Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesempatan berkongsi di sini. wuhuuu
haihhh .. satu proses cuti yang panjang
hmm ..,padahal bukan panjang sangat pun cuti sekolah akhir tahun nih. serious!! sebab cuti bersalin lagi panjang. aahhahaha.
Pejam celik pejam celik .. dah hampir sangat dah dengan 2017
Dunia pun makin tua. Diri sendiri je masih tak mengaku tua !! Oke, tak senonoh.
Setiap kali nak sampai hujung tahun, hampir semua orang fikir tentang azam tahun baru atau azam tahun tahun sebelum tak tak jugak tercapai. hmm .. bukan semua yang kita fikirkan terbaik untuk kita itu, baik untuk kita, kan ..???
Bagi aku, aku lebih suka melihat kesilapan hari ini agar tidak berulang di masa akan datang. Aku lebih suka melihat kejayaan masa ini untuk diteruskan di masa akan datang. Melihat manusia lain sebagai satu pengajaran.
Bukan kita nak cari salah orang, tapi mengambil semua di sekeliling kita sebagai panduan, pelajaran dan pengajaran dan bla bla bla. haihhh !!
So, 2016 agak membantu aku belajar tentang sesuatu. Belajar tentang manusia. Belajar untuk berhati hati dengan diri sendiri dan semua manusia di sekeliling. Belum tentu sahabat yang selama ini yang kita panggil sahabat akan kekal sebagai sahabat. kan ..??
Benda ni semua orang mungkin perlu alert. Dari dulu aku belajar untuk positif dengan semua orang. Memandang semua orang ada mind yang kehadapan. Semua orang ada satu semangat yang luar biasa yang kadang kadang diri sendiri pun tak sedar tentang itu. Tapi, rupanya tak semua orang kita boleh fikir begitu. Betul suami kata. Niat awak tu cantik dah. Tapi kita tak kenal hati semua orang. Niat yang baik belum tentu akan diterima baik oleh semua orang.
In that case, aku kena alert la dengan setiap benda yang aku buat lepas ni. Memberi pendapat, share nasihat memang hal yang baik. Tapi kena juga tengok tempatnya. Kadang orang yang terima boleh tune jadi negatif, but then boleh juga tune jadi positif. Depend on individu. hohohohooo ..
Hal ni, kadang kita memang tak perasan. Jangan orang lain, aku sendiri kadang terfikir ada tak aku buat benda macam ni..? That's why aku sedang dalam proses menyemak kembali semua entri dalam blog nih. Menghapus semua gambar sendiri yang 'tak bagus' dalam sistem google. MAksud tak bagus ??? Hmm .. dalam duk cakap pasal aurat, aku perlu jugak alert dengan aurat sendiri. Maknanya gambar gambar zaman jahiliyah dulu kena usaha untuk dibuang dari sistem. huhuhuhu .. alhamdulillah. banyak yang berjaya. Tapi masih ada yang berdegil tak mau hilang jugak. huhu. Harap aku jumpa alternatif lain. Kena kenal dengan kaki hack macam ni. kui3x
Kadang kita negatif sangat dengan orang lain .. kata orang lain sibuk cari salah kita. Orang lain sibuk dengan aib kita. Orang lain dengki sangat dengan kita. Tapi kadang kita tak sedar pun, semua tu datang daripada diri kita sendiri. Kita sendiri yang bagitahu pada orang. Yang tunjuk pada orang. Then kita marah bila orang ada pelbagai persepsi pada kita. Mana persepsi yang sama dengan kita, kita kata itu teman kita. Mana yang tidak, itulah yang dengki dengan kita.
Bagi aku, itu semua cuma konsep pemikiran manusia manusia yang tidak akan berjaya. Kadang kita perlukan perbezaan untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang berbeza. Kalau benda macam ni aku cakap pada orang yang sejenis itu, maka aku meski dah awal awal kena label pendengki. kan ...???
Contoh yang paling mudah, facebook., tweeter, ig memang medium yang paling mudah untuk kita menyebarkan aib kita. Contoh :
' soalan kita dalam facebook, konon nak minta pendapat umum macam mana nak kurangkan masalah angin dalam badan. kita state jugak, kita malu dengan pasangan sebab buang angin atas dan bawah tak tentu hala '
This is my personal opinion. Bagi aku, kat situ kita sendiri dah buka aib kita sendiri pada umum. Orang akan tahu ...'ohhhh .. dia ni memang selalu buang angin sepah sepah' ' ohhh .. dia ni dia ni ...' Then, one thing yang orang selalu tak perasaan adalah tentang berat badan. Benda ni nampak macam biasa tapi sebenarnya ada sesuatu yang kita tak nampak. Contohnya : ' selalu berat 50-55kg je. Sekarang ni bila pregnant jadi 70kg. Macam mana ni ..?? ' Hanya angka, kan ..?? Tapi orang boleh imagine how body's shape we are. benda macam tu aib kan ..??? Siapa yang buka aib tu ..? Kalau kita tak cerita pada umum, agak agak orang tahu tak ..??? Hmm .. tu contoh. Hal macam ni, ramai yang terlepas pandang. Jadi, ingatan untuk diri sendiri, perlu sangat berhati hati dalam mana nak share something. Everything. Anything. Hmm ..
Walau berapa lama pun kita kenal dia sebagai sahabat, belum tentu esok kita akan kenal dia lagi. Manusia boleh berubah. Atau kita sebenarnya tak lagi kenal dia. Kita tak berhadapan dengan orang yang sama dalam setiap situasi. Depan kita, mungkin dia memberi sokongan dalam kesalahan kita. Tapi, di belakang mungkin saja sebenarnya dia tidak pun menyokong kita. Mungkin bila berhadapan dengan orang yang dia lebih perlukan, sedang orang itu punya krisis dengan kita ... dia akan kata ' ohhh .. dia memang begitu. Semua orang tak suka dia ..' Mungkin tak ..??? Ya, mungkin !
Mempercayai seorang sahabat ada had dan limitnya. Jadi tak salah rasanya untuk sentiasa berhati hati dengan sesiapa. Sejak kenal dengan suami, setiap kali luah masalah dengan dia, memang dia tak pernah respon positif. Satu je statement dia yang aku masih ingat.
' awak bagitahu dengan semua orang masalah awak, awak rasa semua orang suka ke nak dengar..?'
Serious sentap ! Tapi hari ini baru aku sangat nampak kebenaran kata kata dia yang tah dah bape tahun tahun lepas.
Belajar bersahabat dengan Allah. Meluahkan pada Allah. Hari ini, sekali pun rasa gundah, dah jadi tak pandai nak bercerita dengan sesiapa kecuali Allah. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan sangat baik. Thanks ya suami. Walaupun cara awak tu macam kejam, tapi kalau ambik posotifnya .. ia sangat sangat positif. That why la orang kata ai tak dak perasaan sekarang. bhaahahahaha ..
Mengelakkan diri daripada sesiapa dengan harapan akan mengurangkan gangguan emosi sama sekali cara yang salah. Bagi aku, cabar emosi. Berdepan dengan mereka .. dan take ur own action. Ada masanya kita perlukan orang yang begini untuk melantunkan motivasi dan kualiti diri. Apabila terlalu lama berada di zon selesa, kita akan lupa bagaimana untuk mengawal diri saat berhadapan dengan krisis emosi.
Sebab tu orang kata, dalam bekerja pun .. kalau dah lama sangat dalam zon selesa, sila pindah ! Oke, fine ! Ai rasa ai dah selesa nih. Ai pindah okeh ?!!! hahahahhaaaa
Kerana diam itu dapat mengelakkan banyak masalah daripada berlaku. Jangan sibuk hal orang. Kerja orang. Let them free. ! Lihat mereka dan belajarlah. Setiap hari adalah hari untuk kita menjadi lebih baik. Menjadi sangat baik. Bercakap tentang salah orang sangat tidak menguntungkan diri sendiri. Penat lagi, ada ! Tak penat ke ..?? Banyak buruknya daripada baik dengan terlalu banyak bercakap.
Even dulu nazura semua orang kenal dengan si kepoh .. alhamdulillah hari ini, beransur senyap la sikit. Banyak sangat bercakap kadang menggagalkan kita untuk berfikir. Thats why .. tiap kali tulis entri kat sini, kadang aku perlukan masa sehari atau dua hari untuk publish. Baca balik .. fikir balik .. then publish !
So, aku memilih bercakap di sini saja sebab aku ada masa yang panjang untuk berfikir. Fine, TQ ! hahahaha
Bukan senang nak sentiasa positif dengan semua orang. Kadang pandangan negatif itu pun mampu menyelamatkan kita daripada konflik. Tapi,berpadalah. Untuk kita rasa tenang, aura positif itu semestinya kena lahir tanpa dipaksa paksa. Benda paksa paksa nih memang tak pernah akan jadi bagus. Malah nampak ketara pada kita sendiri.
Contoh : Setiap kali post status ... dia punya # jangankecamsaya atau #sayapunyastatussayapunyasuka atau #kalautaksukasilaremove
U know wat ?! That's so really super annoying okeh ! why ...??? nampak kau punya sombong tahap langit ke tujuh dan perasaan yang orang yang fren dengan kau di media sosial perasaannya hasad dengki ! Nampak kau sangat terancam dan insecure. What ??!! Macam tu, baik laaa ko punya media sosial fren dengan diri sendiri aje !!! heh .. ( emosi sangat nampaknya )
Bila kita rasa sangat berjaga jaga pada semua orang. Kita rasa semua orang dengki dengan kita. Dengki dengan rumahtangga kita. Dengki dengan lifestyle kita. Dengki dengan macam macam tentang kita. Pernah rasa macam tu ..?? Yang pernah, maknanya senang je. Kita MUNGKIN pernah rasa begitu terhadap orang lain. Kalau tak pernah, alhamdulillah .. itu mungkin ujian untuk kita terus sabar. Fine, kenapa agaknya kita rasa orang dengki ?!!! Senang. Sebab dengan tak sengaja kadang kadang kita selalu tunjuk kebahagiaan kita. Kemewahan kita. Ke'riak'an kita itu, bila menjadi bualan orang .. kita kata orang dengki. Sedangkan hal tu memang hal tak baik pun. Kita tak sedar, bualan orang tu sebenarnya amaran daripada Allah untuk kita betulkan kesilapan. Tapi malanglah kalau bualan negatif orang tu kita anggap dengan aura 'dengki' orang pada kita semata mata tanpa kita perlu rasa kita perlu ubah sesuatu. Setiap hari, adalah peluang untuk kita berubah. Kenapa bila kita rasa kita dah buat sesuatu yang kita rasa dah baik, jadi kita perlu berhenti untuk berubah ..???
Satu hari, sembang sembang dengan someone masa buat treatment. Aku kenal jugak that one .. tapi tak rapat. Kebetulan aku rajin pulak melayan orang menyembang.
' suami dia tu kawan akak kan ..?? '
haaaa .. sudah ! bla bla bla .. and bla bla bla.
Point dia apa ..??? Ingatlah. Kita tak kenal semua orang. Kalau ada 1081 fren dekat facebook, kita kenal ke semua luar dalam. Hati limpa hempedu jantung dia semua ... kita kenal ke ..??? Aku tak rasa dia pendengki manusianya. Tapi, tu lah. Hati-hati bila kita post something .. share something.
Meluahkan kemarahan yang menggila. Meluahkan rasa tak puas hati. Menyindir orang sana sini .. ai think u should stop. Kadang orang berkawan dengan kita .. sebenarnya sedang menunggu bila saat kita akan jatuh. Ya, bila akan jatuh ! Kita tak akan jatuh ke ..?? Mustahil. Jadi, HATI-HATILAH ! Dengan siapa, tentang apa .. masing masing kena buat checklist laaaa. Takkan nak minta ai jadi batu api pulak.! haih !!
Hurmmm .. tahun 2016 pastinya kekal sebagai masa lalu dan tahun mendatang, kekal menjadi masa akan datang. Dunia pun dah tua. Manusia pun makin menggila.
Untuk diri sendiri .. bawa bawalah memperbaiki diri untuk persiapan hari seterusnya. Kekalkan aku dalam IMAN .. utuhkan jiwa aku dengan TAQWA .. yakinlah bahawa hidup ini hanya ada ALLAH YANG SATU.
Sekian bebelan yang super panjang ini. hahahaha
Wallahualam
Wassalam
No comments:
Post a Comment