Wednesday, May 10, 2017

Hidup Ini Pelajaran Terbaik Buat Kita ( Volume 1 )


Assalamualaikum
Alhamdulillah masih diberi kesihatan, kelapangan dan kemampuan nak update lagi
Macam biasalah. Bila sempat update kat sini, maknanya terawal pagi lah bangunnya di kala waktu cuti. hahahaha .. kalau tidak, memang tak tersentuh nak menaip kat sini. hhuhuhu

Baru-baru ni ada satu peristiwa yang sedikit membuat kan aku tersentak. Bukan nak mengata okeh. Tapi cukup sebagai pelajaran untuk diri sendiri dan kita semua. Hari ini kita mungkin tak buat, tapi akan datang kita tak tahu.  Jadi, iam gonna share untuk kita saling mengingati antara satu sama lain. ( haaaa .. mcm mak cik mak cik gitu ! )

Ilmu Untuk Diamal

Betul. Ramai antara kita yang berilmu tapi sangat kurang yang mampu beramal dengan ilmu nya. Tak terkecuali aku. Macam mana pun, aku manusia biasa. Biasa dan selalu khilaf dengan banyak benda. Benda yang paling mudah dan terlalu biasa adalah soal diri. Hal solat. Kenapa solat dan diri ? Sebab bagi aku personally, itu sangat menentukan siapa kah kita sebagai perempuan. Bagaimana kita membawa diri sebagai seorang perempuan yang sering membawa nama ayah dan suami.? Itu sangat penting untuk dijaga.  Dulu aku mungkin tak terfikir benda ni. Tapi lama-lama, aku melihat benda ni hal paling utama untuk diri manusia bergelar perempuan.

Jika si perempuan itu tidak berilmu, bagaimana ayah dan suami pula mencorakkan perempuan perempuannya. ( esp isteri dan anak-anak perempuannya ). Bagaimana dia memperlihatkan isteri dan anak-anak perempuannya, begitulah hakikat dirinya.  Sebab itu, berdoalah agar kita dan keluarga sentiasa terpelihara daripada fitnah fitnah dunia akhir zaman ini.

Bagaimana orang lain menilai.? Betul, kadang kita tak perlukan orang lain untuk menilai diri kita. Kadang dengan bongkak pun kita rasa kita tak perlukan orang lain untuk judge kita. Tapi bagaimana kita boleh membetulkan diri kita tanpa perkataan-perkataan daripada manusia lain yang memandang.? Kita selalu melarikan diri daripada orang-orang yang kita anggap negatif, untuk kita rasa selesa. kamonnn ... kita sendiri sudah menilai orang tanpa kita sedar. Sebaik saja mereka menegur kita atas hal yang kita tidak suka, ada baiknya kita diam dan selidik dahulu.  Kadang Allah datang kan orang begini untuk kita berubah.

Bukan semestinya dengan ilmu yang kita ada, itu sudah meletakkan kita di tempat yang betul.
Contoh : Sipulan lelaki yang tahu tentang ilmu agama, boleh menegur perempuan perempuan lain tentang aurat, menasihati teman kelilingnya tentang batas pergaulan lelaki dan perempuan, belum tentu dia mampu menegur perempuan-perempuan dan lelaki lelakinya ... lantaran SAYANG. Hal ini yang terlalu biasa berlaku.  Allah menguji kita dengan ilmu kita.  Mahu melihat sejauh mana kita mengaplikasikan ilmunya. Pernahkan dengar perumpamaan, menjaga seorang anak perempuan ibarat menjaga sekandang lembu. Begitulah kita diperlihatkan betapa beratnya tanggungjawab seorang lelaki dalam menjaga perempuan-perempuannya. Mendidik perempuan untuk solat, bagi aku tidak susah. ( pengalaman di sekolah ). Apa yang paling susah adalah mendidik perempuan untuk menjaga auratnya, dirinya dan maruahnya. Itu suatu hal yang paling susah.

Sedangkan berseluar sendat, berbaju singkat, menyingkatkan tudung itu .. walaupun dianggap fesyen, tapi perlu dilihat daripada sisi auratnya. Tak perlu menoleh ke arah yang lain. Aku sendiri sering menoleh diri sendiri. Kadang terlepas pandang juga. Tapi, di situlah pentingnya orang orang yang kita rasakan negatif untuk menegur kita. Dulu, seorang pensyarah kata, di rumah kita perlu ada cermin ajaib. Apa tu cermin ajaib ? Cermin untuk kita melihat diri kita. Fizikal kita. Sebelum keluar, tengok dari atas sampai bawah. Baju singkat tak? Kalau dah atas peha, confirmlah singkat. Seluar ketat tak ? Kalau bentuk kaki atas ke bawah boleh orang nampak, ketat la tu ? Atau kita sendiri kata. ' oke, kaki aku kecik. kurus lagi ' ketat la tu maknanya. Tudung menutup dada tak ..? Kalau lepas bersalin dan menyusu anak, then orang boleh detect kita menyusu anak .. maknanya, ada yang tak kena la dengan tudung. Orang mungkin nampak, tapi tak berbunyi. Kenapa ? NAk jaga hati kita. Tapi dia jaga tak maruah kita ..? In sha Allah, tidak. 

Hal itu yang sangat aku takutkan. Kita tak tahu bagaimana kita diuji hari akan datang. Hari ini, mungkin orang akan kata aku, sila jaga keluarga sendiri. Tapi bagi aku, sama-sama kita menjaga antara satu sama lain.  Kalau tidak, tidak Allah datangkan kita di atas dunia ini berkumpulan. Tidak Allah datangkan kita di atas dunia ini dengan pelbagai ragam dan kerenah. Jangan terlalu mudah kita melabel seseorang itu negatif hanya kerana kita rasa tersentap dengannya. Jangan mudah sangat melabel orang pendengki, hanya kerana dia cuba untuk menegur kita. 

Ujian Anak

Bagi yang dah berkahwin, pasti macam mana pun akan teringin nak menimang zuriat sendiri. Betul, anak adalah anugerah terindah. Tapi jangan sekali kita lupa, anak itu adalah AMANAH yang ALLAH PINJAMKAN. Setiap pasangan yang sudah berkahwin, pasti akan datang ujian tentang anak. Tak punya anak. Anak sakit. Anak sihat tapi nakal. Anak tu anak ni anak dan anak. Kenapa..? Ya, aku melihat ia sebagai satu ujian besar buat parents.

Siapa tak sayang anak, kan? Alhamdulillah, lebih ramai parents yang sayang anak berbanding yang tak sayang anak.  Cuma kadang, sayang kita yang terlebih itu menutup mata kita akan kesalahan mereka. Anak Ku Sazali seharusnya berjaya membuka mata dan hati kita semua. Tapi, sayangnya. Generasi 80-an hari ini, sering memandang anak itu adalah dirinya. Keturunan dan penyambung legasinya sehingga di menafikan bahawa anak itu sebenarnya mempunyai karakter dan psikologi individu yang tersendiri. Kita sangat berbangga dengan anak. Sehingga kita mendesak dan memaksa dia untuk pandai. Kita tanamkan dalam jiwanya, dia adalah keturunan kita yang hebat, dia perlu jadi hebat. Kita pupuk jiwanya untuk jadi begini begitu. Tapi kita terlupa, saat dia melalui proses pembesaran dan kematangan akal fikiran, semua itu dia mampu bezakan.  Atas dasar ketaksuban tentang inilah, kita sebenarnya terlupa untuk mendidik jiwanya. Lalu, dia mendapat jiwanya melalui karakter kita dan karakter orang disekelilingnya.

Benda ni, aku melihat melalui banyak pengalaman orang. Sedangkan aku sendiri, anak baru setahun lebih. Tak layak sebenarnya nak jadikan cara aku sebagai kayu ukur. Tapi aku state kan pengalaman aku. Kesilapan orang lain untuk dijadikan tauladan. Dan pengalan orang lain untuk aku kutip baik dan buruknya.

Study karakter anak sedikit sebanyak dapat membantu kita memilih cara terbaik untuk mendidiknya. Bagi aku sendiri, aku memilih anak untuk memilih. Dia mempunyai keputusan untuk dirinya, kepuasannya sejak kecil. Kita hanya membimbing keputusan itu melalui penilaian benar atau salah. ( Cara ini pun aku try kat Umar daripada orang lain jugak ).

Contoh :
Bila pergi pasaraya, Umar memang dah pandai sendiri berjalan dari satu row ke satu row cari bahagian permainan atau makanan. Itu biasa. Karakter budak. Sampai tempat permainan, dia sendiri akan ambik masa yang agak lama untuk pilih permainan mana dia nak. Tang tu aku suka tengok. Dia cuba membuat keputusan, permainan mana yang dia rasa cocok dengan jiwa dia. Dia ambik .. dia letak balik.  Tak best. Jalan lagi tengok yang lain. Ambik lagi. Pernah sekali dia ambik permainan yang aku tak fikir logik untuk dia beli. Aku cuma say no .. dan mintak dia pilih yang lain. Sampai akhirnya dia memilih permainan yang dia rasa sesuai untuk dia. Dia senang hati, hapy .. jadi tak banyak songel nak ikut kita beli barang lain.

Pernah jugak dulu 2,3 kali aku pilihkan permainan untuk dia. Kononnya nak membina psikomotor dia. Ambik permainan tu tanpa dia tahu .. ambik permainan tu walaupun dia tak pilih .. senang kata kita syok sendiri, jawapannya memang dia tak sentuh langsung. Itulah antara sebab kenapa banyak permainan anak di rumah tapi dia cuma main satu dua saja. Sebab apa yang aku perhatikan pada Umar, dia hanya main permainan yang dia pilih walaupun dah barai.

Macam tu jugak pergi kedai buku. Dia tahu kat mana tempat buku kanak-kanak. Dia akan pilih dan ambik buku yang dia nak saja. Aku terpaksala jadi pak pacak nak monitor dia ambik buku mana. Then, bawak kat aku .. bila aku approve, baru la minta dia bawak sendiri ke kaunter. 

Ada jugak parents yang diuji dengan anak yang tak sihat. Tak kisah lah tak sihat secara fizikal atau dalaman. Itu pastinya sangat menguji emosi ibu bapa. Berulang alik hospital. Dengar keputusan doktor. Ya Allah, itu semua ibarat halilintar membelah jantung, u know. How i know ?? Aku tahu sebab aku mengalami. Aku boleh sangat faham hati-hati ibu ayah yang ada anak yang mempunyai sakit kritikal. Aku tahu bagaimana rasanya menahan air mata. Aku tahu bagaimana jiwanya memandang anak yang sakit itu ketika dia tidur. Aku tahu rasa penat .. tapi memerlukan fizikal dan mental yang kuat.

Di situlah Allah menguji kita tentang anak. Kerenah dan ragam anak itu ada masa sangat menjengkelkan kalau kita gagal mencari hikmah dan asal tujuan anak itu dikurniakan untuk kita. Anak itu mudah kita lemparkan dengan kata nista menyusahkan saat kita rasa terbeban dengan nya. Saat itu kita sangat lupa Allah mendengar setiap ucapan kita.
Muhasabah kembali tentang hadirnya anak sebagai anugerah. Adakah dia penyambung legasi kita atau dia sebenarnya Allah hadirkan untk menyambung dan meneruskan legasi Islam ..???

Bagaimana semua itu boleh berlaku ..?? aku pernah terbaca, apabila seseorang bertanya kepada ayah salah seorang imam mazhab, bagaimana dia mendidik anaknya sehingga menjadi begitu hebat ..? Lalu si ayah itu pun menjawab, dia mendidik anaknya dengan mendidik ibu kepada anaknya terlebih dahulu ( isteri ). Jadi, besar sekali lagi tanggungjawab si suami dan si ayah dalam menentukan generasi Islamnya. Dia dia berkehendakkan anak yang kenal akan Islam, dia perlu mendidik dan menampilkan isterinya sebagai seorang 'Muslim' selepas dia juga adalah 'Muslim'. Muslim bukan rukun Islam saja. Muslim itu penghayatan hati dalam Rukun Iman dan aplikasi diri dalam Rukun Islam. Mudah ke ...??? Susah sangat. Tapi sama-sama jom kita cuba. huhuhu

Kalau kita rajin menilai hidup kita masa lalu, hari ini dan masa depan .. sebenarnya terlalu banyak yang kita boleh belajar dan ubah menjadi lebih baik. Sebaik baik hari kita adalah hari di mana ia lebih baik daripada masa lalu. Hal di sekeliling kita semua adalah hal untuk kita grab sebagai pelajaran. Belajar bukan dari buku yang kita baca dan kita tuntut di sekolah sahaja. Tapi ilmu yang bermakna adalah ilmu yang berjaya merubah kehidupan kita menjadi lebih baik. Ilmu yang berjaya mencantumkan aura positif dan negatif sebagai agen perubahan diri menjadi lebih baik. Walaupun ia dilihat sebagai satu hal yang sangat kecil, tapi disebabkan ia memberi impak positif pada kita .. itulah ilmu yang berharga. Ketahuilah, tidak Allah jadi kan sesuatu di sekeliling kita dengan sia-sia. Waima kucing yang datang minta sedikit makanan itu juga mempunyai pelajaran untuk kita.

Wallahualam
Wassalam

No comments:

Post a Comment