Tuesday, April 12, 2016

dia suami dan aku isteri



Assalamualaikum
huk3x. opppsss .. sori. tersedak makan biskut. Alhamdulillah masih diberi peluang dan kesempatan untuk makan biskut dan melalui saat ini. Saat yang sekejap lagi, masih tidak tahu apakah situasi kita. Bermuhasabah seketika, dengan dan cara apa kita melalui hidup sebelum ini hingga saat ini.
Astaghfirullahaladzim !

I dont know why, lately bila scroll update status kat newsfeed, boleh jumpa macam macam hal rumahtangga. Ada yang begitu. Ada yang begini. Bagi yang dah berumahtangga, bergelar isteri .. biasanya, akan share, lagi best tag pulak si suami. Alasan, dengan niat agar si suami tidak pulak melakukan hal yang demikian.

Kadang kita tak nampak pun niat kita ada yang salah. Saling mengingat. Apa salahnya kan ..?? Betul kan .. ? Itu sebab kita sangat terlalu jarang memikirkan akan hal hal yang kemudian. Apakah natijahnya kepada suami ( fizikal mahupun emosi ), apakah natijahnya pada diri sendiri dan juga pandangan mata orang lain.

Fine ! Mungkin ini juga iktibar untuk diri sendiri. Semoga aku tidak termasuk di kalangan mereka yang berkenaan. Mana yang dah 'ter' buat .. masih ada masa untuk kita ubah kan ..??? 

Bagi aku. Pendapat aku. 
Kadang tu kita terlalu melihat negatif sesuatu untuk kita nilai dan mahu semua orang tahu
' kita tidak begitu '
hakikatnya, dalam mana kita menghebah .. tag suami dan mahu suami baca post begitu secara public , cukup di situ memberitahu semua betapa kita masih ragu pada karisma suami sebagai suami yang soleh. Apa perlunya kita mention mahu suami menjadi begitu dan begini. Apa perlu kita mention tidak mahu suami begitu dan begini ...???  Kenapa mahu orang tahu ..??

' Sekadar Peringatan'
Bagi aku, cukup untuk kita saling mengingat dalam keadaan yang cukup personal. Bukankah katanya suami dan isteri ..?? Bagi aku, sekecil kecil dan sebesar besar hal berkaitan suami dan isteri adalah hal yang paling rahsia. Keghairahan terhadap media sosial sangat mengundang negatif tanpa sedar.
Contoh :
situasi nak tidur suami dan isteri tapi berebutkan kipas atau aircond. Seorang sejuk seorang panas

Dari pandangan mata yang bersahaja, kelihatannya sangat simple dan tidak ada apa apa. Tapi, apabila diteliti dengan lebih panjang natijahnya, pasti akan bertemu dengan pelbagai situasi 'sensored' di situ. Serius bukan aku saja saja nak bercakap, tapi benda ni terjadi dalam pelbagai bentuk. Akan timbul pelbagai komen berbaur  'negatif' yang sangat tidak sesuai menjadi perbualan umum di ruang komen.

' Hal yang mengaibkan diri sendiri dan suami '
Dan kebanyakannya, isu tag suami berkaitan hal rumahtangga, tak kira diri sendiri atau orang lain, tidak lain berpotensi besar untuk mengaibkan diri dan suami. Walaupun suami tidak melakukan hal yang tersebut, tapi orang yang membaca pasti ada corak pemikiran yang tersendiri. 
Contoh :
Ciri-ciri suami soleh atau Kesilapan suami ketika isteri hamil

tajuk itu sangat mudah kan ..? seharusnya tidak menjadi sebarang isu di situ. tapi satu hal yang kita perlu ingat, orang yang membaca post kita bukan individu berumur 12 tahun ke bawah. Tapi lebih daripada itu. Post begitu, walaupun kelihatannya sangat simple, tapi mampu memberi satu persepsi pada individu yang membaca :

' ohhh suami dia ni mesti tak pernah buat macam  nii..'
' .. dia tak cukup bahagia ke dengan suami ..?? '
' .. suami dia ada potensi buat macam tu la tu ...'

see !! orang boleh membuat pelbagai andaian di situ.
dan semua dan setiap induvidu berhak memutarkan andaian
maka tidak mustahil ia begitu mudah menjadi medan fitnah

di situ kita terus bertanya dan bertanya
mengapa mengapa dan mengapa
tanpa kita sedar semua itu sebenarnya datang daripada kita sendiri.

Betul, ada masanya kita sangat teruja untuk suami tahu apa yang kita rasa. Kita mahu suami buat apa yang kita mahu. Apa lagi kalau pada masa itu, kita ( isteri ) sedang mengandung ... dalam keadaan tidak tenang dan sebagainya.

' bahagia jangan di tayang, derita jangan di hebah '

Bagi aku sendiri, setiap apa yang aku mahu, setiap apa yang aku harap suami lakukan .. setiap apa yang aku mahu tegur , i'm so directly talk to him. Macam tu jugak suami kepada aku. Aku tak pasti kalau itu cara yang terbaik bagi setiap orang tapi bagi aku, itu cukup baik untuk aku lah buat masa ini. Mungkin asbab umur yang sebaya, corak dan gaya fikir yang lebih kurang sama dan usia perkenalan yang sangat panjang sebelum ini .. membuatkan aku tidak punya rasa takut pada suami, tetapi sangat lebih kepada rasa hormatkan dia sebagai seorang suami.

Ohhh my ! pasti sangat annoying kan bila aku bercakap tentang rumahtangga ( membebel bebel ) sedangkan kahwin baru 2 tahun. Tak layak untuk tegur dan menasihati. ( waaaa ... soooo prejudis ! ) haihhh !! haruslah. kalau tak, takkan pulak kena bahan.
' nasihat orang pasal pregnant, tapi anak tak cukup lagi buat team bola '

It's okay ! aku hanya bercakap hasil dar pengalaman aku sangat sangat sedikit ini. Mungkin aku sudah melalui hal yang orang dah kahwin 20-30 tahun belum lalui. Mungkin aku ada idea dan solution, orang yang dah kahwin 10 tahun tak jumpa lagi. Who knows ??? !!!  Kalau  tunggu anak ramai macam team bola, baru boleh share experince or give some advice, belum tentu orang yang anak sampai 14 orang tu pernah lalui mengandung 10 bulan dengan suami tidak ada di sisi. Belum tentu orang yang dah bersalin 14 kali tu ada cara untuk mengawal emosi ketika mengandung. Mungkin dia hanya melalui saja proses mengandung itu ikut step begitu. Semuanya mungkin. 

Kalau macam itu dan begitu, maknanya doktor lelaki tidak layak untuk handle proses bersalin memandangkan mereka tak pernah pun bersalin. see !!! haih !
krik krik krik

okelah gaiiiissss
cukuplah membebel pun.
Wallahualam
wassalam



2 comments:

  1. setuju dgn sis.. bahagia jgn di tayang derita jgn di hebah.. =) Ada segelintir manusia tgk orang happy, hati dia sakit. Apa pun sgt berguna advice sis..!

    ReplyDelete