Friday, October 14, 2016

~ berehatlah nazura ~


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih dikurnia kesempatan dan kesihatan untuk update blog ni
lama sangat dah rupanya tak menjengah ke sini

14 Oktober 2016
dah berlalu tanggal 29 september 2016

Astaghfirullahaladzim
birthday tahun ni memang akan kekal dalam ingatan
tapi
Alhamdulillah
Allah beri kekuatan yang sangat luar biasa untuk melalui detik detik sukar
sampai lupa rupanya itu adalah masa masa kritikal

28 September 2016
Aku tahu aku tak sepatutnya ke sekolah
Tapi terlalu banyak hal yang perlu juga aku bereskan dan serahkan kepada teman lain
Sampai sekolah, audit prestasi akademik
I'm just sooo weak
Tapi tetap gagahkan diri panggil budak untuk settle kan peserta perkhemahan pengawas perpustakaan
Lepas aku serahkan budk pada teman lain baru lah aku keluar ke klinik.
Masih berjaya menggagahkan diri ke klinik
After scaning .. doc kata
' saya buat surat awak ke hospital '

Pergi berdua dengan suami ke HSNI
Tak sempat nak jenguk umar kat rumaah mak. hati hanya kata 
' huhuhuhuhu '
Sampai hospital ... after check up
' masuk wad yer. kita tengok keadaan '


 

~ last dapat tag ni masa bersalinkan umar .. huhuhu ~
 
' alamak ...!! tak jumpa umar tadi '
hmmm .. 
Siapa tawu rupanya semua tu satu proses yang panjang.
4 hari 3 malam
check in kat HSNI

Terima kasih Allah
walaupun ia bukan suatu hal yang semua yang bergelar manusia suka
tapi terima kasih bagi aku pengalaman ini

 
~ sakit bak hang !!! ~

 
4 hari 3 malam 
dalam wad terlalu banyak hal yang membuatkan aku rasa insaf dengan diri sendiri
Termenung sendiri aku mengenangkan mereka di dalam wad boleh bergerak ke sana ke mari
bergelak ketawa
tapi gagal untuk SOLAT
Setiap waktu solat itu berlalu begitu saja tanpa ada riak bersalah pun pada Allah 
Allah beri sedikit ujian untuk kita ingat pada Allah
Allah sayang kita
Tapi sayangnya kita lupa sangat nak ingat pada Allah
Kejamnya kita. Sungguh kita kejam !!
( tolong jangan kata mereka tak boleh solat. aku confident mereka boleh solat )

4 hari 3 malam 
kebanyakan mereka masing-masing menyangkut tudung di sisi
tapi sayang, kenapa tidak di kepala
kenapa ada masanya tudung itu di sarung, tapi ada ketikanya tudung itu di campak tepi
adakah dosa itu kita terima pada waktu dan masa yang tertentu ..????
sekali lagi iman kita teruji 

Betul. Itu wad perempuan
Tapi anak yang menjaga ibu itu, lelaki
Doktor yang keluar masuk ada kalanya perempuan ada masanya lelaki
Pelawat yang keluar masuk .. tetap juga ada lelaki

Waktu tido, tak selesa nak pakai tudung
pakai tudung atau tidak .. tido di hospital memang tak selesa.
Jadi ...???  
Ya Allah ... bagaimana hamba-hamba Mu masih tidak mahu sedar atas sedikit ujian yang Kau berikan.

Bila aku dibawa ke OT, debaran tak cukup kuat
sepanjang perjalanan ke OT hati masih berkata
' aku oke kot. aku oke je. kenapa aku kena di bawa ke sini ...? '

Sebelum masuk ke OT
aku perlu sign borang. yup, borang yang aku faham akan risiko risiko yang bakal aku hadapi
' puan mungkin akan lumpuh jika injection mengenai saraf tunjang. tapi itu ada risiko yang sangat kecil. 0.001 % '
yup, aku memang sedia tahu risiko tu
sebelum sign .. hati hanya kata
aku benar-benar tawakal pada Allah

masuk dalam OT
bila proses D&C berjalan
'Allahuakbar. Allahuakbar !'
Ya Allah Maha Besar. Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu

Alhamdulillah
aku berhadapan dengan mereka yang sangat sangat profesional dan bagus
terima kasih kalian. walaupun kalian sering dikecam kerana berada di hospital kerajaan

Semuanya selesai dengan baik. 
ya, orang kata 
' tunggu habis bius. baru rasa sakit macam hape. hospital kerajaan kan. diorang buat kerja cincai '


~ kat dalam OT bila aku kata sakit once diorang tersentuh, terus tukar tempat cucuk. oke .. yang ni lebih oke daripada sebelum ~


hingga hilang bius
Aku mula rasa berat di bahagian pinggang. Rasa ngilu dan sedikit pedih di perut
Yang lain, kesan - kesan yang sangat minimun
Alhamdulillah
mereka buat kerja dengan sangat cermat rupanya 
sebab proses pemulihan aku sangat singkat sebab tidak ada luka dalaman yang kritikal

2 minggu aku di cutikan
Masa untuk berehat di rumah
Masa untuk belajar sekejap menjadi suri rumah
Belajar memahami psikologi si anak
Walaupun masa-masa tertentu aku gagahkan diri juga selesaikan kerja kerja berkaitan sekolah
Alhamdulillah
Allah beri kemudahan, kesihatan yang baik untuk aku langsaikan semua hutang kerja
Terima kasih Allah

Hari ini .. hari akhir cuti aku
semalam cakap dengan suami
' .. oke, minggu depan tak dak dah suri rumah abang .. berhenti keje dahhhh ..'
 kembalilah dengan kerja
terima kasih dengan 'masa rehat' ini

' sesungguhnya dengan sakit itu ada kemanisan yang ingin Allah sampaikan '


wallahualam
wassalam
 

No comments:

Post a Comment