Tuesday, September 11, 2012

kasih sayang bukan hanya untuk manusia



Assalamualaikum
hai readers ..
lama betul tak update blog ni
so far .. tersangatlah busy n tersangatlah tak ada mud lately nih


Beberapa hati sebelum ni .. aku tak sedap sangat entah kenapa. Bergaduh dengan bf ... sudah. Tak puas hati lagi .. berbaik dengan bf pun sudah. Jumpa kucing2 aku .. sudah .. by da way .. semua sudah. Dekatkan diri pada Allah .. tak payah lah sebut. Sebagai Muslim, itu adalah cara pertama kan ..

Bila hati kita kurang sesuatu .. memang begitulah jadinya. Hari-hari .. duduk di jb .. aku masih rasa sepi tu. Dengan house mate .. kejap2 je pun jumpa. Aku balik maghrib, lepas maghrib terus tido. Diorang plak sek sebelah pagi, pagi pagi buta da keluar. Jadi, teman aku bercakap cuma di sekolah. Dengan student atau kawan2 cikgu je lah.

Ditakdirkan satu hari .. aku rasa aku rindu sangat pada kucing - kucing aku. huhuhu .. bila selama ini, mereka teman kita. Teman menangis dan ketawa .. sungguh, tak ada mereka kat sisi tu sangat buat aku rasa kehilangan. Selalunya diorang ada masuk bilik. Tidur atas katil. Atau tidur dengan aku. Sungguh rasanya sepi sangat bila hilang mereka. Biarlah tak ada kawan, asalkan ada diorang.

Jadi, dipendekkan cerita, masa aku nak pergi sekolah ... aku lalu belakang rumah jiran aku. Nampak ada anak kucing terbaring atas tangga kat longkang. Aku pun stop .. then panggil. Aku ingat dah mati .. tapi dia bangun pandang aku. Masa dia berjalan sikit je .. kaki belakang dia terkulai ( patah or terseliuh ) then dia terbaring semula.

Bila tengok macam tuh .. mustahil aku biar. Aku turun .. then terus ambik that kitten. Mula aku tak tahu nak buat apa sebb keadaan dia teruk. Kaki dia dah la problem macam tu, selesema teruk lagi .. hmm .. jadi, aku pun terus bawak ke vet kat tampoi. Kat sana .. check virus, then aku tinggal. Balik sekolah dalam kul 7 mlm aku datang semula ambik dia n ubat2 dia.

Sebab nak terus balik BP, aku pun terus bawak dia balik BP. Selama dalam kereta dia diam je. Tidur nyenyak. Mungkin lama dia tak tidur kan .. selama ni tidur tempat sejuk. Hmm .. by da way .. umur kitten tu mungkin dalam 3-4 bulan macam tuh. Kecik lagi. Kat rumah .. dia duduk je lah dalam kotak. Kucing aku kat rumah plak .. dah macam penyamun. Nampak ada kucing lain .. semua mengamuk macam hape. ish !!!


~ kitten tuh peluk leher hensem .. hu. sedey betul tengok ~

Then, satu malam .. dia nak keluar dari kotak. Aku pun keluarkan. Kebetulan dalam bilik aku ada si Hensem ( lu'lu ) .. dengan kaki yang terkulai tuh dia kejar si Hensem tuh nak peluk. Mula-mula si Hensem marah .. tapi sebab ekor dia tak kembang nak mengamuk .. jadi, aku pun pujuk ... pujuk dan pujuk. Entah macam mana, lama si Hensem tuh pandang kitten tuh .. dia pun duduk. Kitten tu terus datang kat dia n peluk leher si Hensem. Oh .. soooooooo touch okeh !! Siapa pun akan menangis tengok kitten tuh tidur sambil peluk leher Hensem. Bila Hensem bangun .. ubah tempat. Dia kejar lagi then tidur atas badan si Hensem tuh. Memang sedey sangat .. huhu. Sampailah si Hensem tuh tertidur. huhu


~ dia kejar jugak hensem even hensem bangun .. ~
nampak tak kaki belakang dia yang terkulai tuh .. ;(

  

~ sampailah si hensem tuh tertido ~

Then pagi tu .. hari Isnin. Aku memang nak bawak semula dia balik Perling. Bila dia da sihat, nak pulang semula dia pada kawan2 dia. Tapi pagi tu .. aku ringkaskan kisah .. dia mati depan mata aku. Sungguh menangis masa tengok dia nazak. Ya Allah .. ( cepatlah nangis ! )

Dan masa yang sama .. pagi tu, pegawai bank cal yang pinjaman dah lulus. Masa tu lagi lah aku sebak. Aku tunggu kelulusan pinjaman tuh dekat seminggu. ( agak lewat sebenarnya ) .. aku sedey sangat sebab aku tak dapat share rezeki yang baru datang kat aku dengan kitten tuh. 


~ pagi tuh : sudah tidak dapat diselamatkan ~

Ada masanya aku terfikir .. aku ke yang buat kitten tuh mati sebab rindukan ibu or kawan dia ..??
Tapi secara positifnya .. mungkin ajal dia di sisi aku. Supaya dia mati dalam keadaan yang lebih baik. Tak mati tersiksa kat tepi jalan. Actually, dia dah nampak makin ok. Mungkin sebab dia ada masalah di peparu n kaki dia, buat dia tak dapat bertahan. Entah berapa lama dia tak makan. Sebab selama aku dengan dia, dia langsung tak nak makan dan minum kecuali aku paksa makan minum guna sringe.

 

~ selamat tinggal sayang ~
 
Apa mesej aku di sini adalah .. kasih sayang.
Kalau kucing tuh pun tahu kasih sayang ... kenapa manusia dah banyak hilang perasaan tuh. Si Hensem dengan kitten tuh tak pernah kenal pun sebelum ni. Si Hensem tuh lagi lah samseng kampung aku nih. Dia besar .. berat macam anjing. Tapi, dia bersimpati pada kitten tuh yang sangat perlukan golongan dia untuk berlindung. Kitten tuh cuma nak tumpang kasih sayang siiiiiiikit je sebelum mati. Si Hensem cuma bagi pinjam badan dia untuk kitten tuh rasa secure. Tu saja. 

Tapi kita yang manusia ni .. ada juga yang tergamak buang anak dalam lubang jamban .. buang sana sini .. oh !!! how shit that mom !!! u know wat .. baby u sekarang ada kat syurga. but u ..??? think ur self laaaa. 

Aku pernah menangis .. aku pernah sakit teruk sebab hilang mereka yang bernama kawan. Tapi mereka pernah tahu ke ...?? Tak. Mereka pernah fikir ke ...? Tak. Mereka pernah ambil tahu ke ...? Tak. 
Jadi, kasih kan kucing itu sebenarnya lebih membahagiakan .. dari menyayangi mereka yang tidak pernah menghargai kehadiran kita dalam hidup mereka. Bukan aku provok bencikan kawan .. tapi itu memang realiti bagi aku. Itu takdir aku. Jadi, jangnlah salah sangka. Kawan takkan ada dengan kita dalam setiap keadaan. Kalau tak kerana ditinggalkan mereka-mereka semua .. hati aku takkan begini jauh dari mereka ... dan aku takkan pandai hidup berdikari sendiri di bumi JB. Waaaa .. ayat bangang !hahahaha

hurmm ... tapi sekarang nih aku sangat geram dan risau sebab si hensem tak balik balik dari hari ahad malam. Balik laaaaaaaa !!!!! erkk .. huhuhu

ok lah.
sedey balik nih.
wassalam ;(


1 comment: