Saturday, October 15, 2016

~ kartun untuk umar ~


Assalamualaikum
mula kan pagi dengan hati yang tenang dengannnnnnnn
upin dan ipin !!!
wakakakakakakka

Makkkkk aiihhh. sejakk ada anak keciput macam umar tu, mama dia plak yang excited tengok upin ipin
hahahha
biasalah tu kan. Rasanya hampir semua mak mak mengalami keadaan yang sama
hampir okeh ! tak semua

Cakap pasal siri kartun kartun yang ada kat TV tu .. ada beberapa jenis kartun je yang i totally recommend to Umar. 
Memang orang kata, anak anak masih kecil jangan di muakan dengan kartun
Dengan TV
Anak anak akan kurang bermain dan kurang bersosial nanti
huhuhhuuu

Masalah aku adalah :
Aku terpaksa bagi jugak kartun ni nak bagi dia bertenang

Tapi masalah Umar ni, certain kartun je dia boleh fokus
Yang lain, jeling-jeling dia blah !

Kartun yang akan aku selalu bagi adalah
Robocar Poli, Super Wing, Thomas and Friend dan Upin Ipin. Biasalah kartun yang pagi pagi tu kan
hahahha
Macam Didi & Friend .. aku pun tak tawu kenapa
Umar tengok tak dak respon pun. Dia macam tunggu didi tu nak bagi habis, sebab lepas tu ada Thomas

Oke .. so, sebenarnya aku nak cakap cakap tentang kartun kartun ni je
Buat masa ni, 4 jenis siri kartun tu memang baik pada sisi pandangan aku laaaa. Pada orang lain aku tak pasti.

Apa yang buat aku boleh bagi Umar tunggu kartun ni adalah
BAHASA yang diorang gunakan
- kalau perasan, bahasa yang digunakan dalam siri kartun tu menggunakan bahasa yang betul -
Contoh :
' kita perlu menuruni cerun ini dengan berhati-hati '
' kita telah terperangkap dalam kesesakan jalan sungai! '

berbanding penggunaan bahasa ;
titew kena turun bukit ni bebetul

sebab pada aku, penggunaan ayat dan bahasa yang betul penting dalam proses perkembangan bahasa dan perkataan anak-anak kecil ni

Bahasa yang Baik
Sepanjang aku follow siri kartun ni dengan Umar Anaqi, macam belum lagi aku dengar perkataan yang tak baik dan kasar. Bahasa yang kasar dengan intonasi yang kasar adalah hal yang berbeza

Intonasi yang kasar adalah penggunaan nada marah pada situasi marah. Tapi bahasa yang kasar, penggunaan perkataan mencarut dan tidak sopan dalam pelbagai situasi. 
hmmm ... so, macam dalam upin ipin  sendiri, dalam diorang bercampur dengan kawan-kawan tak dengar lagi benda benda yang negatif macam tu. hoho

Nilai dan Nasihat yang Baik
Pastinya dalam setiap kisah ada nilai yang baik yang dapat diserap oleh anak-anak
So far, bagi aku .. dalam umur anak yang baru setahun dua, mereka perlu belajar melalui hal yang spontan
Pada umur yang begini, aku nampak mereka sangat mudah mengikut perbuatan dan perkataan yang biasa bagi mereka
( aku buat penilaian pada umar je ea .. anak lain tak dak lagi. anak orang lain .. aku belum ada rezeki nak buat master in early childhood )
hehehehee
oke .. apa yang aku nampak pada umar
Perkataan Pertama di adalah ' Nak '
Aku perasaan bila aku sebut banyak kali pada suami pertakataan ' Nah '
Then ... dia dapat menggunaan perkataan 'Nak' pada tempat yang betul dan sesuaui
Contoh : Apabila dia nakkan sesuatu dia akan tunjuk dan sebut ' Nakkkkkk'

Perkataan lain yang aku perasaan
' Huwaaaaaa ...'
Ya, perkataan ni aku baru perasan di dapat daripada Upin Ipin
Then, perkataan ni pun dia guna pada tempat dan keadaan yang betul
Contoh : Apabila dia bukak sesuatu dalam purse aku, spontan dia akan sebut ' huwaaaa' dengan memek muka yang excited mintak kena gigit. Erkkk

Itu perkataan. Masuk tang perbuatan pulak
Aku perasan sekali dia tengok fokus gila papa dia guna screw driver nak pasang rak
Since that day, dia akan cari screw driver then akan masukkan dalam mana-mana tempat yang boleh cucuk dan pusing

Cuba bayangkan kalau dia melihat benda negatif dari TV setiap hari
Semua tu akan benar-benar jadi ikutan untuk dia

 Pada umur yang begini, mereka sebenarnya menggunakan 5 pancaindera dengan sangat kritikal
U know wat, 2 minggu di rumah aku lebih banyak melihat perbuatan umar untuk aku faham psikologi anak tu
bila masa kerja, memang sangat kritikal masa yang boleh kita guna nak merenung renung mereka bagai

Sebab tu kadang kadang. Parents yang bekerja
Kita bukan gagal meluangkan masa untuk anak-anak. Tapi kita gagal memahami psikologi mereka
Sebab tu kegagalan anak-anak dalam menterjemahkan sikap yang baik dalam karakter mereka, bukan saja terjadi kepada kedua ibu bapa yang bekerja, malah kepada ibu yang fulltime housewife !
So, di mana silapnya ???
Itu pertanyaan aku pada diri aku sendiri. So, aku try n error laaaaaa
Aku tak kata apa yang aku try itu terbaik .. tapi, aku baca note, then aku apply. nak tengok jadi tak ..???
waaaaakakakaka

Huhuhu .. sebenarnya, as a parents kita memang ada masanya excited untuk anak kita pandai tu pandai ni
boleh buat tu boleh buat ni
kenapa anak orang macam tu anak kita macam ni
aku pernah cakap dengan suami
' umar 3 tahun nak hantar pergi tadika laaa. oke tak '
slumber je suami kata :
' tak oke. tak payah. hantar je 6 tahun. lama sangat pergi sekolah. bosan je. masa umur dia untuk main dan fun, bagi dia nikmati masa tu puas-puas '

hmmmm ... betul jugak !
oke laaaa umar. tak payah tadika lah. macam pak su awak
hahahahaha 

oke .. terlebih pulak
mula nak cakap pasal kartun je kan
soooo .. aku sebenarnya nak mention ... kenapa aku tak bimbang umar boleh fokus paling sekejap setengah jam dengan upin ipin
sebab dalam upin ipin ada nilai yang sangat besar anak-anak ini absorb
lagi pun ... aku pun gile upin ipin
k baiii ..
hahahhaha

wallahualam
wassalam

No comments:

Post a Comment