Assalamualaikum ..
sila jawab ya
waalaikumussalam ..
haaaa .. pandai pun. hehehehe
Alhamdulillah .. hanya tu yang aku boleh cakap sekarang. Alhamdulillah .. sebab Allah telah beri keputusan lulus untuk intervw spp tempoh hari. Alhamdulillah juga ... Allah telah membuka hati dan mentakdirkan kami graduan spp untuk dipostingkan sekitar Mei and Julai 2012. InsyaAllah. Terima kasih kerana TPM dan Dr. Wee Ka Siong telah menyampaikan berita yang baik buat kami. ( tidak kira dengan apa tujuan sekalipun ) Sesungguhnya anda adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kami .. maka kami menuntut tanggungjawab tersebut. Terima kasih atas keprihatinan terhadap kami.
So .. how about interim ? Okey ... itu masih di dalam desas desus .. masih belum ada hitam putih untuk memastikan bahawa kami di tamatkan atau di sambung. Macam mana pun .. bagi aku ... fokus aku adalah pelajar. Bila aku akaan ditamatkan .. masih tak ada jawapan. Bagi student aku .. yup, cikgu kamu ni tetap akan tinggalkan sekolah itu. Mungkin !!
Okey laaaaa .. lupakan soal itu. Itu hanya satu berita untuk aku share di sini. Tapi yag lebih penting aku nak share adalah .. keputusan itu membuatkan aku terkedu.
" Ya Allah .. hamba Mu ini terlalu banyak bergelumang dengan dosa. Tapi tetap juga Allah berikan apa yang diharapkan. Sesungguhnya tiada Tuhan yang lebih layak disembah. Hanya Allah. Hanya Allah yang satu ..."
Syukur .. gembira .. sedih .. malu pada Allah .. at last .. berita itu hanya buat aku tersenyum syukur. Bersujud dan termenung. Ya Allah .. betapa Kau Maha Pengasih dan Penyayang !!!!
Jadi, sayang semua.
Bersangka baiklah pada Allah. Masa aku ditimpa dengan pelbagai ujian .. satu saja aku kata dalam hati. Pasti ada yang baik nak Allah beri. Maka dia uji dengan kepayahan. Justeru, hati aku sedikit lega .. hati aku redha menerima ujian yang Allah berikan.
Muhasabahlah diri kita kembali. Allah itu tidak pernah sekali menzalimi kita. Hanya kita saja yang selalu menzalimi diri kita.
Okey sayang semua
Wassalam ..
No comments:
Post a Comment