Assalamualaikum semua
selamat pagi pagi buta
siapa yang tak dapat tido malam ini sila celik !!!
~ lallalalala ~
hehehehehehe
Malam ni .. hmm .. masuk pagi dah kot. Aku tak dapat nak tido. Adoiiiyaiii .. mana nak tido. Baru bangun tido .. memanglah tak dpat nak tido lagi. hahahaa
Actually .. hari ni adalah hari yang bagus untuk aku. Kenapa bagus? Hmm .. sesungguhnya aku dapat mengaplikasikan perkataan ' hari ini lebih baik dari semalam '. Hoyea ! hoyea !!!! hahaha
Semalam ..?? silap lah. Tak boleh semalam. Semalamnya lagi. Okeh !
Semalamnya lagi .. means hari Selasa, mud aku merewang tah mana. Ke laut .. hmm .. Laut China Selatan kot. Dihanyut ombak .. bla bla bla .. bukan ombak rindu yer. sila mengerti !
Kenapa ..?? Ya, kenapa ek ..?? hahaha
Kan selalu dengar .. hidup kita tak kan indah bila tak ada air mata. sebab kita takkan tahu nikmatnya gembira klau tak pernah berduka. ~ lalalalaala ~
Perkataan sedih dan air mata bukan benda yang asing bagi aku. Benda yang sangat biasa sampaikan kadang-kadang aku tertanya-tanya ' bila aku nak menangis nih ..' haaa .. kan ? Serius !! Itu memang KELEMAHAN aku yang paling besar.
Diciptakan oleh Allah .. aku ada hati yang tersangatlah lembut. Kadang tu .. benda yang dah berlaku 2 tahun lepas pun aku rasa macam baru je berlaku 2 hari lepas. Tapi .. aku selalu pujuk diri aku sendiri, itulah motivasi kita. Itulah MOTIVASI okeh !!!
Aku tak mengalami pahitnya putus cinta. Tapi aku mengalami pahitnya .. sengsaranya putus SAHABAT. Macam mana boleh putus .. entah. Malas kot nak cerita. hahahaha. Hakikatnya .. memang ada kesalahan dari keduanya. Cuma .. hati aku kata, hukumlah aku pada kesalahan yang aku buat .. tapi jangan hukum aku pada kesalahan yang orang lain buat. Sebab aku akan menghukum mereka dengan kesalahan yang mereka buat.
Siapalah aku untuk menghukum mereka sedangkan banyak juga kesalahan aku pada orang yang lain tapi tidak juga di hukum. Betul kan ...??? My bf pun kata ... ' awak jangan terlalu berdendam ..'
yup .. pada asalnya memang ia kelihatan seperti satu dendam yang aku tak izinkan ia terlerai begitu saja. Pada aku .. wat u give, u'll get it BACK !! Waaaa !!! hahahaha. Tapi silalah PERCAYA bahawa ALLAH itulah yang lebih berhak memberi balik dalam apa bentuk sekali pun.
Jadi, keputusan aku adalah .. aku melepaskan semua yang aku panggil kenangan. Aku takkan pandang semula ke arah mereka .. berpatah balik mencari kegembiraan yang pernah kami kecapi dulu. AKU SPESIES TAK PANDANG BELAKANG. Apa yang aku terima aku redha dan aku teruskan walaupun rasanya sangat sakit ... sangat sunyi .. rindu + sayang .. tapi terpaksa dibiarkan berlalu bersama masa. Sebab aku yakin .. sangat yakin Allah akan gantikan dengan yang lain.
SMKTU 2 membuka lembaran yang baru dalam sesi hidup aku.
Walaupun langkah pertama tu di rasakan cukup pelik .. asing dan hambar. First time duduk di rumah sewa. First time jauh dengan family .. it's something difficult to adapt, kan ..?? by da way ... dengan housemate yang cool ... lebih matang dari aku ( Masidah, Nik Farida n Kak Zah ) .. membuatkan aku cepat utk adapt dengan persekitaran yang baru.
Berhadapan dengan budak JB .. apa lagi di sekolah yang tak bertaraf ( SMK biasa je la kan .. bukan sekolah pilihan ) buat aku shock ! Persekitaran .. percampuran Melayu, India dan Cina .. semua tu sangat baru bagi aku. Dengan budak yang tak makan tengking .. semua tu adalah pengalaman sebagai seoranag guru untuk mencari cara terbaik untuk mendidik.
Semua tu membuatkan aku berfikir setiap malam ...' apa agaknya aku nak buat dengan budak tu esok ek ..?? '
Semua tu membuatkan aku berfikir setiap malam ...' apa agaknya aku nak buat dengan budak tu esok ek ..?? '
hmm .. mungkin itu kot yang difikirkan oleh kebanyakan cikgu sekolah. Mungkin juga semua cikgu yang memang niat di hatinya .. ' aku perlu betulkan student aku ..' tapi lama-lama .. semua tu jadi sesuatu yang bertukar perlahan-lahan. Dari perasaan sangat bosan untuk ke sekolah berjumpa dengan student .. buat aku sangat tak sabar untuk ke sekolah pada hari esoknya. Kenapa ...?? Pelajar sekarang bukan pelajar yang boleh di pukul tengking lagi. Mereka spesies tak takut. Kalau dengan polis pun diorang boleh sumpah seranah depan-depan. Kalau dengan kayu cota pun diorang tak heran .. apa lagi setakat dengan marah cikgu perempuan umur 24 tahun yang belum ada pengalaman setahun pun mengajar. Sila buat perbandingan !!!
Cukup aku kata .. kebanyakan mereka adalah di kalangan mereka yang kurang kasih sayang. Sama ada kurang menerima kasih sayang atau kurang memberi kasih sayang. Aku tak pernah bermimpi untuk menjadi seorang guru. Aku pernah cuba menggagalkan test MEDSI aku waktu di matrikulasi. Aku pernah cuba menggagalkan sesi interview aku sewaktu di UTHM dulu. Tapi .. Allah tahu mana yang terbaik buat aku. Bagi aku .. waktu itu .. guru adalah masuk kelas dan mengajar. Tapi .. sebenarnya itu adalah tugas guru yang langsung tak terbeban. Apa yang menjadi sangat sukar adalah .. guru perlu memastikan .. mengusahakan agar student itu .. generasi yang akan mempelopori negara satu masa akan datang .. baik Melayu, Cina dan India .. mereka menjadi generasi yang membangunkan negara dengan cara yang baik dan betul ! Serius !!! Di situlah pentingnya motivasi, psikologi, kaunseling dan agama. That's my passion !!!!
Itu dengan pelajar. Macam mana pulak dengan komuniti guru ???
Aku pernah dengar satu statement .. ' untung jadi cikgu voka .. duduk bengkel je. tak payah campur dengan cikgu-cikgu kat bilik guru. banyak gosip ! '
hahahaha .. hakikatnya memang begitulah. Menjadi guru bukan hanya berhadapan dengan pelajar .. tapi juga guru yang banyak juga kerenahnya. Kalau cikgu ada 100 orang .. pasti ada sekurang kurangnya seorang guru yang membuatkan kita rasa .. ' ish. aku tak suka dia ni ...'
Tapi, bagaimana nak menghadapi situasi ini ..?? Adakah dengan menggunakan sikap kebudak budakan .. dengan bermasam muka n tak bertegur dengan dia ??? Aku cuma memegang prinsip ..
' since u dont touch me .. i will not touch u ..' maknanya .. selagi mana belum ada sesiapa yang mengganggu gugat aku .. maka aku takkan kisah.
Aku ada kerja aku .. dan mereka ada kerja mereka. Cara apa dan bagaimana mereka tak puas hati dengan sesetengah orang itu bukan urusan aku. Mereka boleh luah ikut kehendak mereka sebab itu hak mereka. Mereka dipersilakan untuk berkelakuan bagaimana pun .. sebab itu hak mereka. sebab mereka pun tak mengganggu hak aku. Bak kata my bf ... ' kurangkan bercakap .. banyakkan mendengar ..' Dan aku akui .. itu adalah cadangan yang baik buat aku. Sejak sekolah rendah .. aku sangat dikenali
sebagai seoranag yang terlalu banyak bercakap. Minah kepoh ! Wowww !!! hahahaha. Tapi lately .. aku memang hilang gelaran itu. Aku pun tak pasti mana pergi !
sebagai seoranag yang terlalu banyak bercakap. Minah kepoh ! Wowww !!! hahahaha. Tapi lately .. aku memang hilang gelaran itu. Aku pun tak pasti mana pergi !
Soal kerja .. memang ramai kata guru interim nih akan dibebankan dengan banyak kerja. By da way .. aku cuma memandang semua itu sebagai satu tanggungjawab. Hmm .. entahlah. Cukuplah aku kata .. aku datang ke sekolah untuk membuat kerja .. untuk busy. Bukan untuk berjalan-jalan. Tapi klau terlalu busy pun payah jugakkan. Cuma buat masa ni .. aku tak pernah sampai bawak balik kerja di rumah
( tak macam Cikgu Masidah yang tak berhenti buat kerja .. ish3x. Bakal guru cemerlang 2012 !!! )
Aku tak nafikan .. ada juga tanggungjawab yang aku perlu pikul even hanya sebagai guru interim. Penyelaras Denggi Sekolah, Guru Penasihat Kelas Perpustakaan, Guru Kelas B untuk 2 kelas, Setiausaha Panitia PSK & Agama Islam. Ada juga tugas lain yang sampingan. Apa yang paling penting .. aku tak boleh tangguhkan kerja walau hanya 1 hari. Itu kan memang cara aku kerja sejak dulu sampai bergaduh besar besaran punya dengan cousemate. hahahaa ..
Aku tak nafikan .. ada juga tanggungjawab yang aku perlu pikul even hanya sebagai guru interim. Penyelaras Denggi Sekolah, Guru Penasihat Kelas Perpustakaan, Guru Kelas B untuk 2 kelas, Setiausaha Panitia PSK & Agama Islam. Ada juga tugas lain yang sampingan. Apa yang paling penting .. aku tak boleh tangguhkan kerja walau hanya 1 hari. Itu kan memang cara aku kerja sejak dulu sampai bergaduh besar besaran punya dengan cousemate. hahahaa ..
Dan yang paling latest ... ' nazura, nazura kena tolong kak nik buat instrumen untuk PBS form 1. Form 1 kita berdua dengan ustaz maalim. Ustaz Maalim ( GPK HEM ) mestilah busy, kan .. nanti nazura tolong kak nik, yer ..?? '.. hahahaa .. ' orite ! '
Kenapa orite ???
Wahai anda yang baru saja bekerja tak sampai setahun .. grablah apa saja kerja sebagai satu pengalaman. Jika kita ambil tugas itu sebagai pengalaman .. untuk kita belajar suatu yang baru .. insyaAllah, semuanya akan jadi mudah. Belajarlah apa saja walaupun ia bukan bidang tugas kita. Itu semua adalah pembelajaran yang takkan terkandung dalam mana mana buku pun.
SMKTU 2 adalah sekolah yang pasti akan aku rindu jika ditakdirkan aku dipostingkan di sekolah yang lain memandangkan tak ada opsyen aku di sekolah tu. Memandangkan tak ada juga subjek kosong yang bersesuaian dengan opsyen aku.
Bagi aku .. dimarah dengan pengetua .. hahahaha. Memang tak boleh lupa saat kena jerit dengan pengetua dari tingkat 3. Geram. Marah. Sedih. Malu semua tu ada. Tapi rasionalnya .. cukuplah aku anggap dia orang tua yang tak perlu sangat aku ambil hati dengan marah dia. Tapi teguran dia yang baik .. perlulah aku ambil sebagai nasihat. Sama juga macam GPK yang lain. Aku tak menganggap mereka sebagai bos aku .. aku tak anggap mereka sebagai ketua aku .. tapi aku anggap mereka adalah cikgu-cikgu aku. Sebab aku tersangat muda untuk menganggap mereka ketua aku = rakan sekerja.
Aku yakin .. kadang2 akan ada juga sikap antara rakan kita yang keterlaluan. Tak kira dari segi bahasa dan perbuatan. Cuma bagi aku .. cukuplah .. yang buruk tu memang kita tak suka .. ( tak suka dengan sikap itu bukan orangnya ) tapi yang baik .. perlu untuk kita suka. Jika nasihat dan pandangan itu baik .. maka dengan senang hati dan terbuka perlulah kita terima. Kalau buruk sikap mereka .. maka dengan senang hatilah perlu untuk kita tak suka. Jika begitu, bukanlah kita lalang .. tak juga kita kaki kipas .. komen orang lain tentang buruk seseorang yang lain jangan kita anggap itu fitnah .. tapi luahan perasaan. Sebab jangan kita memandang seseorang itu baik saja .. mesti ada buruknya. Maka, dari situ buat kita lebih berhati-hati dengan setiap orang.
Yakinlah .. dengan begitu kita akan gembira dengan semua orang. Menerima baik dan buruk seseorang itu.Bergembiralah dengan hidup yang ada. Aktiviti mengata di belakang .. hmm .. benda biasa kot. Aku pun dengan senang hati pernah cakap someone is Angry Bird ! ~ lalalalaa ~ Angry Bird .. comel kowt. Aku siap minta angry bird lagi kat kawan aku masa konvo aritu. hahaha. Tapi janganlah hingga terbawa bawa menjadi kan kita seorang yang tak profesional. Tak suka .. is tak suka lah. Tapi jangan kerana yang dimarahnya orang lain .. kita pulak yang over benci kat dia.
Yakinlah .. dengan begitu kita akan gembira dengan semua orang. Menerima baik dan buruk seseorang itu.Bergembiralah dengan hidup yang ada. Aktiviti mengata di belakang .. hmm .. benda biasa kot. Aku pun dengan senang hati pernah cakap someone is Angry Bird ! ~ lalalalaa ~ Angry Bird .. comel kowt. Aku siap minta angry bird lagi kat kawan aku masa konvo aritu. hahaha. Tapi janganlah hingga terbawa bawa menjadi kan kita seorang yang tak profesional. Tak suka .. is tak suka lah. Tapi jangan kerana yang dimarahnya orang lain .. kita pulak yang over benci kat dia.
p/s : tolonglah faham .. itu adalah sikap segelintir kaum hawa ( kebanyakannya ). huhuhu
By da way .. SMKTU 2 .. dan program guru interim .. thanks to give me a valuable gift for this life. Sungguh.!! Ini adalah pengalaman yang sangat mematangkan. Ia mungkin berbeza apabila terus mendapat DG 41 .. DG41 yang terus menjadi guru tetap ... setiap bulan menanti gaji. Tapi guru interim .. gaji tak sebanyak guru tetap tapi kerja sama dengan guru tetap. Setiap akhir bulan perlu berjuang untuk dapatkan gaji. Tak pernah cepat .. wajib lambat. hahahaa .. tapi itulah aku nak kata. Ada yang terlalu sangat berharga berbanding gaji. Ya .. ada !!
Wachaaaaa !!!!! tak sedar panjang giler entry ni.
huhuhu .. cukuplah cukup. Bosan giler orang baca. hahahaha
saya berambus dulu yer ..
tido la tido ..
nite !
Wassalam ..;)
No comments:
Post a Comment