hahahaha ... tah pape. belum belum dah gelak.
Apa lahhhh tiba tiba cakap pasal profession kan .. hmm, sebenarnya aku memng tak sangt nak bercerita dan bercakp banyak sangat tentang profession aku.
Di luar tempat kerja, aku jarang nak cerita tentang hal kerja. In case la ada hal hal yang superb sangat kan. hahaha
Lama lupa tentang salah pilih profession.
hahaha .. sebenarnya seseorang bertanya dengan nada bergurau. So far, aku pun tak tak ambik serius, tapi tiba-tiba teringat dan tersenyum.
Terima kasih untuk seseorang yang bertanya. Actually, u are one of the reason why i can smile today. ! Serious.
Bila ditanya begitu, teringat waktu mula mula interim. Masa tu tak biasa sangat dengan mengajar pelajar menengah rendah. Tak reti nak handle budk kecik. Sepak meja sampai budak tu terkujat pun pernah. Mas tu susah lagi nak control aku punya baran. ( thats why sampai ni aku sangat jarang pegang rotan )
Masa tu tak nampak langsung dunia cikgu tu macam mana, Then, memg aku perlu mengaku aku jadi cikgu sebab arwah abah yang suruh. Aku memg kalah dengan orang tua. Satu je aku pegang. Bila kita gembirakan hati org tua, orang tua akan redha kita. Dalam redha orang tua, ada redha Allah. Itu pasti.
Tapi, dalam masa interim tu banyak aku belajar daripada GKMP. Belajar tulis buku rekod. Belajar handle pdp. Dengan pengetua pulak, even masa nampak pengetua macm jumpa harimau, tapi akhirnya aku sangat belajar sesuatu tentang dia yang aku bawa hingga hari ini. Sejarah paling buruk aku adalah pengetua jeritkan aku dari tingkat tiga bangunan. Masa tu rasa tragik n malu gile. Lagi pulak masa tu tengah demam. Tapi alhamdulillah, aku tak pernah berdendam dengan dia. Hingga masa akhir aku di sekolah tu, aku teringin sangat nak cakap sesuatu kat dia. Tapi aku cakap kat sini je laaa. hehhehe ..
' terima kasih sangat sebab ajar saya buat kerja bersistem. terima kasih sangat sebab ajar kan saya bekerja dengan betul dan berperaturan '
Masa tu rasa kanak kanak sangat kat sana. Bukan jiwa aku yang sentiasa rasa aku budak budak, aku memang di layan macam budak budak. Kadang-kadang ada sorang ustaz, ayah ayah sangat. Dia akan tegur
' nazura, bawak kereta tu jangan laju sangat.'
Habis interim, aku posting ke sekolah yang lain. Daerah JB jugak. Masuk sekolah tu pun macam macam bunyi. Tapi aku cuma angguk angguk geleng-geleng. Tak kuasa nak campur urusan orang. Masa tu duk pening aku nak cari rumah sewa yang selesa. Dan masa tu jugak, aku berulang Pt.Raja - JB hampir setiap hari. Berulang sampai accident. Time accident tu kelakorrrr. Dah kena langgar pun duk sibuk menggatal nak berkenalan segala bagai. Laki aku kata ; Len kali langgar je lagi. Baru dia tahu erti penyesalan. bhahahahahahaaaa ... kejam. Ingat laki aku tak dak perasaan. Berperasaan rupanya dia. Time tu tak tunang pun lagi.
Tak lama lepas tu pindah lagi. Sekolah tu oke je. Happy dengan students sana. Even ramai cina india, tapi sampai hari ni, belum ada lagi student yang bila kita bukak pintu dia datang dan peluk kita. Dan tak ada lagi student berbeza bangsa dan agama kata :
' cikgu, dekat sekolah ni u my mama, meyyhhh .. '
Dan di sekolah itu jugak, aku dengan sorang kawan Indian, duk sibuk google nak cari kerja lain. Walaupun dah sayang sangat dengan sekolah tu, students sana .. aku tetap apply tukar balik kampung. Masa tu arwah abah mula sakit. Mendadak dan terus kritikal. Semuanya ibarat taufan untuk kami apa lagi masa tu tinggal bape bulan je nak kahwin.
Terima kasih sangat pada pengetua sekolah tu. Ya, dia sangat tegas. Tapi dalam tegas nya dia jelas keibuannya. Dalam masa keadaan kritikal dan memerlukan, dia tidak pernah mengecewakan. Tak kira berapa ramai orang membenci dia, tapi aku sngat belajar tentang kesempurnaan dalam membuat kerja.
Kemudian, aku tukar lagi ke sebuah sekolah. Dalam keadaan hampir 2 tahun aku dilatih dan dihadap dengan insan-insan profesional dalam tugas, kali ini aku jumpa sesuatu yang sangat berbeza. Terlalu banyak ehhhh .. ehhh ..
Dan aku perlu akui, nak tak nak, sedikit sebanyak aku hampir menjadi seperti mereka. Hingga sampai masa aku sedar
' apa benda kerja macam ni ...??!! '
Aku sendiri cuba mengubah diri aku. Cuba mencari kepuasan dalam kerja. Sampailah akhirnya aku bekerja melibatkan fail. Ohhhh ... terlupa aku rupanya. Fail, kertas, laptop dan printer is my passion. Kat situ baru aku gembira dengan kerja aku.
Dengan budak .. masih suam-suam kuku. Ada kalanya aku masih terbawa bawa .. aku budak sek bla bla bla. Kenapa aku perlu bantu mereka. ( tak payah nak kecam sangat, aku tawu la benda tu salah ).
Tapi, saat aku jumpa cikgu cikgu lama aku semua tu sangat menyentuh hati aku.
' tak, saya tak terbayang nazura jadi cikgu. saya bayangkan nazura jadi engineer ke ( sebab karakter aku sangat kasar ), jadi peguam ke ( sebab aku outspoken ) .. tapi saya sangat bangga nazura pilih jadi cikgu ...'
' ... ya, cikgu tu nak bawak awk balik ke STI.. STI sangat alu alukan pelajar dia balik semula ke sekolah ...'
' .... angah, balik la STI. Nak buat sesuatu, buat apa buat kat sekolah orang. balik STI ...'
' .. Ya Allah, nazura. Bangganya saya awak mengajar Bahasa Melayu ..' ( Alhamdulillah, cara cikgu mengajar kami, itu yang saya campurkan dalam pdpc saya. Siapa kata Cikgu SMK Tun Ismail tak bagus ???!! )
Itu lah cikgu terbaik sebab rela hati menerima kami pelajar 'jahat' dan 'tak cerdik' berbanding sekolah lain.
'.... kau pakai jugak cara jaheni mengajar kan. cara tu jaheni je yang buat ...'
Ya, aku usaha nak balik STI. Tapi jodoh aku masih belum sampai.
Akhirnya, aku masih di sekolah yang sama-sama. Seseorang dan kemudian seseorang datang. Aku masih pendengar yang sangat peka dan pemerhati yang sangat suka memerhati.
Suami pernah kata :
' awak tu kalau bercakap, mulut lagi laju daripada otak '
aku pegang ayat tu. nampak sentap kan. Tapi aku ambik yang positifnya. Maka, lahirlah nazura yang baru sikit .. kurang sikit bercakapnya.
Satu statement suami aku :
' orang yang banyak sangat cakap ni, kerja mesti tak jalan. Jarang orang boleh bercakap sambil tangan buat kerja. Mesti ada salah satu yang terhenti. Biasanya kerja la yang berhenti. Mulut tetap jalan '
Hmmm .. betul jugak. Dan aku memg akui .. suami mmg tak banyk cakap. Nak bertelagah dengan org ni lagi dia malas. Dia main angguk je semua. Tapi bila bab kerja, entah bila tah dia buat kerja tawu tawu fail dia cantikkkkkk je. Lagi cantik daripada fail aku. Tapi, facilities untuk kerja mmg cukup lengkap. Laptop kena laju, mouse, hard disk, pen drive tak payah cite la punya banyak, printer antara yang high quality. Kertar dah boleh buat kedai fotostat kat umah. Tu pattern laki aku. So, kat situ jugak aku belajar bekerja.
Oke, balik dengan sekolah tadi. Di situ , sangat banyak benda aku belajar daripada mereka. Bgaimana mereka mengendalikan manusia. Berhadapan dengan masalah. Belajar lagi buat kerja ikut procedure. Bila termasuk ke bahagian pengurusan fail, terlibat dengan pegawai luar ... baru lah aku nampak betapa sangat penat dan susah nya apabila hasilkan kerja yang tak ada. Benda tu lagi penat daripada buat kerja ikut procedure atau kadang orang sebut spi. ( sebenarnya spi pun aku tak taw hape.. huhu ) .. cuma boley agak ape benda. huhuhu
Then, baru la aku kenal dialog prestasi. Menilai pencapaian pelajar. Analisis cara pengajaran sendiri. Kalau pengajaran sendiri tak berkesan, apa cara yang mungkin lebih baik. Keep trying another way. Try and errorr. Dan kadang benda tu seronok dan puas bila certain cara budak dapat terima. Alhamdulillah, rupanya ini yang aku cari. Bila kadang budak buat sungguh sungguh apa yang kita bagi .. yes ! cara ni rupanya untuk diorang. Mungkin 4 tahun sebelum ini masa aku banyak terbazir dengan memikirkan ...
' aku tak boleh dah jadi cikgu .. tak larat dh nak hadap semua ni ...'
' atau aku nak buat fulltime writer ...??? ' ( bukan tak ada yang tanya, tapi aku sendiri tak cukup masa untuk kembali menulis )
At last, aku fikir sendiri. Aku takkan pernah gembira kalau aku tak pernah ikhlas dengan kerja aku. Dan tahun ini juga, aku berjaya menerima students datang ke rumah. Baru tahun ini, aku ada rasa sayang .. dan sangat terlupa yang mereka bukan pelajar sekolah di mana aku sekolah dahulu.
Suami pernah kata :
' belum belum awak dah buat banding beza. memang tak pernah ikhlas la kerja awak. gaji ambik, tapi buat kerja tak semenggah ..'
Agak agak berdesing tak kalau dapat ayat macam tu. hahahahahaaa ..
Maka, dengan masa yang dah berlalu aku tak sedar rupanya tahun ini adalah tahun paling bermakna dalam aspek kerja aku selama 5 tahun. Banyak lagi yang aku nak belajar daripada diorang. Macam-macam benda. Tapi aku tahu, semua tu takkan pernah habis.
Dan sebab itu, rupanya aku terlupa impian aku nak sambung master .. dan cari kerja lain.
Kembali kepada soalan tadi ..
Nazura salah pilih profession ke ...???
Jawapan saya :
Alhamdulillah. Terima kasih kerana hari ini 'awak' berjaya buat saya rasa saya tak salah pilih profession. Betul pilihan arwah abah untuk saya.
Kerana dalam profession ini ada semua passion saya. Psikologi, Manusia, Bercakap, Fail, kertas dan data.
Bukan bermakna aku cukup sempurna mnjalan semua kerja. Tapi aku masih gembira untuk belajar banyak benda, Sebab itu juga aku rasa mungkin aku perlu tangguhkan dulu impian untuk sambung master in psikologi. Suami tak pernah halang tapi dia kata :
' kajian student master or phd yang muda muda ni tak cukup matang. Nanti dia akan jadi sekadar kajian, tak cukup untuk jadi rujukan manusia ...'
Aku perlu akui kebenaran kata-kata dia.
Sebab itu aku tak pernah banyak bunyi bila 'orang tua' bercakap. Bak kata orang banyak komplen. Aku masih terlalu muda untuk melihat dunia kerja yang sebenar. Bak kata teacher Lyn
'ikut je nazura. orang tua ni pandangan dia jauh. in sha Allah, diorang tak aniaya kita. Mereka hanya fikir baik untuk kita '
Sebak kan statement tu. Aku masih terlalu muda. Terlalu muda untuk semua ini.
Even suatu masa dulu aku pernah dilabel kaki komplen. budak muda yang sentiasa tolak tugas. Andai hari ini, orang yang pernah kata aku kaki komplen, cuma sekadar pandai jadi cikgu dan tak payah bising-bising.
Hari ini juga aku suka nak beritahu :
Terima kasih sebab buat aku mencuba profession yang lain. Aku penulis sebelum bergelar cikgu. Maknanya aku boleh terus menulis kalau aku mahu. Aku tahu berapa income untuk sebuah novel. Novel aku pun pernah dilamar pengarah Osman Ali. Nama pena pernah masuk ke utusan dan di beri penghargaan sebagai penulis berpotensi untuk masa akan datang. Cerpen aku pernah berjaya di DBP Wilayah Selatan. Aku juga pernah diminta untuk sertai DBP Wilayah Selatan. Catatan dalam blog haprak ini pernah juga menjengah surat khabar. Catatan pengurusan PBS dapat soalan bertalu talu daripada readers bagaimana aku mengendali PBS dalam usia belum ada setahun bekerja. Aku pernah buat business online. Aku jumpa sifu terbaik untuk boost up product. Hanya satu saja langkah untuk aku pergi jauh. Tapi aku berhenti di situ. Dan hari ini aku dengan rela hati meninggalkan semua itu, dan memilih profession ini.
Dan hari ini, izinkan saya bertanya pada awak ... adakah awak tidak komplen dan bising ????
Saat aku kecewa mneruskan langkah. Seseorang berkata :
' nazura, ikhlaskan kerja awak. lupakan semua tu. itu kisah lama. Dendam hanya akan makan diri awak. Cari kepuasan dalam kerja awak. Abaikan mereka ..'
Terima kasih. Terima kasih untuk insan insan bermakna dalam dunia kerjaya ini. Anda semua inspirasi terindah.
Setiap kali cakap dengan suami nak berhenti kerja, dia mesti akan jawab : JANGAN
Ringkas tapi cukup buat aku DIAM.
Hari ini, bila orang tanya ... ' nazura nak pindah sekolah ke ...? '
Jawapannya :
' nanti dulu. aku masih ada benda yang nak belajar daripada mereka .. '
Aku belum betul. Aku masih banyak salah. Aku masih perlukan teguran. Tidak kira bagaimana bentuknya.
Pernah dengar kan satu statement :
Dalam menerima teguran, kita bukan melihat SIAPA yang menegur. Tapi kita melihat TEGURAN yang diberikan. Semua kita cukup sempurna ke untuk tidak menerima teguran. Untuk menerima dan menolak cara dan bentuk teguran. Ambillah cerita yang indah indah saja. Aku pernah di tegur. Di marah. Alhamdulillah, dengan semua itu aku masih gembira menjadi diri aku. Hidayah Allah itu hadir dengan pelbagai cara dan bentuk. Berlapang dadalah. Itulah seindah jiwa.
Lagu ini hadiah untuk insan insan istimewa dalam membangun jiwa dan hati yang telah lama punah. Suatu hari nanti, aku pasti kehilangan mereka. Namun, cerita tentang mereka mustahil akan padam. Kerana mereka juga cikgu-cikgu indah dalam dunia aku. ( sebakkkkkkk laaaa ehhh )
Serious, sumpah, demi Allah
Aku rindukan cikgu cikgu aku
Cikgu Jaheni, Cikgu Zaharah, Allahyarhamah Cikgu Masitah ( seriously miss u, cikgu ), Cikgu Jun, Cikgu Rohaidah, Cikgu Jaafar
Terima kasih kerana anda paling setia mendengar suka duka dunia saya
Kerana anda, saya di sini.
Wallahualam
Wassalam.
No comments:
Post a Comment