Friday, March 25, 2016

~ duduk rumah ke keluar bekerja ~



Assalamualaikum
huk3x
malam dah sangat jauh meninggalkan siang. haisshhhh .. masuk pagi dah pun nih nazura !
masa ni je laaaaa dapat berkesempatan menjengah ke blog
anak n suami semua dah lama di buai mimpi
hohohohoho
malam nih bertekad tak mau buat apa - apa kerja rumah. tak mau basuh kain. tak mau angkat kain di ampai. tak mau lipat kain. tak mau jemur kain. tak mau tak mau tak mau !!!

once you are suri rumah ... kamu akan ada masa yang sangat sedikit untuk diri sendiri
kalau dulu, belum ada anak ... suami jauh nunnnnnnn di Tawau
agak rasa nak update blog .. terus on lappy
hari ni ... nak on lappy pun kadang off semula 
ohhhh my ! yeke ...???! memang macam tu ke ?? ke aku sorang je yang feeling begitu dek kerana bangangnya mengurus masa 24 jam yang ada. haihhhhh !!!

suri rumah vs wanita berkerjaya
which one is better ?? selalu dengar soalan gitu. selalu baca artikel yang begitu. selalu jugak menjengah ke blog blog orang untuk tambah pengetahuan dan pengalaman manusia lain. 

bila dah namanya manusia, memang sifat kebanyakan manusia yang sangat suka membanding. Cuma bagi aku, bagi keduanya, ada pro and contra. Since aku, bekerja ... dan bersuri rumah jugak ... jadi, aku punya alasan dan pendapat yang aku punya sendiri. 

Sebenarnya, hal begitu tak perlu nak dijadikan bahan hujah yang besar untuk dibanding tara kan. Cuma, dalam hal keduanya, masing masing perlu harus tahu untuk belajar mengurus masa dengan cekap dan berkualiti. 

Dalam hal MUDAH, aku masih dengan pendirian .. full time housewife lebih mudah dalam banyak hal. Mengurus suami dan anak - anak. Mengurus rumah dan tangga. Oke, fine ! Nazura bukan full time housewife ! U can say anything u want. isn't it ??

Kenapa aku kata mudah ...?? Fine, katakan bangun pukul 5.30 am untuk siapkan segala keperluan anak dan suami. Iron baju, sediakan breakfast .. hantar anak ke sekolah .. ke pasar dan masak. Oke, untuk kerja tersebut sebenarnya boleh disingkatkan. Means, iron baju suami. Boleh pulun iron hujung minggu untuk 5 hari terus. Pergi pasar. Takkan nak pergi pasar hari hari kot. 3 hari sekali or seminggu sekali oke kot. Untuk aku, memang aku takkan pergi ke pasar sebb ia akan ambil masa yang lebih lama berbanding beli je terus di kedai yang sekali jual barang basah dan kering.   

Tang masak. Ni pengalaman aku masa duduk rumah sewa dulu. Since pergi sekolah tengah hari, jadi pukul 9 aku akan dah start masak. Limit masa aku 1 jam saja untuk masak. SEMUA ! Sambil masak, boleh basuh baju .. terus jemur baju .. dan sapu rumah. Means .. dalam pukul 11 am .. seharusnya, semua kerja hampir selesai. 

JAdi, bolehlah take a nap sekejap. Bagi yang ada baby, memang sedikit huru hara. Nak berkejar sikit. Tapi, di situlah pentingnya pengurusan masa. bagi aku lah. Then, petang sampai malam .. u all memang boleh spent lebih masa untuk family. Anak-anak dan suami. Maknanya, sambil lipat kain, boleh je layankan anak-anak. Mungkin masa tu adalah masa untuk check up homework anak. Sambil spent time wif them untuk tanya perkembangan emosi dan fizikal mereka. 

Di situ anda untungkan para house wife. Cuma mungkin daripada segi kewangan, anda sangat limited. So far, oke je. Anda tak perlu bertukar baju yang banyak setiap bulan mungkin. MAcam aku sendiri, nak ke sekolah .. suka atau tidak. cukup atau tidak baju di almari ... sebulan aku takkan rotate baju yang sama. So, para housewife ... anda tak perlu fikir tentang tu semua. 

YA, perlulah anda kelihatan kemas dan menarik di hadapan suami, betul ??? Tapi takkan pulak anda nak pakai macam orang nak pergi kerja kot. Anda ada juga alat makeup .. tapi tak jugak anda gunakan secara kritikal setiap hari. U can save more and more !

Bukankah di situ anda beruntung ???? Jadi, kenapa perlu ada juga yang sangat merungut menjadi fulltime housewife ???
Jadi, sila bersyukur untuk itu !

But then, wat happen to us yang bekerja balik petang atau malam nih ...???
Untuk aku yang cikgu ni pun, aku rasa masa 24 jam tuh rasa macam nak anjak jadi 30 jam. Kenapa ??? Sebab rasa masa berjalan sangat pantas dan banyak hal yang tak mampu di laksana ON TIME !

Masa bekerja 7 jam di sekolah. Reality as a teacher, 7 jam itu untuk mengajar. Tak sempat nak buat kerja selain melibatkan mengajar dan pdp. Honestly, bagi aku sendiri .. banyak dah kerja yang tertangguh. Sebab konsep aku bekerja, kerja hanya di sekolah. Waktu di rumah, aku masih terlalu banyak lagi kerja mahu dilangsaikan. Jadi, 7 jam yang ada pada aku di sekolah, semuanya untuk kerja. 

Bila balik rumah, aku tetap malakukan hal yang sama macam fulltime housewife buat.
Means .. apa yang fulltime housewife buat, kami yang bekerja pun buat. Tapi, apa yang kami buat .. anda tak buat. Begitulah istilahnya. JAdi mana untung ?? Jangan cerita tentang untung , tapi bersyukurlah.

Soal kewangan ... mungkin di situ wanita yang bekerja ada lebihnya. Tapi bertepatan dengan keperluan kami yang bekerja. KAdang tu tak sempat pun nak bermewah, hanya untuk keselesaan bersama. Adakah bekerja untuk kaya ...???

TAK !  Itu bagi aku. Tapi bekerja itu ada kepuasannya. Bagi aku sendiri, aku tak bekerja kerana sayang dah lama belajar tapi tiba-tiba tak nak kerja. Tapi, konsep aku bekerja ... aku terus belajar dan belajar. Belajar menjadi orang bawahan. Belajar membina motivasi diri. Belajar dan terus mengasah kualiti diri. Belajarlah apa saja kerana manusia tak pernah berhenti belajar.

Sebab itu dalam entri aku sebelum ini, aku ada sebut 
kadang kita perlu terlebih dahulu belajar bekerja dengan orang untuk kita pandai dan belajar. bukan mudah untuk membina diri sendiri. Bukan mudah untuk kita belajar berhadapan dengan manusia ramai. Ilmu itu tidak diperoleh dengan hanya di rumah bergelumang dengan keluarga. Di situlah pro and contranya. 
So far, jangan kata aku menghina fulltime housewife pulak. Aku hanya melihat melalui pengalaman. My mom pun fulltime housewife.

Sebenarnya, ko memang akan belajar macam macam hasil daripada aktiviti di luar. Tak perlu kerja bagus sangat pun tak apa. My auntie, keje kilang je gaji tak sampai RM1k. Tapi alhamdulillah, hasil daripada bekerja dan usaha tinggi membuka minda, aku tak nafikan dia mempunyai gaya pemikiran yang bagus. Sangat bermotivasi. Mungkin juga pengalaman hidup yang perit membantu keterbukaan minda dia. 

Honestly, bagi aku ... 24 jam mengadap facebook, update status setiap gerak geri ... ohhhh my ! i'm pregnant. ohhh dear .. wat the fish of morning sickness .. ohhhhh my baby ! she can swim perfectly after 3 month ( ohhh God ! ) and wat ever status tentang manusia itu dan ini ... sory dear, just wanna know .. apa beza tips dan nasihat ? nanti ai tak nak la pulak dikategorikan manusia yang suka cakap lari topik .. ! ohhhh hye ... anak tak cukup lagi korum bola sepak, sibuk nak nasihatkan orang bagai. biadap pulak tu ! 

i'm just so sorrrrryyyyy dear ... maka, aku tak tahu lah kalau mereka yang begitu .. kategori yang sangat free dan tak ada kerja di rumah. no, i have no idea ! 

oke fine ! aku lari topik sikit.
so far, status status yang annoying begitu bukan sebab kita sudah berjaya memperdaya orang lain sebagaimana dato' Sri Vida mempromosikan produk Qu Puteh. You know wat, Qu Puteh dapat nama dan orang kenal Qu Puteh lalu orang cuba untuk membeli. Dato' Sri Vida menjual produk dengan status annoyingnya. TApi, kalau update status tentang diri sendiri yang membuatkan orang lain annoying ... adakah 'diri sendiri' itu produk kita ..??? Think about it ! 

Fine, back to da main topic. !
Fulltime housewife vs wanita yang bekerjaya
Bagi diri aku. Pun pernah sorang kawan aku pesan
Suami bukan kita punya. Dia hanya pinjaman daripada Allah. Anak kita punya. Mereka amanah Allah.
Jadi, binalah diri dan kualiti diri mengikut keperluan zaman. Come on, fulltime housewife pun boleh up to date kan ..??? Belajar urus masa, u all akan punya masa yang sangat banyak untuk diri sendiri. Untuk kembangkan minda sendiri. Belajar. Semua itu boleh belajar !

Belajar. Duk sibuk suruh orang belajar. Aku nih bila nak sambung belajarnya ???!!!!!!
UTM in future !
Boley gitu ???!!! Dah tolak sekali .. harap bukan sekali lagi.
huk huk huk

Wallahualam
Wassalam.
 


No comments:

Post a Comment