Friday, April 28, 2017

~ merotan atau didikan ~


Assalamualaikum
Selamat pagi semua !!! HAaaa .. macam masuk dalam kelas pulak laaa eh. hahahaha

Hari ni bila scroll facebook, masuk ada lagi tentang Almarhum Adik Thaqif. So far, semua terkesan dengan kisah. Jangan kata orang lain, aku sendiri bergenang air mata baca kisah dia. Tapi, begitulah Allah menetapkan percaturan hidup dan matinya seseorang. Jalan pergi itu jua susunan Allah Yang Maha Tahu.

Isu rotan, prosedur hospital .. kaedah rawatan yang orang duk sibuk pung pang pung pang semua itu adalah asbab dan ikhtiar saja. Jika kita faham tentang itu, di situlah akidah. In sha Allah kita redha. ( pandai kau bagi tazkirah jumaat yerrr )

Isu yang utama di sini adalah isu rotan. Sama ada nak atau tak nak, aku antara orang yang akan memegang rotan setiap hari. Biasanya sebat orang lain punya rotan la. Sebab aku tak menjadikan rotan itu BBM penting untuk masuk ke kelas. Sejarah aku menjadi pelajar, ya .. aku juga pernah dirotan sebab ponteng kelas HIKMAH ( kelas tambahan SPM ). Sorang je pulak pengawas kena rotan. Hmmm ... sorang je pulak budak kelas sains kena rotan. Dia punya sakit tak la sangat tapi dia punya terganggu emosi tu makan dalamm wooo. hahhahaha ..

Zaman dulu, merotan dan dirotan tak pernah jadi isu even balik tangan berbilai. Zaman sekarang .. tak dak bekas hape pun, memng mati la cikgu kena seranah ( certain student n parents ). Rasulullah juga menekankan tentang didikan dengan cara merotan. Jadi, itu sangat dilihat didikan secara merotan itu tidak cukup untuk memudharatkan.

Jadi, apa sebenarnya yang menyebabkan banyak kes hingga melibatkan kesihatan anggota tubuh mereka yang dirotan? Ya, rotan tu tak salah pun. Cara merotan pun kalau macam mana cara pun, in sha Allah .. tak de effect sangat pun. Yang salah di situ adalah NAFSU ketika merotan. Adakah nafsu ketika itu adalah amarah ... nafsu untuk mendidik .. atau bagaimana ?

Aku biasa jugak bawak rotan dan merotan. Tapi, benda yang aku cuba ingat kan untuk diri sendiri adalah .. aku takkan hayun rotan itu ketika sangat marah. U know wat, saat kita sangat marah .. segala rasional kita boleh menjadi keadaan separa sedar. Kita merotan tanpa sedar tahap kekuatan hayunan tu. Kalau yang merotan tu besar takat macam aku, memang celah gigi je la budak budak tu rasa.  Habis kalau yang merotan tu orang lelaki besar 2 kali ganda besar aku. Ko tak seriau ke ??? huhuhuhu

Aku tak pasti apa yang membawa kepada pukulan dengan menggunakan bahan lain selain rotan. Bagi aku .. pukulan selain rotan itu bukan untuk mendidik tetapi lebih kepada nak menjahanamkan orang. Apa lagi kes yang tersebut .. kanak-kanak berusia 11 tahun .. apalah sangat yang mampu dia buat ..? Apalah sangat benda buruk yang terlintas di fikiran dia. Tapi itulah. Jika merotan itu diselubungi nafsu amarah ... rasa ego seakan berkuasa ( tapi lupa kuasa Allah itu Maha lagi ) .. sebab tu jadi begitu.

Tragedi itu satu pengajaran besar buat kita. Bukan cikgu saja. Parents juga. Aku yakin, masih ramai parents yang masih menghayun rotan, tali pinggang or wat so ever kepada anak-anak. Tapi .. sebelum melibas benda benda itu kepada anak-anak, tanya diri kita. Kita sedang marah atau tidak ? Kita melibas untuk mendidik atau marah oleh kebisingan mereka .. marah oleh tercabarnya ego kita ... atau marah oleh sebab kenakalan mereka merosak harta kita ...?? Tanya kembali dalam diri kita. Bagi hal hal yang begitu, ya .. anak itu wajar untuk di marah .. di tegur ... mungkin di rotan .. tapi berjagalah dengan tahap rasional kita ketika itu.

As a parents, aku pun terkedu juga dengan kes tersebut. Sampai aku terfikir bila si ketot tu nanti sekolah .. aku bagi cikgu rotan dia, tapi tolong panggil aku time nak rotan boley tak? hahahhaa .. ( mawu kena tempeleng dengan papa umar ). Tapi, ini berdasarkan pemerhatian aku. Aku tak pulak buat research ke hape . Biasanya, cikgu yang benar-benar cikgu wlaupun dia bengis tahap singa lapar tak makan setahun pun ... hati dia pasti ada sedikit rasa 'kasih' pada student tu. Mesti ada terlintas rasa 'kasihan' saat student itu melompat kena libasan pertama.  Mungkinlah itu hati manusia-manusia yang diciptakan jadi cikgu. Sebab seingat aku duk keluar masuk keluar masuk sekolah .. yang namanya cikgu disiplin, mesti jadi kesayangan pelajar. hahahahahahaaa ..

Tu lah. Bagi aku .. tak salah merotan pelajar atau anak-anak. Tapi kenalilah cara yang betul dan terbaik. Bagi aku, merotan di depan perhimpunan memang akan membabitkan emosi mereka. Tapi bagaimana Islam menganjurkan hukuman dalam jenayah, mungkin di situ kita boleh ambil untuk apply. Rotan itu untuk mendidik. Runtunan dan sentakan emosi itu juga penting dalam usaha mendidik. Bukan fizikal semata-mata.

Even keterujaan dalam dunia PAK 21, bagi aku .. kaedah kaedah silam yang jelas memberi impak yang baik kepada anak-anak hari ini, perlu diteruskan selain daripada memperbanyak kaedah kaedah pemulihan disiplin melalui PAK21. ( ko hingat PAK21 tu pdpc dalam kelas je ke ..??? hahahaa ). Hmmm ... alangkan pdpc PAK21 pun ramai lari konsep .. ni nak apply kat disiplin. Kan nanti aku pulak kena kecamm. hahahhaa ... kbye !!!

Wallahualam
Wassalammm ...



No comments:

Post a Comment