Thursday, September 3, 2015

~ oh my egtukar ~


Assalamualaikum
ohh hye readers
ada readers ke ohhhh ..???

bila masuk september je
waktu yang di tunggu oleh cikgu cikgi yang pjj dengan pasangan
untuk aku 
aku tunggu jugak egtukar ni
tapi nak tukar environment baru
dulu mintak tukar sebab nak balik tempat asal
nak balik kampung
kebetulan masa tu arwah ayah aku tengah sakit
jadi keperluan menjaganya lebih besar berbanding apa pun alasan yang ada
alhamdulillah
tanpa sokongan pengetua
tanpa rayuan
aku tiba-tiba di pindahkan
hati aku cuma berkata
Allah berikan sesuatu sangat tepat pada waktu dan ketikanya

Even lepas tu
ramailah yang berbunyi dan menyindir
entah kabel besar mana yang aku guna sampaikan belum sah jawatan pun dapat tukar
diam !
itu je yang aku boleh buat
perlu ke aku minta diorang percaya apa yang aku cakap ?
haihhh .. tak ada faedahnya

bila dah berpindah
alhamdulillah
aku kotakan janji aku pada Allah
aku gunakan peluang yang Allah bagi untuk jaga arwah ayah yang sedang sakit masa tu
hinggalah arwah ayah aku meninggal

sekarang 
masih menanti egtukar lagi ke ...?
ya, masih berkira-kira
salah satu sebab kenapa aku mohon bertukar dulu
aku mahu kembali ke STI
orang akan tanya kenapa ? sekolah yang teruk
ramai samseng
ohhhh ya ..?? 
aku membesar di STI. Aku kenal hdup aku di STI
aku belajar dan kenal Allah juga bermula di STI
jadi kenapa perlu salahkan sekolah

aku memang mahu bersama cikgu-cikgu aku 
itulah sebaik-baik sahabat yang aku ada sekarang
aku memang mahu berkhidmat di sekolah lama
bak kata orang
tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula tempaat bermain
orang tanya
kenapa tak nak keluar dari kepompong ..?
biarlah jawapan itu rahsia. 
Allah sangat Tahu apa jua niat setiap tindakan aku

bila orang tanya kenapa tak nak ikut suami ke Sabah ?
kesian suami 
siapa yang tak nak berada bersama suami
apa lagi ada anak sekarang
tambah lagi keperluan memenuhi temujanji hospital bertimpa timpa
aku sangat perlukan suami di sisi
Allah juga yang tahu apa rasanya seorang diri dalam pantang lagi ketika itu
cukup gigih even dalam sakit bawak baby ke hulur hilir turun naik hospital.
even habis pantang dan masa seterusnya juga penuh dengan temu janji hospital
tapi itulah pilihan

kata suami :
' ... ini pilihan kita. sabar. jangan merungut ...'
ya, Allah sangat Tahu di mana limit kita
Allah mahu Lihat sejauh mana hambaNya bersabar

masa ini
hanya mampu berdoa
agar Allah bukakan jalan untuk suami dapat berpindah ke Batu Pahat atau Kluang

juga untuk kawan yang cukup aku admire
Nik Farida Ismail
aku harap ang jangan putus asa. terus berusaha dan berusaha

selamat berusaha buat semua yang masih berusaha membuat pertukaran untuk bersama pasangan. Allah sentiasa dengar doa kita. Hanya mungkin belum tiba masa dan ketikanya.
 

keep chaaaaayok
wassalam
 

2 comments:

  1. gudluck beb. semoga dpt pindah sti. aku pon syg sti. tp yelah, dh suami payah nk tukar tmpt kerja. terpaksa lah aku yg mengalah. tmpt jatuh lagikan dikenang... rindu sti 😢

    ReplyDelete