Sunday, June 5, 2011

~ pesona cinta ku ~




Kilauan cinta
buat yang bernama dunia
sebanyak mana cinta ini menghias hati
sedalam mana
cinta ini merasuk jiwa yang sepi

ohhh pesona cintaku
kau alpa bersama lautan asmara
kau hanyut bersama balikan ombak
yang tersadai di pesisir pantai
rasa yang cukup indah
tanpa kau sedar
kau terlalu jauh dari sang cinta yang hakiki..

ohh .. pesona cintaku
mengapa kau terperangkap
di perangkap si durjana
mencanang cinta terindah ke lembah yang curam
lalu membunuh jiwa yang tenang
lalu mematikan sebuah hati penuh kedamaian.

hai si durjana cintaku ..
kau robek hati ini semahunya
kau junamkan aku di posisi terburuk
kau berjaya membawa pesona cinta ku ke langit ke tujuh
namun kau juga berjaya
membawa pesona cintaku
ke darjat paling hina di sisi Tuhan ku
ohh ..
Tuhan ku Ya Allah

hai si durjana cintaku
jangan kau hampiri pesona cinta ini
biarkan pesona cinta ini mencari cinta hakiki
jangan kau buat pesona cinta ini berpaling
lalu berpaling dari Tuhan ku

Ya Allah ..
Ya Tuhan sekelian Alam
Yang Menguasai seluruh rasa cinta
Di Alam Jagat Raya ini

Kurniakan aku
Sebuah cinta penuh kudus di dalam dakapan Mu
Jangan sesekali
Pesona cinta ku ini
Tersungkur bersama air mata duka
Lantaran hilang arah destinasinya

Duhai cinta hati ku
Indahnya pesona ini
Ku ingin ia tersulam indah bersama cinta Allah
Agar ianya indah bersemi
Bersatu di dalam bunga-bunga cinta dari syurga
Wangiannya hingga menusuk ke dasar kalbu paling indah
Tidak terluah dek kata-kata
Tidak ternilai dek seisi dunia
Tidak tergambar indahnya rasa itu hingga segalanya terasa damai

Wahai dunia ku ...
jangan pernah kau jauh dari akhirat ku
agar pesona cinta ini
tidak pernah jauh dari cinta Tuhan ku Yang Satu
akan sentiasa bersatu
akan akhirnya bertemu
hinggalah destinasi terakhir ..
pesona cinta ini melepasi titian sirat
kerana di sana
pesona cinta ini adalah terindah merentasi segala yang ada.

created by
- nazura 2011 -




No comments:

Post a Comment