Monday, September 17, 2012

~ antara impian dan kenyataan ~



Assalamualaikum
hye guys ..
macam mana hari anda semua hari ni ..???
hoyea hoyea !!!
pastikan ok. yeah !!

Baiklah .. hari ni, mari kita cakap tentang impian. 
Yuhuuu .. setiap orang kan ada impian kan ..? tapi ada masanya impian kita tuh hanya sekadar impian kan. Kadang-kadang impian tuh .. sekejap je. Lepas tuh akan bertukar kepada yang lain.

Okey, okey .. fine !
Bagi aku, setiap impian itu perlu disertai dengan usaha untuk menjadikan ia sebagai kenyataan. 
Tapi, yakinlah .. semua tu amat susah dan bakal mengundang putus asa.

Pengalaman aku tentang sebuah impian.
Alhamdulillah .. setelah lebih 10 tahun barulah impian tuh berjaya menjadi kenyataan. Apa impiannya ..?? yeah ! sebagai penulis novel. by da way .. novel seterusnya tidak berjaya dipublishkan memandangkan kualiti manuskrip tak melayakkan untuk ia dipublishkan. lalalalalala .. ;)  tak pe. InsyaAllah, usaha lagi.

Lagi pun dah lama sangat tak menulis, kena juga mendapatkan inspirasi dan gaya penulisan yang lebih baik. Hohoho .. ye la kot. Dah berapa lama aku tak menulis kan ..? Bertahun-tahun kat universiti .. memang langsung tak sempat nak menulis. huhuhu .. bila nak start menulis semula, dah jadi macam tepu. kui3x.


~ DBP Wilayah Selatan ~

Aku tak berapa ingat berapa haribulan, aku pergi ambik hadiah untuk pertandingan sayembara cerpen dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan. kui3x. saguhati je pun. Alhamdulillah. Bukan hadiah tu yang begitu mengujakan, tapi .. masa penyampaian hadiah tu ada program bual biacara bersama 2 beradik. Siapa ..?? yeah yeah .. ! Dr.H.M Tuah Iskandar ( sumber inspirasi aku tuh ) dengan abang dia .. Iskandar Zulkarnain. Iskandar Zulkarnain ..?? Ok .. kalau anda student form 5 tahun 2005 dan sekolah di negeri johor .. anda mesti kenal novel tragedi 4 disember kan ..?? Hmm .. itulah penulisnya. Marvellous !!! 


~ you know wat .. Dr.H.M Tuah Iskandar memang idola aku .. tapi bila jumpa dengan abang dia yang sebelah tuh .. bertambah seorang lagi idola aku dalam dunia penulisan. Menulis bukan untuk Glamour okeh ~
 
Aku tak ambik gambar dengan mereka .. aku tak menunjukkan pun yang mereka adalah insan-insan yang aku kagumi. Tapi aku ingat satu tips dari mereka :

menulislah untuk menyampaikan mesej yang baik. biar orang tak kenal, tapi ada mesej yang boleh diingati oleh mereka yang membaca.

Diorang cakap juga tentang penulis-penulis novel baru ni .. seharusnya mereka perlu lebih mementingkan kualiti dalam penulisan. Hmm .. diorang mengumpat novelis baru, aku salah seorang dari penulis baru tu kot. hahahaha .. tapi, bagi aku itu adalah input yang sangat bagus untuk aku sebagai penulis baru. Mereka menguatkan semangat aku untuk terus menulis. lalalalalaa .. ( entah bila nak sambung menulis .. busynya i ..!!!!! )

Okeh .. cukup impian sebagai penulis novel. 
Aku cakap dengan mybf .. jeles tengok kawan-kawan yang sambung belajar buat master. Hurmm .. master pulak la kan ..ish3x. Tekad tuh dah ada .. tapi .. kui3x. Memiliki master tuh memang impian aku. Tapi impian aku adalah untuk ada master dalam kaunseling or psikologi or pendidikan awal kanak-kanak. Tapi itu sangat susah bagi aku di waktu sekarang ni. Baru start kerja kan ..? boley la plak nak sambung belajar. 

Dan mengikut jangka masa tertentu .. aku nak buka sebuah tadika atau taska. Bila aku hidup bersama pelajar .. aku nak membina satu modul pendidikan yang membangunkan diri dan sahsiah mereka seawal umur 4 tahun. Owhhh .. itu memang macam angan-angan minah jenin ( since i am a girl ... ) tapi, nak juga usaha ke arah tu. huhu .. mungkin 10 or 20 tahun lagi. lalalallaa .. siapa tahu kan ..?? heee


Hurmm .. tapi, masalahnya adalah aku sedang berada di dalam dilema.
Apa dilema aku ..?? huhu .. dilemanya adalah .. kui3x. Nak kahwin ke .. nak sambung belajar ke .. nak buat business ..??? kui3x. Banyak betul yang aku nak buat kan ..? ahahahhaha ..
Macam mana pun .. apa pun impian aku .. dan impian semua .. mari kita berusaha untuk mencipta impian menjadi sebuah kenyataan !! hoyea hoyea !!

Mari kita bangun hari ini dan fikirkan jalan untuk membangkit impian menjadi kenyataan !!
kui3x
Wassalam ..

1 comment:

  1. mari kita BANGKIT...

    "Ramai orang gagal bukan kerana tidak ada ILMU...
    tetapi ramai orang gagal kerana meraka gagal bertindak
    atau berusaha secara maksima dan konsisten..,"
    ~ Dr Azizan Osman

    Goodluck dear...

    ReplyDelete