Friday, June 9, 2017

~ kisah 1 Ramadhan ~

Assalamualaikum
haiii .. salam 13 Ramadhan.  Alhamdulillah masih diberi kesempatan  berjumpa dengan Ramadhan kali ini. Tahun hadapan belum tentu lagi. Muhasabah untuk diri sendiri. Bahawa kematian itu boleh saja hadir pada ketika dan masa yang kita sendiri tidak pernah tahu.

12 Ramadhan :
Hiba sangat hati dengan khabar adik syahid bintang syurga telah pun pergi meninggalkan kita semua. Pasti waktu ini dia sudah bahagia di syurga Allah .. menjadi bintang di syurga Allah. Hanya menanti waktu menjemput ummi dan ayahnya nanti. Sebak hati tengok ketabahan ummi dan ayah adik syahid.

As a parents, sedikit sebanyak aku memang terkesan. Tak pernah tak mengalir air mata setiap kali membaca kisah mereka sekeluarga. Apa lagi Umar yang masih berulang alik dengan 3 hospital .. sakit yang masih pending ! Tipu la kalau aku kata tak risau. Macam mana pun, hanya boleh berdoa semuanya akan pulih tanpa apa-apa operation. Alhamdulillah, kami mengambil ini sebagai satu hikmah yang tersembunyi. Sungguh di sini Allah memberitahu kami bahawa kuasa Allah itu mengatasi segala apa pun di atas muka bumi ini. Subhanallah ..!! Dan kami menjadikan masa masa check up di 3 hospital sebagai masa kami bersama.

Fine..!! So, kisah menjelang 1 Ramadhan ni pun antara trauma yang mungkin aku tak boleh nak lupa. Ingat lagi, petang Rabu aku balik kerja, suami kata Umar demam. Pegang badan Umar, yup .. panas lain macam la pulak. Dia punya weak, manja tak macam demam biasanya. So, terus mandi n rendam dia. Oke je main dengan air. Bila dah mula sejuk semula, baru bawa keluar. Malam tu dia tidur awal. Sangat awal. Bila dia dah tido awal, maka dengan mama n papa dia sekali tidur. Ni je la peluang tidur awal. Kalau tidak, memang 12-1 pagi la tido. hahahahaha

Dapatla habis menanda 2 kelas memandangkan Umar paling menyampah dengan exam paper. hahaha
Macam biasa, even demam Umar memang tak banyak masalah. Dia tidur macam biasa je. Cuma aku pulak yang dah biasa terjaga selang berapa jam, terjaga malam tu lebih kurang pukul 11. Bila pegang badan dia, panas membahang lagi. Orang kata kalau demam, jangan terus bagi ubat. Jelum dulu. Demam tu adalah proses membina antibodi. Oke, aku pun buat la kan. So, ambik kain basah, lap dia satu badan, then dia baring atas kain basah. Nak jelum pun, aku basahkan kat urat urat besar. Kat ketiak .. celah kelengkang.

Then, aku pun tertido balik. Thennnnn .. entah bila aku terjaga pun aku tak hengat. Aku pegang Umar, dia mengeras. Terus kejut suami. Suami kata tarik dah ni. Serius panik gile. Aku punya panik sampai aku tak boleh nak ingat aku kejut suami. Aku mintak suami siram umar dengan air suam segala bagai. So, masa aku pangku dia, memang kaki tangan leher semua mengeras. Mata dah ke atas. Lidah dia berdarah.Nasib gigi tak rapat. Masa siram air suam, urut kaki tangan dia pelan-pelan nak bagi lembut. Gosok leher dia. Masa tu dia cuma mengerang je. Hati masa tu dah macam macam fikir. Allah je yang tahu time tuh.

Bila tangan kaki n leher dia oke sikit, terus siap nak ke hospital. Masa tengah siap, umar try nak bangun tapi still tak boleh. Cuma boleh tergolek je. Time tu, mata still ke atas. Aku cuma sempat capai baju n seluar dia, terus masuk kereta. Laki aku bawak kete dah macam lipas kudung. Tak tentu arah. Nak langgar lampu merah, tapi tak bukak double signal. huhuhu

Cari klinik 24jam. Alamak, klinik 24 jam parit raja dah lama tak jadi 24 jam. huhu. siannnn. Terus up ke Pantai. Tu je paling dekat yang kami boleh fikir. Nak sampai ke HSNI .. makan 5-10 minit lagi. huhuhu. 5-10 minit tu macam macam boleh jadi. Sepanjang jalan tu, macam macam ayat baca. Urut kaki tangan dia. Cubit badan dia nak tengok respon dia. Tapi mata still ke atas even bila cubit dia boleh tepis tangan kita. Entah macam mana aku terfikir bukak tingkap. Bila bukak tingkap, letak muka dia ke tingkap .. alhamdulillah, dia menggelupur sikit, then mata dia oke n menangis. Lepas tu badan memang lembik gila.
Orang kata, bila dah lembik tu .. dah oke dah. Tapi di sebabkan itu pengalaman pertama dengan parents yang tengah panik maka kereta pun diberhentikan di bahagian Kecemasan Hospital Pantai.

Sampai dalam, check dia dah oke semua. Doc ambil darah sampai 3 tabung .. then buat apa tah untuk check virus. Masa ambil darah tu, dia punya tak larat .. dia bagi je tangan doktor ambik darah then tidur. Pastu doktor kata kena warded. Sepatutnya aku dan suami boleh request ke HSNI untuk warded memandangkan Umar memang ada kes di sana. Sebab nak on ubat pun, doktor kena refer pakar sebab Umar makan ubat setiap hari. Tah macam mana, aku dengan suami tak terfikir pulak nak request ke HSNI macam masa kes dia kuning dulu. Jadi, check in la kami di Pantai tanpa insurans. huhuhuhu

Bila dah masuk wad, suami balik ambik barang segala bagai. Bila dia naik buat deposit, dia kata Umar positif H1N1. Terkebil kebil sekejap kitorang, H1N1 datang dari mana. Hmmm ... lastnya, aku sendiri la rasa datang dari aku sebab aku baru lepas demam seminggu berulang-ulang. Kalau tak dari mana lagi, kan.. hmmm

Then, terus masuk air sebab garam n platlet jatuh then on antivirus. Masalah dengan H1N1 adalah suhu dia akan tinggi mendadak dengan tiba-tiba dan membawa risiko sawan. so, that y la Umar sampai tarik cam tu. Cuma banyak kali doktor tanya, berapa lama dia mengeras tu. So, yang aku ingat dalam kurang 5 minit macam tu dan aku bagi tahu apa yang aku buart. Doktor pun angguk angguk. Kira betul la rawatan emergency aku tu. huk3x.

Sebenarnya, aku memang banyak menuntut pun dengan mak cik n doktor doktor bertauliah. Alhamdulillah, semua tu tersangat membantu. Nasib la bila panik, mulut je tak berjalan tapi otak masih boleh fungsi. huhuhu

Cerita dah warded, mujur Umar jenis minum air kosong bergelen gelen. Then, even tangan tergantung .. mulut masih nak makan. Sebab nurse memang akan pantau kadar makan dan minum dia. Dan aku boleh say tQ a lot kat penerbit movie Moana. Sepanjang kat ward, Moana tu je la yang dia hadap sampai habis data aku. huhuhuhu

Memang berhuhu la aku setiap ari duk mengadap rumah hantu tu. Bagus view dia. 
hahaha
Di sebabkan Umar ni status kuarantin, maka menginapla kat bilik isolation 3 hari 2 malam. Oke la. Macam check in hotel. Tapi bagus lagi ada doktor dan nurse jaga. Bahahahhaa. Maka, demi menyejukkan hati .. keluarlah statement .. merasa jugak Umar check in Hospital Pantai walaupun tak de insurans. huhuhuhu.  Tak pe lah .. asalkan semua nya oke dan selamat.

Ramadhan pertama baru boleh keluar. Itu pun, kena datang dua hari berturut turut untuk masuk antibiotik n jumpa doktor semula.  hmm ... since dengan penyakit umar, dia memang lebih mudah untuk dapat jangkitan.  Itu pun Umar dah masuk vaksin pneumacocal. Even virus tu dah ada di paru-paru, tapi keadaan sangat terkawal. Alhamdulillah .. Cuma lepas ni, nak vaksin influanza la pulakkk.

Haihhh .. tu la cerita sebelum Ramadhan yang buat trauma sampai hari ini. Since that day, even panas sikit badan Umar pun cepat-cepat bagi ubat demam. Dia punya takut, tak demam pun rasa nak bagi ubat demam. huhuhu ..
Alhamdulillah jugak untuk hari ini dan masa ini. Aku boleh update blog depan Umar tanpa Umar kacau. Aku rasa dia bosan dah dengan laptop. hahahahaha

Oke lah gaiiisss ... nak kena bangun sahur pulak esok. Tido dulu yer.
Wallahualam
Wassalam



No comments:

Post a Comment