sumpah ... yang ni aku memang betul-betul marah. Lepas dia cakap kat Mr.X tu ... Mr.X tu suka pancing aku bercakap dengan dia. Bila aku bercakap dengan dia ... dia akan gelakkan aku ... pastu dia pandang kawan aku ... then dia cakap ...' weh dia cakap dengan aku ....' then diorang gelak-gelak. bengang tak bengang. Kalau aku boleh sepak ... aku sepak dah laju-laju laki macam tuh. Tapi aku cuma boleh tengking je. Tu pun berbaloi kot kena tengking dengan aku masing-masing. Tak berakhir macm tu je ... dia email kat aku tah hape benda benda jiwang-jiwang ... ' ku menanti cinta mu ... jangan salahkan daku jika kita tak bersatu ...' tah hape bendalah. Mawuuu muntah sudaaa. Lepas tu ... selamat tinggallah that boy. Till this day ... aku ingat satu-satu pe dia da buat. At least .. I know ... who are You.



Then .. si C pulak ( pun bukan nama sebenar ... hahahaha ). Kawan yang nih special kes sikit. Dia ni ... apa-apa hal semua akan story pada aku. Cukup close. Dia ni perangai cam pelik2 sikit kadang-kadang. One day dia bagitahu aku dia suka pada sorang boy, Mr. Y tuh. Rasa cam pedih gak lah rasa kat hati ni. Memang time tuh suka-suka gak kat Mr.Y tu tapi ... at da same time aku kena dengar C cerita macam-macam. Tapi ... masa tu atau sampai sekarang ... sumpah aku tak pernah marah C. Dia tak pernah tahu aku suka Mr.Y tuh. Lagi plak .. mungkin Mr.Y tuh agak bermakna buat dia time tuh ( tak mungkin bermakna lagi utk masa ini bagi C .. hahahahaa ). Then, one day Mr.Y tu call aku .. cakap dia suka dengan C and blah blah .. hati aku masa tu .. tak tahu nak kata lah. Tapi ... bagi aku .. tak ada apa yang lebih penting dari kawan yang aku sayang .. aku pun bagitahu C ... sedangkan hati aku ... erkkk ... hancur cam kaca bersepai ...( cehhh ayat tak ley blahhhhh ..hahahaha ). Tapi, diorang kawan tak lama sebab Mr.Y tuh hmm ..ntahlaa ..tak bgus tak bgus ( nada penuh menyampah ni ) ... buat C ... You buat yang terbaikk dear. Walaupun aku sembunyikan macam-macam pasal Mr.Y dari C ... tu tak lebih dari aku tak nak tengok C sedih time tuh. Sebb yang kena tuh aku ... aku tak nak bila aku cakp .. nmpak macm aku buat-buat cerita. Alhamdulillah .. Allah sayangkan C and bagi jalan yang terbaik buat C. Terbaikklah sayang ....;)



Then, di takdirkan one day .. kawan yang aku bergaduh dulu menerima takdir yang mak dia meninggal. Sumpah aku terkejut. Tapi ... secara spontan aku pergi merompak handphone ayah aku .. and terus call dia. Aku ucap takziah ... then dia kata ...' Naz, kau kawan aku yang pertama call aku ...' Ya Allah .... Allah makbulkan harapan aku selama ni. Aku ingat lagi tekad aku ... aku nak jadi kawan dia yang pertama ucap takziah .. atau di sisi dia masa dia mengalami masa sangat sukar ... ( bila terjadi sesuatu pada mak dia yang sangat-sangat dia sayang ). Dan waktu tu .. aku yakin .. aku semakin menerima kenyataan. Aku mula berkawan dengan dia macam biasa ... tak ada marah .. tak ada dendam ... cuma hingga sekarang .. masih tetap sayangkan dia. ;))




Tak lama lepas tu ... kawan aku si B nih plak ... ayah dia sakit agak teruk. Tapi yang aku hairan .. kenapa tak nak share dengan kami semua. Kawan-kawan dia ...??? Dia tunjukkan depan kami ... dia bercerita dengan kawan yang lain. Bukan kami ... aku, A, C dan D. Masa tuh .. dia jadi jauh sangat dengan kami ... terkilan .. memang terkilan. Kecewa sangat-sangat sebab dia tak cerita sepatah pun pasal ayah dia yang sakit teruk. Masa ayah dia meninggal ... aku tak datang. Aku masih shock! Tawuu pasal apa ...? Sebb pagi tu ... masa aku marah sangat aku kata ....' kalau jadi pape dengan ayah dia .. biar kawan yang dia cari tu ada depan mata dia. Bukan aku. aku bukan kawan dia lagi ... dia takkan nampak aku masa tu..' dan aku betul-betul buat apa yang aku cakap. Zalim ... sumpah zalim. Sebenarnya .. walau apa pun .. aku tak boleh buat macam tu. Tapi ... aku rasa aku adalah satu-satunya kawan dia yang menangis berhari-hari di sebabkan itu. Sampailah ... cikgu aku ... Cikgu Masitah pujuk aku ... barulah aku pergi ziarah dia dengan cikgu aku. Masa pandang muka dia tu ... tak tahu kenapa hati nih sebak sangat. Macam bodoh je menangis depan orang. Errrkkkk !!!!



Kenapa tak ada kisah aku dengan D ...? By da way ... D ni sebenarnya tak banyak kerenah. Dia okeh je pada aku. Tak menyakitkan hati ... cuma ada satu benda yang aku tak pasti apa benda ... aku marah kat dia. Mungkin masa tu dia sorang couple ... jadi, masalah dia adalah isu couple dia lah. Lain-lain aku rasa ... tak ada yang terkesan di hati aku. hahhahaa

Tapi ... semua tuh ... buat aku sangat teruk untuk face SPM. Gangguan tuh ... buat aku menangis setiap malam. Adooiiiii ... nangis lagi. Patutlah migrain makin teruk. Baru aku perasan .. air mata memang sahabat sejati aku. hahahha ... hinggalah aku terpaksa pergi jumpa kauselor. First time aku jumpa kaunselor dan cerita tentang masalah. Aku ingat lagi kaunselor, Cikgu Jaafar cakap :

' Nazura, saya tengok awak berhadapan dengan banyak sangat kerenah manusia .. saya rasa ... satu masa nanti, atau bidang kerja awak nanti ... awak akan berhadapan dengan banyak sangat ragam manusia. Keadaan sekarang ni ... untuk buat awak lebih bersedia .. supaya tak shock dengan kerenah manusia kat luar nanti ...'

Wakakakaa ... betul rupanya. Bidang kerja aku insya Allah ... banyak bersangkutan dengan orang ramai. Pelajar ... parents ... guru-guru .. hoho. Banyak ragam nak face tuh. hahahaha

Then, cikgu tu cakap lagi :

' kalau tengok dari ujian sikap yang awak buat nih ... awak seorang leader .. dan tak boleh nak bekerja bawah orang. Tak suka di arah ... and bla bla ....' aku tak ingat dahh. hahahaha

Dan aku akui ... semua itu betul. Hahaha ... tapi perlulah sediakan diri untuk bekerja dengan arahan. Sebab itu yang akan aku face lepas nih. hahahahaa



Dan di sebabkan oleh semua itu ... aku pun minta maaf pada semua kawan-kawan aku. Tapi ... masa tu, bila aku minta maaf dengan hati aku sebenarnya luka berdarah .. buat aku semakin jauh dengan kawan aku .. especially .. si B. Aku tak marah .. tak dendam ... tapi, satu perasaan yang aku tak dapat nak dscribe. Cuma tu lah bendanya. Tapi, untungnya kawan aku si C tuh ... berusaha aku berbaik semula. Macam-macam dia buat supaya kami baik semula macam dulu ... dan alhamdulillah .. dia berjaya. Hati aku ... taklah keras mana. Sama jugak, macam mana aku boleh berbaik dengan kawan yang aku gaduh dulu. Pun usaha si C yang buat kami boleh berkawan semula. hahahaaaa





Sooo ... persahabatan di sekolah menengah sangat memberi tawa dan air mata buat aku. Gembira dan derita. Sumpah.!! Walaupun kadang kala marah .. sedih ... kecewa .. bagi aku mereka yang terbaik. Sebab sentiasa di sisi aku waktu aku jatuh. Waktu semua orang tidak mahu bersama aku .. diorang tetap setia di sisi aku. Dan kerana itulah .. sebanyak mana diorang menyakiti aku .. aku masih mampu lupakan sebab ... terlalu banyak kebaikan mereka untuk aku. Sakit itu bukanlah apa sangat melainkan permainan syaitan untuk menghancurkan sebuah persahabatan. Aku tidak pernah rasa sendiri .. apa lagi rasa di tinggalkan masa itu .. kerana mereka sentiasa ada. Itulah persahabatan yang selalu buat aku ketawa dan menangis sendiri hingga hari ini.



Itulah kisah persahabatan aku di sekolah menengah. hahaha .. hmm .. ada kisah yang lain. Kisah betapa kasanovanya aku masa sek menengah. hahahahaaa ... kasanova ke..?? erkkk ... macam cantik sangat. ceit...!! kisah bagaimana aku mengenali lelaki .. dan akhrnya buat aku jadi matang dengan insan bernama lelaki. Tapi tu.. nanti je story .. erkk ... haahahaha

okeh ...
chaw chinnnnnn chaww

wassalam .. ;)


5 comments:

  1. byk tol kisah ko ek..hoho...kuat ingatan..

    ReplyDelete
  2. harusssslaaahhh ... hahahaha
    tu nama dia kenangan ...sbb tu leh ingat .. ko ty bnda lain .. payah kowt nak ingat. hahahaha

    ReplyDelete
  3. X .. Y ... Z ... hahahaaa .. habis sudaaaa..
    ( tah hape aku mengarut pun aku tak tawuuu )

    ReplyDelete
  4. haha..camno nk upgrade memory aku ek..huhu

    ReplyDelete