Assalamualaikum
kui3x
Lama kan tak update blog.
huhuhu
Kenapa ..?? hmm .. banyak sangat jawapan untuk soalan kenapa tu. Cuma satu je jawapan yang paling tepat. Busy. Busy. Busy ...
Kenapa busy ?? 23 Mei 2012 adalah hari yang bersejarahla jugak bagi aku .. well .. aku mula menempuh zaman pekerjaan tetap. Jadi apa ..??? hmm .. jadi cikgu la hape lagi. adoiiiyaiiii ..
Ok .. tak perlu story macam mana keadaan aku sekarang ..
Tapi aku nak story tentang Tasek Utara 2 yang ditinggalkan. huhuhu ..
SMKTU 2 .. aku datang ke sekolah tu dengan perasaan yang cukup hambar. Cukup bosan. Cukup menyakitkan. Masa tu rasa budak budak sekolah tu .. macam tak tahu nak kata apa perasaannya. Susah nak gambarkan.
Bila 31 Mac 2012 .. aku sepatutnya ditamatkan perkhidmatan sebagai guru interim. Perasaannya bercampur campur. Sedih dan gembira. Sedih sebab akan tinggalkan sekolah .. tinggalkan pelajar dan rakan guru kat situ. Tiba-tiba ... tak jadi !!! Aku adalah orang yang cukup bersyukur. Aku ada masa lagi bersama pelajar aku.
Dan 21 Mei 2012.
Bila penempatan diagihkan. Tahniah ! Anda ditempatkan di SMK Taman Nusajaya
Hati aku hambar. Tak tahu nak kata apa time tu. Bila pandang pelajar aku .. hati aku cuma terdetik ... ' aku akan tinggalkan diorang ..'
Aku tak dapat dengar lagi gurauan pelajar
' .... cikgu ni cantiklaaaa ...'
' .... cikgu, saya geramlah dengan cikgu ni. semua purple !!! ..'
dan yang paling sweeet .. bila ada yang nyanyi ..
' nazura ..... kau lah sinar hidupku ....'
Semua tu datang dan pergi. Bila pindah tempat mengajar .. maka aku pun perlu pindah tempat tinggal. Sungguh .. itu juga perkara yang sukar untuk diterima. 5 bulan bersama diorang ( Nik Farida, Masidah n Kak Zah ) buat aku sangat selesa. Honestly, aku bukan manusia yang sangat mudah selesa dengan orang. Aku mungkin boleh mesra dengan ramai orang .. tapi bukan pada erti kata selesa.
Bila peluk ida time dia nak balik .. yes, there's something different deep in my heart. Serta merta air mata bergenang. Tapi masih aku cover ! You know what .. rumah sewa tu adalah rumah sewa pertama bagi aku. Kalau cakap pasal kenangan .. semuanya adalah kenangan.
Keluar rumah pagi pagi ... hantar baby ... berkejar pergi sekolah .. itu semua adalah rutin yang akan selalu dirindui.
Tapi kata orang .. biar sekejap tapi memberi kesan yang positif .. jangan lama .. tapi akhirnya berantakan menjadi negatif.
Rutin SMKTU 2 adalah rutin yang manis sekali. Hati memang sebak sangat bila lalu depan SMKTU 2. Teringat pun kadang kadang jadi sebak. Bila datang pagi .. selalunya mesti terlewat. Nanti berkejar nak punch .. kadang tu pengetua akan tunggu kat depan. ( owwwhhhh .. sangat dasat ). Lepas tu turun ke dataran kejat setiap hari untuk perhimpunan .. hmmm ..
Alhamdulillah .. hubungan aku masih baik dengan cikgu cikgu sampailah masa aku melangkah keluar dari sekolah tu. Kalau cikgu interim lain rasa mereka ada satu mentor .. aku rasa aku ada ramai mentor.
Pn. Chan Wei May .. GKMP Sains Kemasyarakatan.
Bagi aku, Pn.Chan cukup baik. Cukup bagaimana aku mengenali dia .. buka bagaimana orang lain kenal dia. Bagi aku .. setiap manusia ada buruk dan baiknya. ya, dia memang baik. Sebagai ketua .. aku sangat respect sebab dia banyak support untuk aku lebih banyak belajar. Dia tunjukkan aku cara untuk buat kerja dengan baik, kemas dan teratur. Aku suka cara kerja dia. Dalam banyak perkara, dia sentiasa motivate aku supaya terus berusaha untuk majukan diri. Serius .. teringat kata-kata dia setiap kali tanda buku rekod mengajar aku.
Ustaz Maalim bin Mamat GPK Hem
Aku berada di bawah ustaz sebab aku penyelaras denggi dan perlu mengajar subjek agama Islam. Bagi aku .. ustaz adalah ketua yang baik dan sangat tolarate. Tak melampau aku kata kalau aku dah anggap dia macam cikgu aku kat sekolah dulu. Bagaimana aku sentiasa membuat setiap arahan .. dan membuat setiap tugasan sehabis baik yang mungkin.
Pengetua
Kenapa pengetua ...?? ramai orang cakap dia garang .. bla bla bla ..
Bagi aku .. dia memang garang. Dia memang strict. Tapi aku sangat respect cara kerja dia .. dan ada waktunya aku suka cara dia melayan studnt.
Dalam bersama komuniti guru .. aku lebih suka meletakkan negatif seseorang di sebelah tepi. Sebab itu tidak lain hanya akan membuatkan kita rasa kurang senang dengan sipulan. Setiap orang ada kelemahan .. ada kekurangan. Tapi jika kekurangan dan keburukan itu saja dipandang manusia .. maka tidak ada manusia yang bagus dalam dunia ni.
Aku hanya mahu mengenali seseorang dari sudut pandangan mata aku. Dan aku sangat berhati hati dengan sudut pandangan mata orang lain. Sebab ... bukan semuanya kita boleh nampak. Jangan pandangan orang .. kita buang lantaran dah suka dengan individu tersebut. Tapi .. adalah baik jika berhati hati.
Okey lahhhhh
aku yakin .. sebaik saja melangkah meninggalkan sekolah tu .. aku akan rindukan Kak Nim, Kak Nik, Kak Erniey .. Kak Rozi, Kak Isma, Tan, Masidah dan semua. Mereka semua adalah guru-guru yang selalu menjadi mangsa aku. Mangsa apa ..?? Mangsa kena kacau je. Lepas ni .. aku tak dapat kacau diorang lagi dahhh.
By da way .. SMKTU 2 adalah kenangan bagi aku. SMKTN .. adalah masa depan bagi aku.
Dulu .. aku ingat lagi macam mana aku sangat stresss .. aku sangat sangat ingin keluar dari SMKTU 2 .. bagi aku tu adalah sekolah paling teruk. Bagi aku student kat sana semua .. snagat menjengkelkan. Tapi hari ni .. aku cuma nak kata ..' aku sangat sedey sebab tidak kekal di sana ..'
Lepas ni, aku harap aku dapat survive dengan baik di Gelang Patah. Aku bawa bersama kenangan di Tasek Utara 2 agar aku boleh tetap tersenyum di SMK Taman Nusajaya.
Thanks all.
Luv U all .. Miss U all ...
No comments:
Post a Comment