Sunday, April 17, 2016

~ kerja .. keje .. ohhh my kerjeeeeee ~



Assalamualaikum 
ohhh haiii gaiiiss
morning dear dear semua
hahaha
nampakkan kecelaruan fikiran mempengaruhi kerosakan bahasa ibunda kita
makkkkk aihh ! gini ea cikgu bahasa melayu berbahasa
aiiiii'm not pure cikgu bahasa okeh !!
jadi, tak lah bersalah sangat merojak bahasakan bahasa yang digunakan
tapiiii kalau budak buat .. 
sampai sekecik kecik kesalahan bahasa aku marah
hmmm ...
aku rojak kan bahasa bukan blog nih aku punya skrip jawapan karangan la aiiiiiihhhh


tajuk je dah melambangkan serabutnya aku dengan kerja aku
tapi nampak coooooolllll je kan...??
huhuhu .. perasan ! kerja dah haru biru .. lagi tak sedar.

ppd nak datang ... jpn nak datang
ni lah statement yang paling cikgu kat mana mana sekolah tak nak dengar
tapi tak tahulah kalau memang ramai yang nak dengar
hahahaaaa

cuma bagi aku
i am who i am
aku buat kerja bukan untuk di pantau
orang datang ke tak datang ke ... macam tu lah kerja aku
huhuhu ... kalau kata orang datang pantau tapi kerja tak berapa nak settle
jadi, aku bagi je lah mana yang ada

aku pun sama je macam cikgu lain
kelam kabut selesaikan semua kerja
aku pun bukannya manusia yang bagus super ikut semua peraturan
bukan tak pernah kena sound direct dengan pengetua and PK 1 dulu
tapi bila tahu peraturan dan salah
aku selalu bagi jawapan :
' ye, saya tawu saya salah. soriiii ... '
pastu senyum kambing.
makkkkkk aiii. kambing pun lagi commelllll yer

dah berapa kali aku dipanggil untuk ambik satu tugas ni
tapi punya la pembelit ... lari sana lari sini
pusing sana pusing sini
last sekali terpaksa la terima dengan hati 

' ko ni dah panggil banyak kali tak datang datang. ko untung tau duduk bahagian ni. senang naik gred '
haaa ???? bakponya nak naikkan aku gred ?
apc pun tak pernah terpikir !
sah jawatan pun belum ada 2 tahun. duk diam diam la nazura oiiiii
aku cuma nak datang kerja .. settle kan semua kerja aku
huhahuha dengan budak
marah budak ... ( grrrrrrr .... ) 
then , BALIK !
tak mau semak kan kepala dengan pape.
sebab bila balik rumah, aku kena kerja lagi. Alaaa .. tawulah memang semua pompuan yang dah kawen akan rasa apa aku rasa. Tapi cara kita berbeza kan ?!!! Jadi, aku sangat tak suka membanding diri aku dengan orang lain dan dibanding dengan orang lain. I hve my own way !!!!

masuk pejabat 
' Nazura , how ur sastera ? '
apa sastera ??? hahahaa ... yes, berkubur dah. lantak p la bakat ke hape. cannot go dah rasanya ! 
no laaaa. 2 kali publisher reject manuskrip. tak salahkan publisher pun. tapi memang tawu story board merapu n mengarut tahap langit ke tujuh. One of da reason .. memang langsung tak boleh nak fokus. 

Dulu masa dapat timbul satu novel pun buat masa cuti cuti sem kat U. lepas tu dah kerja .. mana ada nak cuti laama lama bagai. Dah banyak dengan kerja sekolah. Rumahtangga lagi nak urus .. nak duduk depan laptop ni pun tunggu Umar tidur lenaaaaa. Jadi, ada baiknya aku fikirkan benda lainlah. hahahaha
setakat join contest untuk cerpen .. i think boleh lagi la kot. Tapi kalau nak siap kan novel yang beratus muka surat tuhhhh
 huwaaaaa !!!!! makan taun woooo

 cite pasal siapkan cerpen untuk pertandingan
actually seronok dan mencabar sebenarnya
ingat lagi pengalaman nak siapkan cerpen sains fiksyen
makkkkkkk aiiiii
dah macam nak siapkan proposal tender berjuta woo
( nampak hiperbolanya statement aku )
bergelumang dengan sciene's magazine
ingat lagi MAJALAH MINDA
memang gilos. bahasa dia pakai memang tiptop. aku la peminat majalah tuh
arwah abah memang tak pernah missed beli majalah tu tiap bulan
sebab tu karangan dapat A2 masa SPM.
hahahahha .. kenapa tak A1 ???
jangan pernah terlintas yer. bila aku bagitahu jawapan, semua cikgu aku dulu tak perpikir aku akan buat kerja giler tuh time SPM.
sebabnya aku langsung tak baca Novel Tingkatan 4 ( sebab tak best )
Jadi, sebab keluar soalan wajib novel tingkatan 4  ( 10 markah ) ... jadi, aku dengan penuh tawakal pun biar kan je ruang 10 markah tuh kosong. lalalalalalala
masa sebelum hantar .. duk ulang alik selak kertas jawpan

' tak pe tak pe ... 10 markah je. yang lain boleh skor nih. dah buat double check tatabahasa .. in sha Allah betul semua. Kalau tak A1 .. A2 pun tak pe lah. tak payah tamak sangat !!! '

wahahahhaaa .. boleh kan pk macam tu.

jadinya ... kerja tu kerja jugak !!
stressss .. gile tak stress
tapi cara aku bekerja
yang aku belajar dan aplikasikan daripada seorang cikgu masa sekolah kat JB dulu
' datang dan pulang tepat pada masanya'
tapi .. bila masa waktu bekerja, itu hanya untuk kerja
alhamdulillah ... itu juga cara yang baik untuk aku lah
so, i can balance my life and my work
lalalalalala
 tapi, cara aku mungkin tak sama la kan dengan cara orang lain
so far, aku kan cakap cara aku kan
aku tak kata pun cara orang lain tuh salah ke macam mana

so far, bagi aku
dalam melallui masa kerja
aku cuma buat apa yang aku perlu buat
aku buat apa yang aku mampu buat
alhamdulillah
aku tak kejar sesiapa untuk mengiktiraf aku
aku tak kejar untuk penganugerahan
aku buat hanya kerana tanggungjawab

bila tanya aku
'masih mahu kembali ke sekolah asal'
'yes i am'

aku masih mahu membuat sesuatu untuk tempat yang mengajar aku membesar
aku masih ada rasa mahu bersama guru-guru aku membangunkan identiti pelajar seperti aku satu masa dulu
jika hari ini aku mampu melakukan sesuatu
asasnya tetap berada di SMK Tun Ismail tercinta
jika hari dan semalam aku telah berjaya menjadi seseorang
ianya tetap bermula di SMK Tun Ismail
kerana SMK Tun Ismail itu lah tempat kedua aku benar benar terdidik selain di rumah

huhuhuhu ..
cuma buat masa yang sangat padat ini
aku tak terfikir lebih untuk kerja
masih sangat mahu sambung master
tapi memandangkan umar yang masih terlalu perlukan perhatian
akhirnya aku decide
tangguhkan dahulu. kalau ada rezeki, in sha Allah akan datang peluang itu
master itu untuk kepuasan sendrii
adakah berbaloi demi kepuasan sendiri, aku korbankan masa pada anak yang sememangnya sangat sedikit ..??
lainlah kalau aku tak kerja
hmmm ... jadi, carilah pertimbangan yang lebih penting
even suami tak pernah halang
malah dia tetap bagi moral support
tapi macam tu lah
tapi sebenarnya ....
course yang aku nak tak de kat UTHM !!!
tu sebenarnya !!
HAIHHHHH !!

oke lah
wallahualam
wassalam

No comments:

Post a Comment