Saturday, April 28, 2012

cantikkah kita ..?



Assalamualaikum semua
' dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ..'
okehh .. senyum semua .. !!!
haa .. cam tu lah
tak kisah apa yang kita rasa time nih
sila senyum dulu
semoga ada sinar yang akan membuatkan senyuman kita itu cukup ikhlas
senyum itu kan cantik ... 
hehehe


Masa mula-mula buka nih .. rasa macam tak de idea nak tulis apa. Belek-belek status di facebook .. yup, Bersih 3.0 will going to be reality just less than 24 hours kan ..?? Bersih 3.0 .. apa mahu di komen yer ? Buat masa ni aku belum lagi membuat sebarang kajian ( cehhhhh .. kajian ) so, aku tak boleh nak terlalu komen. By da way .. Bersih 3.0 menunjukkan rakyat Malaysia itu semakin hebat jiwanya. Rakyat Malaysia semakin besar hatinya menuntut hak mereka. Syabas rakyat Malaysia. Yakinlah .. InsyaAllah .. mereka inilah wira negara. Melayu, Cina dan India. Mereka semua bersatu untuk mnuntut satu bentuk keadilan buat mereka. Mereka bukan pembelot negara. Mereka bukan perosak negara. Tapi mereka ingin membetulkan keadaan. Kerana dengan cara itu suara mereka akan di dengar. YA, hanya dengan cara itu.

okey .. kita tinggalkan soal BERSIH 3.0 yang sedang hot itu.
today .. we want to talk about CANTIK. Haaaaa .. cantik. Pernah tak kita terfikir di mana letaknya cantik seseorang itu ? Bila cantik .. confirmlah untuk perempuan, kan ??? heee

' .. Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu...'



~ tolonglah faham bahawa perempuan itu memang cantik ~
wardina safiyyah .. there's something about her
dia memang cantik .. dia ada personaliti berbeza .. dia ada komunikasi yang menarik
sebab itu dia sangat cantik 


Bagi aku .. yup, cantik seseorang itu adalah hati dan iman seseorang itu. Keindahan seorang wanita itu terletak sejauh mana ketaatan dia pada Allah. Ya, itu bagi aku lah kan. Dan amatlah buruk seseorang itu klau cantik sekali pun tak tidak tahu menjaga aurat mereka .. bila tidak menjaga aurat maka akan tercalarlah maruah dia ( even aku pun bukan baik mana pun nak bagi extra komen pasal aurat n maruah segala nih ... )

Satu benda aku nak share : ( sila mengerti ini bukan untuk menjadi riak okeh )
Bila masuk latihan mengajar kat SMVBP .. dan Interim di SMKTU 2 .. aku terpinga pinga. Kenapa orang kata aku cantik ...? Serius. ! Sebab dalam mind set aku tak pernah ada istilah cantik untuk aku. Macam kebanyakan orang yang lain .. menilai cantik itu dari aspek fizikal yang nampak. Means .. muka, kulit .. dan bentuk tubuh. Okey, fine ! Kuno kan hotak aku .. ~ lalalalala ~


~ irma hasmie yang bertudung .. ~


~ irma hasmie yang takk bertudung ~

p/s : sila buat perbandingan. Mana yang lebih cantik. Ramai akan kata pakai tudung .. tutup aurat lebih cantik. Tapi kenapa ramai tak nak tutup aurat ..? bila tak nak tutup aurat maknanya tak nak kelihatan cantik. betul tak ? betul tak ..??

 
Bila student cakap ..
' .. saya jeles lah. kenapa cikgu cantik ...? '
speechless ! Cantik ..? tang mananya yang aku cantik tu ..? Lagi bila diorang cakap depan cikgu lain. Perghhhh .. malu kot. Klaau aku memang cantik macam Siti Nurhaliza tu okeh kot. 

Mula mula tu .. aku memang teragak agak. Aku memang kekok. Sebab sepanjang kat SMKTI, Matrik Melaka dan UTHM .. aku tak pernah menjadi perhatian begitu. Ye lah .. ada lagi yang lebih cantik kan ..?? Bila kat sekolah .. ia membuatkan aku terfikir sesuatu tentang cantik. Membuatkan aku berubah persepsi tentang cantik.

Ya, cantik itu lahir dari dalam. Ia boleh jadi pada tutur kata kita .. boleh jadi pada sikap kita pada mereka .. dan cantik itu adalah apabila kita nampak berbeza dari selalu .. dan orang lain. Contohnya : Jika hari hari pergi sekolah pakai baju kurung .. cukuplah satu hari tu kita cuma pakai track suit, t-shirt n tudung .. ( pastikan masih tutup aurat okeh ! ) di situ anda .. kita boleh kelihatan cantik.



~ dari dulu ... sampai sekarang .. there's no make up ~
orang kata .. tunggu kahwin. pandailah pkai make up ..
aku bukan tak pandai.
tapi aku rimas. mungkin bagi aku ... tanpa make up aku rasa lebih simple
ok fine ! sebab aku guna produk simple skin care
hahahaha

Cantik itu adalah apabila anda mempunyai personaliti yang berbeza. Personaliti itu bukan yang selalu ada. Kalau di sekolah .. student lain pakai tudung singkat .. tiba-tiba anda pkai tudung labuh .. Ya, dari situ anda boleh kelihatan cantik. Tak caya ...???? try r ! orang cakp tak mau caya ! gile ..

Allah dah kata .. seindah wanita itu adalah wanita yang menutup auratnya .. menjaga maruahnya. Islam juga amat amat mementingkan kebersihan .. kekemasan dan kecantikan. Cukuplah anda bersederhana dalam berpakaian .. tapi kemas, bersih .. anda memang cantik. Allah menjadi rupa fizikal berbeza mengikut kecantikan di mata mata yang memandang. Ada yang kata cantik .. ada yang kata tidak. Ia memang sangat subjektif. Tapi yang paling penting .. cantik di hati .. maka cantiklah anda.




Habis tak tutup aurat tapi baik hati macam mana ..??? cantik jugak ke ...???
Hmm .. tak cantiklah ! Waaaa .. terus terang betul. Tahu kenapa ...? Baik di hati ... cantik di hati bermula bagaimana kita menerima perintah Allah. Menerima kawajiban yang telah Allah tetapkan. Kalau Allah suruh kita tak mau buat .. mana nak datang cantiknya di hati. Apa pun .. Allah yang utama. Kalau baik dengan manusia sekali pun .. tapi dengan Allah degil .. dengan Allah kita buat tak endah .. tak ada gunanya kan ..????

Aku pernah tanya kat pak we :
' .. untung betulkan dia. Dapat awek mesti cantik - cantik. Awak tak jeles ke ..?? saya ni dah la tak cantik ... tak cute .. tak suka make up lagi ...'

then dia jawab :
' ... cantik ke ? dia putih je pun. Tak lah cantik sangat ...'

Bagi lelaki .. kecantikan seorang perempuan itu adalah apabila perempuan itu dapat memahami dia. Ya, lelaki amat memerlukan teman yang memahami dia. Tak guna cantik tapi kuat merengek macam budak setahun 5 bulan .. adoiiiyaiiii ..


~ mari kita cantikkan hati kita dengan kasih sayang .. ~


So, wanita ... perempuan n girls semua
Mari kita ubah persepsi cantik kita. Jangan kita terlalu pertikaikan kenapa kita begini .. begitu. Tapi betulkan dalaman anda. Dalaman kita. Hati kita bagi bersih. Insya Allah .. akan nampaklah kecantikan itu di wajah anda. Yang penting : SENYUM SELALU ...;)

OKEH

  

Wassalam semua ..


2 comments: