“Hampir semua kegagalan disebabkan tersalah langkah. Salah langkah bermula daripada tersalah fikir. Tersalah fikir bermula dari gagal mengenal diri.” ~ DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj
Sunday, April 23, 2017
~ alahai .. ni la namanya kerja ~
Assalamualaikum ..
februari, mac, april ... baru nak melangkah ke may.
Gila lama baq hanggg tak update blog. hahhahha .. ( rasa ada org kisah ke update ke tak update ). Sape je la nazura. Bukan best seller skincare or make up tools ke, bukan public figure pun, sekadar manusia picisan di lama blog yang dah bersarang sarang dah. hahahhaa .. Hmm .. may be ada certain tu kisah kot. Mana la nazura ni. Hidup lagi ke ... hahaha. Alhamdulillah, Allah masih bagi hidup dan sihat nak mengejar umar anaqi tuh. huk3x.
Sebenarnya nak bagi tau. Since pindah umah xdak wireless ni, mud nak update tu jadi lemau sikit. Bila keje hotspot dengan phone even memg laju, still jadi tak best. Bila nak kuar lappy tu, phone habis bateri la .. n wat so ever yang menyebabkan .. hmmm .. bosan bosan bosan. Lipat kain lagi best. hahahaha. mak mak kan ..? lipat kain. basuh kain, jemur kain .. kain kain segala bagai je la keje dia. Ha .. masak ?! hahahaha .. ai masak ada turn dgn suami. tapi giliran banyak kat suami. ! Oke la kan .. bagi bagi keje kat umah. Apa salah nya. hahahaha
Oh cite pasal wifi kan. hahaha .. then, tiba tiba plak si YES tu duk pacak promo dia pasal unlimited wifi, oke laaaa .. even kelajuan dia so so so ... ( mn berminat boley la buat survey yer ). Since range area dia sangat terhad ... kena la buat check up coverage dulu kan. Alhamdulillah, sejak terduduk kat tepi jalan besar ni, tak la masalah sangat nak dapat coverage. huhu. Ye laaaa .. dah mintak tiang tak dapat dapat. huhu .. mungkin kena tambah 3 tiang kot. Haiiiii la ... monyet monyet yang berjiran dengan aku ni tak mau apply pasang tiang ke..?? huhuuhu .. ( kalau la monyet tahu keperluan internet dalam kehidupan, kan ..) Setakat jiran 2,3 orang yang ada ni, nak apply tiang pun confirm la tak dapat. hahaha. Tu la guna YES. Yes pun Yes laaaa.
Hmm .. tajuk kerja nak merapu benda lain la eh. kan ..?? hahhaha
Semua orang kerja kan. Even fulltime housewife yang diorang kata tak kerja pun, diorang tetap bekerja. Bagi aku, dalam nak menguruskan kepelbagaian kerja yang kita nak face hari hari, politik dan menguruskan kerja tu sangat penting.
Ikhlaskan hati.
This one of the thing yang paling kita perlu hadam sebaik mungkin. Macam kita belajar Rukun Iman, percaya kepada Allah. Ia bukan sekadar sebutan manis di bibir seperti menanam tebu di hujung bibir ( haaaa .. peribahasa kau ! hahaha ). Tapi bagaimana kita tahu, faham dan hadam tentang percaya kepada Allah.
Soal kerja dan ikhlas mungkin jadi sesuatu yang sangat sensitif pada sesetengah orang . Especially bagi certain kes yang ada saja tidak kena. Mungkin aku pernah dilabel sebagai pekerja yang begitu kot. Since aku pernah bertindak diluar jangka orang seseorang, aku pernah dapat warn " Nazura, jangan tolak tugas ". Aku pernah juga dipanggil ke pejabat pentadbiran berkaitan beberapa isu .. tapi ... in other side, kita perlu faham .. Kita tidak ikhlas dengn kerja atau kita cuba membetulkan sistem ..??? !! Thats the question. By da way .. aku tak buat sesuatu secara membuta tuli. Aku ada orang orang tertentu yang membuatkan aku confident dengan langkah aku. I have my own fact. Thats y today .. aku lebih suka diam dan settlekan semua kerja tanpa sebarang bunyi. Sebab aku sangat mula kenal apa tu kerja ( tanggungjawab ) dan apa tu pengurusan sistem. Waima dekat institusi pend mana pun dulu aku bekerja, apa yang aku sebut adalah pengurusan sistem. Sebab pengurusan sistem itu yang akan memastikan kerja akan berjalan dengan lebih mudah.
Fine. Back tu ikhlaskan hati. Sebaik saja kita terjebak ke dalam dunia sekolah, nak atau tidak kita memang kena terima akan ada begitu banyak perbelanjaan untuk student. Ko cikgu kaya ke ko cikgu miskin ke .. memang ada. Bagi aku, memilih untuk kuatkan perkataan 'sedekah' dalam hati itu adalah terbaik. U know why ..??? Cikgu .. bukan saja kita banyak hutang duit kat bank, tapi kita terlalu banyak hutang 'masa' dengan pelajar. Bagaimana pun kita kejar masuk kelas awal, bagaimana pun kita kejar nak habiskan silibus ... kita adalah hampir tidak terkejar semua tu. Kita dah siapkan awal awal plan pdpc .. tapi sampai hujung tahun, kenapa masih ada silibus yang kita tak mampu nak ajar secara detail. Semua itu kita dibayar GAJI. Jadi, nak bagi barakah gaji kita .. nak bagi bersih gaji tu .. itu antara cara yang kita. Tapi, buatlah ikut kemampuan. KAlau macam aku cikgu yang tak bape berduit ni, sekadar mampu saja lah kan. Apa yang paling penting, diam kan saja bila dah keluar duit. Baik baik, tertulis sebagai sedekah, bila disebut sebut .. diungkit ungkit jadinya benda lain. Kalau rasa perlu claim, pergilah pada orang yang berwajib .. mintak claim. ( dalam gaji kita ada rezeki orang lain. bukan semua gaji kita tu adalah kita punya )
Benda ni pun aku belajar daripada cikgu cikgu lama aku. Yang mengajar di sekolah yang lower standard orang kata, tapi pada aku, mereka ada jiwa yang sangat bersih. ( Mungkin sebab tu alhamdulillah, diorang berjaya 'hasilkan' pelajar lonjakan even diorang tidak memilih pelajar cemerlang saja )
Mengurus Kerja
Sebut tentang mengurus kerja, kerja adalah sesuatu perkara yang tidak akan pernah habis sampai bila pun. Apa lagi kalau kita berada dalam bidang perkhidmatan. Baik, di sini pentingnya kebijaksanaan dalam mengurus setiap satu kerja. Bagi kita sebagai manusia biasa, mustahil untuk kita boleh memastikan setiap kerja tiptop. Kita manusia, bukan robot. Tapi, di sini .. mana kerja yang sangat penting untuk kita siapkan terlebih dahulu. Tak nak bagi contoh orang lain. Contoh untuk diri sendiri. Belum sah lagi jawatan letak aku bahagian pengurusan. Tak nafikan ia hal yang menarik untuk dipelajari ( mungkin memang pasion aku sejak sekolah lagi ). Guru kelas dan semua subjek kelas exam. Terkebil kebil time tu. Bila pindah sekolah ( aku ada banyak kali perpindahan tau ) huhu .. pun letak bahagian pengurusan jugak cuma bukan kelas exam ( pun masa ni belum sah jawatan ) Unutk beberapa bulan pertama memang kalut gila dunia nak adjust kelas, pdpc dan pengurusan. Masing masing ada kpi masing masing. Ada kehendak dan due date masing-masing. Aku rasa cikgu cikgu yang terlibat macm aku, dah rasa dia punya kelam kabutnya. Lepas setahun .. baru boleh nampak kerja mana yang penting. Kerja mana nak siap dulu. Kerja mana yang boleh dikemudiankan. Siapa yang boleh kita harapkan.
Benda yang berkaitan dengan pentadbir biasanya aku kena jalankan dulu. Means macam aku kena settlekan kursus cikgu cikgu .. perjalanan kursus, tarikh, tempat .. jenis kursus semua tu kena mengadap pentadbir dulu. Bila ada kursus mengejut, memang kena mengadap pentadbir dulu. Jadi nak tak nak, mmg kena telan bila orang kata bestfren pentadbir. Alhamdulillah, buat masa ni aku belum lagi menghadapi masalah dengan mana-mana pentadbir yang 'betul'.
Lepas tu baru tengok pdpc ( heatcount .. saps .. buku rekod ) kelas ( apdm, register ) dan segala bagai bnda yang malas nak taip dah. Benda macam ni bukan aku buat betul semua, complete semua .. tapi siap even memang lari due date. Tu memang biasa. Certain thing yang ada banyak arahan, banyak format .. aku akan pilih yang paling ringkas tapi memenuhi objektif. Biasalah .. mana lah nak ada manusia perfect. Nak siap semua benda on time dalam masa yang sama. As long as benda tu siap .. tak sampai tahap menyusahkan orang lain punya kerja. ( huuu .. sory yer kalau ada certain kerja yang memang hampir menyusahkan orang ? huk3x. Tapi, cuba lah buat sebaik mungkin. Yang penting tak abaikan kesihatan, masa tidur, masa dengan family expecially yang anak halus halus lagi tu. huhu. Sesekali bawa balik kerja ke rumah, tu biasa. Kalau hari hari bawak balik kerja ke rumah .. tu memang LUAR BIASA. huhu
Majikan
Haaa ... yang ni memang satu isu besar dalam satu organisasi. Ada tu dapat majikan chill lexxxxxxxx je. Tapi semua kerja complete. Ada pulak, dapat majikan muka ketat macam period sepanjang tahun, dan kerja memang superb ! Ada yang oke je .. cool je. Tapi semua kerja ada yang tukang buat. Ada pulak yang bengis baqqqqqq hang, tapi kerja .. hmmmm ... thumb down ! Alhamdulillah, aku pernah berada di bawah pemerintahan mereka mereka yang begitu. By day way .. pengalaman kerja kat mana mana yang dah dekat 7 taun ni ( bukan mengajar je yer ) .. buat aku rasa tahu which one is better untuk aku collect all of their experience. Bukan pengalaman kerja je .. tapi pengalaman hidup mereka jugak.
Dalam usia kerja yang sangat baru untuk aku, aku rasa memang banyak benda aku perlu belajar. Adakah majikan yang terlalu suka mencari kesalahan pekerja, berdendam dan mengenakan tindakan sesuka hati itu hal yang perlu dicontohi ? Aku prefer majikan yang mengajar dan memberi ilmu yang baru untuk kita menjadi lebih baik. Dan pendapat peribadi aku, majikan yang tahu apa yang sedang dia lakukan .. majikan yang super independent dengan setiap keputusan yang di ambil adalah TERBAIK. Berbanding dengan majikan yang dependent di mana dia memerlukan sesetengah pihak untuk menjaga reputasinya. Bergantung kepada bentuk fikiran manusia itu sendiri untuk menilai. Bagi aku, selagi mana aku tidak rasa terbeban dan mampu menganggap itu adalah tanggungjawab sebenar, why should i condemn. isnt it ? hahaha
Tu yang kerja ada majikan la. Mana yang keje dia la majikan dia la kuli, tu depend on u la nak jadi majikan yang bagaima untuk diri sendiri. Yang ni pun dah pernah rasa gak. Jadi majikan untuk diri sendiri dalam 6-7 bulan. Hahaaha .. buat kelas tusyen sendiri. Sewa kat satu tempat ni. Alhamdulillah .. masyuk gak. Tapi la ni, bila orang mintak tusyen, awal awal surrender. Tak larat laaa ehhh. huhuhuhu ..
Rakan Sekerja
Tak dinafikan rakan sekerja juga merupakan faktor penting untuk kita melihat suatu kerja dengan pandangan yang positif. Jika dikelilingi dengan aura aura negatif. Malas kerja. Kaki ponteng and wat so ever .. kita sedikit sebanyak pasti akan terjebak sama. Alhamdulillah, aku sering di temukan dengan rakan sekerja yang positif walaupun ada masanya jumpa jugak yang negatif ni.
So far, semua tu sangat bergantung jugak dengan diri sendiri untuk survive. Sebab tu dalam dunia kerja, kebergantungan kepada diri sendiri sangat penting. Kalau kita terlalu mengharap orang sekeliling kita untuk protect kita, untuk kita bina lingkungan komuniti kita .. ada masanya nanti kia sendiri akan terperangkap. Kalau kita as a leader of the grup, mungkin lambat sikit kita nak jatuh. Tapi kalau kita ni sekadar tempelan yang menumpang pengaruh dan kekuatan orang lain, sangat bila bila masa kita akan tersingkir. Ni semua politik kerja. Bukan negara je ada politik.hahahaha
So, bak kata orang, semuanya biarlah berpada. Mana yang kita rasa positif kita go ahead. Mana yang rasa negatif, kita elakkan. Mana yang menikam daripada belakang, gunalah kebijaksanaan dalam menghadapi mereka. Ramai je manusia dalam dunia kerja ni duk jatuh menjatuhkan orang lain. Tak apa ... rezeki kita semua Allah dah tetap kan dah. Apa lah sangat nak risau. As long as kita buat kerja kita. Tak kacau orang. Tak sibuk hal orang. Sebab setiap daripada kita ada masalah dan ada keperluan tertentu. Kita jangan terlalu memikirkan hidup orang lain sehingga hidup kita sendiri gagal untuk kita baiki. Sehingga prestasi kerja kita semakin jatuh dek terlalu memikirkan dunia orang lain. Nak buat apa kan? hahahaa
Suasana Kerja
Dan tak di nafikan, semua di atas itu sangat memperngaruhi suasana kerja kita. Bila gagal satu untuk kita kendalikan dengan baik, maka rosak lah suasana kerja kita. Kita sendiri sebenarnya yang menentukan suasana kerja kita. Baik atau buruk, pun kita yang tentukan. Tak perlu mengharapkan orang lain berubah, kalau kita sendiri belum berubah. Pernah kan dengar cakap bijak pandai, kalau nak berjaya kena berubah. Belum tentu benda yang kita rasakan selama ini betul, sebenarnya adalah betul sepanjang masa. Mungkin berlalunya masa, hal yang kita rasakan betul selama ini, sudah jadi kurang betul pada masa ini. Belajar menerima perubahan. Zaman Nabi dulu pun, baginda nak kembangkan Islam, baginda berhijrah ke Madinah. Kita???? Nak mengembangkan potensi diri .. takkan nak hidup dan duduk di takuk lama je kan. Belajar untuk berubah. Hati kena redha akan perubahan. Mula mula memang payah. Bila dah biasa nanti, oke laaaa tu. hehhheee
Pape pun .. kena chill masa bekerja. Baru lah hari tak penuh dengan stressss. hahahaha
Wallahualam
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment