Tuesday, August 23, 2016

~ duhai hati yang kosong ~


Assalamualaikum
huhuhu
ya, entri yang penuh dengan rasa sedih
sedih la sangat nazura !


Setiap hari datang sekolah, setiap hari jumpa macam macam kerenah manusia, setiap hari jumpa manusia yang berbeza latar belakang, berbeza dan semua berbeza. Kadang hati nak kata ' biarlah. anak orang ' tapi terlalu jauh dalam hati sangat kesian dengan jiwa-jiwa yang kosong.

bila datang hari terbuka
datang bersama dengan rungutan orang tua
masing-masing meminta guru memahami situasi mereka
' kami suami isteri kerja, cikgu. tak ada masa kan nak pantau dia sangat. sepatutnya dia tahu lah bla bla bla '
datang pula yang lain
' saya suri rumah cikgu. tapi ye lah adik dia kecik kecik lagi. dengan kerja rumah lagi. tak sempat nak tengok dia satu-satu '

For me .. i just give u a suggestion 
anak masih gagal faham apa yang mereka baca pada umur 14 tahun
anak gagal menulis kembali patah perkataan guru pada umur 14 tahun
anak gagal menggabung ayat pada umur 14 tahun

Bukanlah berat .. tapi, alasan itu terlalu dibesarkan sehingga lupa akan tanggungjawab dan keprihatinan pada si anak.
Itu belum lagi soal akhlak
Bagi aku, aku sendiri malas nak sembang soal akademik kalau solat tak boleh nak buat.
Mereka Islam. Ini anak-anak Muslim
Bila mintak berwuduk sendiri
' eh ... cikgu, saya lupa laaaa'
No, ini bukan environment pelajar di bandar besar
Masa di JB aku tak heran dah bila pelajar Melayu gagal mengucap
Aku tak heran  pun bila mereka bukan mereka di dalam sekolah
Apa nak heran kalau Night Club boleh jejak dengan naik basikal je pun

Di sekolah, alhamdulillah .. pelajar perlu solat di dalam kelas di pantau guru
aku macam biasalah 
mak tiri kelas paling hujung ! bhahahahaa
 Bila waktu aku yang perlu jaga solat, aku akan keluarkan pelajar berdua dua  20 minit awal
dari tingkat atas, aku akan tengok satu satu pelajar ambil wuduk
tawuuu kenapa ..?
 sebab kat situ baru boleh nampak diorang ni tahu wuduk ke tidak
baru tahu .. pelajar solat dengan wuduk ke tidak

Hasilnya :
Ni pada pemerhatian aku sendiri
Alhamdulillah .. mereka masih boleh di kawal dan terkawal
Hati ada sedikit lembut bila diingatkan dengan Allah
Hanya seorang dua yang masih degil tapi tetap masih mampu di kawal

Aku tak tahu apa keadaan mereka di rumah
Aku tak tahu realiti kehidupan mereka di luar sekolah 
Apa yang aku nampak .. merekalah insan insan yang sangat dahagakan kasih sayang
lalu .. parents melepaskan tanggungjawab memberikan ' kasih sayang' itu kepada guru guru
sesungguhnya itu hal yang terlalu sangat salah

Kasih sayang dan perhatian orang luar sangat berbeza
'touch' itu sangat tidak sama

4 tahun dalam bidang ini, permainan psikologi sangat mencabar dan tercabar
melalui psikologi saja kita boleh tackle student yang begini begini or begitu
melalui psiko juga .. kita boleh tahu tahap penerimaan mereka dalam pelajaran
melalui pemerhatian dan psikologi juga .. kita boleh kenal siapa sebenarnya mereka.
 So, my suggestion is .. cikgu cikgu lama silalah diberi 'refreshment' dalam ilmu kaunseling dan psikologi pendidikan yang kita sama-sama belajar dapat A sebab senang masa study dulu
huhuhuhu

ohhhh my dear, parents
jiwa anak anak anda sangat kosong. 
aku sekadar boleh memerhati dengan rasa simpati
aku bukan cikgu yang mudah mengangkat rotan
bahasa aku keras dan kasar .. tapi aku tak faham kenapa diorang still hormat aku
( so far, buat masa ni .. sepanjang 4 tahun mengajar, cuma ada sorang budak je sangat kurang ajar )
alhamdulillah, aku berjaya tidak memaki mereka dengan perkatan perkataan makian
aku memang menjerkah mereka dengan kasar
sebab aku tak pernah lahir untuk menjadi lemah lembut lemah gemalai
rupanya, aku ada sedikit sayang dan simpati pada mereka yang membuatkan mereka boleh rasa
' cikgu nazura jerit sebab aku tahu aku salah bukan sebab dia benci '
terima kasih kerana tidak membenci 


ohhh dear parents,
aku hanya mampu mencadangkan .. memberitahu cara dan solusi masalah anak anak anda
seterusnya adalah tanggungjawab anda

aku juga ada anak yang sangat kecil untuk diberi perhatian
aku masih ada anak yang sangat kecil untuk diikuti perkembangan mental dan emosinya
dan aku masih ada anak yang sangat kecil untuk ditelusuri perkembangan rohani dan jasmaninya.

anak yang kecil itu juga kelak akan membesar
aku cuma berharap .. dan berdoa, generasinya akan datang mampu terdidik dan dididik dengan nilai yang benar
aku dan suami .. kami parents kepada umar anaqi
kalian juga parents untuk anak anak kalian

mereka adalah amanah daripada Allah
mereka adalah apa yang kita pernah minta dalam doa setiap kali solat

bagi parents yang ada anak kecil
sedang kita sama-sama kerja
lelah dengan kerja .. tidak cukup dengan itu semuanya tunggang langgang
aku tidak mahu cadangkan sesiapa berhenti kerja
( sebab viral sangat suh kita yang pmpuan ni berhenti kerja )
setiap daripada kita .. ada tanggungjawab terhadap Allah, tanggungjawab terhadap manusia

Bagaimana letih kita .. betapa banyaknya kerja membebani kerja
sila tinggalkan kerja di tempat kerja
bagaimana ...???
Fokus dalam kerja..!
So balik rumah, u can spent all da time wif ur children
Tinggalkan sekejap kerja kerja rumah yang bertimbun .. duduk dan layanlah anak anak anda
kadang masa yang sedikit itu, kalau benar caranya .. kalau benar hatinya 
in sha Allah .. sedikit tapi berkualiti
bukan banyak masa bersama .. tapi tidak di hati !

So, begitulah apa yang bersarang dalam kepala hotak aku
huhuhuhuhu ... sedih. kadang tak nak tengok. tapi .. kena tengok
nak tolong tak mampu
nak lebih anak orang
tolong doa je lahhhhhh .. 
huk3x !

Wallahualam
 

No comments:

Post a Comment