Asslamualaikum
hye semua
baru lepas melalui fasa yang sangat sibuk
baru lepas wedding my sis and dan masih kelam kabut serabut mengemas rumah sebab berpindah
pindahhh ??? nanti cerita. hewhew
sebenarnya lama dah nak taip entry pasal ni. tapi masa sangat tidak mengizinkan
biasalah sejak bergelar suri rumah tangga dan wanita bekerjaya nih
ni baru dapat spend sikit masa untuk entri nih
fine ! back to the topic.
Confident !
' ... aku rasa dia ada confident level yang lebih tinggi daripada korang semua .. '
okeh ! so far setiap orang memandang dan menilai mkna confident itu dengan pandangan yang berbeza. ia sangat subjektif sebenarnya. Begitu juga bagi orang menilai makna cantik dan tak cantik itu sendiri.
Ya, kita berhak menilai. Kita berhak bertahan dengan penilaian kita sendiri. Tapi, bak kata orang untuk kita terus bertahan dengan pendirian .. perlulah pendirian itu di sokong dengan fakta. Hidup ni nak sebut .. jangan main hembus je kata orang.
Psikolog W.H.Miskell di tahun 1939 telah mendefinisikan arti percaya diri dalam bukunya yang bertuliskan “ Percaya
diri adalah kepercayaan akan kemampuan sendiri yang memadai dan
menyadari kemampuan yang dimiliki, serta dapat memanfaatkannya secara
tepat.”
psikolog ultra kondang maslow yang berkata “Percaya
diri merupakan modal dasar untuk pengembangan aktualitas diri. Dengan
percaya diri orang akan mampu mengenal dan memahami diri sendiri.
Sementara itu, kurangnya percaya diri akan menghambat pengembangan
potensi diri. Jadi orang yang kurang percaya diri akan menjadi seseorang
yang pesimis dalam menghadapi tantangan, takut dan ragu-ragu untuk
menyampaikan gagasan, serta bimbang dalam menentukan pilihan dan sering
membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain".
Petikan dari : http://sosseres.blogspot.my/2011/02/arti-percaya-diri.html
Berdasarkan definisi keyakinan diri yang dihujahkan oleh psikologist tersebut, keyakinan pada diri adalah bagaimana kita mampu melihat kelebihan kita .. kelemahan kita. dan menggunakan keduanya pada tempat dan ketika yang betul.
come with my opinian :
bagi aku sendiri ... keyakinan pada diri sendiri itu terpamer dalam keadaan tanpa sedar. Semuanya timbul dari dalam diri. Tidak perlu di pukul canang ke serata alam untuk kita mention bahawa kita seorang yang berkeyakinan tinggi.
Fine :
Anda melahirkan pendapat dengan menyatakan suatu hal yang mungkin ramai orang tidak bersetuju.
( itu kategori yakin dengan pendapat )
Anda menghasilkan suatu produk dan anda bertindak memastikan orang membeli
( kategori yakin dengan produk anda .. qu puteh, qu puteh .. hahahaha )
Anda memberitahu semua orang bahawa anda seorang saja yang boleh melakukan suatu kerja itu
( ... is it confident ??? let me think )
Anda memberitahu semua orang bahawa anda ada pasangan yang hebat
( is it confident ??? )
hmmmm ... sori. I think da question mark for confident tadi aku nampak macam riak dan annoying.
haiiiiiseh ! ke aku salah jugak ?? tak pe. ini kan pendapat aku. sesiapa yang bersetuju dengan aku .. sila angkat tangan !
hahahahaha
yup, siapa pun berhak dengan pendapat masing - masing. Kadang kita tak sedar apa yang kita sampaikan, pamerkan , hujahkan ... adalah senjata yang membuka kisah kita. Dalam mana kita cuba menampilkan keyakinan diri kita, tak pula kita sedar bahawa kita sendiri sedang memberitahu semua orang bahawa kita mempunyai tahap keyakinan sangat rendah.
Itu pun bagi mereka yang tahu
Wallahualam
Wassalam
No comments:
Post a Comment