Sunday, May 15, 2016

~ pantang dan orang orang datang ~


Assalamualaikum gaiiissss
selamat pagii. selamat cuti peristiwa Johor
Selamat dan Selamat
ohhh tahniah JDT
TQ JDT ... sebab anda kami CUTI
lalalalllala ..

Lama jugak rupanya tak update blog nih kan. Huhuhu .. masih membiasakan diri hidup sebumbung, serumah dan sesese .... dengan suami setiap hari. Masih cuba manage diri untuk tidak terlalu kelam kabut setiap hari.
kui3x. Ada suami setiap hari pun masalah ke ...? haiiii lah ! actually, bila suatu rutin berubah dengan mendadak, ia perlukan masa untuk kita membiasakan diri. Yelah ! Dah dari lepas bersalinkan Umar Anaqi, memang dah setting baik punya dalam kepala otak yang suami tak dapat pindah. Kena belajar manage semua sendiri. Bila tiba-tiba setiap hari terpacak muka suami depan mata .. ia memang perlukan 'kebiasaan' melalui hari itu. Alhamdulillah, ia semakin membaik hari ini.

So far, aku jumpa artikel tentang kedatangan orang melawat dalam masa ibu berpantang. Banyak sangat. Dan banyak juga statement statement 'mengecam' si pelawat. Mungkin kadang tu aku rasa luahan hati tu terlalu bersifat 'super self protection'. 

Bagi aku, personally, ia  sangat bersifat subjektif.
Aku pun pernah berpantang. Aku pun pernah melalui moment moment yang tidak begitu selesa orang datang melawat.

Ditakdirkan aku bersalin, seminggu sebelum hari raya. Aku hanya dapat ambil Umar dari NICU sehari sebelum Raya. Maknanya, malam raya tu rumah mak memang dipenuhi manusia. Kebetulan raya tahun tu, adik beradik semua raya dengan mak memandangkan time tuh, Raya pertama tanpa arwah abah.

Suasana malam raya dengan mercun tong tang tong tang memang bingit. Sebelah bilik pulak anak jiran tuh balik mercun. MEmang rasa nak baling je mercun bola kat budak tuh. 

Raya pertama, sebab tak mau duk bertiga je kat rumah, balik jugak kampung tak jauh dari rumah mak. Cuma bila mak dan semua balik ke Kulai je tak ikut. Sebab rasa diri memang tak cukup selesa nak berpindah pindah tempat nak tidur. 

Petang Raya pertama, kawan baik aku datang. Masa tu dia dah nak balik ke Perak semula. Alhamdulillah, aku dengan senang hati sediakan kuih raya dan air memandangkan kat rumah mak semuanya masih kosong.  Masa tu, dalam hati hanya ada rasa tak sabar sebab lama tak jumpa kawan baik tu.  

Masa tu, hati langsung tak ada rasa bimbang , malah sangat tak kisah even anak dia pegang-pegang Umar even masa tu anak dia tak begitu sihat. Kawan sendiri pun nampak tak sihat sebab dia memang terkenal dengan asma yang teruk sejak sekolah. 

Masa dia datang, dia tengok buku perubatan Umar. since aku kata Umar ada sikit masalah kesihatan. Once dia tengok buku perubatan Umar dia kata
' He's special one, kak nazura'
may be ! Semua doktor akan kata macam tu setiap kali tengok buku perubatan Umar
huk3x. Dia tolong jugak tengok kan kuning pada Umar. Ya, memang ada gejala kuning pada budak kecik nih ! Patutla tidoooooooo tido dan tidoooo

Alhamdulillah ... tak ada sebarang masalah pada kesihatan umar. 

HAri RAya ketiga.
Kakak tunang. Then, can u imagine how the situation it is ..??? Hari raya. Majlis besar
Masa tu memang rumah sangat crowd dengan sedara mara
Masa tu sepupu masuk bilik tengok umar. Aku dengan senang hati kata :
' ambik laa. dia oke je ..'
even doktor, sepupu ni memang gile kekok pegang baby. dah hari hari jumpa gigi. memang lerrrr !!!
so sepanjang hari, umar duduk dengan sepupu di tengah tengah crowd of people.
puaslah dia kena cium, kena belek ... kena kena dan kena

Alhamdulillah ... tak ada sebarang  masalah kesihatan pada Umar

Cuma, bila orang tua tua tengok. Especially mak uda, terus dia kata
' kuning tinggi ni. baik pergi hospital cepat '

so, petang majlis tu jugak terus pergi ke Hospital Pantai ... tapi admit sebab kuning di HSNI sebab Umar memang ada kes di sana, jadi lebih baik terus continue problem di sana

Fine,   ni mungkin bagi aku yang mungkin ramai tak setuju
Mungkin prinsip aku cukup dan sangat berbeza dengan ramai orang di luar sana.

Aku mengandung .. minta daripada Allah. Allah bagi dengan izin Allah. Sepanjang tempoh mengandung, hati aku sangat kuat mengatakan
" Allah yang jaga kandungan aku. Jaga baby dalam perut aku '

Bila Umar lahir. Diagnose masalah kesihatan. Tapi tiada simptom masalah kesihatan yang tersebut
Subhanallah
Allah itu memang Maha Pelindung. Maha Penjaga !
Anak ini amanah Allah. Dia milik Allah. Allah hanya amanahkan pada aku dan suami untuk mendidiknya. Allah hanya nak bagi tanggungjawab yang besar kepada kami. Allah hanya nak melihat bagaimana aku dan suami menjaga amanah Allah ini. Selebihnya, atas keizinan Allah.

Cukup di situ keyakinan aku. full stop !

Aku tak nafikan, ramai bising aku jaga umar macam tu. aku jaga umar macam ni. Ni lah mak muda sekarang. Itu lah ini lah. Tapi, pengalaman berpandang jauh daripada suami. Dalam keadaan ke sana ke mari sendiri ( mak cuma boleh teman je ) .. keyakinan aku pada Allah sangat kuat. Aku hanya boleh harap Allah saja jaga semuanya. Semuanya !

Jadi, isu meroyan orang datang rumah takut anak sakit. Jangkitan itu jangkitan ini. Tak bagi orang cium anak. Tak boleh tu tak boleh ni. Cuba fikir balik. Sakit tu siapa yang bagi ? Orang yang datang tu hanya asbab saja. 

Aku pun prnah jugak macam ibu ibu yang lain. Kadang rasa terlalu bimbang dengan kesihatan anak. Kadang terlalu takut tentang sesuatu berlaku pada anak. Tapi bila kembali kepada asas Rukun Iman. Kepercayaan kepada Allah. Kepercayaan kepada Qadak dan Qadar. Subhanallah ... hati kembali tenang.

Ibu bapa hanya mampu usahakan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Kebimbangan yang melampau hanya banyak negatif berbanding positifnya. Cuma macam Umar, since kawan-kawan kata, masalah umar mudahkan dia terkena jangkitan kuman, so langkah pencegahan aku .. dapatkan vaksin pneumacocal untuk Umar. Selebihnya, tawakal pada Allah.

Kadang tak perlu sangat nak mengajar dan mengecam orang dengan pendirian kita.  Kadang orang dah tersedia amat tahu. Sebagaimana hal melawat ibu yang sedang berpantang. Bagi aku ... orang yang datang ziarah itu membawa rahmat untuk kita. Terima dengan hati yang sangat terbuka kehadiran mereka.
Cuma bagi yang ziarah, jaga adab ziarah cukup lah.  
Bukankah di mana saja ada adab yang perlu di jaga.

So, bagi yang mommies to be
take it easy
chill okeh ! takkan kerana orang datang nak stress bagai.
sebenarnya, 6 bulan pertama antibodi anak bergantung kepada antibodi mummy dia. so time pregnant, betulkan pemakanan. Betulkan cara kita.
In sha Allah .. everything will be okeh !

Wallahualam
wassalam

 

No comments:

Post a Comment