Wednesday, November 16, 2016

~ pandang dan fikir .. ~


Assalamualaikum
bhaaahahaha .. masih mud mengupdate blog sambil menyiapkan semua kerja kerja akhir sebelum cuti sekolah
waaaaa ... !!!!! ( versi umar ) nak cuti sekolah
sekolah memang cuti .. tapi, yang sedang menaip ni otak tengah ligat susun kursus dan program untuk tahun depan.
haihhhhh ... tido ! hahaha

Fine ! Tak best cite pasal sekolah dalam blog. Bagi bukak sikit dunia aiii 
hehehehe

Ya Allah ... semoga jalan yang Allah izinkan kita pilih ini adalah jalan yang DIA redha.
tiba tiba kan keluar versi taubat pulak.
huhuhuhu

Bukan apa. Kadang kita tak reti yang makanya menjaga hubungan sesama kenalan. So far, aku tak nak lah judge orang lain itu dan ini. Tapi sangat melihat diri sendiri. Oke, tiada gosip panas di sini yer. Mungkin ingatan untuk diri sendiri atau ada yang mungkin lupa sambil meluahkan perasaan yang tak de sape pun nak kesah.

Bagi aku, hampir setiap orang ada media sosial.  Hampir setiap perkara kita nak share dengan semua orang. Itu rasa yang sangat biasa bagi semua orang. Kita mahu share detik detik gembira dengan kawan-kawan. BETUL ! Tak ada yang salah pun di situ. Cuma kadang kita lupa. Dalam keterujaan kita share macam macam dan macam .. rupanya ada sesuatu yang sangat menonjolkan kejahilan dan kebejatan diri kita sendiri.

MAKAN

Satu hari, aku jalan di mall. Biasanya weekend aku dengan suami memang suka berjalan dekat mall. Tak kisahlah poket tebal ke kering time tu. Weekend untuk umar. Nak jalan kat taman tak larat nak handle dia merusuh. huhu.
Fine, so duduk la kat luar restoran ni. Boleh tahan la mahal la harga makanan dia. dengan GST segala bagai. 
Ada satu kumpulan ni aku tengok je. Dia tunggu makanan sampai. Satu satu sampai. Then, bila lengkap semua hidangan, phone dulu yang keluar. Aku terkebil kebil sekejap. Mungkin jakun sebab tak pernah buat. huhu
Ambik gambar sana sini .. bla bla .. baru makan.
Salah ke ...??? Mesti tak salah, kan ...?? Ambik gambar je pun.
Aku berfikir tindakan seterusnya.
Mungkin gambar tu masuk dalam ig, fb dan bla bla bla. 
Kita nak bagitahu kawan kawan kita, hari ni kita dikurniakan rezeki untuk makan di restoran mahal. Kita mampu makan di tempat yang sedap.
Tapi, disebalik tu .. pernah tak kita terfikir apa agaknya perasaan anak-anak kecil yang hanya dapat makan nasi putih tanpa lauk pun. Pernah tak terfikir, hari ni kita mampu makan di restoran mahal, tapi ada diluar sana yang memerlukan ehsan untuk membeli setin susu untuk bayi yang sakit ??? Apa agaknya yang mereka fikir saat melihat post post makanan kita agaknya ..??? Betul lah suami kata. Orang yang macam tu, tak ada facebook pun. Tapi ada juga yang ada. 
Entahlah. Bak kata kata orang, kalau kita tak mampu meringankan bebanan mereka, jangan kita menambah luka hati mereka.

Mesti akan ada yang jawab semula
' kalau annoying .. dengki .. just unfriend or block. settle ! post gambar makanan pun jadi isu '

That is statement yang sangat super selfish
Dalam kita menghormati perasaan mereka itu, pahala. Dalam kita sensitif dengan jiwa mereka itu mampu memanjangkan silaturrahim. 
Bak kata orang, berpada pada lah. Alangkan bau masakan kita yang sampai ke rumah jiran, sedang jiran sebelah tak cukup makan, berdosa kita bila tak bagi pada mereka. Apa lagi dengan seronok dan bangganya kita mempertonton makanan makanan mahal yang menjadi sajian kita setiap hari.

Bukan aku nak judge, oke itu SALAH !
No .. tapi, ulang statement. Berpadalah. Niat tidak menghalalkan cara. Dan cara sangat menunjukkan apa yang kita niatkan.
huhuhu.

ANAK

Ini pun antara hal yang paling kerap jadi bahan kita share pada semua orang. By da way, aku pun ada anak. Aku harap aku beringat dengan apa yang aku taipkan. Siapa pun sayangkan anak. Unless diorang yang duk buang anak merata tempat. Hampir semua daripada kita nak bagitahu kita ada anak. Anak kita comel. Anak kita bijak. Anak kita dh pandai tu dah pandai ni. huhuhuhu

Itu keterujaan hampir setiap parents. So, seriously no wonder kenapa parents sekarang sangat overprotecting kat anak-anak. Kadang benda yang tak perlu nak protect anak pun jadi nak protect kononnya. ( mula laaaa nak melalut bab student. ohhh bosan ! )

Honestly, bagi aku. Tak ada salah pun nak up gambar anak .. nak share gambar anak pada siapa pun. Kan asyik muka kita je dalam ig, bosan ler pulak kan ..?? Cuma kadang setiap pergerakan anak jadi bahan dalam media sosial kita. Maknanya, ohhh ... dah pandai tergolek.  hari ni my little princess senyum. cutenya princess mommy !  hari ni baby mommy dah start for da 1st step. every single hour .. kita share anak kita pandai tu pandai ni.

kan besar sikit .. bagusnya anak mommy baru setahun dah pandai abc.  anak mommy bijak sangat dah mula hafal juzuk amma. and bla bla bla
oke laaaaa. benda tu kadang macam tak salah pun kita nak share kat kawan-kawan. Tapi, takut keterujaan kita berbangga dengan si anak, membawa kepada riak. Bukan nak mengata sesiapa pun. Aku judge diri sendiri je pun. Kalau aku nak up gambar umar anaqi .. apa niat aku ? Aku nak tunjuk dia bagus ke .. nak tunjuk dia bijak ke ...??? Alaaa .. budak setaun 4 bulan apa je pun. Dia bijak mengamuk je laaa. grrrr ... !! Then, biasanya aku up gambar umar, bila rindu kat tempat kerja. Bila rasa dia lucu. Bila rasa dia tah hape hape. Puiiii ! bila tak de perasaan pape. hmmm ..

 Itu belum lagi bab beli baju anak
punyalah kita mention beli baju anak kat butik anakku saja. ( everyone knows harga kat butik anakku tu memng win ). nak kena mention laaaa ... ' please yeaaaa .. this is not sale hour okeh. harga dia boleh buat sesak nafas. tapi sebab anak tak reti pakai baju pasar malam, terpaksa la berkorban '  hah !!! gitu pulak caption dia.

Tu tak lagi parents yang selalu fly luar negara ke.
up gambar baju baju anak
' guyssss .. baju dari BERLIN okeh ! harga dia superbb. tapi, since papa fly ke sana, kena la borong lebih sikit. Bukan senang nak ke sana. Harga di bila convert sini ... makan riban setiap pasang. tapi dah beli, mama sangat hargai. thanks papa ...loveusomuch !'
hahhhh ! ambik kau caption dia.

( so far, caption tu aku reka sendiri tau. tak de kaitan dengan ig or fb orang yang masih hiduo taw )

bila baca caption tu .. apa agaknya yang orang akan fikir..?
' hebakkk duit dia ni. hidup mewah. untung betul suami kaya '
' untunglaa boleh beli macam macam untuk anak '

bagi orang yang tak mampu ..???  Bagi mereka yang nak beli susu anak pun tercungap cungaap. Beli susu yang paling murah pun kena tambah lebih air. Kita yakin ke semua yang akan baca statement kita tu sangat mampu macam kita ..??  Kita yakin ke yang baca statement kita tu mampu nak beli baju anak harga mahal ..?? KAdang tu baju nak beli yang 10-15 hengget pun kena kumpul hujung bulan. Tu pun kalau ada lebih. Kalau tak, bertangguh lagi.

Masa tu .. bila orang sebut awak riak, awak kata orang dengki awak. Awak kata rezeki masing masing. Jangan iri sangat dengan rezeki orang lain.
( hmmm .. tapi honestly, aku benci gile kot orang bagi statement macam tu. tu spesies manusia yang langsung tak ada pertimbangan perasaan orang lain )

Bagi aku, kita semua berhak untuk rasa gembira dan bahagia dengan apa kita ada. Tapi, macm statement asal. Berpadalah. Bersederhanalah. Tak ada salah pun up gambar anak .. dengan caption ' morning guysss .. miss u baby ' ' miss u a lot. tunggu mama balik kursus okeh '
caption yang sangat sweet. tak de orang nak annoying. Tak de orang nak dengki. Dan tak de orang nak kufur nikmat dengan Allah. Kan ke memberi kemaslahatan kepada sesiapa saja itu lebih baik ..??? huhuhu

 
BERCUTI 

tHIS is one of the matter yang orang suka share.  Bila orang tanya pada aku cuti ni pergi mana ...? Jawapan aku simple je .. tido. Nak tido je puas puas. Sebab nya aku spesies letih nak berjalan sana sini. Untuk hidup yang busy setiap hari, aku cuma mengharapkan waktu cuti adalah waktu rehat. nak rehat okeh ! nak tido.

jadi, benda berkaitan vacation ni adalah hal yang melemahkan fizikal mental aku jugak. Suami pun lebih kurang. Tapi untuk short vacation dengan family sebelah suami or aku ... pada aku itu jalan untuk mengeratkan hubungan adik beradik dan itu memang PERLU !

Fine ! So, apa makna bercuti yang cuba aku up kan kat sini adalah .. tiap bulan bercuti kat oversea
' hiiii guysss ... phuket here ! lets enjoys the trip '
kan bulan depan
' cuti musim bunga di Boston ! oke ... harap boleh shopping gile gile kejap lahi '
bulan depan lagi
' Austin Hotel !!! Service terbaik. Harga pun terbaik. VIP je selalu booked sini okeh. kali ni ai beruntung '
bulan depan lagi
' oke .. cuti cuti malaysia pulak. oke laaa bilik 450 per night. masa untuk honeymoon !! welcome melakaaaaaa '

( waaa .. nampak tak happening gile caption dia. tu pun akal songsang aku yang bagi okeh )

Untung kan mereka boleh keluar masuk negara dengan duit tebal dalam poket.
Tapi, pernah ke kita fikir keluarga yang nak keluar pekan pun susah. Anak merengek nak pergi bandar pun, si ayah check wallet 30-40 kali. Ya Allah .. sedihnya bila kenangkan nasib mereka yang begitu. Kita mungkin nak gembira dengan apa yang kita rasa. Tapi mungkin ke orang yang baca statement kita tu mampu untuk bercuti sana sini ..??? Ya Allah .. kadang kita langsung tak terfikir statement kita itu boleh menjatuhkan motivasi orang lain. Memudharatkan jiwa dan hati mereka yang tidak bernasib baik macam kita. Semoga di sini kita mengambil iktibar.

So far, dalam pengendalian media sosial, aku suka dengan someone ni
aku follow blog and ig dia
dia pergi juga bercuti. dia tunjuk juga gambr anak. dia tunjuk juga beli barang anak anak
tapi .. buat masa ni dia sangat membuatkan aku berlapang dada follow ms dia
she's humble. she's nice

siapa ..??
namee roslan. boleh la jengah ke google yer
hahahaha

makkkk aihhh . panjang sangat dahhh ehh nih
huhuhu
kan muntah pulak mmbacanya

wallahualam
wassalam

No comments:

Post a Comment